The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURHIKMAH BINTI KASIRAN BA21110469, 2024-02-07 02:02:13

KURSUS PERSEDIAAN LATIHAN HOMESTAY SUNGAI

PENGURUSAN HOMESTAY RUMAH RAKIT

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KURSUS PERSEDIAAN HOMESTAY SUNGAI ( RUMAH RAKIT ) KUMPULAN 10 AH30503


PENYUMBANG KARYA SHARLEEN ALAN GREGORY (BA21110449) Pelajar Program Hubungan Industri , Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Malaysia Sabah NURHIKMAH BINTI KASIRAN (BA21110469) Pelajar Program Hubungan Industri , Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Malaysia Sabah NASMIDAH BINTI USMAN (BA21110468) Pelajar Program Hubungan Industri , Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Malaysia Sabah SITI NOR ALFAZIRA BINTI MOHD.ALFENDY(BA21110490) Pelajar Program Hubungan Industri , Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Malaysia Sabah NUR ANIS SYAFIRA BINTI ROSHIDI (BA21110065) Pelajar Program Sejarah , Fakulti sains sosial dan kemanusiaan , Universiti malaysia sabah i


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak penganjur bagi program ini iaitu “ Kursus Persediaan Homestay Sungai ( Rumah Rakit ) “ Program ini merupakan satu inisiatif untuk membuka minda dan memberi peluang kepada mereka yang bakal besara untuk mengendalikan sebuah projek keusahawanan yang tertumpu kepada projek Homestay Sungai. Selain daripada itu, tujuan sampingan program ini juga adalah untuk memberikan keyakinan dan gambaran awal kepada bakal-bakal pesara untuk merangka rancangan aktiviti yang hendak dilakukan dalam mengisi masa-masa lapang setelah bersara nanti . Program ini juga sekaligus akan membantu mereka untuk menambah lagi pengetahuan yang sedia ada . Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang sudah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang telah memberi sumbangan dalam membantu program kami ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penulis dan penyunting modul ini. Terima kasih atas semua usaha dan idea anda dalam menyumbang bagi menyiapkan modul ini. Modul ini berjaya diterbitkan dan dapat dijadikan panduan serta rujukan bagi mereka yang berhasrat untuk melaksanakan program yang sama pada masa akan datang KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM Latihan & Pembangunan Sekian terima kasih, Sharleen SHARLEEN ALAN GREGORY Pengarah Program “ Kursus Persediaan Homestay Sungai (Rumah Rakit) ” ii


PENGENALAN PENYUMBANG KARYA KATA ALUAN PENGARAH PROGRAM BAB 1 BAHAGIAN KERTAS KERJA KURSUS 1.1 PENGENALAN 1.2 MATLAMAT 1.3 OBJEKTIF 1.4 SASARAN PESERTA 1.5 LOKASI 1.6 MASA 1.7 PENGISIAN KURSUS 1.8 KOS PERBELANJAAN 1.9 TUGAS 1.10 TENTATIF PROGRAM BAB 2 PENILAIAN PELAKSANAAN KURSUS 2.1 PENGENALAN 2.2 KONSEP KAJIAN 2.3 TEORI ADDIE 2.4 KAJIAN BERKAITAN 2.5 KESIMPULAN BAB 3 PENERANGAN LATIHAN KURSUS 3.1 AKTIVITI 1 : KAEDAH PENGURUSAN HOMESTAY SUNGAI 3.2 AKTIVITI 2 : TAKLIMAT PENGAWASAN KESELAMATAN DI HOMESTAY BAB 4 PENILAIAN PROGRAM 4.1 PENGENALAN 4.2 PENILAIAN PROGRAM BEDASARKAN MODEL EVALUASI CIPP 2.3 PENILAIAN SUMATIF 4.4 LAMPIRAN BLIOGRAFI i-ii Isi Kandungan Latihan & Pembangunan 1-10 11-17 18-20 21-29 30


BAHAGIAN KERTAS KERJA KURSUS BAB 1


Kursus penyediaan Homestay Berasaskan Sungai ini dijalankan khususnya untuk golongan bakal pesara dan ianya merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memberi peluang kepada warga pesara untuk memanfaatkan potensi sumber alam sekitar sungai sebagai sumber pendapatan tambahan. Kursus ini direka khusus untuk menyediakan penduduk dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan homestay yang terletak di kawasan sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana pengurusan homestay berasaskan sungai memerlukan usaha lebih kerana ianya lain daripada yang lain. Kursus ini juga akan menyentuh pelbagai aspek, termasuk tetapi tidak terhad kepada, aspek pengurusan homestay, kemahiran hospitaliti, promosi pelancongan, dan kesedaran alam sekitar. Pesara akan dilatih tentang cara mengatur ruang penginapan, menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada tetamu, dan cara menjalankan operasi harian dengan cekap. Ini termasuk penekanan terhadap kebersihan, keselesaan dan keselamatan homestay. Selain daripada aspek pengurusan, kursus ini juga akan memfokuskan kepada pemasaran dan promosi homestay. Pesara akan belajar cara menggunakan platform digital, media sosial dan strategi pemasaran lain untuk meningkatkan pengiktirafan dan daya tarikan homestay mereka. Ini bertujuan meningkatkan pengunjung yang berminat untuk menginap dan menikmati keindahan alam semula jadi sungai tersebut. Kepentingan aspek kesedaran alam sekitar dalam pengurusan homestay juga akan ditekankan dalam kursus ini. Pesara akan diberi pengetahuan tentang amalan mesra alam dan memelihara sumber sungai bagi memastikan homestay yang diurus bukan sahaja memberi pengalaman yang baik kepada tetamu malah mengekalkan keindahan alam sekitar. Dengan menyertai kursus penyediaan homestay Sungai ini, penduduk akan berpeluang menjalani kehidupan pasca kerja yang bermakna dan menguntungkan, di samping menyumbang kepada pembangunan pelancongan di kawasan sungai. Ini selaras dengan usaha meningkatkan taraf hidup dan kebajikan warga emas melalui peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan sampingan. 1.1 PENGENALAN 1


