BAHAN BANTU BELAJAR MODUL BAHASA MELAYU TAHUN 3 KATA HUBUNG Nama: ………………………………………. Kelas: ……….....................
BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1 2. NOTA RINGKAS (KATA HUBUNG) 2-5 3. LATIHAN 1 6 4. LATIHAN 2 7 5. LATIHAN 3 8 6. LATIHAN 4 9 7. LATIHAN 5 10 8. JAWAPAN LATIHAN 11 ISI KANDUNGAN
1) Modul ini mempunyai 3 bahagian utama iaitu: Nota ringkas (Kata hubung) Latihan kata hubung Jawapan latihan 2) Guru/ibu bapa hendaklah meminta murid membaca nota ringkas yang dibekalkan dalam modul ini. 3) Guru/ibu bapa meminta murid menjawab latihan yang dibekalkan. 4) Guru/ibu bapa boleh menyemak hasil kerja murid berpandukan jawapan yang diberi pada bahagian akhir modul ini. 5) Murid juga boleh menyemak jawapan mereka dengan sendiri. 6) Murid juga boleh menyiapkan tugasan yang diberikan secara dalam talian dengan mengimbas kod QR yang disediakan. PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 1
K p a e ta rk h a ubung ialah mengh taan yang ubungkan atau menyambungkan dua ayat a tu y n a g t g t al atau lebih unggal. NOTA RINGKAS (KATA HUBUNG) 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata hubung mengikut konteks KATA HUBUNG Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. 2
NOTA RINGKAS (KATA HUBUNG) AYAT MAJMUK Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. 3 Berikut merupakan maksud ayat majmuk. Seterusnya, kita akan mempelajari contohcontoh kata hubung dan ayat-ayat yang terhasil.
AYAT MAJMUK KATA HUBUNG AYAT TUNGGAL Ali suka makan nasi lemak dan nasi ayam. dan 1) Ali suka makan nasi lemak. 2) Ali suka makan nasi ayam. Rumah yang besar itu rumah Raju. yang 1) Rumah itu besar. 2) Rumah itu rumah Raju. Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran. bahawa 1) Dia memberitahu. 2) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran. Dia akan balik ke kampung apabila ada masa lapang. apabila 1) Dia akan balik ke kampung. 2) Dia ada masa lapang. Mei mei datang lambat ke sekolah kerana ketinggalan bas. kerana 1) Mei mei datang lambat ke sekolah. 2) Mei mei ketinggalan bas. Kamu suka makan nasi lemak atau nasi goreng? atau 1) Kamu suka makan nasi lemak? 2) Kamu suka makan nasi goreng? CONTOH KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK Berikut merupakan contoh bagi kata hubung dan ayat majmuk yang terhasil. Sekarang, mari kita ke muka surat seterusnya. 4
AYAT MAJMUK KATA HUBUNG AYAT TUNGGAL Budak itu pandai bermain bola sepak tetapi nakal. tetapi 1) Budak itu pandai bermain bola sepak. 2) Budak itu nakal. Dia selalu menyanyi hingga sakit tekaknya. hingga 1) Dia selalu menyanyi. 2) Dia sakit tekak. Yusuf pergi ke sekolah dengan menaiki bas. dengan 1) Yusuf pergi ke sekolah. 2) Yusuf menaiki bas. Nenek sedang membaca surat khabar sambil mendengar radio. sambil 1) nenek sedang membaca surat. 2) Nenek sedang mendengar radio. Tetamu itu menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam rumah. lalu 1) tetamu itu menanggalkan kasut. 2) Tetamu itu masuk ke dalam rumah. Kita perlu mencuci tangan supaya bersih. supaya 1) Kita perlu mencuci tangan. 2) Tangan itu bersih. CONTOH KATA HUBUNG DAN AYAT MAJMUK Baiklah kawan-kawan. Kita sudah selesai belajar mengenai kata hubung dan kata majmuk. Sekarang, kita akan laksanakan beberapa latihan. Mari! 5
