JKA/Jun2022 I
JKA/Jun2022 II
JKA/Jun2022 III
JKA/Jun2022 IV
PENGHARGAAN
Saya merafak setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah
rahmat-Nya, saya berjaya menyelesaikan tugasan penghasilan produk ini dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus
BMMB1104 saya iaitu Tn. Hj. Abdul Rani Bin Hassan kerana telah memberi saya dan
rakan-rakan penjelasan yang cukup jelas tentang pelaksanaan tugasan ini dan sentiasa
mencurahkan ilmu yang bermanfaat serta dapat saya dan rakan-rakan aplikasikan dalam
penghasilan produk ini.
Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah
memberikan dorongan dan motivasi sepanjang saya menghasilkan tugasan penghasilan
produk ini. Saya amat berterima kasih kerana ibu bapa saya banyak memberikan semangat
kepada saya bagi menyelesaikan tugasan ini dengan baik.
Selain itu, dengan berkat doa mereka, saya mendapat idea untuk membuat penghasilan
produk ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
yang tidak jemu memberi peringatan, memberi semangat dan bantuan sepanjang
melaksanakan tugasan ini. Usaha mereka untuk membantu rakan-rakan yang lain itu hanya
Allah yang dapat membalasnya.
Akhir sekali, dengan menghasilkan penulisan ini saya dapat menambah ilmu pengetahuan
tentang konsep kesusasteraan Melayu serta elemen yang membentuk kesusasteraan itu
sehingga menjadi sebuah karya yang mempunyai nilai dan bermanfaat untuk dibaca sama
ada sebagai hiburan, didikan, kritikan dan penyebaran dakwah. Selain itu, saya dapat
mentafsirkan karya-karya sastera mengikut fungsi, dan ciri-cirinya yang berbeza mengikut
jenis-jenisnya. Selanjutnya, harapan saya agar dapat mengaplikasikan mempelajari
dengan lebih mendalam mengenai kesusasteraan Melayu serta menyalurkan ilmu yang
diperolehi kepada orang lain dan dapat memberikan manfaat kepada mereka.
JKA/Jun2022 V
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan …………………………………………………………………………………. 1
2.0 Takrifan Kesusasteraan Melayu ……………………………………………..………… 1-2
3.0 Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu ……………………………………………………. 2-3
4.0 Bentuk-Bentuk Kesusasteraan Melayu ……………………………………………….. 4-8
5.0 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu ………………………………………………………… 8-9
6.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu …………………………………………………………. 9
6.1 Aspek Hiburan ………………………..………………………………………………… 10
6.2 Aspek Pendidikan …………………………………………………………………. 10-11
6.3 Aspek Dakwah ……………………………..…………………………….………... 11-12
6.4 Aspek Kritikan Sosial ………………………………………………….………….. 12-13
7.0 Manifestasi Akal Budi …………………………………………………………………….. 13
7.1 Syair ………………….…………………………………………………………….. 13-14
7.2 Pantun ………………….………………………………………………………….. 14-15
7.3 Seloka ……………………………………………………………………………... 15-16
7.4 Gurindam ………………………….………………………………………………. 16-17
8.0 Rumusan …………………………………………………………………………………… 17
Rujukan …………………………………………………………………………………………. 18
JKA/Jun2022 VI
1.0 Pengenalan
Sastera merupakan suatu karya yang dapat memberikan manfaat dan sekali gus dapat
memberi kesedaran kepada sesuatu pihak secara kritikan melalui penghasilan karya
sastera yang mengandungi unsur-unsur kiasan dalam setiap bait perkataan yang ditulis di
dalam sesebuah karya sastera tersebut. Jika diteliti berkenaan sastera ini jelas kelihatan
bahawa sastera ini merupakan sebuah seni bahasa yang halus dan mengandungi makna
tersirat yang sesetengahnya agak sukar difahami oleh segelintir pembaca yang kurang
memahami berkenaan penulisan sastera serta keindahan bahasa yang digunakan.
