The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amilihafiz92, 2021-10-18 10:37:32

BUKU PROGRAM PIBG 2021 ..

PIBG 2021 ..

BUKU PROGRAM
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

(PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS

KALI KE – 43

TAHUN 2021

Surat Panggilan Mesyuarat
Atur cara majlis
Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
Jawatankuasa Pelaksana mesyuarat agung tahunan
Minit mesyuarat agung PIBG kali ke-42
Penyata kewangan semasa PIBG
Laporan aktiviti PIBG
Laporan Kurikulum SKPJ Tahun 2020
Laporan Unit HEM SKPJ 2020
Laporan Unit Kokurikulum 2020
Cadangan / usul PIBG Tahun 2021
Lensa program tahunan dan aktiviti PIBG
Transformasi Sekolah

ATUR CARA PERASMIAN

MASA AGENDA
1.30 petang
2.00 petang PENDAFTARAN GURU DAN IBU BAPA
2.05 petang
2.10 petang UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
2.15 petang
NYANYIAN LAGU NEGARAKU & NEGERI JOHOR
2.25 petang
BACAAN DOA
2.35 petang
UCAPAN PENASIHAT PIBG
EN ROSLI BIN ISMAIL
(Guru Besar Sk Paya Jakas)
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
EN AIZAM BIN IBRAHIM

UCAPAN PERASMI MAJLIS
EN NORSHAMSU BIN MOHD YUSOF
(Penyelaras Dun Jementah merangkap Ahli Majlis, Majlis
Perbandaran Segamat)

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE -43 TAHUN 2021

1) Kata-kata aluan YDP PIBG SK Paya Jakas
sesi 2018/2020

2) Pembentangan dan pengesahan minit
mesyuarat agung kali ke-42

3) Membentang dan menerima Penyata
Kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2020.

4) Pembentangan usul dan cadangan
5) Hal-hal lain. (Cabutan bertuah 1)
6) Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2020
7) Pemilihan dan perlantikan AJK PIBG SK

Paya Jakas sesi 2021/2023
8) Tayangan video program PIBG/ aktiviti

sekolah
9) Cabutan Bertuah 2
10)Ucapan YDP PIBG SK Paya Jakas sesi

2021/2023 dan penangguhan.
11)Bersurai

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdullillah , syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurniaNya, kita dapat
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Paya Jakas kali ke-43 pada tahun ini.

Mesyuarat Agung PIBG diadakan setiap tahun sebagai satu medan bagi ibubapa dan guru
berbincang serta bertukar-tukar fikiran demi kebaikan anak-anak. Buat julung kali pada tahun ini
mesyuarat Agung ini terpaksa dilaksana secara dalam talian memandangkan Negara masih
berhadapan dengan pendemik Covid 19 dan melaksana arahan PKP. Saya menyeru dan mengajak
semua guru dan ibubapa untuk menyokong semua dasar kerajaan yang sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kualiti system pendidikan Negara.Sememangnya dunia pendidikan hari ini sentiasa
berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menuntut kesabaran dan kebijaksanaan warga
pendidik.Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), kerajaan berhasrat menjadikan
pendidikan di Malaysia bertaraf dunia dengan memperkenalkan Pembelajaran Abad ke-
21.Seterusnya sekolah ini juga telah terpilih untuk melaksanakan Program Tranformasi Sekolah
[TS25] Kohort 5 dengan objektif melahirkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.

Jalinan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG membolehkan ibubapa dan guru
bertukar-tukar idea dan maklumat bagi memastikan proses melahirkan murid yang berketerampilan
pada masa hadapan bagi mengharungi cabaran era dunia globalisasi.Sesungguhnya PIBG merupakan
saluran ibubapa untuk menjalin jaringan dan jalinan komunikasi berkesan antara sekolah dan
komuniti setempat.Justeru,program sarana Sekolah dan sarana Ibu bapa diharapkan dapat
membentuk kerjasama erat dan berperanan kearah pembentukan murid yang seimbang dari segi
jasmani.emosi,rohani,intelek dan spiritual selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Saya juga
menyeru kepada ibubapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu menyumbang
kepakaran mereka demi mengoptimumkan kemenjadian murid.saya amat berharap semoga misi
sekolah untuk melestarikan system pendidikan yang berkualiti demi membangun potensi individu
bagi memenuhi aspirasi Negara dapat direalisasikan.Segala pengorbanan yang telah dicurahkan bagi
menjayakan aktiviti yang dirancang hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Akhir kalam ,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Jawatankuasa PIBG yang
telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah ini.Marilah kita
bergandingbahu memanisfetasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan slogan
‘ Jakasian Perfect ‘.

Sekian , terima kasih

( HAJI ROSLI BIN ISMAIL )

Guru Besar, SK Paya Jakas, Jementah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 ini dalam suasana yang harmoni.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah
ini. Sebagai makluman semua, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar dalam
memperkasakan akademik dan sahsiah murid akibat penularan wabak Covid-19 yang
melanda negara kita. Oleh itu, pelbagai rancangan dan program kemenjadian murid telah
diadun khas untuk mencapai matlamat kecemerlangan akademik yang dicita-citakan
supaya terhasil transformasi dalam sistem pendidikan negara kita.

Oleh yang demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu
daripada semua pendidik dan ibu bapa yang merupakan tonggak utama untuk mencapai
hasrat kejayaan. Titik-tolak daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru
akan melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi
juga cemerlang dari segi pembangunan rohani dan jasmani Hasrat ini juga sejajar dengan
matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengejar impian murni dalam usaha
mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil menjadi kenyataan suatu
hari nanti.

