MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS BILANGAN 2 / 2022 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(1) TARIKH: 1 Disember 2022 (Khamis) MASA: 3.00 – 4.30 petang TEMPAT: Bilik Mesyuarat KEHADIRAN: 1. Cikgu Kamaluddin bin Kassim - Pengetua 2. Cikgu Mazira binti Mohd Zain - PK HEM 3. Cikgu Suriani binti Yusoff - Guru Bimbingan dan Kaunseling - 4. Cikgu Hamidah binti Mat Ariffen - Guru Bimbingan dan Kaunseling 5. Cikgu Lydiawati binti Wakanan 6. Cikgu Datin Naimah binti Ismail 7. Cikgu Haji Mohd Faizudin bin Haji Abdullah Bokhari 8. Cikgu Zuraini binti Zaidin 9. Cikgu Nur Syazana binti Daud 10. Cikgu Imran bin Husin 11. Cikgu Syariman bin Mansor 12. Cikgu Mohd Zulfadli bin Arba’ee 13. Cikgu Nor Aisyah binti Mohamed Said 14. Cikgu Norzita Azura Binti Mohamad 15. Cikgu Sharifah Fatimatul Zahrah binti Syed Yusof 16. Cikgu Norfaridatul Akmar binti Hasim 17. Cikgu Faniza binti Ibrahim 18. Cikgu Rozaini binti Omar 19. Cikgu Idales binti Abdol Seman 20. Cikgu Rosliza binti Ismail 21. Cikgu Rasyidah binti Khamis
22. Cikgu Roslina binti Mat Junoh TIDAK HADIR BERSEBAB: 23. Cikgu Rosli bin Mohd Nor 24. Cikgu Abdul Razak bin Mohd Nawi 25. Cikgu Muhammad Afikie bin Azmi 26. Cikgu Muhammad Fahmi bin Zawawi 27. Cikgu Dhanesh A/L Madhavan 28. Cikgu Farizzah binti Mohd Razali 29. Cikgu Sarina binti Hashim 30. Cikgu Mahazira binti Ab Rahman 31. Cikgu Norafni Sunarti binti Hamid 32. Cikgu Noor Akmaniah binti Arwae 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli dalam mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir. 1.2 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa disiplin sekolah kerana telah menjalankan tugas dengan baik. 1.3 Pengerusi memaklumkan kpi sekolah adalah memastikan guru-guru mengisi amalan baik murid dalam SSDM berbanding kes salah laku. 1.4 Pengerusi juga mengharapkan guru-guru memfokuskan kebaikan yang dibuat oleh murid-murid. Makluman 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Unit Disiplin Bil. 1 / Tahun 2022 yang Lalu Minit Mesyuarat Unit Disiplin Bil. 1/ Tahun 2022 dicadangkan untuk disahkan oleh Cikgu Hamidah binti Mat Ariffen dan disokong oleh Cikgu Imran bin Husin dengan sebulat suara dan tanpa pindaan. Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit/ Maklum balas 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4.0 Laporan Kes Disiplin Murid 2022 dan Tindakan 4.1 Pengerusi memaklumkan statistik kes salahlaku disiplin murid untuk tahun 2022. Terdapat 8 kategori kes yang direkodkan dalam SSDM iaitu rokok 15 kes, tingkah laku lucah 8 kes, buli 6 kes, tidak pentingkan masa 19 kes, ponteng 57 kes, tingkah laku kurang sopan 16 kes, tingkah laku tidak amanah 8 kes dan kekemasan diri 47 kes. Makluman 4.2 Pengerusi mengingatkan semua guru jawatankuasa disiplin dan pengawas semua kes disiplin perlu dilaporkan kepada pengetua dan PK Hem dahulu sebelum tindakan diambil walaupun melibatkan kes ringan. Tindakan: Semua Guru 4.3 Hukuman dan tindakan yang diambil perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan. Tindakan: Semua Guru 4.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa disiplin yang telah menjalankan banyak tugas dengan baik dalam memastikan kes disiplin terkawal. Makluman 5.0 Intervensi 2022 Dalam Pengurusan Unit Disiplin, Unit Pengawas dan Unit Bimbingan dan Kaunseling 5.1 Ketua Guru Disiplin memaklumkan pemeriksaan mengejut spot-check telah dijalankan secara berkala. Memastikan keakuran dan kepatuhan murid terhadap peraturan sekolah berpandukan i-Message. Makluman 5.2 Melaksanakan Program Pencegahan Masalah Sosial Remaja/ Perjumpaan dengan murid-murid perempuan (Kerjasama dengan Unit Dakwah). Mendekati dan menangani masalah akhlak dan sahsiah di kalangan murid perempuan. Makluman