Selanjutnya, apabila berkata mengenai keindahan sastera ini, ia memperlihatkan bahawa
kesusasteraan Melayu ini tinggi dengan nilai estetika disertakan dengan bahasa yang
berbunga-bunga serta akan menarik minat pembaca untuk mendalami sesuatu karya
sastera tersebut dengan terperinci. Tambahan pula, kesusasteraan Melayu ini mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri iaitu sastera ini banyak memberikan manfaat kepada
masyarakat sehingga pada zaman kini juga telah banyak karya-karya sastera lama
digunakan sebagai rujukan dan ditambah baik agar lebih ramai masyarakat yang ingin
membacanya dan memperoleh manfaat daripadanya.
2.0 Takrifan Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan dapat ditakrifkan sebagai satu istilah yang meliputi segala hasil
penciptaan dengan menggunakan bahasa atau alat pertuturan sebagai satu medium
penyampainya. Tambahan pula, kesusasteraan ini digunakan sinonim dengan
maksudnya iaitu hasil-hasil penulisan. Walaupun begitu, kata dasar kesusasteraan iaitu
sastera berasal daripada bahasa sanskrit yang membawa maksud sastera itu sebagai
tulisan-tulisan yang terdapat pengajaran, petunjuk mengenai cara sesuatu perkara itu
dilakukan dan arahan untuk melaksanakan sesuatu. Sehubungan dengan itu, akar kata
kesusasteraan ini terbentuk daripada perkataan susastera atau dengan lebih singkatnya
dipanggil sastera. Jika dipecahkan perkataan susastera tersebut ianya akan membawa
kepada makna yang khusus berkenaan sastera itu sendiri. Suku kata su merujuk kepada
baik, indah, dan lebih berfaedah manakala suku kata perkataan sastera pula merujuk
kepada buku atau huruf. Kemudian, apabila digabungkan dengan imbuhan ke- di depan
dan -an di belakang perkataan sastera tersebut maka ia akan membawa kepada
pembentukan perkataan kesusasteraan yang menghasilkan maksud kumpulan buku-buku
yang menggunakan bahasa indah dan mempunyai isi yang baik.
Berdasarkan maksud kesusasteraan itu sendiri ia menunjukkan bahawa sastera ini
adalah kumpulah buku-buku yang menghasilkan bahasa yang indah dan ciptaan sastera ini
tergolong dalam ciptaan seni namun dari segi seni bahasa yang digunakan melalui alat
JKA/Jun2022 1
atrikulasi bagi menyampaikan bahasa tersebut. Oleh sebab itu, alat penyampaian yang
digunakan untuk menyampaikan maksud sesuatu karya sastera itu merupakan satu elemen
yang membezakan sebuah ciptaan sastera dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain seperti
seni rekaan, seni lukis dan sebagainya. Hal ini kerana, ciptaan seni yang lain tidak
menggunakan bahasa sebagai alat pengantarnya malah hanya menggunakan kemahiran
psikomotor yang kebanyakannya melibatkan fizikal. Maka, sastera ini boleh dianggap
sebagai satu seni yang dapat membuatkan seseorang menikmati dalam menghasilkan
sebuah karya sastera sama ada untuk di simpan sebagai sebuah penulisan sahaja ataupun
sebagai karya yang bermanfaat kepada orang lain.
3.0 Jenis-jenis Kesusasteraan Melayu
3.1 Kesusasteraan Tradisional
Terdapat dua kategori dalam kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa dan puisi.
Sehubungan dengan itu, prosa dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu prosa naratif
dan prosa bukan naratif. Selain itu, prosa tradisional pula dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu naratif lisan, naratif tulisan dan prosa tradisional bukan naratif. Naratif lisan
mempunyai pecahannya yang tersendiri berbeza dengan naratif lisan dan prosa tradisional
bukan naratif. Selanjutnya, puisi juga terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif.