Bagaimanapun dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar
dapat bersama-sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang
terkandung dalam NKRA dan merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli
Jawatankuasa sesi 2018/2021 dan warga pendidik SKPJ pula, sekalung tahniah dan ucapan
terima kasih saya ucapkan kerana telah menjayakan tugas dan peranan dengan penuh

komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya kalian telah berusaha serta berkorban
masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi 2019/2020, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang
terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan
Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

“KEJAYAAN ANAK-ANAK HARAPAN KITA SEMUA”

………………………………
(Aizam bin Ibrahim)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Paya Jakas
Sesi 2019/2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam perpaduan.
Saya bersyukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang

untuk mencoretkan kata alu-aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-43, PIBG SK Paya Jakas.
Syukur Alhamdulillah.

Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf
sokongan, AJK PIBG, Alumni SKPJ, KSIB dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan
kepada saya untuk menerajui PIBG SK Paya Jakas sesi 2018/2020. Tanpa sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan
berjaya.

Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan
murid maka kita dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik sekolah kita khususnya.Tahniah diucapkan kepada warga SK Paya Jakas kerana
telah memperolehi prestasi UPSR yang cemerlang. Selain bidang akademik, pasukan Inovasi
sekolah banyak mencipta nama hingga ke peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan.

Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah
bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru,
semua ibu bapa turut bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-
sama menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.

Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2018/2020 ingin memohon maaf
sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku
NYDP PIBG sesi 2019/2020. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan
sebaliknya datang dari kelemahan saya sendiri.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………..
(Pn Norshahniza binti Sahari)
Naib Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Paya Jakas

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS

KM 26, JALAN MUAR,

85200 JEMENTAH, SEGAMAT, Telefon : 07-9474676
Faksimili : 07-9474676
Johor Darul Takzim : [email protected]

Kod Sekolah : JBA 7021 Email

Ruj.Kami : SKPJ. 100-7/1/5( )
Tarikh : 22 Mei 2021

Kepada :
Ibu Bapa/Penjaga yang dihormati,

Melalui :
Guru Besar
SK Paya Jakas

Tuan,
UNDANGAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK PAYA JAKAS KALI KE-43 SESI 2021

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Paya Jakas akan

mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 sesi 2021 secara dalam talian seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 20 Oktober 2021 (Rabu)

Masa: 1:30 tengahari – 5 Petang

Tempat: Secara dalam talian (online)

- Kediaman masing-masing (Ibu Bapa)

- Bilik Guru (Pentadbir, AJK PIBG dan AJK

kerja/Pelaksana/Guru)

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Atur cara mesyuarat adalah
seperti di bawah:

1:30 tgh - Pendaftaran melalui link mesyuarat dalam talian

2:00 ptg - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan doa

- Mesyuarat Agung ke-43 bermula

- Perbahasan usul

5:00 ptg - Ucapan Penangguhan/ Majlis bersurai

3. Pihak PIBG mengalu-alukan usul/cadangan daripada tuan/puan untuk dibawa dalam mesyuarat

tersebut. Sebarang usul/cadangan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 5 Jun 2021 dengan menggunakan

Borang Pengesahan Kehadiran/Penyataan Usul di Google Form yang diberikan.

https://forms.gle/6xK4XF24ho9AmwN28

4. Kehadiran dan penyertaan tuan/puan amat dialu-alukan bagi melancarkan Mesyuarat Agung Kali ke
43 ini. Sekian. Terima Kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah,

En AIZAM BIN IBRAHIM
Yang Dipertua PIBG
SK PAYA JAKAS

PENAUNG
Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos
Pegawai Pelajaran Daerah Segamat

PENASIHAT
Cikgu Hj Rosli bin Ismail

Guru Besar

YANG DIPERTUA
En Mohd Aizam bin Ibrahim

NAIB YANG DIPERTUA
Puan Norshahniza bt Sahari

SETIAUSAHA
Cikgu Dahlina bt Kamat

BENDAHARI
Cikgu Chew Lee Ching

AJK GURU PEMEGANG AMANAH
Cikgu Sarah bt Mohamad Noor En Khairul Arifin bin Yusop
Cikgu Nor Ashikin bt Tahir
Cikgu Norizawati bt Shafie

AJK IBU BAPA PEMERIKSA KIRA-KIRA
Pn. Yusrina bt Mohd Ali Pn Rosidah bt Suriff
Pn Norizlah bt Ismail Pn Sapon bt Daris
Pn Jamilah bt Kasim
Pn Hamiza bt Ramli
Pn Ezarozini bt Hamzah
En Anuar bin Abu Bakar
En Muhamad Saiful bin Abramam

PENGERUSI : CIKGU HJ ROSLI BIN ISMAIL
NAIB PENGERUSI (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI I
NAIB PENGERUSI II : CIKGU HISHAM BIN HUSIN
(GPK Kurikulum dan Pengurusan Sekolah)
Bacaan Doa/Video
Buku Program : CIKGU SAZALI BIN SALIM
Slaid (GPK Hal Ehwal Murid)
Jamuan
: CIKGU MOHD SABRI BIN SAHIR
Cabutan bertuah/ (GPK Kokurikulum)
Cenderahati
Pencatat Minit SETIAUSAHA
Banner Cikgu Dahlina binti Kamat
Pengacara Majlis
BENDAHARI
Cikgu Chew Lee Ching

BARISAN JAWATANKUASA PELAKSANA

: Cg Mohd. Faizul bin Rahim

: Cg Amili Hafiz bin Kamaludin

: Cg Aniza bt Moklas
En Abdul Rahman Bin Abdullah

:
Puan Yusrina binti Mohd Ali
Puan Norizlah Binti Ismail

: Puan Hairina bt Abdullah
Cg Sarah binti Mohd Noor
Puan Sapon Binti Daris

: Cg Khafiza Binti Hj Tarip
Puan Norizawati bt Shafie

: Cg Mohd. Faizul bin Rahim

: Cg Aliza bt Kasran

Sijil Penghargaan : Cg Dahlina bt Kamat
Pn Jamilah bt Kasim
Persiapan Tempat :
Cg Mohd Azlee bin Zakaria @ Rakal
Fotografi/Dokumentasi : Encik Anuar Bin Abu Bakar