Program Kursus Persediaan Homestay Sungai ( rumah rakit ) bermatlamat untuk memberi pendedahan mengenai keusahawanan kepada bakal pesara yang berminat untuk memulakan projek atau perniagaan kecil selepas mereka bersara nanti. Pesara bebas untuk menjalankan sebarang projek keusahawanan mengikut minat mereka. Namun, kursus ini menumpukan khas kepada pengurusan, pemasaran, pelaksanaan idea, dan strategi untuk memulakan dan mengendalikan perniagaan Homestay sungai ( rumah rakit ) . Kursus ini juga bertujuan untuk memberi keyakinan dan gambaran awal kepada bakal pesara untuk merangka matlamat dan rancangan untuk masa depan mereka selepas persaraan . Hal ini demikian agar kehidupan mereka masih dapat diteruskan dengan aktiviti yang bermanfaat dan mengisi masa lapang sekaligus menambah lagi pendapatan . Di samping itu, kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan komunikasi pesara dengan orang lain dan dengan keluarga, termasuk cara berinteraksi, menyelesaikan konflik, dan membina rangkaian sokongan sosial yang lebih kukuh. 1.2 MATLAMAT 1.3 OBJEKTIF Berikut merupakan objektif program: 1.3.1 Memberi pendedahan kepada bakal pesara tentang aktiviti keusahawanan 1.3.2 Memberi gambaran awal kepada bakal pesara mengenai cara pengurusan Homestay Sungai 1.3.3 Memberi pemahaman kepada bakal pesara tentang aspek keselamatan dalam mengurus Homestay Sungai 2


Dalam sebuah program yang hendak dilaksanakan, sasaran peserta adalah penting untuk diambil kira oleh penganjur program tersebut. Secara umumnya, sasaran peserta ini dapat didefinisikan sebagai sasaran semua orang baik individu ataupun sekumpulan masyarakat, bahkan pelbagai budaya (Berawi, F. M, 2017). Walaupun begitu, bagi program “Kursus Persediaan Rumah Sungai (Rumah Rakit)” ini ianya mempunyai sasaran peserta tersendiri yang sesuai berdasarkan program berikut. Oleh itu, sasaran peserta bagi program ini adalah mereka yang akan bergelar pesara dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat perkhidmatan kelak. Sasaran peserta bagi program ini adalah sebanyak 100 orang yang akan bersara. 1.4 SASARAN PESERTA Lokasi anjuran program ini akan dilaksanakan di Dewan Auditorium Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah. Pemilihan tempat dilaksanakan di lokasi ini kerana ia lebih strategik. Bukan itu sahaja, lokasi yang dipilih juga mempunyai kemudahan dan kebolehcapaian yang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Selain itu, lokasi ini juga mudah diketahui oleh bakal peserta serta dewan ini sesuai digunakan untuk program ini. 1.5 LOKASI 1.6 MASA Jangka masa bagi program ini adalah bermula pada bersamaan hari. Program ini berlangsung dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 2.00 Petang. Jangka masa sehari ini akan diambil untuk memberikan pendedahan kemahiran dan latihan kepada bakal pesara serta memberi keyakinan kepada bakal pesara untuk memulakan suatu bentuk perniagaan yang dapat menambah pendapatan mereka selepas persaraan kelak. 3


1.7 PENGISIAN KURSUS Bagi memulakan satu program latihan dan pembangunan, kursus ini akan membantu memberikn sedikit keterangan lanjut berkenaan dengan kaedah latihan yang bakal digunakan oleh para peserta yang terdiri daripada pesara sebagai persediaan homestay sungai (rumah rakit). Antara pengirisi program ini adalah kursus kaedah pengurusan homestay sungai. Tujuan kursus ini diberikan kepada peserta adalah bagi menambah pengetahuan para peserta mengenai caracara menguruskan homestay sungai (rumah rakit) yang berkesan. Seterusnya, program ini turut menyediakan satu sesi taklimat khusus buat para perserta berkaitan dengan pengawasan dan cara pencegahan daripada berlakunya sebarang ancaman dari segi keselamatan. Peserta juga akan diberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal tentang pertolongan cemas sekiranya berlaku sebarang cecederaan kecil. Taklmat pertolongan cemas akan disampaikan oleh pihak JPAM manakala bengkel pencegahan kebakaran pula akan disampaikan oleh beberapa anggota dari pasukan bomba. Tujuan pihak penganjur mengadakan sesi taklimat pengawasan keselamatan di homestay ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap pengawasan keselamatan kepada pelancong dan persekitaran homestay. Kursus kaedah pengurusan homestay sungai Taklimat pengawasan keselamatan di homestay 4


