Anak anugerah Allah, hargai sebelum ia hilang…
Anak merupakan anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Setiap ibu bapa mempunyai cara
didikan mereka masing - masing. Terdapat segelintir Ibu bapa suka mengamalkan kekerasan dalam
mendidik anak-anak. Sebagai contoh, memukul anak sehingga lebam ataupun cedera. Hal ini akan
membantutkan perkembangan mental dan fizikal anak-anak. Anak-anak ini mempunyai jiwa dan
perasaan. Benarlah firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud "Dan jika kamu
jenis yang keras hati nescaya ramai (golongan yang berada di sekeliling kamu) akan lari (dan tidak
berminat untuk menerima dakwah yang disampaikan)". Berdasarkan ayat 159 itu, Allah menegaskan
bahawa apabila menggunakan kekerasan dalam memberi nasihat ataupun teguran ia akan membuatkan
nasihat tersebut ditolak dan tidak akan didengari.
Pada pendapat saya, penggunaan kata kata kesat juga boleh membuatkan minda anak - anak
terbantut. Selain itu, percakapan itu merupakan doa. Ibu bapa marah anak- anak tidak pandai sedangkan
mereka tidak sedar mungkin percakapan mereka itu mendorong kepada ketidakpandaian anak mereka.
Jadi, berkatalah dengan kata-kata yang baik agar anak kita terdorong menjadi insan yang terpuji. Cuba
anda bayangkan anda menjadi pekerja dan majikan anda maki serta mencaci anda. Apakah yang anda
akan rasa? Itulah juga apa yang anak anda rasa jika anda sebagai ibu bapa meluahkan kata-kata kesat
kepada mereka. Mereka pasti ingat dan pendam sampai bila bila dan membuatkan mereka depress.
Mungkin anda merasa puas bisa melepaskan geram kepada anak-anak tanpa memikirkan perasaan anak
anda.
Ibu bapa harus memahami anak anak. Jangan terlalu strict sehinggakan tidak bisa bergerak
langsung. Tiada gunanya anda strict kepada anak anak anda kerana minda mereka tidak akan
berkembang pesat disebabkan beberapa restriction oleh ibu bapa. Nak buat itu tak boleh, nak buat ini
pun tak boleh. Kena pula dengan keadaan sekarang yang semuanya berada dirumah dan tiada
pergaulan dengan rakan rakan secara terus. Hal ini membuatkan anak anak anda down dan depress.
Strict parents ni melahirkan generasi yang awkward, pemalu dan manja. Hal ini kerana, mereka selalu
dirumah dan pergaulan terhad kepada suasana didalam kelas. Tiada gunanya anda menyekat hidup
anak anak anda kerana suatu hari nanti mereka akan memasuki suatu fasa hidup berjauhan daripada ibu
bapa.
Saya berasa sangat sedih apabila mendengar masih terdapat ibu bapa yang tidak menghargai
anak mereka. Anggap anak seperti orang luar. Tiada gunanya anda sebagai ibu mengandung 9 bulan
tetapi tidak memberi layanan yang baik kepada anak anda. Anak ini permata yang perlu digilap dan
bukannya sampah yang terbiar. Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. Sedarlah wahai ibu bapa
bahawa anak anda suatu hari nanti akan menjadi modal insan yang cemerlang dan terbilang. Anda tegas
dengan mereka sehingga terkurung depress dirumah. Tidakkah anda fikir akan jiwa anak anda dirumah
stress dengan online class? Jika anda melayan anak anda seperti orang gaji ataupun kuli dengan
memukul atau menggunakan kekerasan mahupun membiarkan mereka, anda merupakan ibu bapa yang
tiada belas kasihan langsung. Tarafnya ibarat anda gugurkan kandungan ataupun membuang bayi
merata rata. Nak tunggu anak mati baru sedar akan permata yang bermakna ini? Tiada guna tangisan
anda kerana anda sudah kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup anda. Saya amat kecewa
dengan sikap segelintir ibu bapa yang kasar dengan anaknya. Deram dengan kurung dalam bila air serta
rendam dalam air.
Mereka tidak sedar impaknya kepada anak tersebut. Anak tersebut akan ingat akan perkara
tersebut sampai mati dan menyimpan satu perasaan dendam kepada ibu bapa. Dengan ini, wujudlah kes
bunuh ibu bapa yang berpunca dari ibu bapa yang bermasalah ini. Anak itu akan menjadi insan yang
bermasalah dek kerana didikan yang songsang oleh ibu bapa mereka. Sedangkan anak ini boleh menjadi
insan yang berjaya dunia dan akhirat tetapi impiannya musnah dek kerana ibu bapa yang bermasalah.
Penderaan seksual ataupun kes seksual antara ahli keluarga. Ini juga salah satu kerosakan yang
mendorong kepada masa depan anak anak musnah. Ibu bapa yang melakukan perbuatan songsang ini
wajar dikenakan tindakan ataupun tidak layan menjadi ibu bapa. Saya menyeru kepada pihak kerajaan
untuk menyediakan mahkamah yang khusus untuk kes kekeluargaan ini. Selain itu, memperkenalkan
pusat terapi bagi keluarga. Hal ini boleh menyedarkan akan sesebuah keluarga yang bermasalah. Saya
tidak tahu kenapa Malaysia tidak memandang serius bab ini kerana ia merupakan kesalahan dalam
agama. Bab seksual ini merupakan “human rights” bagi setiap orang. Akta berkaitan gangguan seksual
perlulah ditubuhkan dan jika ia telah ditubuhkan saya mahu akta ini diperketatkan ataupun dikaji semula
dengan penambaikan. Jenayah ataupun gangguan seksual ini boleh membuatkan gangguan mental yang
membawa kepada bunuh diri.
Akhir sekali, perkahwinan diusia muda juga mendorong kepada perpecahan hubungan
kekeluargaan antara anak dan ibubapa kerapa segelintir orang muda tiada pengalaman dan lebih
mengutamakan emosi dalam sesuatu perkara. Ini juga mendorong kepada penderaan kanak-kanak di
usia muda. Emosi anak anak akan berubah mengikut masa dan situasi. Bagaimana anda nak suasana
harmoni jika anda sendiri selalu bergaduh dengan anak anda bukan? Sedarlah duhai ibu bapa diluar
sana. Cuba lihat bagaimana kesukaran Permaisuri Agong untuk mendapat cahaya mata dan kita ambil
tauladan daripada beliau yang begitu sayangkan anak beliau. Beliau melakukan “In vitro fertilization(IVF)”
sebanyak 17 kali barulah beliau berjaya dapat anak pertama. Cuba bayangkan 17 kali percubaan tanpa
putus asa. Ini yang senang dapat anak buat anak macam sampah.
Tidak semua ibu bapa bersifat begitu hanya segelintir sahaja. Akan tetapi, hargailah anak kerana
ia adalah pinjaman sementera oleh Allah. Jika anda rasa anda tidak mampu menjaga anak, maka jangan
mengidam mahu anak. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Hayatilah
peribahasa itu sedalam dalamnya. Sekian.
Muhammad Haikal Rosle Mat Janudin