Teknikal (AJK Guru) : Cg Nor Ashikin bt Hj Tahir
Streamyard/ Pn Norizlah bt Ismail
Pengundian atas talian
Cg Mohd Sabri bin Sahir (Ketua)
Cg Mohd Raihan bin Abdul Rauf

Teknikal (AJK Ibu Bapa) : En Aizam bin Ibrahim (Ketua)
Streamyard/ En Farok bin Mustajab
Pengundian atas talian En Muhamad Saiful bin Abramam

Pembentang Minit : Cikgu Wan Nor Azizun bintii Wan Aziz
: Cikgu Chew Lee Ching

Link Kehadiran
(Sebelum & Semasa) : Cg Amili Hafiz bin Kamaludin (Ketua)

Cg Chew Lee Ching
Pn Hamiza bt Ramli

Publisiti dan hebahan : Cg Sazali bin Salim
Pn.Ezarozini bt Hamzah (AJK PIBG)
Pn Rosidah bt Suriff (AJK PIBG)
En Khairul Arifin bin Yusop. (AJK PIBG)
Semua Guru Kelas Tahun 1-6
Prasekolah

1.30 petang : Pendaftaran
: Link pelantar maya dibuka dan ibu bapa mengisi kehadiran

2.00 petang : Bacaan Doa
: Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Perasmian oleh En Norshamsu bin Mohd Yusof

(Penyelaras Dun Jementah merangkap Ahli Majlis,
Majlis Perbandaran Segamat)

2.35 petang : Ucapan Terima Kasih kepada Perasmi
2:45 petang : Cabutan Bertuah 1
: Ucapan Guru Besar
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 dimulakan
: Ucapan Pengerusi
: Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42
: Perkara-perkara berbangkit
: Membentangkan dan mengesahkan Laporan Kewangan

Tahun 2020
: Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2018-2021
: Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2021
: Membahaskan usul
: Hal-hal lain
: Ucapan Penangguhan dan penutup

4.15 petang : Cabutan bertuah 2
4.30 petang : Bersurai

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS KALI KE -42
SESI 2019/2020

TARIKH : 23 FEBUARI 2020
HARI : AHAD
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN AL FARABI SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS
KEHADIRAN : 85 ORANG

AGENDA MESYUARAT:

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS.

1.1 Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran Encik Zainal bin Abidin yang mewakili YB
Dato’ Sri Dr Santhara Ahli Parlimen Segamat, Guru Besar SK Paya Jakas, Cikgu Hj Rosli bin
Ismail, Yang DiPertua PIBG, Encik Aizam bin Ibrahim, barisan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2019/2020, ibu bapa dan guru-guru yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Paya Jakas
kali ke -42 ini.

2.0 UCAPAN GURU BESAR
CIKGU HAJI ROSLI BIN ISMAIL

2.1 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran wakil
perasmi Encik Zainal bin Abidin ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 ini. Beliau turut berbesar
hati dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang sudi
hadir pada malam ini. Kehadiran Encik Zainal bin Abidin diharap dapat menyuntik semangat
anak-anak SK Paya Jakas agar terus berjaya dengan cemerlang dalam bidang kurikulum dan
ko-korikulum sekolah.

2.2 Guru Besar memaklumkan tentang keputusan UPSR 2019, bahawa seorang murid SK
Paya Jakas telah berjaya memproleh keputusan cemerlang 6A iaitu Adik Nur Awfiyah Fatini
Binti Norazmi. Oleh itu, menjadikan peratus sekolah telah meningkat dari 91.3% kepada 92%
daripada tahun sebelumnya.

2.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yang Behormat Dato di
atas sumbangan dana sebanyak RM 5000.00 kepada pihak sekolah dan PIBG bagi Program
Peningkatan UPSR 2019. Beliu juga berharap agar sokongan daripada pihak Yang Berhormat
Dato’ anak- anak SK Paya Jakas akan lebih cemerlang dan gemilang di masa akan datang.

2.4 Beliau memaklumkan pencapaian keputusan UPSR 2019 yang telah menempatkan SK
Paya Jakas pada kedudukan 10 terbaik di dalam daerah Segamat. Hai ini kerana komitmen
yang diberikan oleh semua guru, murid-murid dan sokongan daripada semua pihak dalam
memastikan impian menjadi kenyataan. Bagi tahun 2020 ini, SK Paya Jakas telah menetapkan
target 95% dalam peperiksaan UPSR 2020.

2.5 Beliau memaklumkan bagi tahun 2020, SK Paya Jakas telah terpilih untuk mengikuti
program sebagai Sekolah Transformasi 25 (TS 25) bagi kohort 5 dengan MOTTO “Jakasian
Perfect”. SK Paya Jakas merupakan sekolah gred A Luar Bandar dalam kawasan Mukim
Jementah. Secara tidak langsung, ia menjadi tumpuan bagi sekolah-sekolah di kawasan
sekitar mahupun daerah Segamat. Selain itu juga, SK Paya Jakas turut menjadi Pengerusi
JKD Sains bagi tahun yang ke -4. SK Paya Jakas juga akan bekerjasama dengan pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pendidikan Daerah Segamat (PPD) dalam menjayakan
Bengkel Robotik Peringkat Negeri Johor.

