MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA & GURU KALI KE-7 KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA KLANG 2 0 2 3 10 Jun 2023 Sabtu 9.30 pagi 10 Jun 2023 Sabtu 9.30 pagi Platform Menuju Menara Memacu Dunia Puan Zainon binti M. Yusof Pengetua KTESI Puan Fauziah binti IIsmail YDP PIBG KTESI
Bil Perkara Muka Surat 1 Aturcara dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-7 1 2 Kata Alu-aluan Pengetua 2 3 Kata Alu-aluan YDP PIBG 3 4 Pendahuluan 5 5 Senarai Jawatankuasa Induk dan Pelaksana 6 6 Senarai Jawatankuasa Pelaksana 7-8 7 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Tahun 2022 9 8 Perlembagaan Persatuan PIBG 10-11 9 Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-Enam 12-13 10 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 14 11 Sumbangan PIBG untuk KTE Sri Istana 15-16 12 Jadual Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2022/2023 17 13 Album PIBG Sesi 2022/2023 18-23 14 Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 24-25 15 Usul-usul Mesyuarat Agung PIBG ke-Tujuh 26 16 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 28 17 Sekalung Budi 29 KANDUNGAN
ATURCARA DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7 Pendaftaran Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Alu- aluan Penasihat PIBG Ucapan Yang DiPertua PIBG Penghargaan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 Persembahan Multimedia Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 (2023/2024) Ucapan Yang DiPertua PIBG (YDP PIBG, Pn Fauziah) Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-6 Pembentangan Laporan Tahunan oleh Setiausaha Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022 oleh Bendahari Membahaskan usul (Pentadbir) Pengisytiharan Pembubaran AJK PIBG tahun 2022/2023 Lantikan dan Ucapan Pengerusi Sementara Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2023/2024 a) Yang Dipertua b) Naib Yang Dipertua c) Setiausaha Kehormat (telah dipilih) d) Bendahari Kehormat (telah diplilih) e) Lima Orang AJK Ibubapa f) Empat Orang AJK Guru (telah dipilih) g) Juruaudit Ibubapa h) Juruaudit Guru (telah dipilih) Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024 Hal-hal Lain Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG Sesi 2023/2024 Bersurai 9.20 pagi 9.30 pagi 11.00 pagi 1
Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kita ke hadrat Allah S.W.Tatas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-7 dapat dilaksanakan pada hari ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan Visi dan Misi Kolej Tingkatan Enam Sri Istana mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan Visi dan Misi kolej ini dari semasa ke semasa supaya Kolej Tingkatan Enam Sri Istana menjadi sebuah kolej yang unggul,terbilang,dan gemilang. Saya bagi pihak warga kolej merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program kolej. Kita semua mengharapkan peningkatan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik kolej ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik, serta kokurikulum. Akhir kata, semoga PIBG dan pihak sekolah sentiasa bersikap bagai aur dengan tebing dan Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan Kolej Tingkatan Enam Sri Istana. Sekian. Salam Kasih. ZAINON BINTI M YUSOF@ALI Pengetua Kolej Tingkatan Enam Sri Istana, Klang Kata Alu-aluan Pengetua 2
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak kolej dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG Kolej Sri Istana ini. PIBG juga memberikan sumbangan untuk membantu guru yang sentiasa berusaha membantu pelajar seperti bayaran bahan-bahan akademik yang disediakan oleh guru sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Kata Alu- Aluan YDP PIBG 3
Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak kolej dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan Visi dan Misi Kolej Sri Istana. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan Kolej Sri Istana ini. Sekian, terima kasih. PUAN FAUZIAH BINTI ISMAIL Yang Dipertua PIBG KTE Sri Istana 4
