KLAFIKASI HADIS
SUDUT SIFAT PERAWI
HADITH
HADDHAI'IFS
PRESENTED BY
AAQYIULNAIH
HADDHAI'IFS
SSooppaaeellrraassnnooffnnooaakklluuss
1.BERIKAN PENGERTIAN
HADITH DHA'IF DAN CONTOH.
(4M)
definisi hadith dhaif ialah dari segi bahasa iaitu
lemah atau juga dikenali dengan hadith mardud
Manakala dari segi istilah
pula,Hadith yang tidak
terhimpun didalamnya sifat - sifat hadith sahih dan
hasan kerana hilang syarat.Selain itu,-ibn al salah
mentakrifkan :setiap hadith yang tidak menepati
syarat - syarat hadith sahih juga syarat - syarat Hadith
Hasan .ia adalh hadith yang gugur satu atau lebih
syarat - syarat maqbul.
Contoh hadith da'if Rasullah bersabda:
فقد كفر،من اتي حائضا أو امرأه دي دبرها أو كاهنا
بما أنزل علي محمد
2. JELASKAN CIRI-CIRI
HADITH DARI SUDUT
KELEMAHAN PERAWI DAN
SANAD. (8M)
ciri-ciri hadith dari sudut kelemahan
perawi dan sanad antaranya ialah
kelemahan perawi .Hal ini
demikian,perawi yang dusta dan ia lebih
dikenali dengan hadith Mawdu'.Bagi
tertuduh dusta dan dikenali dengan
hadith matruk.Hal ini berlaku kerana
terdapatnya fasik ,banyak salah dan
lemah dalam menghafal serta banyak
prasangka dan tidak baik hafazannya
dan dikira hadith syaz dan mukhtalit
Selain itu ,ciri kedua pula ialah sanad yang
tidak bersambung.Hal ini demikian,jika sanad
pertamanya digugurkan ,ia disebut hadith
Mu'allaq manakala jika sanad terakhirnya iaitu
,kalangan sahabat digugurkan ia disebut
hadis mursal.Jika 2 sanad atau lebih
digugurkan secara berturut-turut ia disebut
hadis Mu'dal dan jika sanadnya tidak berturut-
turut ia disebut hadis munqati
Di samping itu,ciri ketiga ialah matan atau
kandungan hadith bermasalah.Hal ini kerana
hadith yang dianggap da'if berdasarkan
matannya digelar hadith mawquf dan hadith
maqtu'.Contohnya,Rasullah bersabda
فقد كفر بما،من اتي حائضا أو امرأه دي دبرها أو كاهنا
أنزل علي محمد
3. JELASKAN SYARAT-SYARAT
BERAMAL DENGAN HADITH
DHA'IF. (6M)
Syarat beramal dengan hadith Dhaif yang ada pada
hadith itu tidak keterlaluan. Oleh itu, Dhaif yang
kerana perawinya pendusta, tertuduh dusta dan
banyak salah tidak dapat dijadikan hujah.
Selain itu,syarat kedua ialah dasar amal yang ditunjuk
oleh hadith tersebut masih selaras dengan dasar yang
dibenarkan oleh hadith yang lebih sahih. Erti kata lain,
maksud yang terkandung di dalam Hadith Da,if itu
tidak bercanggah dengan kaedah umum agama
Islam.
Bukan itu sahaja,syarat seterusnya hendaklah berhati-
hati ataupun ihtiyat sudut pegangan ketika beramal
dengannya. Hal itu supaya tidak tersalah
menyandarkan hadith tersebut kepada Rasulullah
SAW, sedangkan hakikatnya ia bukan hadith atau
bukan perkataan Baginda SAW.
4. HURAIKAN HUKUM
KEHARUSAN MERIWAYATKAN
HADITH DHA'IF. (6M)
Hukum keharusan meriwayatkan hadis da'if
ialah tidak berkaitan dengan hukum syarak
dan akidah.Seperti
peringatan,galakan,ancaman,ceruita-cerita
dan sebagainya.Antara ulama yang disebutkan
bermudah-mudah dalam meriwayatkan ialah
Sufyan al-Tharawri,Abd al-rahman bin Mahdi
dan Ahmad bin Hanbal.
Selain itu,harus meriwatkan hadis da'if ialah
apabila seseorang itu meriwayatkan Hadith
Daif tanpa sanad ,jangan dia mengatakan
Rasullah SAW bersabda /tetapi hendaklah dia
mengatakan diriwatkan daripada Rasullah
SAW atau sampai kepada kami dan
sebagainya.Hal ini supaya kita tidak secara
pasti menisbahkan hadith tersebut kepada
Rasullah
SAW,sedangkan kita mengetahui.
5. JELASKAN MENGAPA
HADITH DHA'IF DIANGGAP
LEMAH DARI SUDUT
PENGHUJAHAN. (5M)
-Tidak cukup syarat-syarat
sahih
-Terdapat kecacatan atau
'illah
-Periwayatannya kurang dobit
Sanadnya tidak bersambung
-Terdapat kejanggalan atau syaz
6. NYATAKAN EMPAT
BUAH KITAB YANG
MENGANDUNGI HADITH
DHA'IF.