2.6 Beliau juga memaklumkan tentang pencapaian aktiviti ko-kurikulum SK Paya Jakas
yang turut membanggakan semua warga sekolah. Bagi acara balapan, seorang murid iaitu
Adik Nur Syuhadah Binti Abdul Rashid telah menjadi peserta terbaik perempuan bawah 11
tahun di peringkat Zon Jementah, seterusnya mewakili sekolah ke peringkat MSSD di Batu
Anam sehingga terpilih ke peringkat MSSJ . Selain itu juga, Pasukan Tunas Inovasi SK Paya
Jakas telah menyertai 3 Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan dengan memperolehi 2
pingat perak dan 1 pingat emas serta memperolehi Anugerah Khas Juri. Di samping itu juga,
Pasukan Tunas Inovasi telah menyertai satu Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa di
UniKL Cawangan di Kulim Kedah dan memperolehi Pingat Gangsa. Segala kejayaan yang
diperolehi, tuan guru Besar amat berharap agar Sk Paya Jakas dapat terus mengekalkan
kecemerlangan dan menjadi “showcase school” bagi sekolah-sekolah lain di daerah
Segamat.

Tindakan : Makluman

3.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
ENCIK AIZAM BIN IBRAHIM

3.1 Merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dalam Mesyuarat
Agung kali ke-42 ini. Turut mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah
sama-sama menyokong dan berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai
program bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid SK Paya Jakas.

3.2 Beliau memaklumkan, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
memastikan pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid berada dalam landasan yang betul
dan diberi bimbingan yang berterusan untuk melakukan perubahan terhadap tingkahlaku ke
arah yang lebih positif. Seterusnya murid-murid mempunyai nilai-nilai murni positif dalam
meneruskan kehidupan mereka di era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran ini.

Tindakan : Makluman

4.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH ENCIK ZAINAL BIN ABIDIN

4.1 Beliau menyampaikan salam daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Santhara yang
mewakilkan beliau untuk hadir pada malam ini kerana YB Dato’ mempunyai urusan penting
di tempat lain. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas di atas pencapaian anak-anak SK Paya
Jakas. Beliau memaklumkan kehebatan guru-guru dan ibu bapa boleh diibaratkan seperti
rakan kongsi sehingga berjaya melahirkan anak-anak yang berjaya dalam akademik mahupun
ko akademik.

4.2 Oleh itu, beliau turut berharap agar penglibatan ibu bapa secara menyeluruh bersama
PIBG dengan pihak sekolah dalam menangani setiap permasalahan yang timbul dan sentiasa
memastikan kecemerlangan anak-anak SK Paya Jakas berterusan.

Tindakan : Makluman

5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41/2019

5.1 Encik Aizam bin Ibrahim, selaku YDP PIBG mempengerusikan mesyuarat. Beliau
meminta membuat beberapa pindaan kesalahan ejaan dari minit yang telah disediakan.

5.2 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 dan pengesahan minit
mesyuarat.

5.2.1 Dicadangkan oleh : Encik Mahat bin Bulat

5.2.1 Disokong oleh : Encik Mohamad Saifull bin Abdul Rahman.

5.3 Encik Aizam selaku YDP PIBG mencadangkan agar kutipan RM 20.00 satu keluarga bagi
sumbangan PIBG diubah dan dinaikkan kepada RM 40.00 satu keluarga, memandangkan
peningkatan harga barangan sekarang. Hasil undian dan keputusan daripada semua ahli PIBG
yang hadir ke mesyuarat, ahli PIBG yang hadir sebulat suara bersetuju dengan kutipan
sumbangan PIBG RM 40.00 bagi satu keluarga bermula tahun 2020.

Tindakan : Setiausaha

6.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2019
6.1 Cikgu Azlee Bin Rakal @ Zakaria, selaku Bendahari PIBG telah membentangkan
Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31.12.2019.

6.1.1 Disahkan oleh : Puan Yusrina binti Mohd Ali

6.1.2 Disokong oleh : Puan Jamilah Binti Kassim.

Tindakan : Bendahari & Ibu Bapa
7.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2019/2020

7.1 Tiada lantikan bagi sesi 2019/2020
Tindakan : Makluman

8.0 MEMBENTANG DAN MEMBINCANG USUL DAN CADANGAN
8.1 Pembelian buku tulis perlu berdasarkan keperluan kerana setiap tahun ada lebihan
buku tulis yang tidak digunakan.

PENCADANG : Puan Ellpah Binti Mohamad

JAWAPAN :
Pihak sekolah akan memaklumkan kepada guru yang menguruskan kedai buku tentang
lebihan buku tulis yang tidak digunakan.

Tindakan : Pihak Sekolah

8.2 Meminta agar diberikan elaun atau wang saguhati bernilai RM10.00 sehari kepada
murid yang mewakili sekolah ke MSSJ/MSSD/KEBANGSAAN bagi menampung
perbelanjaan harian mereka.

PENCADANG : Encik Mohd Sabri bin Sahir
JAWAPAN : Pihak sekolah akan mempertimbangkan elaun RM10.00 sehari bagi murid
yang mewakili sekolah.

Tindakan : Pihak Sekolah

8.3 Meminta Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu dikekalkan pada
waktu rehat.

PENCADANG : Puan Faridah binti Taslim

JAWAPAN :

Cikgu Mohd Zamri bin Ibrahim (GPK HEM) menyatakan Jadual bagi Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) adalah seperti berikut:

Memaklumkan hanya hari Ahad sahaja RMT pada pukul 9.30 pagi, manakala pada hari lain
RMT merupakan sarapan pagi bagi murid dan diwajibkan sebagaimana jadual yang diberikan
oleh KPM.