3.1.1 Prosa Tradisional
Prosa tradisional membawa maksud mempunyai nilai abadi yang bermutu tinggi dan
menjadi piawaian kepada pihak lain serta gayanya yang sederhana. Selain itu, ia juga
turut mempunyai ciri-ciri yang tidak berubah dan lazim tanpa mengikut perubahan masa
dan zaman. Tambahan pula, prosa tradisional merupakan bentuk kesusasteraan yang
masih kekal dan menjadi sempadan tingkah laku, amalan, pengajaran, sumber
pengetahuan dan pengenalan terhadap masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.
Begitu juga, prosa tradisional merupakan karya sastera yang berbeza dengan sastera lama
kerana ianya dapat diwarisi walaupun telah lama dihasilkan berbanding sastera lama yang
sudah tidak relevan pada masa kini kerana tingkat kefahaman masyarakat zaman ini tidak
mahir untuk mentafsir perkataan-perkataan yang digunakan dalam karya sastera lama.
3.1.2 Puisi Tradisional
Masyarakat Melayu tradisional pada zaman dahulu berpegang kepada adat
istiadat serta peraturan namun ianya tetap memberikan kelonggaran terhadap peraturan
yang tertentu. Puisi tradisional dapat dibahagikan kepada beberapa genre iaitu gurindam,
syair, seloka dan pantun. Syair adalah sejenis puisi berlagu yang asalnya daripada Parsi
kemudiannya dibawa masuk ke Nusantara oleh kedatangan Islam yang telah diubahsuai
JKA/Jun2022 2
mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik pada zaman itu. Seterusnya, satu bentuk
puisi tradisional iaitu gurindam yang pada mulanya diperkenalkan oleh Raja Ali Haji pada
tahun 1846 iaitu ‘Gurindam Dua Belas’ dan masih dikenali sehingga ke hari ini. Tambahan
pula, gurindam berbentuk dengan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan
menggunakan rima akhir huruf vokal yang sama manakala suku kata dalam gurindam pula
adalah antara lapan hingga ke 12 suku kata dalam satu baris. Ringkasnya, bahasa yang
digunakan dalam gurindam ini adalah bernas dan serius serta mempunyai isi yang bersifat
nasihat, kebenaran, penyataan perasaan serta pengajaran. Rangkapan tertua yang
asalnya merupakan milik masyarakat Melayu adalah pantun. Selanjutnya, pantun
mempunyai beberapa jenis iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat,
dua belas kerat dan pantun berkait. Kemudian, seloka lebih menekankan tentang
penggunaan pepatah, bidalan dan perumpaan yang berunsurkan jenaka, ejekan, gurauan
dan sindiran. Namun begitu, ianya penuh dengan pengajaran dan teladan yang dapat
diambil oleh pembaca dan pendengar melalui sesuatu seloka.
3.2 Kesusasteraan Moden
Terdapat pelbagai genre dalam Kesusasteraan Melayu Moden iaitu drama, cerpen,
sajak, novel, biografi, esei atau kritikan sahaja.
3.2.1 Prosa Moden
Prosa moden merupakan hasil karya yang wujud selepas 1800 M.. Antara hasil
prosa moden ialah istilah cerpen terhasil daripada dua perkataan yang digabungan iaitu
cerita dan pendek. Ianya berkisar kepada sesuatu kejadian atau peristiwa. Selanjutnya,
prosa rekaan yang panjang termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan dikenali
sebagai novel. Terdapat tiga faktor yang yang dapat merangkumi pembentukan sebuah
novel iaitu realiti, rencam hidup dan imaginasi serta pengalaman peribadi. Akhir sekali,
drama juga merupakan salah satu bentuk yang terdapat dalam prosa moden. Penulis
menyampaikan pemikirannya melalui dialog yang diadaptasi melalui novel.