PIBG Kolej Tingkatan Enam Sri Istana merupakan satu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat pendidikan. Mesyuarat Agung yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu platform untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat lagi diantara ibu bapa/penjaga dan juga guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Mesyuarat Agung ini juga membolehkan masyarakat dan warga sekolah bertukar-tukar pendapat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif. PIBG juga merupakan sebuah persatuan yang berperanan besar sebagai daya penggerak kepada kemajuan sesebuah institusi/sekolah. Kebanyakkan program kolej yang diadakan adalah daripada peruntukkan sumbangan PIBG kolej bagi menampung kos perbelanjaan program yang telah dirancang. PENDAHULUAN 5
SENARAI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Pn. Zainon binti M.Yusof Naib Pengerusi 1 : Pn. Norliza binti Mohd Noh Naib Pengerusi 2 : Pn. Razilah binti Othman Naib Pengerusi 3 : Pn. Hjh Lailiah bt Ismam Setiausaha Kehormat : Pn. Sharifah Mazwin binti Syed Adam Bendahari Kehormat : Pn. Fauzana binti Sarjono Pengurus Program : Pn. Sharifah Mazwin binti Syed Adam PENYELARAS : Pn. Rabiah Binti Idris (Ketua Jabatan Sains dan Matematik ) Jemputan/ Protokol 1. Pn. Harlina binti Manan 2. Pn. Nor Salwati binti Omar Pendaftaran 1. Pn. Shanti a/p Subramaniam (K) 2. Pn. Azilah binti Ahmad Teks Ucapan 1. Pn. Noorobiaini binti Nazri (K) 2. Pn. Roslina binti Ishkandar 3. Cik Nur Atika Binti Mohd 6
SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA PENYELARAS: Pn. Indira a/p V.P Govindan (Ketua Jabatan Bahasa) Buku Program 1. Pn. Najah binti Zakaria (K) 2. Pn. Syaida Mazlin binti Ramli 3. Cik Fong Siew Sian 4. Pn. Ana Salwa Binti Mohd Salim 5. Pn. Che Norola’aini Binti Hj Mahamad 6. Pn. Kamachy A/P Chelian Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung PIBG Tn. Hj Ishak bin Ismail Bacaan Doa En. Amirin Sofi bin Mustaffa Banner/Thumbnail Google Meet 1. Pn. Noorkarnai Bt Abu Bakar (K) 2. En. Mohamed Shaidi Bin Mohamed Ali 3. En. Muhammad Zafran Bin Abdul Gaffor PENYELARAS : Tn. Hj. Ishak bin Ismail (Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan) Persediaan Tempat/Multimedia (Google Meet) 1. Pn. Nurayuni binti Mohamad Zain (K) 2. Pn. Fatimah binti Mohd Jamil 3. Cik Norzihah binti Man Juruacara Majlis 1. Pn. Nor Sazaliana binti Abd. Samat (K) 2. Cik Nur Anis Aimi binti Azizi Cenderamata dan Penyediaan Sijil 1. Pn. Norhayati binti Sulaiman (K) 2. Pn. Syuhaida binti Said 3. Pn. Ramlah binti Mat Yasim 7
SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA PENYELARAS: Pn. Hjh Noor Fatihah Bt Ibrahim (Ketua Jabatan Sains Sosial) Dokumentasi (PIBG) 1. Pn. Nur Tasharina binti Harun (K) 2. Pn. Alice Chin Chuan Fong 3. Pn. Iespary a/p Subeh @ Joseph 4. Cik Nor Azila Binti Mat Hasan Fotografi/ Rekod Video 1. En. Mohd Yusof bin Che Hassan (K) 2. Pn. Siti Nor Jabariah binti Yeop 3. Kelab Fotografi Pencatat Mesyuarat 1. Pn. Normala binti Mansor (K) 2. Cik Linda Sharmilla a/p Kumaraysan 3. Pn. Wan Muliza binti Wan Morad Pengiraan Undi 1. En.Abd Jalil bin Hassan (K) 2. En. Khairin bin Sharep 3. En. Ang Chin Joo 4. Pn.Ng Lay Khuan 5. Pn. Parimaladevi a/p Sivasubramanim 8
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2022 PENASIHAT PN. ZAINON BT M. YUSOF@ALI YANG DIPERTUA PN. FAUZIAH BINTI ISMAIL NAIB YANG DIPERTUA EN. AHMAD ASMADI BIN HJ.MOHAMED RAZALLI SETIAUSAHA KEHORMAT PN. SHARIFAH MAZWIN BT SYED ADAM BENDAHARI KEHORMAT PN. FAUZANA BT. SARJONO AJK IBU BAPA 1. EN. CHUA TEK SEN 2. EN. MOHD AZAAM BIN ABU 3. PN. ZUBAIDAH BT ISMAIL 4. PN. ZURIANA BT ZOLKEFLI 5. PN. VASANTHI MARIMUTHU AJK GURU 1. PN. SITI NOR JABARIAH BT YEOP 2. EN. ABD JALIL BIN HASSAN 3. PN. SHANTI A/P SUBRAMANIAM 4. PN. NUR TASHARINA BT HARUN JURU AUDIT IBU BAPA EN. SUGUMARAN A/L PRAKHAKARAN JURU AUDIT GURU PN. NORASIMAH BT ALI 9
PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru: (1) Maka hendaklah ditubuhkan dalam tiap-tiap sekolah suatu persatuan yang akan dinamakan sebagai Persatuan Ibu BapaGuru (kemudian daripada ini disebut (“Persatuan”) yang terdiri daripada:- (a) Semua guru yang mengajar dalam sekolah itu; (b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah itu; dan (c) Guru besar atau pengetua sekolah sebagai anggota Ex-Officio dan Penasihat Persatuan. (2) Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah itu tetapi berminat untuk menjadi anggota Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian), untuk menjadi anggota. (3) Tiap-tiap ibu bapa dan guru dalam sekolah hendaklah disifatkan sebagai anggota Persatuan. (4) Bagi maksud Peraturan-peraturan ini, Persatuan bukanlah suatu persatuan dalam erti mana-mana undang-undang berhubung dengan pendaftaran pertubuhan Tujuan-Tujuan Dan Batasan-Batasan Persatuan (1) Tujuan-tujuan Persatuan:- (a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikandan kemajuan murid- murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah; (b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dankeperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka; (c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; (d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan (e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran (2) Kegiatan Persatuan hendaklah diarahkan kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah di mana Persatuan ditubuhkan. (3) Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota Persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh. (4) Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar. (5) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. (6) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan 10
PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU Organisasi Dan Pengurusan (1) Persatuan hendaklah ditubuhkan oleh Guru Besar atau Pengetua dalam tiap-tiap sekolah. (2) Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa mengikut perlembagaan Persatuan. (3) Jawatankuasa hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan. (4) Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (2), Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu Negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian) boleh melantik tidak lebih daripada dua orang perseorangan yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota jawatankuasa. (5) Orang perseorangan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah orang yang mempunyai integriti, minat dan terbukti boleh menyumbang secara positif kepada kemajuan pendidikan. (6) Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian hendaklah mendapat kelulusan daripada Pendaftar berkenaan dengan pelantikan yang dibuat di bawah subperaturan (4). Pendaftaran Persatuan 1)Apabila sesuatu Persatuan telah ditubuhkan oleh guru Besar atau Pengetua, dia hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar permohonan bagi pendaftaran Persatuan sebagaimana yang terkandung dalam Jadual Pertama. 2)Guru Besar atau Pengetua hendaklah mengemukakan beserta permohonan itu salinan draf perlembagaan Persatuan yang memperuntukkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. 3)Pendaftar boleh, apabila berpuas hati bahawa permohonan bagi pendaftaran dibuat dengan sewajarnya mendaftarkan Persatuan dan mengeluarkan perakuan pendaftaran sebagaimana yang terkandung dalam Jadual Ketiga. Hak Pendaftar Untuk Menghadiri Mesyuarat dan Kuasa Persatuan Untuk Memiliki Harta, Dsbnya (1)Pendaftar atau wakil Pendaftar berhak menghadiri semua mesyuarat Persatuan. (2)Persatuan mempunyai kuasa untuk memiliki, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta tak alih Persatuan yang Persatuan berpendapat akan memudahkan Persatuan menjalankan kuasa dan kewajipan Persatuan menjalankan kuasa dan kewajipan Persatuan di bawah Peraturan-peraturan ini. Kumpulan Wang Dan Audit (1)Maka hendaklah ditubuhkan dan diuruskan oleh Persatuan suatu kumpulan wang yang ke dalamnya hendaklah dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota terhadap tujuan-tujuan Persatuan. (2)Persatuan hendaklah menyimpan atau mengarahkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod- rekod yang lain berkenaan dengan perjalanan Persatuan dan hendaklah juga mengarahkan supaya disediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan. (3)Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang bukan anggota jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalon dan dipilih oleh anggota Persatuan. (4)Persatuan dengan persetujuan mesyuarat agung tahunan dibenarkan mendapatkan khidmat juruaudit bertauliah bagi tujuan mengaudit akaun Persatuan. (5) Guru Besar atau Pengetua dibenarkan memeriksa akaun Persatuan. 11