BIL 1 2 JUMLAH PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) SARAPAN PAGI MAKAN DAN MINUM TENGAHARI RM6 X 107 RM20 X 107 642 2140 2782 BIL 1 2 JUMLAH PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) Tajaan luar Yuran peserta 1 RM 30 X 100 1300 3000 4300 1.8.2 PERBELANJAAN 1.8 KOS PERBELANJAAN Berikut merupakan kos kewangan bagi kursus yang dijalankan : 1.8.1 PENDAPATAN A. JAMUAN 5


BIL 1 JUMLAH PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) Baner 3X12 1 80 80 BIL 1 2 JUMLAH PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) Cenderahati berbentuk plaque ( 2 Penceramah ) Wang tunai ( 2 Penceramah ) RM50 X 2 RM200 X 2 100 400 3 306 Sijil ( 2 Penceramah dan 100 Peserta ) RM 3 X 102 806 BIL 1 JUMLAH PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) Student’s Lounge ( RM70 per jam ) 8 jam 560 560 C. PUBLISITI D. SEWA TEMPAT B. CENDERAHATI 6


BIL 1 2 JUMLAH PERKARA JUMLAH (RM) Jamuan Makan Cenderahati 2782 806 3 Publisiti 80 4 Sewa tempat 560 4228 1.8.2 RUMUSAN PERBELANJAAN 7


0 1.9 TUGAS SHARLEEN ALAN GREGORY PENGARAH PROGRAM TIMB. PENGARAH PROGRAM NUR ANIS SYAFIRA BINTI ROSHIDI SETIAUSAHA DAN AJK PROTOKOL SITI NOR ALFAZIRA BINTI MOHD.ALFENDY BENDAHARI DAN AJK TAJAAN NURHIKMAH BINTI KASIRAN AJK MEDIA, HEBAHAN DAN SIAR RAYA NASMIDAH BINTI USMAN 8


0 MASA PERKARA 2.0 TENTATIF PROGRAM 8.00 - 8.30 Pagi 8.30 - 9.00 Pagi Sarapan pagi Ketibaan dan pendaftaran peserta 9.00 - 9.30 Pagi Sesi Energizer 9.30 - 12.00 Tengah Hari 12.00-1.00 Petang Makan tengah hari dan solat 1.00-2.30 Petang Slot 2: Taklimat Pengawasan Keselamatan di Homestay 2.30 Petang - selesai Sesi bergambar Slot 1 : Kaedah Pengurusan Homestay Sungai 9


PENUTUP Secara keseluruhannya, kursus penyediaan homestay Sungai bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta dengan pengetahuan dan kemahiran holistik dalam menguruskan homestay di kawasan sungai. Dengan penekanan kepada pengurusan yang cekap, pemasaran yang berkesan dan kesedaran alam sekitar, kursus ini bukan sahaja menyediakan aspek teknikal pengurusan homestay tetapi juga menggalakkan pesara menjalani kehidupan selepas bekerja yang bermakna. Dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan, memahami kepentingan pemasaran digital, dan memelihara alam sekitar, peserta kursus diharapkan dapat membina inap desa yang berjaya dan menyumbang kepada pembangunan pelancongan tempatan. 10


PENILAIAN PELAKSANAAN KURSUS BAB 2


2.1 PENGENALAN Pengkaji - pengkaji sering mendapati bahawa kerelevanan kajian-kajian lepas yang menunjukkan bahawa ianya berfungsi sebagai gambaran keseluruhan penyelidikan terdahulu yang terperinci dan lengkap serta konteks yang telah ditubuhkan juga amat bermanfaa. Dalam pengertian ini, pemahaman yang kukuh mengenai topik yang dibincangkan adalah perlu. Konsep penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa penyelidik akan dihuraikan dalam bahagian ini, namun ia tertumpu kepada kajian lepas yang berkitan dengan dengan tajuk "Kursus Persediaan Homestay Sungai (Rumah Rakit)" yang dapat memenuhi keinginan pengkaji dalam bab ini. Selain itu, bahagian ini menawarkan gambaran keseluruhan perbandingan penyelidikan yang telah dijalankan. 11


2.2 KONSEP KAJIAN 2.2.1 KONSEP LATIHAN Latihan telah didefinisikan dengan pelbagai cara antaranya ialah sebagai proses yang dirancang untuk mengubah sikap, pengetahuan atau tingkah laku kemahiran melalui pengalaman pembelajaran untuk mencapai prestasi yang berkesan dalam sebarang aktiviti atau julat aktiviti. Seterusnya, tujuan latihan dalam prestasi kerja adalah untuk membangunkan kebolehan individu dan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja semasa dan masa depan organisasi (Manpower Services Commission (MSC), UK.,1981: 6ebolehan individu dan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja semasa dan masa depan organisasi (Manpower Services Commission (MSC), UK.,1981: 62) 2.2.2 KONSEP PEMBANGUNAN Pembangunan dikonsepkan sebagai ‘kemajuan manusia’ yang bermaksud pencerahan mengenai campur tangan manusia untuk memperbaiki keadaan manusia. Terdapat banyak aspek konsep yang berbeza mengenai pembangunan iaitu dari sudut individu, ekonomi, sosial, budaya dan lan-lain (S. Henson, 2016). Pembangunan Sumber Manusia didefinisikan sebagai proses mengoptimumkan pengeluaran dan penggunaan tenaga kerja iaitu ianya berkaitan dengan beberapa aspek seperti isu-isu kakitangandalam pekerjaan, pembangunan dan latihan, pengurusan prestasi dan keadaan kerja (Swanson & Holton, 2001;90). 12