Tindakan : Pihak Sekolah

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Tuan Haji Rosli selaku guru besar memaklumkan tiada pemilihan ahli jawatan kuasa
PIBG bagi tahun 2020. Walau bagaimanapun, Bendahari PIBG telah memohon untuk
melepaskan jawatan yang telah disandang selama 23 tahun kepada cikgu lain. Oleh itu, guru
besar memaklumkan bahawa Cikgu Chew Lee Ching akan menggantikan jawatan cikgu Azlee
sebagai Bendahari PIBG yang baharu.

9.2 Encik Mohd Fozi bin Md. Salleh juga mohon menarik diri sebagi ahli jawatankuasa
PIBG kerana beliau tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya disebabkan masalah
yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, beliau mencadangkan pelantikan ajk baharu bagi
menggantikan tempat beliau.

9.2.1 Cadangan AJK Lantikan Baru : Encik Mohamad Saifull bin Abdul Rahman

9.2.2 Cadangan oleh : Puan Yusrina binti Mohd Ali

9.2.3 Disokong oleh : Semua ahli mesyuarat

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir dan
meluangkan masa pada malam ini.

10.2 YDP juga mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-42 bagi sesi 2019/2020 pada malam ini.

10.3 YDP juga berharap dapat kerjasama yang komited daripada pihak ibu bapa demi
kecemerlangan kurikulum dan juga kokurikulum SK Paya Jakas dalam memastikan kejayaan
anak-anak SK Paya Jakas. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada mana-mana ahli PIBG
termasuk YDP dan guru besar sendiri.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam. Disemak oleh:
Disediakan oleh :

………………………………………………………. ………………………………
(WAN NOR AZIZUN BINTI WAN AZIZ) (ROSLI BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG Guru Besar
SK Paya Jakas SK Paya Jakas

Disahkan oleh:

………………………………..
(AIZAM BIN IBRAHIM)
Yang Dipertua PIBG

SK Paya Jakas

PENYATA KEWANGAN
TA

PENYATA KEWANGAN

24 JANUARI HINGGA

DT KT

TARIKH R PENDAPATAN JUMALAH T
U
J (RM)

24 Jan Baki dalam bank RHB b/b 4 124.29 9

13 Julai Pulangan perbelanjaan PIBG 2020 12.00 9
17 Julai daripada Cikgu Wan
29 Julai Sumbangan impak bilik TS25 1 000.00 13
7 Sept 500.00 13
Sumbangan impak bilik Sejarah
30 Ogos 5 000.00 13
17 Nov Sumbangan dari Dato’ Sri Dr. Santhara
untuk tujuan pembelian meja dan kerusi 200.00 13
25 Sept sekolah 2 880.00 13

Sumbangan impak bilik Sejarah 300.00 13

Pendapatan daripada kebun kelapa
sawit.( Sept,Okt dan Nov RM960 x 3 )

Sumbangan Bank Rakyat untuk Program
NPQ ( Cikgu Hairina)

N SEMASA PIBG SK PAYA JAKAS
AHUN 2020

PIBG SK PAYA JAKAS

A 31 DISEMBER 2020

TARIKH R PERBELANJAAN JUMLAH
U (RM)
J 200.00

Julai Hadiah Hari Kanak-kanak Tahun 2019

Julai Gam banner untuk kegunaan sekolah 56.00
3 Julai 100.00
3 Julai Hadiah persaraan Pn Rohani (kerani sekolah) 216.00
3 Julai Peruntukan makanan untuk murid SKPJ sempena hari 180.00
pembukaan sekolah (RM1.50 x 146)
3 Julai Hadiah kelas bagi pelajar terbaik menyiapkan tugasan 70.00
3 Julai sepanjang cuti PKP (RM30 x6)
30.00
3 Julai Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 65.57
Mahrajan Al-Quran sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Tahun 2020

Pembelian alat tulis keperluan PIBG

31 Dis Hibah/profit dr Bank Rakyat 4.06 13

13
20

20
26

12
O
3

6

13
12
20
28

3 Julai Pembelian paip basuh tangan 53.50
(RM28 + RM25.50) 29.50
3 Julai Cop PIBG
0 Julai Stamping agreement Pembukaan akaun baru di Bank 20.00
Rakyat 200.00
0 Julai
6 Julai Token Free Ibiz Bank Rakyat 1 000.00
Penyerahan derma impak bilik TS25 kepada Cikgu 340.00
2 Khafiza
Ogoas 700.00
Kos membaiki laptop PIBG
Sept 28.00
Penyerahan derma impak bilik Sejarah kepada Cikgu 250.00
Sept Rahayu 5 000.00

3 Sept Pluque penghargaan kepda YB Dato’ Sri Santhara atas 90.00
2 Okt sumbangan kerusi plastic dan meja 100.00
0 Okt
8 Okt Pendaftaran AINEX (INOVASI) untuk peserta murid
Tahun 6
Penyerahan kos pembelian kerusi dan meja Kepada
YDP PIBG En. Aizam
Pembelian frame kemenjadian murid sudut TS25

Banner (TS25)

28
31

31

14 020.35

Disediakan oleh :

………………………………………….
(CHEW LEE CHING)
BENDAHARI PIBG

SKPJ

……………………………………….
(ROSIDAH BT SURIFF)
Juru Audit Dalaman 1

Kami telah menyemak segala dokumen-dokumen dalam

8 Okt Pembelian kertas sijil dan alat tulis 50.00
1 Dis Cek charge 25.00

1 Dis Baki h/b 5 216.78
14 020.35

Disahkan oleh:

………………………………………………………….
(AIZAM BIN IBRAHIM)
YDP PIBG

SKPJ
. ……………………………………………………………..