TARIKH : 28 Mei 2022 MASA : 09.00 Pagi TEMPAT : Kediaman masing-masing KEHADIRAN : Ibu bapa = 15 Guru = 117 Jumlah = 132 CATATAN MESYUARAT 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 Pn.Fauziah binti Ismail selaku YDP PIBG mesyuarat mengalukan-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru secara maya ke Mesyuarat PIBG KTESI kali ke-6. 1.2 Beliau juga memberikan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat melaksanakan aktiviti PIBG walaupun sibuk dengan tugas masing-masing. PIBG adalah saluran untuk berkongsi idea dan bekerjasama bagi melonjakan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar. 1.3 Beliau memaklumkan PIBG akan sentiasa menyokong usaha pihak kolej bagi memastikan kecemerlangan prestasi akademik seperti program teknik menjawab, latih tubi dan sebagainya. Di samping peranan dan usaha semua guru, ibu bapa juga berperanan untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka. 1.4 Seterusnya bagi melancarkan perjalanan mesyuarat pada hari ini, beliau meminta semua ahli yang hadir pada hari ini merujuk kepada agenda mesyuarat dalam buku program yang telah disediakan. 2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE – 5 2.1 Setiausaha PIBG, Cik Norzihah binti Man membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG ke–5 dari muka surat 14 hingga 18. 2.2 Mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG ke – 5 Pencadang : En.Ahmad Asmadi bin Mohamed Razali Sokongan : Pn.Vijayaletchumy a/p Suppiah 3.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2021 4.1 Setiausaha PIBG, Cik Norzihah binti Man membentangkan laporan aktiviti PIBG 2021 di muka surat 19 hingga 22. Pencadang : En.Mohd Azaam bin Abu Sokongan : Pn.Asmawati binti Selamat 5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2021 5.1 Bendahari PIBG, Pn.Norizan binti Kassim membentangkan penyata kewangan PIBG bagi sesi 2021 di halaman 23 dengan baki kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM115351.04 5.2 Pengesahan Laporan Kewangan Pencadang : En.Abdul Jalil bin Hassan Sokongan : Noor Haslindah binti Abd Rahman MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-6 12
6.0 PEMBENTANGAN USUL/ CADANGAN 6.1 Pembentangan usul yang diterima oleh Tn.Pengetua 6.2 Pn. Pengetua, mencadangkan untuk membina Daratan Berbumbung di dataran perhimpunan. Anggaran kos RM500,000. Disokong oleh Pn Asmawati bt Selamat. Disokong sebulat suara ahli mesyuarat. 7.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021 DAN PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA SESI 2022/2023 7.1 Yang Dipertua PIBG, Pn.Fauziah binti Ismail mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2021. 7.2 Pn.Pengetua, Pn. Zainon binti M. Yusof mencadang En.Ishak bin Ismail dilantik menjadi pengerusi sementara. Disokong sebulat suara ahli mesyuarat. 8.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2022 8.1 Semua ahli jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu bapa telah dicadangkan untuk dilantik semula dan dikekalkan bagi sesi 2022/2023. Pencadang : En.Abdul Jalil bin Hassan Sokongan : Noor Haslindah binti Abd Rahman Disokong sebulat suara ahli mesyuarat. 8.2 Berikut adalah senarai nama ahli PIBG dalam kalangan ibu bapa yang telah dikekalkan dan telah mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat. Yang Dipertua : Pn.Fauziah binti Ismail Naib Yang Dipertua : En.Ahmad Asmadi bin Mohamed Razali AJK : 1. Pn.Siti Nor Jabariah binti Yeop 2. Pn.Mah Jo Suen 3. En.Abd Jalil bin Hassan 4. Pn.Shanti a/p Subramaniam 5. Pn.Nur Tasharina binti Harun Pn.Norasimah binti Ali (juru audit guru) Disokong sebulat suara ahli mesyuarat. 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn.Norliza binti Mohd Noh mencadangkan sumbangan PIBG adalah sebanyak RM50, sumbangan program kecemerlangan adalah sebanyak RM100 dan Buletin KTESi adalah sebanyak RM5.00 dikekalkan bagi tahun 2022 dan cadangan ini telah mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan mengharap agar kerjasama yang erat antara guru dan ibu bapa dapat diteruskan dalam usaha membantu pelajar- pelajar terus maju apa- apa yang dicita-citakan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi. Urus setia, ........................................................ (Sharifah Mazwin binti Syed Adam) Setiausaha PIBG Kolej Tingkatan Enam Sri Istana 13
LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 Mesyuarat AJK Induk PIBG sesi 2021/2022 seperti berikut: AJK Induk telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan kolej demi kecemerlangan pelajar. Selain itu, PIBG juga berbesar hati untuk membiayai program-program peningkatan kecemerlangan akademik, kokorikulum pelajar, program-program di bawah unit HEM dan keceriaan kolej. Ia selari dengan tiga keberhasilan utama pentadbiran sekolah iaitu meningkatkan pencapaian akademik pelajar, kemenjadian murid dan guru serta keceriaan kolej ini. Bil Perkara Tarikh 1. Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama (secara atas talian) 29 NOVEMBER 2022 2. Mesyuarat AJK PIBG kali Kedua (secara atas talian) 1 APRIL 2023 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 Peranan dan tanggungjawab PIBG di kolej tidak dapat disangkal dalam usaha membantu pihak kolej merealisasikan impian negara bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. AJK PIBG pada sesi 2022/2023 telah memberikan komitmen yang jitu dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Sepanjang sesi 2022/2023, AJK PIBG telah bekerjasama dengan pihak kolej dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang kesemuanya bertujuan menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang khususnya dalam bidang akademik dan sahsiah. Berikut adalah laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2022/2023 14
BIL BUTIRAN 1 MUET /PROGRAM PSS (Sarapan) 2 Edupage (renew) 3 Majlis Apresiasi 2021 4 Majlis Apresiasi Sem 1. 2022 5 Majlis Apresiasi Sem 2 , 2022 6 Brain Booster MUET 7 Majlis Anugerah Kecemerlangan 2021 8 Majlis Watikah MPTE dan MKT 9 Naik taraf Bilik MPTE 10 Taklimat Kebakaran 11 Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM 2021 12 Lawatan Kajian Lapangan Geografi 13 Gotong royong perdana 14 Karnival HEM 2022 15 Majlis Jalinan Mesra 16 Merentas Desa 17 Kursus Guru (Jabatan Pertahanan Awam) 18 Kejohanan Petanque Peringkat Negeri 19 Perkhemahan Perdana (Uniform) 20 Perkhemahan X Factor Sains Sukan 21 Penghadang Bola 22 Penyangkut Banner SUMBANGAN PIBG UNTUK KTE SRI ISTANA 15
BIL BUTIRAN 23 Sumbangan Pertandingan Bola Tampar KTESI 24 Parkir Berbumbung Motor (Pelajar) 25 Lantai Parkir Motor 26 Pendawaian Elektrik Bilik Mesyuarat 27 Penyelenggaraan Makmal ICT 28 Projek Alam Lestari 29 Sumbangan Kebakaran (SAMT Hishamuddin) 30 Penambahbaikan Longkang dan Saliran 31 Belanja Mesyarat Agung PIBG 32 Ziarah Guru 33 Buku Resit PIBG 34 Naik Taraf Pusat Sumber 35 Menambak Gelanggang Bola Keranjang 36 Bas Hari Terbuka PPD 37 Lawatan MPTE ke UUM 38 Menaik Taraf Balai Bacaan 39 Wiring WIFI 40 Rawatan Anai-Anai Blok D 41 Sumbangan PSS SMK Taman Klang Utama 16 SUMBANGAN PIBG UNTUK KTE SRI ISTANA
* / : HADIR X : TIDAK HADIR B : TIDAK HADIR BERSEBAB PENGHARGAAN AJK PIBG 2022/2023 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program-program yang dijalankan. Semoga hubungan yang terjalin antara pihak kolej dan ibu bapa serta masyarakat setempat dapat membawa kecemerlangan kepada pelajar dan kolej, seterusnya dapat melahirkan pelajar yang kreatif, kritis, berakhlak mulia dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sekian, terima kasih. ‘Negara Madani” Saya Yang Menjalankan Amanah ……………………………………………. ……………………….. (SHARIFAH MAZWIN BT SYED ADAM) (FAUZIAH BT ISMAIL) SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG YDP PIBG KTE SRI ISTANA KTE SRI ISTANA Bil Nama 26.11.2022 1.4.2023 1. PN. ZAINON BINTI M.YUSOF √ √ 2. PN. FAUZIAH BINTI ISMAIL √ √ 3. EN. AHMAD ASMADI MOHAMED RAZALI √ B 4. PN. SHARIFAH MAZWIN BT. SYED ADAM √ √ 5. PN. FAUZANA BT. SARJONO √ √ 6. EN.ABD JALIL BIN HASSAN √ √ 7. PN. SHANTI A/P SUBRAMANIAM √ √ 8. PN. SITI NOR JABARIAH BT. YEOP √ √ 9. PN. NUR TASHARINA BT. HARUN √ B 10. CHUA TEK SEN √ B 11. MOHD AZAAM BIN ABU B B 12. ZUBAIDAH BINTI ISMAIL √ √ 13. ZURIANA ZOLKEFLI √ √ 14. VASANTHI MARIMUTHU B B JADUAL KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2022/2023 17
