SMK PUSAT BANDAR PUCHONG 1
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kesempatan ini, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita mengadakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan SPM 2021 SMK Pusat Bandar Puchong 1.
Sebagaimana tahun- tahun sebelumnya, Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM
merupakan agenda tahunan sekolah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan
kepada murid-murid yang telah mendapat pencapaian cemerlang dalam bidang
akademik dan sekali gus telah mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah dan
negeri.
Sebagai Pengetua, saya berasa sangat bangga dengan pencapaian SPM pada tahun
2021 walaupun telah melalui pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID 19. Harapan
saya serta seluruh warga SMK Pusat Bandar Puchong 1 agar legasi kecemerlangan yang
telah dicipta ini akan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi kerana kejayaan dan
kecemerlangan bukanlah satu destinasi tetapi merupakan suatu perjalanan dalam
kehidupan yang tiada sempadan. Maksudnya, kecemerlangan hendaklah menjadi
budaya kepada semua murid SMKPBP 1 dan dititik berat dalam setiap aspek kehidupan,
bukannya terhenti setelah tamatnya zaman persekolahan.
Untuk mencapai kecemerlangan, kita memerlukan kesepakatan iaitu bagai aur
dengan tebing di mana kita saling memerlukan. Di peringkat sekolah, kita telah
melakukan yang terbaik selaras dengan etika dan piagam pelanggan perkhidmatan
pendidikan. Di satu pihak lagi, perubahan sikap individu dan sokongan daripada ibu
bapa, keluarga dan masyarakat amat diperlukan supaya matlamat sekolah untuk
melahirkan generasi berwawasan dan teknokrat negara akan tercapai.
Akhir kata, sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan AJK PIBG, ibu bapa,
penjaga dan guru-guru yang tidak pernah jemu menyumbang dari segi tenaga, material
dan moral bagi memastikan kemenjadian murid-murid dari segi akademik, sukan dan
kokurikulum mahupun sahsiah.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.
KATA ALU-ALUAN
YDP PIBG
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2021.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima
anugerah. Anda memang hebat dan luar biasa kerana berjaya mendapat semua A dalam
semua mata pelajaran dalam SPM 2021 bahkan lebih mengagumkan lagi apabila munculnya
27 orang murid yang memperoleh Straight A dan 24 orang murid Near Miss dalam SPM tahun
2021. Maka, jadikan pengiktirafan ini sebagai satu memori indah dalam lipatan hidup kalian
dan pada masa yang sama kenanglah jasa dan pengorbanan insan-insan yang mulia yang telah
menabur bakti bagi menempa kejayaan ini. Saya berharap agar pencapaian cemerlang ini akan
menjadi pemangkin kepada terciptanya kejayaan yang unggul pada masa hadapan.
Saya mewakili barisan PIBG ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada barisan pentadbir dan para guru kerana telah menunjukkan keiltizaman dan komitmen
yang jitu dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, pihak PIBG
akan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya dalam bentuk kewangan, idea mahupun
sokongan moral atas semua program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah demi
kecemerlangan anak didik kita.
Saya juga amat mengharapkan jalinan kerjasama yang erat antara ibu bapa, komuniti
setempat, dan badan swasta untuk memastikan kelangsungan kecemerlangan anak didik kita
di sekolah ini. Semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 akan terus
unggul dan cemerlang serta menjadi sekolah yang tersohor di kawasan Puchong. Pihak PIBG
sesungguhnya akan terus memberikan sokongan sepenuhnya atas semua program yang
mampu memberikan impak positif terhadap kecemerlangan akademik, kokurikulum mahupun
pembangunan sahsiah anak kita.
Akhir kata, sekali lagi saya mewakili PIBG SMK Pusat Bandar Puchong 1 mengucapkan
tahniah atas usaha murni guru dan murid memainkan peranan masing-masing untuk
menaikkan nama sekolah. Semoga sekolah kesayangan kita ini terus melakar kecemerlangan
demi kesejahteraan tanah air tercinta.
Sekian, terima kasih.