2.2 KONSEP KAJIAN 2.2.3 KONSEP LATIHAN DAN PEMBANGUNAN Latihan dan pembangunan adalah proses ang berterusan dalam mana-mana organisasi. Keperluan untuk latihan dan pembangunan ditentukan oleh kekurangan pekerja kerana lathan dan pembangunan adalah bahagian penting dalam pembangunan sumber manusia. Ia menganggap peranan penting berikutan kemajuang teknologi yang semakin meningkat, peningkatan jangkaan pelanggan terhadap kualiti dan perkhidmatan dan seterusnya memerlukan kos tang lebih rendah. ia juga menjadi lebih penting di peringkat global untuk menyediakan pekerja untuk pekerjaan baharu. Kebanyakan organisasi melihat latihan dan pembangunan sebagai sebahagian daripada aktiviti pembangunan sumber manusia. Permulaan abad ini telah menyaksikan peningkatan tumpuan kepada perkara yang sama dalam organisasi di seluruh dunia. Banyak organisasi telah mewajibkan waktu latihan setiap tahun untuk pekerja yang terus mempertimbangkannya hakikat bahawa teknologi adalah meja pekerja pada kadar yang sangat cepat. Latihan secara teknikal melibatkan perubahan dalam sikap, kemahiran atau pengetahuan seseorang dengan peningkatan yang terhasil dalam tingkah laku. Untuk latihan menjadi berkesan, ia mestilah aktiviti terancang yang dijalankan selepas analisis keperluan dan sasaran yang mencukupi pada kecekapan tertentu, yang paling penting adalah untuk dikendalikan dalam suasana pembelajaran 13


2.3 TEORI ADDIE 2.3.1 MODEL ADDIE Teori ADDIE adalah sebuah model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan. Teori ini telah diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan teori ini sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengejaran yang lain kerana model aDDIE ini merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan. Terdapat 5 fasa dalam model ADDIE yang mewakilkan akronim yang digunakan iaitu Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan, Penialaian. Oleh hal yang demikian, ianya jelas menunjukkan sebuah proses dalam sebuah aktiviti yang akan menjadi lebih efektif dan efisien. Proses pertama dalam Model ADDIE adalah menganalisis sesuatu masalah yang telah dikenapasti bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan terhadap masalah tersebut. Seterusnya fasa kedua adalah mereka bentuk iaitu merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagi mencapat matlamat yang telah ditetapkan.. fasa ketiga iaitu pembangunan yang melibatkan pembinaan sistem sebenar dengan menggunakan elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan. Manakala fasa yang keempat adalah perlaksanaan yang mana projek multimedia yang disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan yang berlaku. Akhir sekali, adalah fasa penilaian yang terbahagi kepada dua penilaian iaitu penilaian formatif yang menilai semua peringkat dan penilaian sumati yang menilai dari segi maklumbalas. 14


2.4 KAJIAN BERKAITAN Pengaruh Ciri-Ciri Personal dan Ciri-Ciri Program Latihan terhadap Prestasi Belajar Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Siti Zuliana & Siti Fardaniah (2018) iaitu mengkaji pengaruh ciri-ciri persoalan dan ciri-ciri program latihan terhadap prestasi belajar. Kajian ini menerangkan mengenai pesara-pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak mempunyai mempunyai pekerjaan dan kemahiran selepas pencen. Maka daripada itu, Kementerian Pertahanan telah menubuhkan Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT) sebagai pusat latihan kemahiran vokasional dan keusahawanan bagi bakal pesara tentera. Oleh hal yang demikian, hasil yang didapati mengatakan bahawa ciri-ciri program latihan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkenasanan latihan. 15


2.4 KAJIAN BERKAITAN Bersara Tetapi Bekerja : Senario Pesara Malaysia Pada Masa Hadapan Seterusnya, berdasarkan kajian yang lepas yang bertajuk Bersara tetapi Bekerja : Senario Pesara Malaysia pada masa hadapan, mendapati kajian ini adalah bagi melihat peruntukan undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan persaraan dan pelaksanaan peruntukan bagi memastikan pesara dapat menyara kehidpan mereka selepas bersara. Oleh hal yang demikian, hasil yang didapati adalah Dasar Warga Emas Negara 2011 perlu direalisasikan agar pesara dapat menikmati kehidupan yang sejahtera yang merangkumi keperluan rumah, pakaian dan makanan. Namun dasar ini dapat direalisasikan sekiranya tindakan seperti menguatkuasakan undang-undang, memperkenalkan skim persaraan swasta, perangan persaraan, insentif untuk majikan dan pendidikan serta kesedaran dilaksanakan. 16