ALBUM PIBG SESI 2022/2023 MAJLIS APRESIASI SEMESTER 2/2022 GOTONG ROYONG PERDANA 18
ALBUM PIBG SESI 2022/2023 MERENTAS DESA KARNIVAL HEM 19
ALBUM PIBG SESI 2022/2023 PERKEMAHAN PERDANA 20
ALBUM PIBG SESI 2022/2023 MAJLIS APRESIASI SEMESTER 1/2022 MAJLIS JALINAN MESRA DAN HARI GURU 21
ALBUM PIBG SESI 2022/2023 RAWATAN ANAI-ANAI BLOK D MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 22
ALBUM PIBG SESI 2022/2023 PERKHEMAHAN PERDANA MENAIKTARAF LAMAN BACAAN 23
LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 24
LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 25
USUL -USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KE-7 2. Menambahbaik infrastruktur KTESI dengan menggantikan kerusi-kerusi dan meja-meja seolah-olah di matriks. Oleh: Mazwin Binti Abdullah D Anak: Intan Nur Syamira binti S (BK4/2) Jawapan: Penambahbaikan infrastruktur dibuat secara beransur-ansur bergantung kepada peruntukan. 1. Buat asrama berdekatan sekolah Oleh: Munah Binti Marto Anak: Ain Natasha Binti Tu (GP1) Jawapan: Pihak kolej telah memohon peruntukan pembinaan kelas (bilik darjah) dan dewan besar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kelas dan dewan besar ini lebih diperlukan untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran, peperiksaan, HEM dan Kokurikulum kerana bilangan pelajar yang ramai dan kelas yang sedia ada tidak mencukupi untuk dua kohort pelajar. Pihak kolej bercadang untuk memohon pembinaan asrama pada waktu akan datang. 26
USUL -USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KE-7 27 3. Menambahkan waktu solat zohor sewaktu pdpc berlangsung sebelum pelajar pulang ke rumah Oleh: Suriah Binti Adin Anak: Mohammad Saidur R (AP2/2) Jawapan: Pelajar dibenarkan keluar secara bergilir untuk menunaikan solat Zohor. Memanjangkan waktu PdP sehingga pukul 3.00 petang menyebabkan pelajar pulang lebih lewat dan berlaku ksesakan lalu lintas kerana sekolah berhampiran (Beacon House) tamat pada waktu yang sama. 4. Masalah kipas kelas blok C (tidak berfungsi dengan baik) Oleh: Khoo Ken Hi Anak: Lee Hong Seong (FK2/2) Jawapan: Kipas-kipas dan kemudahan bilik darjah sentiasa mendapat perhatian pihak kolej. Jika didapati ada kerosakan, kerja-kerja membaik pulih dilakukan segera.
USUL -USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KE-7 5. Masalah makanan kantin (makanan yang dijual terlalu berminyak dan mengandungi lemak yang tinggi) Oleh: Khoo Ken Hi Anak: Lee Hong Seong (FK2/2) Jawapan: Makanan kantin sentiasa dipantau dan dipastikan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia 6. Masalah kebersihan sekolah Oleh: Khoo Ken Hi Anak: Lee Hong Seong (FK2/2) Jawapan: Kebersihan kolej adalah tanggungjawab bersama, walaubagaimanapun pekerja kebersihan sentiasa membersihkan kolej dan dipantau. 27
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 PENASIHAT PN. ZAINON BT M. YUSOF@ALI YANG DIPERTUA ______________________________________ NAIB YANG DIPERTUA ______________________________________ SETIAUSAHA KEHORMAT PN. SHARIFAH MAZWIN BT SYED ADAM BENDAHARI KEHORMAT PN. FAUZANA BT. SARJONO AJK IBU BAPA 1. ______________________________________ 2. ______________________________________ 3. ______________________________________ 4. ______________________________________ 5. ______________________________________ AJK GURU 1. PN. SITI NOR JABARIAH BT YEOP 2. EN. ABD JALIL BIN HASSAN 3. PN. SHANTI A/P SUBRAMANIAM 4. PN. NUR TASHARINA BT HARUN JURU AUDIT IBU BAPA _________________________________________ JURU AUDIT GURU PN. NORASIMAH BT ALI 28
SEKALUNG BUDI Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua individu atau kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7 ini. 29