The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifhakimi0528, 2022-06-26 11:52:48

PERLEMBAGAAN MALAYSIA (GROUP 15)

PERLEMBAGAAN MALAYSIA (GROUP 15)

Perlembagaan
Persekutuan Malaysia

SADN1033_G | Dr Siti Alwaliyah Binti Mansor

Selamat Datang

AHLI KUMPULAN

Ahmad Arif Hakimi Fifa Nur Sophia Nur Qistina Binti Meshan A/L Arur
Norhanif (290513)
bin Ahmad Muzamin Binti Noor (290524)
Ihsan (290549)
(290518)

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan kepada perlembagaan Malaysia
1.1 Definisi Perlembagaan
1.2 Konsep Perlembagaan
2.0 Sejarah perkembangan dan pembentukan perlembagaan
2.1 Huraian Sejarah Perlembagaan sambungan
2.2 Garis Masa Sejarah Perlembagaan
2.3 Perkembangan Perlembagaan Malayan Union
3.0 Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan
3.1 Empat unsur tradisi Perlembagaan Malaysia
3.2 Sistem beraja
3.2.1 YDPA
3.2.2 Majlis Raja-raja
3.2.3 Agama Islam
3.3 Peruntukan mengenai islam di dalam perlembagaan
3.3.1 Hak dalam setiap agama
3.4.1 Bahasa Melayu
3.4.2 Perkara 152
3.5 Hak istimewa orang Melayu
3.5.1 Perkara 153
3.5.2 Implikasi
3.5.3 Rasional perkara 153
4.0 kepentingan dan keperluan perlembagaan
4.1 Kepentingan Perlembagaan
4.2 Keperluan Perlembagaan
5.0 Rumusan
6.0 Rujukan

Pengenalan kepada
Perlembagaan
Malaysia

1.1 Definisi Perlembagaan

Satu dokumen yang mengandungi undang-undang
dasar dan diangkat menjadi undang-undang
tertinggi untuk mewujudkan suatu sistem
pentadbiran kerajaan yang teratur dan stabil.
Ia menentukan bidang kuasa pemerintahan,
bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan Malaysia merangkumi pelbagai
aspek kehidupan sama ada politik, perundangan,
kebudayaan, kehakiman, ekonomi, pendidikan,
bahasa, sosial dan lain-lain

1.2 Konsep Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-
undang tertinggi yang menjadi sumber bagi memerintah
negara dan menentukancorak sistem kerajaan kita
(supremacy of the constitution)
Ia menjadi asas dan sumber kepada semua undang-undang
sama ada yang sudah atau yang bakal digubal -
memudahkan kerajaan persekutuan menjalankan kuasa
pemerintahan dgn licin tanpa terpaksa bersaing dengan
pihak lain.

2.0 Sejarah Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia merupakan sebuah
undang-undang bertulis serta
mengandungi susunan peraturan,
berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun
1957. Ia juga mengandungi 183 Perkara.

2.1 Huraian Sejarah
Perlembagaan Malaysia
Sambungan..

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid
yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan
berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan cetakan semula 2020.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London
pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi
daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu
ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain,
dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya

2.2 GARIS MASA SEJARAH PERKEMBANGAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sebelum Penjajahan Teks yang digunakan Sistem Perlembagaan British telah
Barat, ialah Hukum Kanun Moden menubuhkan
Negeri-Negeri
Menggunakan Melaka, Undang- diperkenalkan Melayu Bersatu
perundangan & Undang Pahang, melalui Perjanjian
Perlembagaan Melayu Undang-Undang Majlis Mesyuarat
di setiap di negeri. Kedah, Undang- Pangkor 1874. Persekutuan
Undang Johor, &
Undang-Undang Pada 1909, Perjanjian Diperkenalan pada
Bangkok, British dapat tahun 1905
Perak.
meluaskan kuasa di
Perlembagaan Negeri Pada 1914, Kemasukan Kedah, Perlis,
telah diisytiharkan Johor terbentuk Kelantan dan
oleh pihak Inggeris Negeri - Negeri Terengganu.
dan dikuatkuaskan. Melayu Tidak
Bersekutu.

2.3 Perkembangan Perlembagaan
(Malayan Union)

Perlembagaan Malayan Union

Pada 1 April 1946, Malayan Union (Kesatuan Melayu) ditubuhkan untuk
memudahkan sistem pentadbiran British.
Perlembagaan Malayan Union menetapkan segala kuasa terletak di
gabenor.
Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri membuat undang - undang
perkara tempatan sahaja.
Raja - Raja Melayu kehilangan kuasa mutlak & hak orang melayu
terjejas.
Orang - orang Melayu menentang Malayan Union dan melakukan protes
secara besar - besaran
Negeri Johor & Kedah menjadi pusat penentangan MU.

3.0 Unsur-unsur tradisi perlembagaan
Malaysia

Unsur tradisi adalah sangat penting dalam
memastikan perpaduan yang utuh di kalangan
rakyat Malaysia. Unsur tradisi ini sebenarnya telah
lama wujud dan diserapkan ke dalam Perlembagaan
Malaysia. Hal yang demikian, unsur-unsur tradisi ini
hendaklah dinilai dan difahami dengan baik bagi
memastikan tidak timbul perselisihan faham antara
rakyat. Unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia terhasil kerana dilihat dari
pelbagai aspek yang dikaji berdasarkan sejarah dan
sebagainya.

