The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Berterusan BMMB 1104 Kesusasteraan & Kebudayaan Bahasa Melayu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliahfazlan, 2023-02-21 21:04:08

Pantun Nasihat (Bersatu Hati)

Pentaksiran Berterusan BMMB 1104 Kesusasteraan & Kebudayaan Bahasa Melayu.

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA: ALIAH FARHANAH BINTI AZLAN NO K/P: 040426-02-0188 ANGKA GILIRAN: 2022232310003 PROGRAM: PPISMP AMBILAN: JUN 2022 UNIT: BAHASA MELAYU A NAMA PENSYARAH: PUAN ROZIAH BINTI RAMLI TARIKH HANTAR: 27 SEPT 2022


Bil Perkara m/s Definisi dan Konsep Kesusateraan Melayu Puisi Tradisional Jenis Puisi Tradisional Pantun Nasihat (Bersatu Hati) Definisi dan Konsep Pantun Ciri-ciri Pantun Fungsi Pantun Jenis Pantun Manifestasi Akal Budi dalam Pantun & Maksud Pantun Rujukan Kesimpulan 1. 3. 2. 4. 5. 6. 4 5 6 8 11 13 16 18 20 35 37


Bismillahirahmanirahim. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat llahi kerana dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek BMMB1104 ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadilhkan jutaan terima kasih kepada Puan Roziah binti Ramli, selaku pensyarah matapelajaran Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam membantu menyempurnakan tugasan ini terutama sekali kepada pensyarah saya Puan Roziah binti Ramli kerana telah memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakanrakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha untuk menyempumakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dengan bantuan yang telah mereka hulurkan saya sangat hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua saya mungkin tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Sekian, terima kasih.


Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, perkembangan pesat hari ini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dalam kehidupan. Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Ia lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan seharian mereka.


Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di Ka’abah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun.


Jenis-jenis puisi tradisional Pantun Seloka Syair Gurindam


Pantun merupakan sejenis karya atau teks berangkap yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Jadi, tajuk pantun yang saya pilih ialah Pantun Nasihat (Bersatu Hati). Secara umumnya, pantun ini telah kita pelajari dalam Komsas Tingkatan 3. Sering ku lihat belum ku kenal, Dari jauh sering ku perhati, Pelbagai jenis puisi tradisional, Pantun jua pilihan hati. PANTUN


Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa. Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat. Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.


Emak sedang menanak nasi, Hendak dimakan berlauk ikan; Pertama sekali tentulah definisi, Konsepnya juga jangan dilupakan.


Menurut Harun Mat Piah (1989), pantun didefinisikan berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran struktur visualnya. UNSUR ESTETIK PANTUN Penggunaan lambanglambang tertentu mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Hubungan makna antara pasangan pembayangpembayang sama ada secara konkrit atau abstrak.


Ketua kampung menjala ikan, Menjala ikan seorang diri, Definisi dan konsep telah diterangkan, Aspek seterusnya ialah ciri-ciri.


Setiap rangkap pantun terdiri daripada baris-baris yang sejajar serta berpasangan di antara dua hingga 16 baris. Pantun mempunyai lapan hingga dua belas suku kata dalam setiap baris iaitu mengandungi antara empat hingga lima patah perkataan sebaris. Setiap rangkap pantun mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan juga bahagian maksud. Rima akhir adalah sejajar iaitu aa bagi pantun dua kerat dan abab bagi pantun empat kerat.


Mempunyai 6 rangkap Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap Baris 1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan. Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris


Mangkuk tingkat belum terisi, Hendak diisi oleh nyonya; Aspek seterusnya ialah fungsi, Disertakan juga contoh-contohnya.


Hiburan Pendidikan Dakwah Kritikan Sosial Fungsi pantun ini ialah pantun Pendidikan. Hal ini kerana, selain digunakan dalam pembelajaran Komsas tingkatan 3, pantun Nasihat ini juga sarat dengan pelbagai unsur pengajaran dan moral yang boleh diambil oleh pembaca. Setiap rangkap pantun memuatkan pelbagai nasihat dari pelbagai sudut perspektif hidup. Dengan adanya pantun Pendidikan ini, pembinaan modal insan dapat dibentuk melalui Kesusasteraan Melayu.


Puteri bongsu anak terakhir, Raut wajahnya sungguh manis; Sampailah sudah ke aspek terakhir, Tidak lain tidak bukan tentulah jenis.


Pantun kanak-kanak Pantun orang dewasa Pantun orang tua Pantun menghibur Pantun nasihat Pantun menduga akal Pantun meluahkan perasaan Pantun menyampaikan hasrat seni Pantun menyedapkan cakap Pantun menyampaikan hasrat tersembunyi Pantun agama Pantun budi Pantun jenaka Pantun dua kerat Pantun empat kerat Pantun lebih empat kerat Pantun berkait


Jenis pantun ini ialah pantun NASIHAT Pantun jenis nasihat memuatkan pelbagai pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca Nasihat yang diberikan dalam pantun ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu daripada pelbagai peringkat umur. Nasihat-nasihat pantun ini akan dirungkai dengan lebih mendalam pada manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam pantun ini. Terdapat pelbagai nilai murni yang dipaparkan dalam pantun ini seperti nilai bekerjasama, nilai kebijaksanaan dan nilai berbudi perkerti.