2.5 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, ‘Sudah Terang Lagi Bersuluh’ bahawa latihan dan pembangunan merupakan satu konsep yang dapat memberikan seorang individu kemahiran yang bukan sahaja menguntungkan tetapi berguna untuk meneruskan kelangsungan hidup yang sejahtera. Seterusnya, model ADDIE yang diterapkan juga dapat melancarkan kursus yang efektif dan efisien sekaligus memberi manfaat kepada negara kerana program ini dapat membantu para pesara untuk aktif meneruskan kehidupan dan bukannya duduk dan menunggu duit pencen sahaja. 17


BAB 3 PENERANGAN LATIHAN KURSUS


AKTIVITI 1 KURSUS KAEDAH PENGURUSAN HOMESTAY SUNGAI Tajuk: Pengenalan kaedah pengurusan homestay sungai Personaliti: Fasililator Objektif: Menambah pengetahuan para peserta mengenai cara-cara menguruskan homestay sungai (rumah rakit) yang berkesan Keperluan: Buku catatan, pen dan set module Langkah-langkah: Langkah 1: Penyediaan fasiliti dan keperluan program Bagi sesi pertama, Para peserta diminta oleh fasililator bersiap sedia untuk aktiviti pertama dan mengambil tempat duduk masing-masing yang telah disediakan. Para peserta juga diminta untuk mengambil segala keperluan mereka seperti buku catatan dan pen untuk menjalankan aktiviti ini. Mereka akan menulis segala perincian dalam aktivti pertama sebagai tanda pengenalan dan lebih memahami akan perkara yang disampaikan. Langkah 2: Pengenalan kepada homestay sungai Sesi pertama ini akan dimulakan oleh fasililator dengan cara memberi penerangan terlebih dahulu mengenai apa itu “homestay sungai” serta keistimewaannya. Selain itu, peserta juga akan diberi pencerahan tentang persediaan dan keperluan serta kelengkapan yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja di homestay. Langkah 3: Reka bentuk perabot dan susun atur Para perserta juga diajar tentang reka bentuk perabot yang bersesuaian untuk diletakkan dalam rumah rakit. Peserta berpeluang untuk mempelajari susun atur perabot yang kemas dan menjimatkan ruang serta menampakkan ruangan dalam rumah yang lapang. Susun atur perabot juga hendaklah mesra untuk pelanggan kurang upaya. 18


Penilaian dan rumusan Di akhir sesi kursus ini, para peserta dapat menambah pengetahuan mengenai cara-cara menguruskan homestay sungai (rumah rakit) yang berkesan di samping dapat menambah pendapatan dan mengisi masa lapang peserta selepas bersara. Langkah 4: Teknik komunikasi dan layanan mesra pelanggan Seterusnya, para peserta diberikan modul dan diajar secara praktikal tentang cara berkomunikasi dengan baik, sopan dan berkesan. Pesera akan diajar tentang persediaan menyediakan perkhidmatan yang dapat menjamin kepuasan kepada pelanggan. Hal ini dikatakan demikian kerana kualiti perkhidmatan homestay yang dapat memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan berpotensi untuk menjamin kesetiaan pelanggan untuk datang menginap semula di homestay sungai pada masa akan datang. 19 AKTIVITI 2 TAKLIMAT PENGAWASAN KESELAMATAN DI HOMESTAY Tajuk: Pengawasan keselamatan dan persediaan menghadapi sebarang ancaman keselamatan Personaliti: Fasilitator Objektif: Meningkatkan kesedaran terhadap pengawasan keselamatan kepada pelancong dan persekitaran homestay Keperluan: Buku catatan, pen dan set module, peti pertolongan cemas


Langkah-langkah: Langkah 1: Penyediaan fasiliti dan keperluan program Pihak penganjur perlu menyediakan paparan slaid, meja, kerusi dan set module kepada para peserta sebelum mendengar sesi taklimat dan bengkel yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan. Pihak penganjur juga bertanggungjawab untuk menjemput wakil daripada pihak JPAM dan Bomba untuk memberikan penerangan dan pendedahan secara teori dan praktikal tentang topik keselamatan. Langkah 2: Taklimat asas pertolongan cemas Taklimat berkenan dengan cara pencegahan dan menghadapi ancaman atau bahaya yang mengancam keselamatan diberikan oleh wakil dari unit JPAM. Para peserta berkesmpatan untuk mempelajari teknik pertolongan cemas yang sememangnya sangat berguna sekirannya berlaku kecederaan atau apa-apa bahaya yang menimpa para pelancong atau kakitangan yang bekerja di homestay. Pihak penganjur juga perlu menyediakan peti pertolongan cemas kepada para peserta. Selain itu, pasukan JPAM juga memberikan pencerahan tentang cara-cara pencegahan daripada berlakunya sebarang bahaya. 20 Langkah 3: Bengkel kesedaran pencegahan kebakaran Pihak penganjur berkolaborasi dengan wakil dari pasukan bomba dan penyelamat untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang kesedaran pencegahan kebakaran. Di samping itu, beberapa wakil anggota bomba menunjukkan demonstrasi tentang cara memadamkan api dengan betul sekiranya berlakunya kebakaran. Pasukan bomba turut menunjukkan tindakan yang sewajarnya dilakukan sekiranya berhadaoan dengan binatang yang berbisa seperti ular. Penilaian dan rumusan Di akhir sesi ini, para peserta dapat mengetahui cara-cara bertindak dengan pantas sekiranya berlakunya kecederaan ringan. Peserta juga dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang teknik memadamkan api dan cara-cara pencegahan daripada berlakunya kebakaran.