3.1 Empat unsur tradisi
Perlembagaan Malaysia

Unsur pertama Unsur kedua Unsur ketiga

Sistem beraja Agama Islam Bahasa Melayu

Unsur keempat
Hak istimewa orang melayu

3.2 Sistem beraja

Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur
tradisi yang sangat penting dalam Malaysia.
Sepertimana yang kita tahu, Raja-raja memainkan
peranan yang sangat penting dalam menjaga dan
mengekalkan adat dan sistem pemerintahan tertua
negara. Raja adalah berkuasa mutlak dalam apa jua
bidang pemerintahan yang terdapat di dalam
negeri. Yang Dipertuan Agung adalah Raja yang
mempunyai kuasa tertinggi di dalam Malaysia.
Setiap bidang pemerintahan, hak mahupun kuasa
yang dijalankan di Malaysia hendaklah mendapat
perkenan daripada Yang Dipertuan Agung.

3.2.1 YDPA Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (YDPA).
Baginda merupakan ketua negara Malaysia. Jawatan YDPA telah diwujudka

oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Dalam perkara 32 perlembagaan persekutuan, dalam konteks tersebut
menyebutkan bahawa Ketua Utama bagi persekutuan ialah YDPA dan ia
dipilih daripada kalangan sembilan raja-raja melayu oleh Majlis Raja-Raja
Melayu mengikut aturan di dalam jadual ketiga perlembagaan persekutuan

YDPA berada di kemuncak tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, perundangan
dan kehakiman. Ini bermaksud beliau mempunyai kelebihan melebihi
individu dan tidak boleh didakwa kecuali Mahkamah Khas Raja-Raja.

Pemilihan YDPA dibuat secara giliran dan raja di sesebuah negeri tidak
boleh dipilih dua kali dalam pusingan yang sama. Kuasa eksekutif terletak

pada YDPA. Namun, baginda harus menerima nasihat daripada kabinet
atau nasihat daripada menteri iaitu (Perdana Menteri)

3.2.2 Majlis Raja-Raja Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan
mengikut Perkara 38 Perlembagaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja
dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Ia
ditubuhkan pada tahun 1948. Dalam beberapa perkara yang tertentu,
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi
nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan pelantikan Yang
di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini
merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.

Fungsi fungsi Majlis Raja-Raja:
Memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang Dipertuan Agong
Mempersetujui dan tidak mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan,amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan
Melantik anggota-anggota Makhamah Khas
Memberi ampun,tunda hukum dan lega hukum atau
meremitkan,menggantung atau meringankan hukuman-hukuman ke
atas seseorang.
Melantik seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera
dan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.2.3 Agama islam

Islam adalah agama yang dianuti oleh pelbagai kaum,
bangsa dan keturunan. Islam juga menitikberatkan
sifat toleransi (tasāmuḥ), kerjasama (tacāwun) dan
kasih sayang (maḥabbah) sesama manusia juga kepada
makhluk lain. Oleh hal yang demikian, dalam
Perlembagaan Malaysia mengikut perkara 3, ia
memperuntukkan agama islam sebagai agama rasmi
perseketuan. tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan. Hal ini bertujuan bagi menjamin
kedudukan orang bukan Islam serta menjamin
perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di
Malaysia

3.3 Peruntukan mengenai islam di
dalam perlembagaan

Perkara 3 (3)
Perkara 11 (4)
Perkara 8
Perkara 12 (2)
Perkara 12(4)
Perkara 121 (1A)
Perkara 150 (6A)

3.3.1 Hak dalam setiap agama

Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi
maksud agama atau khairat
memperoleh atau memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirnya mengikut undang-
undang

3.4.1 Bahasa melayu Kewujudan Perkara 152
tidak boleh dipadam
Perkara 152, Perlembagaan Malaysia kerana Perkara 159(5)
memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia menetapkan bahawa
ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu perkenan Majlis Raja-Raja
sebagai bahasa kebangsaan walau bagaimanapun diperlukan sekiranya
tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain Perkara 152 hendak
untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan dipinda.
sekalipun dengan menggunakan dana awam.

3.4.2 Perkara
152

1.Bahasa kebangsaan ialah bahasa
Melayu dan hendaklah dalam tulisan
yang diperuntukkan melalui undang-
undang oleh Parlimen dengan syarat:

tiada seorang pun boleh tiada apa-apa jua dalam Fasal
dilarang atau dihalang
daripada menggunakan ini boleh menjejaskan hak
(selain bagi maksud rasmi),
atau daripada mengajarkan Kerajaan Persekutuan atau hak
atau belajar, apa-apa bahasa
lain mana-mana Kerajaan Negeri

untuk memelihara dan

meneruskan penggunaan dan

pengajian bahasa mana-mana

kaum lain di dalam Persekutuan.