Aspek pemikiran pantun dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi pembayang. Pantun-pantun tradisi sangat mementingkan penyusunan setiap kalimat yang terlahir daripada falsafah masyarakat itu sendiri. Kekayaan pantun terletak pada pembayang yang mengangkat alam sebagai amnifestasi masyarakat Melayu. Pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.


Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Gunung Tahan dipilih berbanding gununggunung lain. Hal ini kerana, Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ukuran 2187 meter. Selain itu, Sungai Pahang digunakan kerana sungai ini juga merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia Kedua-dua gunung dan sungai ini dipilih untuk menunjukkan kepayahan dan kesusahan dalam melaksanakan sebuah kerja yang besar. Hal ini kerana, kedua-dua gunung dan sungai tersebut merupakan yang tertinggi dan terpanjang di semenanjung Malaysia. Namun, kerja yang sukar ini mampu dilaksanakan dengan cemerlang sekiranya semua pihak bekerjasama bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Maksud rangkap 1 Sekiranya semua orang (dalam kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat, seia sekata, maka sebarang tugas yang mungkin bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk disempurnakan.


Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Keris sangat sinonim dengan masyarakat Melayu yang merupakan senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, bahari membawa maksud dahulukala atau zaman dahulukala. Pada bahagian pembayang, rangkap ini menjelaskan tentang masyarakat Melayu yang menggunakan keris pada zaman dahulu sebagai alat mempertahankan diri. Pembayang ini juga boleh dikaitkan dengan maksud pada baris ketiga yang membawa tema keselamatan.


Maksud rangkap 2 Pesanan sangat jelas ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan).


Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan. Bunga melati dan bunga pandan merupakan bunga jenis hiasan yang tidak terlalu besar saiznya, jadi bunga-bunga ini sesuai untuk ditanam di dalam pasu. Bunga-bunga ini juga boleh diibaratkan seperti hawa nafsu dan pasu tersebut boleh diibaratkan seperti tubuh badan kita. Sekiranya cantik bunga yang ditanam di dalam pasu, maka cantiklah pasu tersebut dan begitu juga sebaliknya. Namun, jika kita menanam bunga di dalam pasu tetapi tidak menjaganya, bunga tersebut akan menjadi layu dan terbiar, begitu juga hawa nafsu kita. Bunga melati Bunga pandan


Maksud rangkap 3 Pesanan seterusnya ialah tentang bahaya menurut kehendak (atau hasutan) hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan. Hawa nafsu merujuk kepada keinginan yang tidak terkawal dan menjurus kepada tabiat membazir. Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri.


Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa. Nyiur muda merupakan kelapa muda. Isi kelapa muda merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat pengat. Pengat merupakan makanan tradisi masyarakat Baba & Nyonya. Semasa berbuka puasa, kita digalakkan untuk berbuka dengan makanan yang manis. Oleh sebab itu, baris kedua menyatakan pengat ini dimakan semasa bulan puasa. Hal ini kerana, pengat merupakan maanan yang mempunyai rasa manis. Apa-apa yang dilakukan oleh mulut kita akan memberi kesan kepada diri kita atau lebih khusus badan kita. Kaitan pembayang dengan maksud ialah, pengat merupakan makanan yang sedap kerana manis, namun jika dimakan dengan berlebihan, boleh membawa penyakit kepada kita.


Maksud rangkap 4 Nasihat juga ditujukan kepada lelaki muda lela (remaja dan muda). Mereka diberi peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat.


Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat. Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah. Tanjung Rhu terkenal sebagai salah satu tempat perkelahan yang menarik di Malaysia Ikan sepat merupakan sejenis ikan air tawar yang biasanya dimakan atau dijadikan sebagai ikan hiasan Pembayang rangkap ini menggunakan unsur alam yang dekat dengan masyarakat Melayu iaitu pantai dan ikan.


Bagi memperoleh ilmu dan mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara, seseorang itu hendaklah berguru, iaitu mendapat bimbingan (dan ijazah) daripada guru-guru yang dalam ilmunya dan tajam pemikirannya. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang benar dan berguna, seseorang itu hendaklah melalui proses pengajian yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang kesesatan (ditipu oleh syaitan laknatullah).


Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. Pokok ara atau tin merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat.


Maksud rangkap 6 Berkenalan dan menjadi lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari.


Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetika manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Ia juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat untuk mengungkapkan makna-makna simbolik di sebalik kata-katanya. Dapat disimpulkan juga, kesusateraan Melayu merupakan hasil karya yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri atau sekelompok masyarakat.


Terima Kasih


1.Azman bin Rahmat, Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, Abdul Rani bin Hassan dan Hasnah binti Awang. (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka al-Ehsan. 2. Daniel Amani (2015, 12 Julai). Pantun nasihat (bersatu hati)-tingkatan 3 Blogspot. https://mypt3note.blogspot.com/2015/07/pantun-nasihatbersatu-hati-tingkatan-3.html 3. Harun Mat Piah. (1989). Puisi melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka


Click to View FlipBook Version