3.2.2 Puisi Moden
Sajak merupakan satu-satunya komponen yang terdapat di dalam puisi moden
yang lebih menekankan ciri rima, rentak dan matra. Selain itu, sajak adalah suara hati
atau luahan perasaan dan tidak terikat dengan peraturan dari segi pemilihan kata, baris
serta pembentukan rangkap.
JKA/Jun2022 3
4.0 Bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu
4.1 Prosa Tradisional
4.1.1 Naratif - Sastera Rakyat (Lisan)
Sastera rakyat tergolong di dalam jenis prosa tradisional yang berbentuk naratif.
Selanjutnya, sastera rakyat ini dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu mitos, lagenda,
dan cerita rakyat. Sehubungan dengan itu, mitos merupakan cerita anggapan oleh
masyarakat yang mengisahkan tentang alam dan terdiri daripada makhluk halus, dewa atau
separuh dewa yang terjadi di masa lampau dan dianggap keramat pada ketika itu. Ia
dianggap benar-benar terjadi, suci dan didukung oleh masyarakat terdahulu. Tambahan
pula, mitos asal usul mempengruhi kehidupan masyarakat Melayu serta cara pemikiran
yang bersifat mistik, rahsia dan magis. Seterusnya, terdapat tiga jenis mitos iaitu asal usul,
institusi sosial dan politik yang berlaku di masa lampau. Mitos institusi sosial mengisahkan
tentang masyarakat Melayu seperti mitos kedatangn Islam, institusi adat, institusi bomoh
yang melibatkan pelbagai amalan perubatan dan pemulihan diri. Mitos politik pula
menceritkan tentang struktur pemerintahan dan kerajaan seperti cerita keturunan raja-raja
Melayu serta penubuhan sesebuah kerajaan.
Lagenda mempunyai perbezaan berbanding mitos iaitu cerita yang dipercayai
benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci. Tambahan pula, lagenda ini melibatkan
kisah tokoh ternama yang mempunyai sifat luar biasa. Ciri-ciri lagenda berdasarkan
komunikasi lisan yang berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan. Latar masanya tidak
semestinya di masa lampau namun berkait dengan masa silam. Kisahnya berkaitan
dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat yang dianggap
mempunyai sifat luar biasa dan dipercayai benar-benar berlaku.
Cerita rakyat adalah prosa yang tidak terjadi dalam kehidupan realiti dan ianya adalah
sebuah bentuk hiburan yang menegakkan kebenaran serta mengandungi unsur moral atau
sindiran. Antara jenis cerita rakyat adalah cerita binatang yang mengambarkan sikap dan
tingkah laku seperti manusia. Seterusnya, cerita penglipur lara berfungsi sebagai sebuah
hiburan dan mengandungi didikan yang biasanya diselitkan puisi tradisional bertema
peperangan, percintaan dan pengembaraan. Selain itu, cerita ini juga penuh dengan
amanat dan panduan yang baik serta bersifat kronologi yang mempunyai peringkat
pengenalan, perkembangan dan pengakhiran. Selanjutnya, terdapat unsur kebetulan
dengan situasi sebenar yang di jadikan cerita jenaka yang menimbulkan kelucuan melalui
jalinan cerita. Watak-watak di dalam cerita rakyat mempunyai sifat-sifat tertentu seperti
watak bodoh yang di lakonkan oleh Pak Pandir. Kemudian, cerita rakyat ini juga
mempunyai unsur didaktif dan sarat dengan unsur-unsur moral serta didikan. Watak
JKA/Jun2022 4
didalam cerita teladan ini terdiri daripada manusia biasa yang pada mulanya mengalami
suka duka. Namun tiada pengakhirannya memperoleh kegembiraan. Sebagai contoh,
cerita Bawang Putih Bawang Merah yang biasanya sinonim dalam kalangan kanak-kanak.