(SAPON BT DARIS)
Juru Audit Dalaman 2

m kewangan persatuan ini dan dapati ianya betul dan sah

LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020

Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan
beberapa aktiviti dengan pihak sekolah dalam meningkatkan lagi
kecemerlangan murid. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Ahli Jawatankuasa
PIBG telah melaksanakan kewajipan yang diamanahkan sesuai dengan
tuntutan murid, guru dan juga ibu bapa. Segala kejayaan yang diperolehi
adalah hasil usaha semua pihak termasuk warga sekolah, para ibu bapa dan
masyarakat setempat mahupun badan-badan kerajaan dan pihak swasta.

Antara aktiviti dan peranan yang telah dilaksanakan oleh PIBG sekolah
ini ialah;

Aktiviti Tarikh

Jualan Pakaian Terpakai 04 Januari 2020

Perjumpaan BITARA UPSR 2020 15 Januari 2020

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 15 Januari 2020

Kejohanan merentas desa sekolah 16 Januari 2020

Kejohanan Sukan. 30 Januari 2020

MesyuaratAgung PIBG Kali Ke- 42 23 Februari 2020

Program Sumbangan Murid Asnaf 31 Mac 2020

Sumbangan sebakul kasih kepada

golongan asnaf dan anak yatim 18 Mei 2020

(dengan Kerjasama UITM SEGAMAT)

1. Projek membaiki bumbung susur gajah di Blok A dan Blok B

Obejktif : Merupakan satu inisiatif bersama antara pihak PIBG dan
sekolah dalam menambah baik infrastruktur sekolah dengan mewujudkan
dan membaiki bumbung untuk kegunaan murid-murid.

2. Sumbangan Pembinaan Singki dan Peralatan Sanitasi Untuk
Pembukaan Semula Sekolah

Objektif: Bagi melancarkan operasi pembukaan sekolah dan menjaga
keselamatan murid sempena pembukaan sekolah bermula 22 Julai 2020.

3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG 2020

Tarikh: sepanjang tahun 2020 sebanyak 2 kali mesyuarat ahli
jawatankuasa dan Mesyuarat Agung telah dijalankan.

Objektif: Pelaksanaan mesyuarat ini adalah bertujuan untuk
membolehkan perbincangan dibuat antara pihak sekolah dengan wakil ibu
bapa berkaitan pengurusan PIBG. Melalui Kerjasama ini, pelbagai
program, penambahbaikan fizikal sekolah dan aktiviti telah dapat
dilaksanakan.

4. Pembinaan bilik TS 25 dan Galeri Sejarah

Objektif: untuk meningkatkan kualiti perhubungan dan penyampaian
maklumat kepada murid, guru, warga sekolah dan masyarakat. Menerusi
pembinaan bilik ini juga, proses penyimpanan bahan sejarah, dokumen-
dokumen dan bahan bahan yang berkaitan dengan program TS 25 disusun
rapi untuk kegunaan pelaksaan program trasnformasi di sekolah. Urusan
mendidik menjadi mudah ,lebih bersistematik dan tersusun.

5. Sokongan Kewangan

PIBG turut terlibat dalam memberikan sokongan kewangan bagi
membantu pihak sekolah menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah. Antara
aktiviti tersebut ialah:

1. Hari guru
2. Gotong royong sanitasi kelas
3. Sumbangan peralatan sanitasi
4. Gotong royong baik pulih Kawasan persekitaran sekolah
5. Program-program Kokurikulum
6. Program Inovasi sekolah
7. Majlis Persaraan staff dan perpindahan guru
8. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Kerjasama PIBK SKPJ

LAPORAN UNIT KURIKULUM & PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS

********************************************

BIL TARIKH AKTIVITI

1. 30.12.2019 Pendaftaran dan Taklimat Tahun 1 SK Paya Jakas

tahun 2020

2. 15.01.2020 Program Perjumpaan Ibu Bapa & Pengenalan

Program Bitara UPSR 2020

3. 09.02.2020 Majlis Penutupan ProgramTransisi Tahun 1 2020

4. 09.02.2020 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas

Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

2020

5. 18.02.2020 Pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2020

6. 23.02.2020 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 Tahun 2020

7. 23.02.2020 Program Kecemerlangan UPSR – B. Inggeris Penulisan

(014) di SK Ladang Welch

8. 04.03.2020 Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Inggeris Sekolah rendah Zon Jementah di SK Ladang

Welch

9. 03.03.2020 Ujian SEGAK 1

10. 28.06.2020 Sambutan Hari Guru Semarak Raya Peringkat SK

Paya Jakas 2020

11. 05.07.2020 Program Kelestarian Pedagogi Abad Ke-21

Kolaborasi SK Paya Jakas di SK Pengkalan Raja,

Pontian, Johor

12. 09.07.2020 Majlis Segunung Budi Selautan Kasih Puan Rohani

binti Yacob (1985-2020)

13. 14.07.2020 Program PLC Pembinaan Objektif Pembelajaran (OP)

dan Kriteria Kejayaan (KK) RPH PAK-21 bersama Pn

Ahzan Noraini binti Ahmad (SiSC+) PPD Segamat

14. 06.08.2020 Taklimat Penyelarasan TS25 Kohort 5 di Bilik Mesyuarat

Chempaka Sari SK Paya Jakas

15. 12.8.2020 PLC Pembugaran Teknik Mengajar B. Melayu

Penulisan Format UPSR oleh Cikgu Mohd Farhan

Haniff bin Ab Rahman

16. 13.08.2020 PLC Pembugaran Teknik Mengajar B. Melayu

Pemahaman Format UPSR oleh Cikgu Mohd Farhan

Haniff bin Ab Rahman

17. 11.08.2020 Ujian SEGAK 2

18. 30.08.2020 Sambutan Ambang Hari Kebangsaan Ke-63

Peringkat SK Paya Jakas

19. 06.10.2020 Program Pemantapan Sahsiah Anjuran Panitia

Pendidikan Islam dan Unit Disiplin SK Paya Jakas

20. 05.10.2020 Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Anjuran Panitia

