Suara yang dianaktirikan..
Sebagaimana yang semua tahu akan kejadian Ain Husniza yang tiada penghujungnya.
Seperti yang kita sedia maklum, sistem kehakiman di Malaysia mempunyai masalah dimana
terdapatnya ‘Interference’ ataupun campur tangan daripada pihak kerajaan dan segelintir pihak.
Campur tangan ini membuatkan seseorang yang bersalah dibebaskan ataupun seseorang yang
tidak bersalah dikenakan hukuman. Perkara ini akan membuatkan sistem kehakiman di
Malaysia menjadi berat sebelah ataupun tidak adil. Apa ertinya badan kehakiman jika tidak
diadili dengan adil dan saksama.
Selain itu, isu penderaan seksual dan rasuah. Walaupun jenayah yang berbeza akan
tetapi dua jenayah ini mempunyai ‘chemistry’ ataupun kesinambungan kerana perkara ini
berleluasa dilakukan tanpa ada penghujung. Hal ini kerana, perkara ini dianggap darah daging
bagi individu yang melakukannya. Sebab itulah kes rasuah dan kes rogol ataupun kes penderaan
seksual tidak dapat diadili ataupun dihukum dengan seadilnya kerana perkara tidak dipandang
serius oleh segelintir rakyat Malaysia. Dimana menteri-menteri yang dipertanggungjawabkan
untuk menyelesaikan isu ini? Diam demi wang dan jawatan?
Dimanakah YB Senator Dr Radzi Jidin dan YB Rina Harun semasa kes Ain Husniza?
Kedua-dua YB ini masing-masing memegang portfolio yang berkait rapat akan kes ini iaitu
kementerian pendidikan dan kementerian wanita dan keluarga. Hari demi hari suara belia dan
anak muda dianaktirikan kerana kononnya dianggap tiada pengalaman hidup. Sedarlah bahawa
terdapat segelintir anak muda dan belia kita yang mempunyai fikiran serta akal yang lebih
bagus daripada kalian yang berpengalaman. Janganlah menjadi pemimpin yang bersifat
‘stereotype’ yang hanya memandang buruk akan anak muda dan belia kita. Jika nasib golongan
muda dan belia dianaktirikan sudah pasti masa depan negara tidak akan terbela. Golongan
inilah juga yang bakal menjadi pemimpin negara masa depan kelak. Jika tiada pembelaan
terhadap golongan ini maka masyarakat tidak akan membuka mata untuk menerima pandangan
mahupun cadangan daripada anak muda ini.