4.1.2 Naratif - Sastera Istana (Tulisan)
Pada sekitar abad ke-15 ketika ajaran Islam berkembang di dalam kalangan penghuni
istana sastera tulisan mula diperkenalkan. Selanjutnya, terdapat unsur Islam, Hindu dan
Hindu-Islam dalam sastera istana. Antara sastera istana yang dihasilkan pada ketika itu
adalah sastera undang-undang, sastera epik, sastera panji, sastera agama, sastera
ketatanegaraan dan sastera sejarah.
Sastera undang-undang dijadikan sebagai satu kajian mengenai sistem
pemerintahan,sistem pentadbiran serta susn lapis masyarakat. Seterusnya sastera
undang-undang ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu Adat Perpatih yang hanya
diamalkan di Negeri Sembilan dan Adat Temenggung. Sebagai contoh hukum kanun
Melaka, undang-undang Pahang dan undang-undang laut Melaka tergolong dalam sastera
undang-undang
Selain itu, sastera epik dapat di takrifkan sebagai sastera pahlawan yang
mementingkan ciri keperwiraan unggul serta kepahlawanan. Sehubungan dengan itu,
sastera epik ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu epik berunsur islam iaitu Hikayat
Amir Hamzah dan epik Kebangsaan yang diwakilkan dengan kisah Hikayat Hang Tuah.
Selanjutnya sastera Panji mempunyai isi yang berkisar tentang kisah pengembaraan,
peperangan dan percintaan dalam karya sasteranya. Sebagai contoh, dalam Hikayat
Cendawan Putih terdapat peristiwa yang mengisahkan tentang pertemuan dengan
kekasihnya pada akhir peristiwa tersebut.
Seterusnya sastera agama adalah cerita-cerita yang menggambarkan kehebatan yang
diperolehi oleh Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Agama Islam keseluruh
pelosok dunia dan hal ini dapat dibuktikan dalam kisah Hikayat Bulan Berbelah.
Kemudian, satera ketatanegaraan adalah jenis sastera yang merupakan kumpulan
kecil dalam kesusateraan kerana ianya hanya terdapat beberapa contoh yang tergolong
dibawahnya. Sebagi contoh Kitab Bustanus-Salatin yang dihasilkan oleh Nuruddin al-Raniri
serta kitab Tajus-Salatin yang dihasilkan oleh Bukhari al-Jauhari. Ringkasnya, sastera
kenabian dan sastera hikayat juga tergolong dalam sastera ketatanegaraan.
JKA/Jun2022 5
Akhirnya, sastera sejarah mengandungi unsur-unsur Mitos, Lagenda dan sejarah yang
sebenar seperti Hikayat Raja Pasai, sejarah Melayu, Hikayat Banjar dan sebagainya. Karya
sastera sejarah ini akan mengemukakan dari segi peristiwa yang berlaku dan dicampurkan
dengan kawasan serta tokoh terkenal yang tertentu. Tambahan pula ia melibatkan salah
silah raja-raja kerajaan Melayu.
4.1.3 Bukan Naratif
Di dalam bentuk prosa tradisional bukan naratif pula, ia terbahagi kepada empat
bahagian iaitu, sastera kitab, ketatanegaraan, undang-undang dan sufi. Sehubungan
dengan itu, sastera kitab dapat diklasifikasikan sebagai hasil-hasil penulisan yang
mengandungi kitab-kitab berkenaan penerangan sesuatu pengajaran mengenai agama
Islam yang merangkumi kitab-kitab yang ditulis berdasarkan ilmu fikah dan tauhid.
4.2 Prosa Moden
Prosa moden terbahagi kepada emapt jenis iaitu drama, filem,cerpen dan juga
novel. Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek. Ianya
berkembang sekitar tahun 1930-an pada kegemilangan persuratkhabaran Melayu.
Cerpen juga bukan hanya menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran
pengarang, ia juga mengenai suatu zaman yang berhubung masalah sosial,politik atau
ekonomi.