Matematik SK Paya Jakas

21. 15.10.2019 Pelancaran Program Perantisan 2 – Laluan PKJR

“Stop, Look & Go” SK Paya Jakas dirasmikan oleh

Pengurus Cawangan Bank Rakyat Segamat turut

hadir Dr Sham bin Ibrahim Pensyarah IAB Induk

Disediakan oleh,

HAIRINA BINTI ABDULLAH
GPK Kurikulum dan Pengurusan Sekolah,
SK Paya Jakas

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA JAKAS

BIL TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG PENGELOLA/CATATAN
DILAKSANAKAN
1. 13-21 Jan
2020 Lawatan Pasukan Pergigian Daerah Unit Kesihatan
Segamat Sekolah

2. 19 Jan 2020 Kursus Kepimpinan Pengawas, Guru Pengawas &
Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Guru PSS
Kelas

3. Feb 2020 Majlis Penyerahan Bantuan Awal Guru Bantuan
Persekolahan (BAP) KPM Sekolah

4. Feb 2020 Penyerahan Bantuan Pelajar Yatim Guru Bantuan
PKAYIS – seorang murid terlibat Sekolah

5. 29 Julai 2020 Majlis Penyerahan Kumpulan Wang Guru Bantuan
Pelajar Miskin (KWAMP) KPM - 47 Sekolah
orang murid

6. Sept 2020 Sumbangan Beras Program Bersama Guru Bantuan

sekolah & PKAYIS Sekolah

7. 6 Okt 2020 Program Pemantapan Sahsiah Guru pengawas &
Pengawas, Pengawas PSS Panitia P. Islam

8 22 Okt 2020 Penyaluran Elaun Murid Berkeperluan Guru Bantuan

Khas (EWK) KPM Sekolah

2 kali setahun – 2 orang murid

9 Jan- Nov Bantuan Makanan Tambahan (RMT ) Guru RMT
2020 KPM – 30 orang murid

10 Jan- Nov Program Susu Sekolah (PSS) KPM – 30 Guru PSS
2020 orang murid

Disediakan Oleh,
SAZALI BIN SALIM
GPK Hal Ehwal Murid
SK Paya Jakas.

RUMUSAN LAPORAN AKTIVITI /KEGIATAN KOKURiKULUM

BIL TARIKH NAMA AKTIVITI

1 12-01-20 SENAMROBIK BERSAMA MILO
2 14-01-20 KEJOHANAN MERENTAS DESA SK PAYA JAKAS

12-01-20 PERHIMPUNAN KOKURIKULUM 1/2020
3 13-15-1-20 SUKANTARA SEKOLAH

4 21-01-20 KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH
SEGAMAT

5 15-20-01- ACARA AKHIR PADANG – KEJOHANAN
20 OLAHRAGA TAHUNAN SK PAYA JAKAS

30-01-20 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PAYA
JAKAS

6 04-02-20 PERTANDINGAN HOKI L/P 12 MSSD SEGAMAT

7 09-0220 PERHIMPUNAN KOKURIKULUM 2/2020

8 09-02-20 PERTANDINGAN CATUR MSSK JEMENTAH

M DAN KO-AKADEMIK SK PAYA JAKAS TAHUN 2020

PERINGKAT PENCAPAIAN CATATAN

SEKOLAH
SEKOLAH
SEKOLAH
SEKOLAH

DAERAH PENYERTAAN Nursyuhada Abd Rashid
Nurul Zulaikha
SEKOLAH Abdullah
SEKOLAH Muhd Nurirfan Syafuan
DAERAH Daneshkumar

ZON L-Penyertaan 28 Orang murid (L&P)
P- Keempat wakil sekolah

Tempat ke 3 12 Murid wakil sekolah
P12

9 11-02-20 PERTANDINGAN CATUR MSSD SEGAMAT
10 12-02-20 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSK JEMENTAH

11 15-02-20 KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS SIRI
5/2020 KEBANGSAAN

12 20-22-2-20 KEJOHANAN HOKI MSSJ JOHOR DI BATU PAHAT

13 20-22-2-20 PERKHEMAHAN PENGASAS PENGAKAP NEGERI
JOHOR

BIL TARIKH NAMA AKTIVITI

14 25-27-2-20 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEGAMAT

DAERAH PENYERTAAN Nur Irdina Aizam -wakil
ZON Naib Johan Zon Sek

24 Peserta

KEBANGSAAN PENYERTAAN Mohd Sabri b Sahir
Norizawati bt Shafie
Muhd Dzal Aidi
Muhd Suhaimi
Aisyah Humaira
Nur Irdina
Nur Iman batrisya
Nor Aqlan Rifqi

NEGERI PENYERTAAN Seri Zulaikha Zahid
NEGERI PENYERTAAN Nursyuhadah Abd
Rashid
Nurul Zulaikha Abdullah
Rusramadhan Aliff Rusli

Muhd Dzal Aidi
Nor Aqlan Rifqi

PERINGKAT PENCAPAIAN CATATAN
DAERAH 12 ORANG WAKIL
100M P11 (1)
200M P11 (1)

L/T L12 (3)
TERBAIK P12

3-5/3/20 UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOPRAL TKRS
DAERAH SEGAMAT 2020