LATIHAN 1 Pilih kata hubung yang sesuai untuk diisikan di tempat kosongdalam ayat di bawah. 1) Tutup kuih itu dengan tudung saji __________ tidak dihinggap lalat. A. kerana B. supaya C. tetapi D. lalu 2) Yusuf membaca buku _______ mendengar lagu. A. lalu B. sambil C. tetapi D. dan 3) Ali memotong sepotong kek __________ memakannya. A. lalu B. sambil C. tetapi D. dan 4) Cikgu Ammar sering dipuji _________ rajin bekerja. A. atau B. sambil C. kerana D. bahawa 5) Ahmad bersorak terlalu kuat _________ suaranya serak. A. hingga B. kerana C. lalu D. dengan Sila imbas kod QR di sebelah jika anda mahu menjawab latihan secara dalam talian. 6
dan atau tetapi kerana hingga 2) Raju pandai, ________ dia malas. LATIHAN 2 Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. 1) Amin ________ Yusuf berkawan baik. 3) Adik menangis _________ perutnya sakit. 4) Pilihlah baju ini ______ baju itu. 5) Kakak ketawa ________ keluar air matanya. Sila imbas kod QR di sebelah jika anda mahu menjawab latihan secara dalam talian. 7
LATIHAN 3 Cantumkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk. 1) (a) Pak Tan mengait buah manggis. (b) Pak Tan mengait buah mangga. (dan) ___________________________________________________________________ 2) (a) Dia sedang bermain? (b) Dia sedang bersenam? (atau) ___________________________________________________________________ 3) (a) Asrul ingin membeli basikal. (b) Asrul tidak mempunyai wang. (tetapi) ___________________________________________________________________ 4) (a) Cikgu Yusuf guru kelas kamu? (b) Cikgu Fitri guru kelas kamu? (atau) ___________________________________________________________________ 5) (a) Ayah melancong ke Pulau Langkawi. (b) Ibu melancong ke Pulau Langkawi. (dan) ___________________________________________________________________ Sila imbas kod QR di sebelah jika anda mahu menjawab latihan secara dalam talian. 8
LATIHAN 4 TEKA SILANG KATA Sila isi teka silang kata di bawah dengan kata hubung yang sesuai. PETUNJUK Ali pergi ke sekolah _________ membonceng motor. 1. Dia memberitahu _________ dia tidak hadir ke sekolah pada esok hari. 2. Ibu pergi ke kedai _________ menghantar adik ke sekolah. 3. 4.Adik gembira __________ ibu telah pulang. 5.Baju ________ berwarna merah itu milik saya. Kita perlu membasuh tangan ________ sentiasa bersih. 6. Sila imbas kod QR di sebelah jika anda mahu menjawab latihan secara dalam talian. 9
Contoh: Cikgu Khairul mengajar Bahasa Melayu. (AT) 1.Zairul suka membaca buku cerita dan melukis.( ) 2. Baju itu mahal tetapi tidak berkualiti. ( ) Haris dan Amelia sedang bermain buaian di taman permainan. ( ) 3. 4.Saleh membantu Edward menyusun buku. ( ) Aleeya mengutip sampah lalu membuang sampah ke dalam tong sampah. ( ) 5. 6. Encik Arif memaklumkan bahawa anaknya sakit. ( ) Ibu mengambil pakaian dari mesin basuh lalu menjemurnya di luar rumah. 7. LATIHAN 5 Kenal pasti sama ada ayat-ayat di bawah Ayat Tunggal (AT) atau Ayat Majmuk (AM). Sila imbas kod QR di sebelah jika anda mahu menjawab latihan secara dalam talian. 10
Jawapan latihan 1.B 2.B 3.A 4.C 5.A 1.dan 2.tetapi 3.kerana 4.atau 5.hingga LATIHAN 3 Pak Tan mengait buah manggis dan buah mangga. 1. 2.Dia sedang bermain atau bersenam? Asrul ingin membeli basikal tetapi tidak mempunyai wang. 3. Cikgu Yusuf atau Cikgu Fitri guru kelas kamu? 4. Ayah dan ibu melancong ke Pulau Langkawi. 5. 1.dengan 2.bahawa 3. lalu 4.kerana 5.yang 6.supaya LATIHAN 5 1.AM 2.AM 3.AM 4.AT 5.AM 6.AM 7.AM LATIHAN 1 LATIHAN 2 Berikut merupakan jawapan bagi latihanlatihan yang telah anda laksanakan. Pastikan semak dengan jujur! LATIHAN 4 11