Sesebuah cerpen boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu perwatakan,
penulisan dan perasaan. Bagi perwatakan ianya hanyalah bertujuan untuk
memperkukuhkan kewibawaan watak utama. Watak protagonis dan antagonis
dianggap penting sebagai pelengkap unsur dramatik. Penulisan cerpen pula, hanya
terdapat satu plot sahaja yang perlu dikembangkan dengan rapi,teliti dan tidak rumit.
Akhir sekali pencetusan perasaan menerbitkan ketegangan untuk menarik minat
pembaca untuk merasai perasaan yang digambarkan.
Selanjutnya, novel merupakan sebuah cerita rekaan sama ada ianya berlaku
dalam dunia realiti ataupun sebaliknya. Sehubungan dengan itu, Menurut penulis
novel yang terkenal iaitu Shahnon Ahmad (1972), novel adalah bentuk karya yang
ditafsirkan berdasarkan rencam kehidupan manusia dan berkiatan dengan tiga faktor
yang utama iaitu realiti kehidupan, imaginasi dan juga pengalaman peribadi.
Tambahan pula, novel ini terdapat dalam pelbagai corak seperti kemasyarakatan,
semangat cintakan negara dan kisah percintaan yang terkenal dalam kalangan
penggemar novel pada hari ini.
JKA/Jun2022 6
Drama adalah bentuk karya sastera yang menyampaikan buah fikiran yang
dihasilkan dalam sebuah novel atau karya kesusasteraan dan diterjemahkan ia ke
dalam bentuk lakonan. Selain itu, drama juga dibina berdasarkan kesatuan wacana
yang membentuk penghasilkan karya tersebut secara menyeluruh dan skrip drama
yang dihasilkan itu merupakan panduan yang diikuti oleh pengarah bagi mendukung
dan melaksanakan sesi lakonan itu dengan jayanya. Di samping itu, pelakon yang
memainkan peranan setiap watak amat penting dalam melakukan pementasan drama
yang diadaptasi daripada sesebuah karya sastera tersebut. Selain itu, terdapat
beberapa unsur yang perlu diambil perhatian oleh kru penggambaran drama seperti
kostum, perhiasan, pencahayaan, bunyi dan yang paling penting adalah penonton
yang merupakan elemen terpenting bagi melengkapkan sesebuah pementasan drama
itu.
Filem pula mempunyai sifat yang lebih kurang sama dengan drama namun ianya
tidak bersambungan episod untuk melengkapkan sesebuah penyampaian cerita
tersebut. Akan tetapi, filem ini lebih mementingkan unsur sinematik dan kualiti itu
menjadi tunjang utama dalam penghasilan sesebuah filem di samping plot cerita yang
menarik dan mempunyai makna yang ingin disampaikan.
4.3 Puisi Tradisional
Pantun dapat diklasifikasikan kepada dua aspek terpenting iaitu aspek dalam dan
luaran. Apabila menyingkap kepada aspek dalaman, ia mengandungi unsur estetik serta
isi yang bertema dan mempunyai persoalan yang akan membuatkan pemabaca atau
pendengar tertanya-tanya makna sebenar yang ingin disampaikan. Sehubungan dengan
itu, unsur estetika ini terbahagi pula kepada dua aspek iaitu yang pertama adalah
penggunaan lambang-lambang yang digunakan mengikut tanggapan masyarakat Melayu
itu sendiri. Seterusnya, aspek yang kedua dalam unsur estetika ini adalah melalui
hubungan antara makna dan pasangan pembayang-pembayang yang bersifat konkrit
ataupun abstrak. Jika dilihat dalam aspek isi yang bertema dan persoalan pula, hampir
keseluruhan pantun tersebut berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu.
Kemudian, gurindam pula secara ringkasnya adalah berbentuk terikat dan mempunyai dua
baris dalam satu rangkap yang terkandung tiga hingga enam patah perkataan diikuti
dengan rima akhir a-a.