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi :
Noor Hasni Abdullah (Pengetua)
Naib Pengerusi :
Ng Sook Kay (PK Pentadbiran)
Maizurfidar Anom Abdullah (PK HEM)
Ahmad Taba (PK Kokurikulum)
Farid Fadzilah Mohd Gani (PK Petang)
Penyelaras :
Tah Mong Ling (GKMP Sains & Matematik)
Norillah Ismail (GKMP Teknik & Vokasional)
Maizun Samad (GKMP Kemanusiaan)
Afidah Ariffin (GKMP Bahasa)
Setiausaha :
Ong Yok Sean (Setiausaha Kurikulum)
Bendahari :
Lee Boon Khuan (Bendahari PIBG)
Siti Noor Mohamed (Bendahari Koperasi)
JAWATANKUASA PELAKSANA
Sambutan Hiasan Pentas Dokumentasi
Nafizah Hanan Abd Rahman (K) Loh Siu Ling (K)
Semua Pentadbir Lizawati Refin (K) Zaleha Ramli
Shamshina Yusof
Hafizah Hassan Persembahan Multimedia
Bacaan Doa Ismail Mohamed (K)
Muhammad Zurimi Mohd Remli Nor Diana Mazlan Sabree Yaakub
Pendaftaran Siaraya Cenderahati VIP/Murid
Nik Nor Alifah Alyani Nik Mat (K) Gemilang
Durgadevi Selvarajoo Mohd Rozmi Yaacob (K) Lim Siaw Wei
Pemilihan Calon Penerima Mohd Asri Mat Yaman Pengacara Majlis
Anugerah Hamidah Abdul Hameed (K)
Yogeswary Murugan (K) Disiplin Nurul Nurashiqin Roslan
Nur Farhana Anis Fairof Phang Yean Peng (K)
Muhammad Rafid Mohd Nor Kebersihan dan Keceriaan
Jemputan Jespall Kaur Santhok Singh Maizatul Adilah Meor Adlan (K)
Lim Hui Ling (K) Tan Chai Hoon
Nor Hidayah Napie Tunjuk Arah
Suresh Vartarajoo Persembahan
Hadiah Syed Abd Hakim Said Seliman
(Penerima Anugerah & VIP) Persediaan Tempat
Choong Sook Fay (K) Mohamad Khairiaseri Ismail (K) Parkir Kereta
Mathana Sooria Adeyah Edi Afiq Isa Maniarasu Supramaniam
Khairu Saidatul Akmal Othman Mohd Asri Adam
Kebersihan dan Keceriaan
Jamuan Mengemas Tempat Maizatul Adilah Meor Adlan (K)
Norina Nordin (K) Alias Sedik (K) Tan Chai Hoon
Nuraiyu Rastam Ramamurthy Amathali
Fathen Fasehah Hashim Rozalwan Zakaria
Choong Lai Yee
Noormaziah Che Din Tagging kerusi
Tan Yen Choo (K)
Penyelia Penerima Anugerah Tang Hoiw Ling
Teh Wan Ying (K)
Chia Lee Teng Banner
Muhammad Syahmi Aiman Sulaiman
Sijil
Rosmawati Jamil (K) Buku Program
Rossafenaz A. Rahim Chung Yih Pei (K)
Juraidah A Wahab
Teks Ucapan Sivasathi Kathaija
Noraina Maliha Ahmad (K)
Wan Zuraini Wan Nawan Fotografi
Arie Sakina Abdussyukur
ATURCARA MAJLIS
8.30 pagi : Pendaftaran Ibu bapa / Penerima Anugerah
Persembahan Multimedia
9.00 pagi : Ketibaan VIP - YDP PIBG
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua SMKPBP1
Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
Penyampaian Hadiah Slot I ( Pengetua diiringi oleh PKP )
- Anugerah Panitia Cemerlang SPM 2021
- Anugerah Murid Cemerlang SPM 2021 (7A dan ke atas)
- Anugerah Murid Gemilang SPM 2021 ( Near Miss )
Persembahan Murid Bicara Berirama
Penyampaian Hadiah Slot II ( YDP PIBG diiringi oleh Pengetua )
- Anugerah Murid Gemilang SPM 2021 ( Semua A)
- Anugerah Murid Gemilang SPM 2021 ( Terbaik Keseluruhan )
Penyampaian cenderahati kepada VIP
10.30 pagi : Bersurai
MURID GEMILANG SPM 2021
CHIN WAI MAN
Ke pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Nama diberi Chin Wai Man. Kehidupan saya telah bermula pada 3 Mac 2004 di Petaling Jaya, Selangor.