(4M) (2016U) (5a)
1)Nawadir al -usul fi ma'rifah
akhbar al rasul
2)Musnad syihab fi al mawa'iz wa
al-adab
3) Al-manar al-muniff fi al-sahih wa
al-da'if
4)Silsilah al-ahadith al-da'ifah wa
al mawdu'ah
7. JELASKAN HUKUM SYARAT
UNTUK BERAMAL DENGAN HADITH
DHA'IF.
(8M) (2016U) (5C)
Antara empat syarat untuk beramal dengan
hadith Da'if ialah yang pertama, hendaklah
dhaif itu bukan dhaif yang bersangatan.
Perkataan bersangatan tersebut membawa
maksud keterlaluan, dimana Da'if yang ada
pada hadith itu tidak keterlaluan. Oleh itu, Da'if
yang kerana perawinya seorang pendusta,
tertuduh dusta dan banyak salah tidak dapat
dijadikan hujah.
Selain itu, dasar amal yang ditunjuk oleh
hadith tersebut masih selaras dengan dasar
yang dibenarkan oleh hadith yang lebih sahih
Dalam erti kata lain, maksud yang terkandung
di dalam Hadith Da'if itu tidak bercanggah
dengan kaedah umum agama Islam.
Bukan itu sahaja, tidak boleh meyakini
bahawa hadis itu datang daripada Nabi SAW.
Kita hendaklah berhati-hati ataupun ihtiyat
sudut pegangan ketika beramal
dengannya.Hal ini supaya tidak tersalah
menyandarkan hadith tersebut kepada
Rasulullah SAW, sedangkan hakikatnya ia
bukan hadith atau bukan perkataan Baginda
SAW.
Akhir sekali ,hendaklah hadis dhaif itu
terhasil daripada hukum yang asal yang
telah sedia ada. Contohnya, hukum mentaati
ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari
al-Quran dan hadis sahih.
7. JELASKAN HUKUM BERAMAL
DENGAN HADITH DHA'IF MENURUT
PANDANGAN ULAMA'.
(6M) (2015U) (5b)
hukum beramal dengan hadis da'if menurut
pandangan ulama ialah pendapat pertama ialah
pendapat Al Bukhari dan Muslim dan sesiapa
yang sependapat dengan keduanya menyatakan
bahawa tidak boleh sama sekali beramal dengan
hadith da'if sama ada pada akidah ,hukum dan
fadilat amal.Hal ini kerana ,agama itu
ditetapkan melalui al quran atau sunnah yang
sabit atau melalui hadiith-hadith sahih dan
bukan melalui hadith-hadith yang tidak sabit
daripada Rasullah (SAW)
selain itu, pendapat kedua pula ialah Abu Dawud
,al-nasa 'i ,Ahmad bin Hanbal ,Abu Hanifah dan
selain mereka menyatakan boleh beramal
dengannya secara mutlaq.Hal ini demikian, mereka
melontarkan hujah bahawa hadith da'if lebih utama
berbanding pendapat ulama dan Qiyas.
Di samping itu,pada pendapat Ahmad bin
Hanbal ,ibn Mahdiy,ibn al-Mubarak ,Abu
Zakariyya al Anbiya membolehkan beramal
dengan hadith da'if pada fadilat amal dan
perkara yang berkaitan dengannya seperti
tarhib,targhib,nasihat-nasihat,kisah-kisah
dan sebagainya.Walau bagaimanapun,mereka
tidak membolehkan untuk beramal dengannya
dalam perkara akidah dan hukum .Mereka
berhujah dengan tujuan hadith da'if ini
diriwayatkan pada amal iaitu untuk
membersihkan jiwa-jiwa orang islam dan
memperelokkan sikap dan akhlak mereka
dengan memberikan motivasi agar mentaati
Allah dan menakut-nakutkan mereka dengan
dosa dan maksiat.
SSooccaaaallmmaappnnuuffrrooaakknnuusHsAdDhaIiSf
1. JELASKAN PERBEZAAN
PENGERTIAN HADITH SAHIH DAN
HADITH DHA'IF BESERTA
CONTOH.
(4M)
Perbezaan dari segi pengertian bagi hadith
sahih ialah dari segi bahasa Kata sifat
daripada perkataan يصح- صحyang bermaksud
yang sejahtera dan selamat daripada sebarang
keaiban dan keraguan.Dari segi istilah pula
ialahHadith yang bersambung sanadnya yang
dinukilkan oleh perawi yang adil lagi dabit
(sempurna hafalan/jagaanya)daripada perawi
yang sama sifatnya hingga ke akhir
sanad,tidak menyimpang dan juga tidak
mempunyai 'illah atau kecacatan.Contoh hadis
sahih:
لولا ان أشق علي أمتي لامرتهم بالسوك مع كل
صلاه
Manakala,pengertian hadith dhaif pula ialah dari
segi bahasa iaitu lemah atau juga dikenali
dengan hadith mardud
Manakala dari segi istilah pula,Hadith yang
tidak terhimpun di dalamnya sifat - sifat hadith
sahih dan hasan kerana hilang syarat.Selain
itu,-ibn al salah mentakrifkan :setiap hadith
yang tidak menepati syarat - syarat hadith
sahih juga syarat- syarat Hadith Hasan .ia
adalh hadith yang gugur satu atau lebih syarat
- syarat maqbul.
Contoh hadith da'if Rasullah bersabda
فقد كفر بما أنزل،من اتي حائضا أو امرأه دي دبرها أو كاهنا
علي محمد