Perkara 152

2. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam
Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

3. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahawa, jika
Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang
diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke
dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

Perkara 152

4. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh
Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan
keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

5. Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama
ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa
maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Perkara 152

6. Walau apa pun peruntukan Fasal (1),
selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga
diperuntukkan selainnya oleh Parlimen
dengan teks sahih:

segala Rang Undang-Undang segala Akta Parlimen dan segala
yang hendak dibawa atau
pindaan kepadanya yang perundangan subsidiari yang
hendak dicadangkan di dalam
mana-mana satu Majlis dikeluarkanoleh Kerajaan
Parlimen
Persekutuan, hendaklah dalam

bahasa Inggeris.

3.5 Hak istimewa orang
melayu

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan Yang
di-Pertuan Agong (Raja Malaysia) tanggungjawab untuk
"menjaga kedudukan istimewa orang melayu dan
penduduk asli mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak
dan kepentingan sah komuniti lain" dan seterusnya
menentukan cara untuk melakukan ini, seperti
mewujudkan kuota untuk masuk ke perkhidmatan awam,
biasiswa awam dan pendidikan awam.

3.5.1 Perkara 153

Menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

3.5.2 IMPLIKASI

YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan, dan kemudahan khas yang diberikan

Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada siapa merasakan
kehilangan jawatan awam, penarikan biasiswa, keistimewaan atau pelucutan dan penamatan permit
yang dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar tersebut

Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu menjadi tanggungjawab
YDPA untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntkan lain.

3.5.3 RASIONAL PERKARA 153

Kerakyatan Orang melayu menerima prinsip jus soli dan bukan melayu
perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang melayu

Perkhidmatan Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu
Awam sedikit orang melayu yang bekerja dengan kerajaan

Ekonomi Orang melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan
ekonomi di Tanah Melayu / Malaysia

Pendidikan Majoriti orang melayu adalah miskin terutama di luar
bandar, sukar mendapat peluang pendidikan

Perniagaan Orang melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu
dibantu dan dibimbing

4.1 KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN

Memastikan kestabilan politik dan

sistem pentadbiran yang berjalan

dengan baik. Perlembagaan menetapkan

corak pemerintahan, pembahagian

kuasa di antara pelbagai badan

kerajaan, dan prinsip umum untuk

melaksanakan kuasa tersebut.

Memastikan keselamatan dan
Perlembagaan juga menetapkan

kesejahteraan rakyat. Perlembagaan
tanggungjawab rakyat dan batasan

mentakrifkan hak asasi warganegara
atau larangan seperti hak istimewa

seperti kebebasan bersuara, kebebasan
orang Melayu dan Bumiputera Sabah

beragama dan pemilikan harta.
dan Sarawak yang tidak boleh

Perlembagaan boleh menghalang
dipersoalkan. Ini penting untuk

penyalahgunaan kuasa kerajaan. mengelakkan pergaduhan kaum.

Menggalakkan perpaduan dan

pembangunan negara. Perlembagaan

menjaga hak semua kaum.

Perlembagaan juga menjamin

kesaksamaan kaum. Ini boleh

membantu menggalakkan perpaduan

dan pembangunan negara.

4.2 KEPERLUAN
PERLEMBAGAAN

perlembagaan perseketuan merupakan suatu

keperluan kepada rakyat, memendangkan faktor latar

belakang dan budaya yang berbeza di kalangan

pelbagai kaum di negara ini.

bagi menjamin
demi kestabioan dan
dengan syarat inggeris

kestabilan politik di
perpaduan ianya yang hanya memberi

negara ini, sesebuah
digubal dengan
kemerdekaan kepada

perlembagaan yang
mengambil kira
Tanah Melayu sekiranya

persefahaman dan
wujud perpaduan dalam

dibentuk adalah
kelangan masyarakat

merupakan hasil tolak
persetujuan di kalangan

kaum sejajar pelbagai kaum.
ansur dan pakatan

antara kaum dan entik


di negara ini.

5.0 Rumusan

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang yang tertinggi
yang menjadi sumber bagi memerintah negara dan menentukan
corak pemerintahan di negara kita. Perlembagaan Malaysia digubal
bertujuan untuk memastikan sistem pentadbiran negara lebih
terancang dan sistematik di samping memberikan jaminan
perlindungan kepada rakyat. Prinsip tolak ansur menjadi asas
pembentukan perlembagaan menunjukkan bahawa pemimpin
pelbagai kaum terdahulu mementingkan perpaduan dan
keharmonian. Akhir sekali, sikap mentaati perlembagaan
merupakan salah satu aspek yang perlu ada bagi setiap
warganegara

RUJUKAN 1 Majlis Raja-Raja - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2022).
Retrieved 26 June 2022, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Raja-Raja
RUJUKAN Mohd Salleh Abas. (1985) Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2 Mohd Salleh Abas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Aziz Bari (2008)
Perlembagaan Malaysia: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Arah Publication.

3 Perlembagaan Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (2022).
Retrieved 26 June 2022, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

4 (2022). Retrieved 26 June 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/353207137_ISLAM_DALAM_PERLEMBAGAAN_PERSEKUTUAN_MALAYSIA

Terima Kasih

Semoga kita bertemu kembali


Click to View FlipBook Version