5.3 Unit disiplin turut melaksanakan Program Rondaan Bersepadu J/Kuasa Disiplin bagi memantau semua kelas/ kawasan ‘hotspot’ dalam sekolah. Dijalankan mengikut jadual bertugas guru disiplin yang telah dikuatkuasakan bermula bulan Mac sehingga kini. Makluman 5.4 Papan Kenyataan Lembaga Disiplin Sekolah. Memberi info dan hebahan berkaitan dengan maklumat unit disiplin sepanjang tahun. Berkaitan peraturan pemakaian, pelaksanaan hukuman mengikut kategori kesalahan dll. Makluman 5.5 Perjumpaan J/Kuasa Disiplin dengan murid bermasalah disiplin dan sahsiah sepanjang tahun. Untuk tindakan siasatan, aduan dan penguatkuasaan hukuman mengikut kategori kes ringan, kes sederhana dan kes berat. Makluman 5.6 Perjumpaan dengan ibubapa murid yang bermasalah. Berhubung dengan ibubapa murid berkenaan jika tiada perubahan murid tersebut setelah ditegur mengikut situasi dan keadaan. Makluman 5.7 Program Pengesanan Ponteng (buku kawalan kelas) - sepanjang tahun. Bertujuan mengesan murid-murid yang dikenalpasti ponteng kelas dan ponteng sekolah untuk tindakan selanjutnya oleh Jawatankuasa Unit Disiplin. Makluman 5.8 Ketua Guru Pengawas memaklumkan untuk program intervensi unit pengawas telah melaksanakan mesyuarat bulanan sebanyak 8 kali untuk tahun ini secara atas talian dan bersemuka. Perbincangan berkaitan laporan dan masalah yang berlaku sepanjang pengawas bertugas serta disiplin yang perlu dipatuhi oleh pengawas. Makluman 5.9 Untuk intervensi yang kedua mengadakan kelas bacaan yasin bagi mengukuhkan ukhuwah sesama pengawas dan dalam masa yang sama, mesyuarat kecil juga dilaksanakan. Makluman
5.10 Sesi perbincangan dalaman. Memastikan segala aduan yang diterima mengenai pengawas di dalam pengetahuan guru - guru pengawas dan dibincangkan bersama mereka yang terlibat. Makluman 5.11 Cikgu Suriani memaklumkan bagi menangani permasalahan buli untuk intervensi Unit Bimbingan dan Kaunseling telah bekerjasama dengan Unit Disiplin dalam Program Anti Buli - Buli Siber pada 23 Mac. Makluman 5.12 Program Hentikan Buli dengan menggunakan pelbagai medium. Termasuk melibatkan semua guru dalam program mentor mentee yang berfokuskan isu buli bagi menangani kes buli di kalangan murid. Makluman 5.13 Saringan Minda Sihat turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran kepentingan kesejahteraan emosi dan mental murid dan merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental. Makluman 6.0 Hal-Hal Lain 6.1 PK Hem memaklumkan berkaitan status Kad Digital STO pada tahun 2022 tidak dapat digunakan dan telah ditanya berulangkali kepada Cikgu Rosli tentang masalah yang dihadapi oleh beliau. Namun maklumat terkini dimaklumkan senarai nama murid tidak dapat dimasukkan dalam QR Code. Makluman 6.2 PK Hem meminta supaya tugas penyediaan senarai nama murid untuk dimasukkan dalam QR Code pada Kad Digital STO diserahkan kepada SU Hem dan dibantu oleh Cikgu Nur Syazana dan kad tersebut perlu digunakan untuk tahun 2023. Tindakan: SU HEM dan Pen. SU Disiplin 6.3 Berkaitan rakan strategik bagi menguatkan disiplin dalam lawatan PK Hem di luar. Majoriti komuniti di luar memaklumkan murid-murid STO lebih baik berbanding sebelum ini. Kes salahlaku murid terus dimaklumkan kepada PK Hem sekiranya berlaku. Makluman
6.4 PK Hem juga merayu semua guru disiplin bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kes salahlaku disiplin murid. Makluman 6.5 Pengerusi memaklumkan berkaitan murid ponteng sekolah kes ponteng kekal dengan peraturan sedia ada. Perlu ikut SOP dan perlu keluarkan surat amaran mengikut bilangan hari tidak hadir. Makluman 6.6 Pengerusi memaklumkan papan kenyataan pengawas perlu ditambahbaik. Tindakan : Unit Pengawas 6.7 Pengerusi turut memaklumkan pengawas sekolah perlu diberi latihan berterusan bagi melahirkan identiti sebagai pemimpin. Setiap kali perjumpaan perlu ada slot latihan untuk ciri-ciri pengawas dari segi komunikasi, ketegasan, menepati masa dll. Tindakan : Ketua Unit Pengawas 6.8 Pengerusi turut memaklumkan murid tidak dibenarkan memakai selipar di sekolah untuk aktiviti petang seperti kokurikulum dan sukan. Tindakan: Semua guru 6.9 Pengerusi memaklumkan Unit HEM perlu sediakan link peti aduan dan cadangan baharu unit HEM untuk dimasukkan dalam website sekolah. Tindakan : Unit HEM 7.0 Penutup 7.1 Pengerusi memaklumkan karakter murid semakin bagus dan mengucapkan terima kasih kepada unit disiplin, unit UBK dan pengawas kerana telah berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik. Makluman 7.2 Pengerusi turut memaklumkan sekali lagi, perlu memperketatkan peraturan aktiviti petang atau kokurikulum jangan memakai selipar. Perlu jaga imej sekolah. Tindakan: Semua guru
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. Disediakan oleh, (ZURAINI BINTI ZAIDIN) Setiausaha Disiplin Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Tahun 2022 Tarikh: 8 Disember 2022