Selanjutnya, Syair Melayu adalah amat berbeza dengan syair yang berasal daripada
sebuah syair kesusasteraan Arab. Istilah bahasa Melayu menyatakan bahawa syair
adalah bersifat khusus dan tidak mengikut acuan syair yang terdapat pada tradisi Arab atau
Arab-Parsi dalam bentuk acuan asli masyarakat Melayu. Seterusnya, isi dan mesej yang
JKA/Jun2022 7
ingin disampaikan di dalam seloka kebanyakannya mempunyai unsur sindiran yang amat
bermanfaat untuk dijadikan sebagai teladan kepada masyarakat yang mendengar atau
membacanya. Namun begitu, binaan seloka ini amat mirip dengan pantun atau syair.
4.4 Puisi Moden
Sajak adalah satu-satunya bentuk sastera yang terdapat dalam puisi moden dan ianya
bersifat bebas serta tidak terikat dengan sesuatu pola yang khusus. Di samping itu, sajak
bukanlah sebuah mainan kata semata-mata namun untuk menghasilkan sebuah karya
sastera berbentuk sajak ini perlu hadir daripada dalam jiwa dan perasaan yang mendalam
serta membawa kepada sebuah pemikiran yang dijadikan sebagai petunjuk kepada
masyarakat untuk memahami makna sajak tersebut. Ciri-ciri dalam menghasilkan puisi
Melayu moden ini perlu mengandungi nama penulis sebagai hak cipta seseorang pemilik ke
atas karyanya sama pengkarya tersebut menggunakan nama sebenar, nama samaran
ataupun nama pena. Oleh itu, puisi moden dan puisi tradisional ini amat berbeza kerana
puisi tradisional secara ringkasnya bersifat kolektif iaitu milik bersama yang bebas
digunakan oleh sesiapa sahaja dalam kalangan masyarakat dan puisi moden pula bersifat
hak cipta tersendiri.
5.0 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu
Sesebuah karya sastera yang dihasilkan perlulah mengandungi ciri-ciri seperti
penggunaan gaya bahasa dan lenggok yang indah bagi menunjukkan nilai-nilai budaya
masyarakat Melayu itu sendiri di dalam karya sastera yang dicipta. Sehubungan dengan
itu, untuk mengenal pasti adakah terdapat keindahan di dalam sesebuah karya tersebut
perlu mengambil kira elemen-elemen keutuhan, keselarasan, fokus sastera tersebut serta
keseimbangan penceritaan di dalam sesuatu unsur yang dikemukakan dalam sesuatu
karya itu.
Selanjutnya, sesebuah karya sastera kebanyakkannnya dihasilkan melalui
pengalaman pengarang yang hadir daripada keutuhan tindak balas yang wujud di dalam
jiwa dan ianya akan digambarkan secara realiti untuk memberi hiburan, didikan, kritikan
atau dakwah kepada masyarakat sekeliling yang membaca karya sastera tersebut.
Tambahan pula, setiap pengalaman yang dialami oleh pengarang dalam hidupnya akan
diungkapkan melalui bahasa yang berpuitis dan penuh makna tersirat serta tersurat untuk
menyedarkan sesebuah masyarakat itu secara halus tanpa menyinggung perasaannya.
Selain itu, untuk menghasilkan sebuah karya sastera juga perlu mempunyai ciri yang
menunjukkan pengalaman seni bahasa dalam diri seorang pengarang itu. Maka,
JKA/Jun2022 8
pengalaman seni tersebut akan terbina melalui pengalaman penghasilan karya oleh
pengarang yang dapat menyampaikan makna kepada pembaca sehingga mereka dapat
mentafsirkan buah fikiran dan memahami perasaan pengarang yang menghasilkan karya
tersebut. Di samping itu, pengarang juga akan berasa puas jika karyanya dapat diterima
dan difahami oleh pembacanya. Tambahan pula, karya sastera yang jitu mempunyai nilai
yang bermakna pada setiap perkara yang disampaikan serta dalam cara dan bentuk
kandungan penyampaiannya.