BAB 4 PENILAIAN PROGRAM


PENGENALAN Penilaian program didefinisikan sebagai kajian formal yang melibatkan analisis sitematik terhadap sesuatu program yang membangunkan. Dalam penilaian program ianya termasuk penilaian berkaitan dengan kaedah mengenalpasti program, reka bentuk, tatacara pemantauan dan analisis yang boleh memberi kecekapan dan keberkesan dalam program yang hendak dilaksanakan. Menurut Tyler (1950) penilaian adalag satu proses diaman dianya menentukan sejauh manakah objektif sesuatu program tersebut dapat di capai dan dijalankan dengan baik dan begitu juga menurut Suchman (1967) menyakan bahawa penilaian merupakn satu usaha bagi mengenalpasti sama ada sesuatu program tersebut berhaya mencapai matlamat dan objektifnya ataupun tidak. Oleh hal yang demikian, apabila inginmendapatkan penilaian yang cekap, sesuatu informasi yang diberikan oleh penganjur dalam sesuatu program hendaklah disertai oleh peserta dalam program tersebut terutamanya dalam program kali ini ianya melibatkan mereka yang telah bersara daripada pekerjaan ataupun lebih dikenali sebagai pencen dalam alam pekerjaan. Program yang hendak dijalankan adalah “Kursus Penyediaan Homestay Sungai (Pemancingan Bermalam)” ataupun dikenali sebagai Rumah Rakit, merupakan satu kursus ataupun program yang dijalankan bagi pesara yang sudah tidak bekerja. Hal ini adalah bertujuan bagi mengisi masa lapang dan pendapatan sampingan mereka disebabkan sudah tidak bekerja. Ada daripada sesetengah pesara yang tidak suka apabila tidak melakukan sebarang pekerjaan dalam sehari dan apabila kursus sebegini dilaksanakan ianya dapat menarik minat mereka dan memberikan pengetahuan untuk melaksanakan perniagaan dan aturan bagaimana Kursus Penyediaan Homestay Sungai (Pemancingan Bermalam)” ataupun dikenali sebagai Rumah Rakit ini dilaksanakan. Sebagai contoh Institut Kemajuan Desa (INFRA) adalah institusi yang sebelum ini sudahpun menawarkan kursus dengan membekalkan kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan perniagaan Homestay di kawasan Sungai. Oleh hal yang demikian penilaian program ini adalah bertujuan bagi memberi arah tuju dan cara yang betul dalam pemberian latihan agar program yang dilaksanakan berjalankan lancar. Penilaian program sebegini juga akan memberi penambahbaikan kepada penganjur dan juga kepada para peserta di masa akan datang. 21


4.2 PENILAIAN PROGRAM BERDASARKAN MODEL EVALUASI CIPP 4.2.1 Apa itu Model Evaluasi CIPP Modal EVALUASI CIPP (CONTEXT, INPUT, PROCESS, PRODUCT) merupakan CIPP ialah akronim untuk Konteks, Input, Proses dan Produk. Model CIPP telah diciptakan oleh Daniel Stufflebeam dimana iannya amat berguna sebagai model membuat keputusan untuk membantu pembuat keputusan dalam membuat latihan lebih berkesan. Dengan meluangkan masa menilai konteks, input, proses dan produk akhir, seseorang membangunkan gambaran yang lebih holistik. Ini membantu jurulatih mengenal pasti di mana mereka perlu membuat penambahbaikan. Model ini sesuai untuk menilai keperluan, reka bentuk, pelaksanaan dan hasil kursus, serta memberi maklum balas dan cadangan untuk penambahbaikan kursus. Model CIPP digunakan untuk menilai program, projek, kakitangan, produk dan sistem secara keseluruhan. Penilaian CIPP menilai semua aspek, iaitu konteks, input, proses dan produk yang dihasilkan, bukan hanya keputusan. Tiga aktiviti utama dalam penilaian model CIPP ialah penyediaan, pelaksanaan dan pemprosesan hasil. 4.2.2 Komponen Model Evaluasi CIPP Program yang dilaksanakan ini akan dinilai berdasarkan kepada penggunaan Modal Evaluasi CIPP di mana Model penilaian CIPP melibatkan empat komponen utama iaitu konteks, input, proses dan produk. Setiap komponen ini mempunyai peranan penting dalam menilai program. Penilaian konteks berkenaan dengan menilai keutamaan program, matlamat, peluang, masalah dan keperluan. Penilaian input tertumpu kepada penilaian bajet dan pelaksanaan program berbanding objektif program. Penilaian proses menilai keberkesanan program, manakala penilaian produk menilai keputusan program. Model penilaian CIPP boleh digunakan untuk menilai pelbagai aspek sistem atau program, seperti keberkesanan, kecekapan, kebolehpercayaan dan keselamatan. 22