15 11-14/3/20 KEJOHANAN OLAHRAGA MSS JOHOR

16 15-03-20 PERHIMPUNAN KOKURIKULUM 3/2020

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

1. PERTANDINGAN PAKAIAN PATRIOTIK

17 30-08-20 2.PERTANDINGAN SAJAK
3. PERTANDINGAN MEWARNA

4. PERTANDINGAN MELUKIS

5. PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK

18 17-09-20 MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN

19 SEPTEMBER PERTANDINGAN SENI KREATIF DOODLE (MASTER
ARTS)

20 SEPTEMBER PERTANDINGAN INOVASI AIINEXX
INTERNATIONAL (UTM)

21 SEPTEMBER PERTANDINGAN MENULIS ESEI SAINS -MSN

22 SEPTEMBER UJIAN KELAYAKAN NATIONAL SPACE CHALLENGE
2020

23 SEPTEMBER PERTANDINGAN PIDATO PPIM

24 SEPTEMBER PERTANDINGAN NYANYIAN PPIM (LAGU
KEAGAMAAN)

TARIKH NAMA AKTIVITI

DAERAH PENYERTAAN Mohd Irfan Shah
PENYERTAAN Mohd Izz Rahmat
NEGERI Nursyuhada Abd Rashid
SEKOLAH

SEKOLAH

SEKOLAH PENYERTAAN 20 Penyertaan
NEGERI
SILVER CG Mohd sabri
ANTARABANGSA CG Mohd Farhan
PENYERTAAN CG Sarah
KEBANGSAAN PENYERTAAN Nurirdina
KEBANGSAAN Mursyidah
KEEMPAT Ika Natasha
DAERAH PENYERTAAN Seri Zulaikha
DAERAH 52 Penyertaan
Mohd Dzal Aidi
Noraqlan Rifqi
Ika natasha Jumali

Seri Zulaikha

PERINGKAT PENCAPAIAN CATATAN

25 SEPTEMBER PERTANDINGAN POSTER KEMPEN KESEDARAN
KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

26 SEPTEMBER PERTANDINGAN MELUKIS POSTER (COVID-19)
ANJURAN PPIM DAERAH SEGAMAT TAHUN 2020

27 OKTOBER PERTANDINGAN JOHOR SDGs JOHOR CHALLENGES
(SAINTIS MUDA)

28 OKTOBER PROGRAM PELANCARAN PKJR BAHASA MELAYU

Disediakan Oleh,
Mohd Sabri bin Sahir
GPK Kokurikulum
SK Paya Jakas.

DAERAH Amalia Sofia
PENYERTAAN Noraqlan Rifqi

Mohd Dzal Aidi

Amira najwa

DAERAH PENYERTAAN Norsha Ain
Norsha Aini
Nur Aina Batrisya

Aleesya Atiqa
Nurhaida Dayana

S NEGERI TOP 10 Mohd Dzal Aidi
Noraqlan Rifqi
Nor Sha Ain
Nor Sha Aini

SEKOLAH Semua murid sertai





SENARAI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SESI 2021/2023

Yang Dipertua : …………………………………………………………
NYDP : …………………………………………………………
Setiausaha : …………………………………………………………
Bendahari : …………………………………………………………

AJK GURU ( LANTIKAN SEKOLAH)
1) …………………………………………………..
2) …………………………………………………..
3) …………………………………………………..

AJK IBU BAPA
1) …………………………………………………..
2) …………………………………………………..
3) …………………………………………………..
4) …………………………………………………..
5) …………………………………………………..
6) …………………………………………………..
7) …………………………………………………..
8) …………………………………………………..
9) …………………………………………………..
10) …………………………………………………..

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) …………………………………………………..
2) …………………………………………………..

USUL 1
Pn Ellpah binti Mohamed

Mencadangkan supaya KPM menggunapakai jadual dan kaedah PdPR 1.0
yang tidak membebankan ibubapa untuk menunjuk ajar anak2 di rumah.
Jadual yang terlalu padat bukan sahaja membebankan guru-guru tetapi
juga ibu bapa dan anak-anak.

USUL 2
Puan Aireen Nirra binti Arif

1) Memastikan Group whatsapp kelas bebas dari "spam" soalan-soalan
yang tidak patut di tanya

2) Utamakan subjek Teras semasa pdpr atau kelas mengaji on9 atau
membaca sukukata online bagi murid Tahun 1 dan 2 yang masih
lemah

USUL 3
Encik Aizam bin Ibrahim

Saya bagi pihak jawatankuasa PIBG 2018-2020 memohon ruang atau bilik
untuk pibg yang akan dilantik untuk dijadikan pusat PIBG yang mana segala
aktiviti,mesyuarat dan sebagainya di bilik itu..ruang atau bilik yang
dicadangkan adalah bangunan lama sekolah iaitu bangunan yang telah
dibaikpulih. Di bilik itu juga akan diselenggara sendiri oleh PIBG. Mohon
cadangan ini dipertimbangkan oleh pihak pengurusan sekolah.

USUL 4
Puan Norshahniza binti Sahari

Cadangan agar mewujudkan bilik gerakan PIBG/PIBK bagi tujuan
ibubapa/komuniti menjalankan aktiviti yang bersesuaian dan berkaitan
dengan komuniti/ibubapa demi masa depan anak-anak SKPJ. Antara
projek yang boleh dilaksanakan adalah seperti projek kitar semula,
penanaman/penjualan pokok bunga/anak pokok bagi mendapatkan
dana tambahan serta bilik bacaan mini yang santai.

PROGRAM JUALAN PAKAIAN TERPAKAI
ANJURAN PIBG SK PAYA JAKAS
Hari : SABTU
Tarikh : 4 JANUARI 2020

PROGRAM PEMBUGARAN BITARA SKPJ 2020 TAHUN 6
PERJUMPAAN TIGA PENJURU SERTA BICARA AKADEMIK

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK PAYA JAKAS
30 JANUARI 2020

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42
23 FEBRUARI 2020

SUMBANGAN KELAB PENSYARAH UITM-PIBG
KEPADA MURID ASNAF SKPJ


Click to View FlipBook Version