Merupakan anak kepada pasangan Chin Chee Kong iaitu seorang kontraktor dan Chong Siew Peng seorang suri rumah
yang sentiasa melengkapi segala keperluan keluarga. Saya telah dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang
penuh kasih sayang. Saya bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang lengkap dengan kehadiran keluarga yang
menjadi pencetus kejayaan saya.
Seterusnya, Tadika Smart Reader Kids Saujana, Puchong merupakan sekolah pertama tempat saya menerima
pendidikan untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira semasa berumur empat dan lima tahun.
Seterusnya, pada usia enam tahun saya bersekolah di Tadika 3Q MRC Bukit Puchong. Selepas itu, saya telah menerima
Pendidikan di Sekolah Rendah SJKC Han Ming. Sepanjang persekolahan di sana saya telah melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti yang dipertandingkan dan saya telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga. Kejayaan yang diperoleh bukan
sahaja dalam bidang kokurikulum, malahan, saya dapat buktikan bahawa saya juga boleh berjaya dalam bidang
kurikulum. Saya telah berjaya memperoleh 7A dalam UPSR. Kejayaan tersebut telah memberi kegembiraan kepada saya
dan keluarga. Kejayaan yang dilakar ini menjadi pemangkin atau permulaan untuk saya terus berjaya.
Saya meneruskan persekolahan menengah di SMK Pusat Bandar Puchong 1 pada 3 Januari 2017. Saya telah
menerima pendidikan di sekolah ini selama lima tahun sehingga tamat tingkatan lima. Saya telah berjaya mengharumkan
nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam PT3 iaitu memperoleh 8A. Saya merupakan ahli Wind Ochestra
sekolah. Wind Ochestra merupakan ikon sekolah. Saya telah menyertai Konsert Wind Ochestra pada tahun 2017 sehingga
2019. Selain itu, saya merupakan ahli Kelab Bola Keranjang dan telah menjadi pengadil bagi Karnival Bola Keranjang
Perempuan tahun 2018. Saya berasa bangga kerana dapat mengharumkan nama sekolah iaitu SMK Pusat Bandar
Puchong 1.
Kejayaan dalam PT3 telah membuka peluang kepada saya untuk memasuki kelas aliran Sains bagi meneruskan
pendidikan menengah atas. Namun, saya berhadapan dengan cabaran semasa berada di menengah atas. Hal ini
dikatakan demikian kerana PKP telah dilaksanakan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di rumah
secara dalam talian atau luar talian iaitu PdPR. Walau bagaimanapun, itu bukan halangan untuk saya menuntut ilmu. Saya
memastikan tumpuan dan fokus yang diberikan sepanjang pembelajaran tersebut. Tambahan lagi, saya membuat jadual
belajar bagi mengulangkaji pelajaran supaya pembelajaran lebih sistematik. Aktiviti perbincangan bersama rakan juga
turut diadakan bagi memperkukuhkan lagi ilmu yang dikuasai bagi setiap subjek.
Tahun 2021 merupakan tahun yang memberikan kegembiraan kerana saya berjaya memperoleh 11A yang terdiri
daripada 8A+ dalam SPM. Saya berasa terharu dan bersyukur dengan kejayaan ini. Usaha-usaha yang telah dilakukan
telah membuahkan hasil yang mampu memberikan sinar kegembiraan buat semua. Ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
merupakan nadi penggerak kepada kejayaan saya. Mereka merupakan tulang belakang kerana telah membantu saya
tanpa kenal erti penat lelah. Kini, saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di International Medical University
Malaysia dan kuliah akan bermula pada bulan September nanti. Saya berasa bangga kerana dapat mengharumkan nama
sekolah iaitu SMK Pusat Bandar Puchong 1.