Rajah 1: MODAL EVALUASI CIPP Sumber: Lauren Hays (2001) a) Konteks Menurut Stuflebeam (1983: 128), matlamat utama penilaian konteks adalah untuk menentukan kekuatan dan kelemahan penilai. Dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan ini, penilai akan dapat mencari jalan untuk penambahbaikan. Penilaian konteks, menurut Suharsimi Arikunto dan Cepi Safrudin, ialah usaha untuk menerangkan dan menerangkan persekitaran, serta populasi dan sampel yang dihidangkan, keperluan yang tidak dipenuhi, dan matlamat projek. b) Input Peringkat kedua model CIPP ialah penilaian input, atau penilaian input. Menurut Eko Putro Widoyoko, penilaian input membantu mengatur keputusan, menentukan sumber sedia ada, apa alternatif yang perlu diambil, apakah rancangan dan strategi untuk mencapai matlamat, dan apakah prosedur kerja untuk mencapainya. Komponen penilaian input termasuk Kemudahan dan peralatan sokongan,, Dana atau belanjawan, dan Pelbagai prosedur dan peraturan yang diperlukan. c) Proses Penilaian proses digunakan untuk mengesan atau meramal reka bentuk prosedur atau rancangan pelaksanaan semasa fasa pelaksanaan, menyediakan maklumat untuk keputusan program dan sebagai rekod atau arkib prosedur yang telah berlaku. Penilaian proses merangkumi pengumpulan data penilaian yang telah ditentukan dan diaplikasikan dalam amalan pelaksanaan program. Pada asasnya, menilai proses untuk mengetahui sejauh mana rancangan telah dilaksanakan dan komponen apa yang perlu diperbaiki. Sementara itu, menurut Suharsimi Arikunto, penilaian proses dalam model CIPP merujuk kepada "apa" (apa) aktiviti yang dijalankan dalam program, "siapa" (siapa) orang yang dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap program, "bila" (bila) aktiviti akan selesai. d) Produk Penilaian proses dijangka dapat membantu ketua projek atau guru membuat keputusan mengenai penerusan, penamat atau pengubahsuaian program. Penilaian produk ialah penilaian yang dijalankan untuk melihat pencapaian sesuatu program dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pada peringkat penilaian inilah seorang penilai boleh menentukan atau memberikan cadangan kepada penilai sama ada sesuatu program boleh diteruskan, dibangunkan/diubah suai, malah dihentikan. 23


4.2.3 Pelan Penilaian Model Evaluasi CIPP Pelan penilaian perlu merangkumi alternatif bagi menilai proses yang hendak digunakan dalam merancang program. i.Apakah konteks dalam program tersebut ? ii.Adakah input dalam strategi, pelan tindakan dan budjet yang dicadangkan? iii.Adakah proses penilaian dan pemantauan terhadap dokumentari dan aktiviti terhadap program tersebut dapat dilaksanakan ? iv.Adakah jika menjalankan program ini dapat memberi keberkesanan, kemampuan dan mendapat kelompok sasaran terhadap program ? Pelan penilaian juga perlu mengambil kira berkaitan dengan indicator yang berseuain dengan hasil yang diinginkan terutamnya kepada sasaran kelompok daripada golongan pesara dimana terdapat hasil daripada program tersebut seperti kemampuan ianya bertahan dalam pelaksaan kursus tersebut. i.Adakah peserta mendapat matlamat dan pengetahuan yang baik terhadap program ataupun kurus yang dilaksanakan? ii.Adakah stratgei dan amalan pengurusan dapat diubahsuai bersesuaian dengan keadaan dan pelaksanaa program? iii.Sejauhmanakah penglibatan dan keminatan peserta dalam menjalankan program tersebut? 4.2.4 4 Signifikan Penggunaan Model Evaluasi CIPP Model penilaian CIPP (Konteks, Input, Proses, dan Produk) adalah penting untuk menilai program secara menyeluruh. Model ini terdiri daripada empat bahagian penilaian: konteks, input, proses, dan produk. Mereka membolehkan penilaian kejayaan program, keberkesanan kos, dan kesan ke atas kumpulan sasaran. Tambahan pula, model CIPP dianggap sebagai model penilaian yang baik untuk mengetahui sama ada program berjalan seperti yang diharapkan. Ini kerana ia merangkumi penilaian sumatif bagi menjadikannya lebih lengkap. Oleh itu, pada setiap peringkat penilaian, model penilaian CIPP menyediakan format penilaian yang lengkap, yang membolehkan maklumat yang tepat dan menyeluruh untuk membantu dalam membuat keputusan tentang cara untuk meningkatkan dan meningkatkan program. 24


4.3 PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif merupakan ringkasan tentang apa yang telah berlaku dalam program ataupun kursus yang dijalankan. Hal ini demikan ia merupakan penjumlahan hasil dan penunjuk prestasi yang telah berlaku dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, dalam model penilaian CIPP, tujuan penilaian sumatif adalah untuk menilai produk atau keputusan akhir program. Ini boleh memberikan maklumat tentang kejayaan program, kesan kepada kumpulan sasaran, dan keupayaan untuk diterima pakai atau dipindahkan ke program lain. Selain itu, penilaian sumatif digunakan untuk menentukan daya maju program dan peruntukan sumber untuk masa depan. 4.3.1 Soal Selidik ( Google Form ) Dalam penilaian sumatif, soal selidik digunakan untuk mendapatkan data daripada responden mengenai program atau kegiatan yang dinilai. Selain itu, keberkesanan dalam program, kepuasan peserta dan keberkesanannya boleh diukur dengan menggunakan penilaian yang di berikan melalui Google Form kepada para peserta dan penganjur bagi melihat keberkesanan dan penilaian terhadap program yang dijalankan. Pengedaran Google Form ini disasarkan kepada 100 orang peserta dan lima orang penganjur dalam penilaian program. Hal ini demikian, ianya bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada para peserta yang terdiri daripada pesara agar penambahbaikan terhadap program ataupun kursus dapat dilaksanakan dengan lebih baik. 25


