SMK KERAMAT WANGSA 54200 KUALA LUMPUR MARA CHARACTER ENRICHMENT PROGRAMME (MCEP) MINDA POSITIF PEMACU MURID CEMERLANG 21 Jun 2023 I 7.30 pagi -1.30 petang Dewan SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur Anjuran: Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan Kelolaan: Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Keramat Wangsa, Kuala Lumpur
PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM Program Pembangunan Murid merupakan satu program yang memberi fokus kepada aspek pembangunan murid melibatkan pembangunan sahsiah, kepimpinan, kecemerlangan dan kerohanian. Program ini bertujuan membina motivasi berteraskan kesedaran yang berkekalan untuk menyedarkan murid bahawa potensi diri adalah penting untuk mencapai kecemerlangan. MARA Character Enrichment Programme: Minda Positif Pemacu Kecemerlangan Murid bertujuan membantu murid membentuk sikap optimistik dan emosi positif agar dapat mencapai matlamat sebagai seorang murid yang cemerlang. OBJEKTIF PROGRAM i. Meningkatkan jati diri murid supaya mempunyai azam dan keyakinan diri untuk berjaya dalam akademik serta tidak mudah berputus asa walau menghadapi apa jua tekanan. ii. Membentuk keperibadian dan membina emosi yang positif dalam diri murid agar menjadi murid yang berdaya tahan dan mampu berdaya saing dalam mencapai kecemerlangan akademik. iii. Meningkatkan kesedaran murid akan kepentingan penjagaan kesihatan mental dengan memberi panduan tentang pengurusan kesihatan mental yang baik.
Jadual Pelaksanaan
One Team One Dream Towards Success Sekalung Budi, Sejambak Kasih Jawatankuasa MARA Character Enrichment Programme (MCEP) SMK Keramat Wangsa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MARA Negeri Wilayah Persekutuan Yayasan Pelajaran MARA Puan Siti Muti'ah binti Hairan Pengetua SMK Keramat Wangsa Barisan Guru Penolong Kanan Guru Kanan Mata Pelajaran, AJK MCEP, semua guru, PIBG dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MARA Character Enrichment Programme (MCEP). #AnakyangBaiklagiCerdik #SahsiahUnggulCemerlangAkademikdanKokurikulum