Saya berharap semua murid di sekolah SMK Pusat Bandar Puchong 1 dapat belajar bersungguh-sungguh dan
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Akhir kata daripada saya, jadilah murid seperti biji benih yang baik,
kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Ungkapan tersebut memberikan
gambaran bahawa murid yang cemerlang mampu untuk mengadaptasi dalam apa jua keadaan untuk berjaya.
PENERIMA ANUGERAH
Anugerah Murid Gemilang SPM 2021 Terbaik
Keseluruhan ( Semua A )
CHIN WAI MAN
Anugerah Murid Gemilang SPM 2021
Semua A
CHEONG KAH JER
CHERRIE HWANG ZHI YEE
CYNTHIA A/P GOBYNATHAN
DARSSHEN A/L M.ERAKUNATHAN
EE PUI YI
FOO JIN HAO
ISAAC LIM WEI HONG
JANICE CHENG ZHI QIAN
JEREMY YEW LI HERN
KHOO LI LING
LAI JING KANG
LAI YUEN YING
LEE NARWIN
LEE SHIN DONG
LEONG KHEE YAN
NG KAY FUNG
NG WEN JIN
NYAM WEN KANG
REENITA A/P MOHAN
SHAALINI A/P SUBRAMANIAM
SIAH WENG HONG
TAN YEE HERNG
THIRTHANAA A/P CHANDRAN
VINCENT OONG ZHU PEW
VUN YUE LIN
WONG JOO YI
PENERIMA ANUGERAH
Anugerah Murid Gemilang Anugerah Murid Cemerlang
SPM 2021 SPM 2021
ABINASH A/L RAJASAGARAM ALICIA WEE SUE KEE
BEH JIA WEN BERNICE THOW BOR-XI
CHAI ELAINE CHEA MING SHEN
CHAN ZHI YING CHIN YILU
CHANG ZHI CONG CHUAH ZING QI
CHOO RI PING HOI ZHEN YE
CHOONG QI IAN HONG MEI ZHI
EUNICE LAU EUN XI HONG WIN LEARN
HAM YEW LEONG JOSEPH KHOO CHERNG YANG
HO JIN XUAN LEE HONG
JESSICA CHONG LEE KHENG EE
KENNETH RICARDO SANTHANANATHAN LEE ZHI XUEN
KEW JIA HUI LIM AI NEE
LI ZHE MANN LIM TAO HONG
LOW CHONG MING LING YIK FONG
MEW HAN YEE NG YAN NING
MOK WENKEE PATRICK LEE YONG WAI
ONG CHENG BIN RAMACHANDRAN A/L LETCHUMANAN
PHUA TZAI YUONG SAM WIENG HIM
SATHEEISWARAN A/L YATHAGAN SANCHANA CHANDRASEGAR
SUM HON YOU SIK JING LIANG
VIESHNU NACHIAPPAN SIOW THONG EN
YAP YEW WING SITI FARHANA BINTI S.ABDUL JABBAR
YONG SHI ROU TEH JOEY
YAM WAI XIN
ANUGERAH PANITIA CEMERLANG SPM 2021
Pencapaian 100% Peningkatan GPMP
Sains Rumah Tangga, Fizik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Reka Bentuk Grafik Digital Ekonomi, Fizik, Kimia, Biologi,
Reka Bentuk Grafik Digital
Peningkatan % Lulus
Peningkatan % 3 Tahun
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Berturut-turut
Pendidikan Islam, Ekonomi, Fizik, Kimia
Fizik
Kimia
Peningkatan GPMP 3 Tahun
Berturut-turut
Kimia
PENCAPAIAN SEKOLAH SPM 2021
Sekalung Penghargaan
Unit Kurikulum SMK Pusat Bandar Puchong 1
Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Pusat Bandar Puchong 1
Koperasi SMK Pusat Bandar Puchong 1
Penerima Anugerah Majlis Anugerah Kecemerlangan
Guru-guru dan murid-murid SMK Pusat bandar Puchong 1
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas
kerjasama dan penglibatan semua pihak sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2021