GRED SKOR Sangat tidak setuju 1 Tidak Setuju 2 Kurang setuju 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 LAMPIRAN A BORANG PENILAIAN PROGRAM BAGI PESERTA Nama peserta: Email: Tajuk Kursus: Penganjur: Tarikh: Tempat: 26


Bil Item 1 2 3 4 5 1 Program ini mencapai objektif matlamat yang ditetapkan 2 Jangka masa yang sesuai 3 Isi kandungan yang bermanfaat dan memberi matlamat kepada program 4 Penceramah memberi perkongsia  yang menarik dan berkesan 5 Meningkatkan tahap keminatan selepas menyertaian program 6 Perkongsian sepanjang program ini amat berguna dan di aplikasi dalam dunia perniagaan 7 Program ini memberi informasi dan pemahaman yang mendalam terhadap kandungan program sebelum saya menghadiri program tersebut 8 Pada keseluruhannya program ini memberi manfaat besar kepada peserta Sila tandakan (/) terhadap pada ruangan yang disediakan bagi program latihan/kursus ini yang telah anda ikuti berpanduakan skor yang telah disediakan di atas. PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM 27


OBJEKTIF 1 2 3 4 5 1.  Memberi pendedahan kepada bakal pesara tentang aktiviti keusahawanan 2. Memberi gambaran awal kepada bakal pesara mengenai cara pengurusan Homestay Sungai 3.  Memberi pemahaman kepada bakal pesara tentang aspek keselamatan dalam mengurus Homestay Sungai BORANG PENILAIAN UNTUK PENGANJUR PROGRAM Nama peserta: Email: Tarikh: 1. Pencapaian Objektif Kursus Sejauh manakah anda fikir objektif program ini dapat dicapai? Sila tandakan (/) pada pilihan anda. LAMPIRAN B 28


LAMPIRAN C Secara keseluruhannya, adakah penganjuran program/kursus Penyediaan Homestay Sungai (Pemancingan Bermalam) memberi impak yang besar dan berguna kepada peserta? Sangat tidak setuju Tidak Setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju BERIKAN ULASAN ANDA BERKENAAN KURSUS PENYEDIAAN HOMESTAY SUNGAI (RUMAH RAKIT) ------------------------------------------------------------------------ CADANGKAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK PROGRAM AKAN DATANG ----------------------------------------------------------------------- 29


BIBLIOGRAFI


BIBLIOGRAFI 30 A., Cynthia. (2019). Homestay Resources, Marketing Capability and Homestay Performance: A Study Among Homestay Operators in Sabah and Sarawak. Malaysian Journal of Consumer and Family Economics. 21(1). 86-109. Eko Putro Widoyoko, Evaluasi Program Pembelajaran : Panduan Praktis Bagi Pendidik dan Calon Pendidik , (Yogyakarta : Pustaka Pelajar, 2009) Hamid Hasan, Evaluasi Kurikulum , cetakan kedua, (Bandung : Remaja Rosdakarya, 2009) Manpower Services Commission (1981) Glossary of Training Terms. London: HMSO M, Jabil., et., al. (2020). Ciri-Ciri Pengurusan Homestay Persendirian di Daerah Kota Belud, Sabah. International Academic Research Journal of Social Science. 6(1). 25-33. M., S, N, Hamim & S. Suhaya. (2018). Impak Pembangunan Homestay Dalam Kalangan Komuniti Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia. 52(2). 199-208. S. Henson. (2016). What Is Development, Harvard T. H. Chan School of Public Health Training and Development in Work Organizations. S I Tannenbaum, and, and G Yukl, Annual Review of Psychology 1992 43:1, 399-441 Swanson Richard A., & Holton Elwood F. (2001)," FOUNDATIONS of HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT", First Edition, Berrett-Koehler Publishers, Inc Suharsimi Arikunto dan Cepi Safrudin, Program Penilaian Pendidikan : Pedoman Teoritis Praktis Bagi Mahasiswa dan Praktis Pendidikan , cetakan ketiga, (Jakarta : Bumi Aksara, 2009) Tangavello, et., al. (2015). Isu Keselamatan Dalam Industri Pelancongan: Satu Tinjauan Konsep. Malaysian Journoul of Society and Space. 11(12). 32-41. Y, Yusnita, et., al. (2013). Organisasi Pengurusan Program Homestay di Malaysia: Isu dan Cabaran. Journal of Business and Social Develepment. 1(2). 149-159. Zaenal Arifin, Evaluasi Pembelajaran : Prinsip, Teknik, dan Prosedur , (Bandung : Remaja Rosdakarya, 2009)


Click to View FlipBook Version