Seterusnya, karya sastera merupakan karya seni dan terdapat tiga perkara yang dapat
membezakan antara karya sastera dan bukan sastera iaitu dari segi nilai estetikanya, gaya
bahasa yang digunakan dalam karya tersebut serta bersifat fiksyen. Dengan kata lain,
karya yang bersifat fiksyen ini terhasil berdasarkan imaginasi pengarang melalui
pengalamannya terhadap alam realiti yang terjadi dalam kehidupannya. Hal ini akan
membolehkan pengarang atau pengkarya itu meluahkan isi yang terkandung dalam hatinya
dalam bentuk kisah atau cerita secara mendalam dan jelas selain mudah difahami oleh
pembaca walaupun menggunakan makna yang tersirat.
Ringkasnya, dalam karya sastera tradisional ia menekankan konsep kolektif iaitu
sesuatu karya yang dihasilkan itu tidak terbatas kepada seseorang sahaja atau dengan
kata lain ianya boleh digunakan oleh semua masyarakat secara bebas. Sebaliknya, karya
sastera moden ini pula mempunyai hal milik tersendiri iaitu penghasil karya tersebut
mempunyai hak cipta dan tidak boleh diambil oleh mana-mana pihak tanpa memberi
penghargaan kepada pencipta asal karya tersebut kerana ianya boleh dikenakan tindakan
undang-undang jika pengkarya itu tidak memberikan kebenaran untuk menggunakan atau
mengambil karyanya untuk dijadikan rujukan dan sebagainya.
6.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
Untuk menjadikan sesebuah kesusasteraan Melayu itu berfungsi dengan baik ianya
perlu melibatkan hubungan antara dua pihak iaitu pengarang yang menghasilkan karya dan
pembaca yang mentelaah karya tersebut. Dengan demikian, pendengar perlu
memberikan perhatian yang jitu terhadap pembacaannya agar maksud sesebuah ayat
dalam karya sastera tersebut dapat ditafsirkan dengan baik serta tepat pemahaman
maknanya. Hal ini kerana pembaca adalah merupakan masyarakat yang menjadi seorang
pengguna sastera yang utama. Selain itu, pembaca juga perlu menempatkan diri mereka
seolah-olah sebuah rujukan kepada pengarang kerana mereka merupakan orang yang
sentiasa dinilai oleh penghasil karya agar sesuatu karya itu berkaitan dengan pengalaman
yang dialami oleh masyarakat. Pendek kata, pembaca adalah antara watak yang
terpenting dalam sesebuah karya sastera kerana kebanyakan karya yang dihasilkan
JKA/Jun2022 9
mempunyai elemen yang memberikan pengajaran dan kritikan terhadap sifat masyarakat
itu sendiri. Seterusnya, pengarang perlu mengetahui dan mendalami setiap jenis sastera
yang ingin dihasilkan agar ianya dapat memberikan manfaat kepada pembaca serta
memberikan kefahaman yang baik oleh pembaca. Sesebuah karya sastera itu dihasilkan
adalah bertujuan untuk hasilnya dibaca oleh orang lain. Namun begitu, kesusasteraan
yang terhasil tidak akan bermakna jika ianya tidak dikongsikan kepada seseorang kerana
makna sesebuah karya sastera itu perlu menyentuh keseluruhan perkara yang
mendatangkan faedah kepada pembacanya. (192)
6.1 Hiburan
Demi melahirkan sesebuah karya sastera yang memberikan keseronokan kepada
kumpulan pembacanya ia memerlukan unsur hiburan di dalam sesebuah karya tersebut.
Apabila melihat kepada komponen hiburan ini ianya terhasil daripada sebuah ungkapan
kata-kata yang indah, keupayaan karya tersebut untuk menyentuh emosi seseorang
pembaca atau pendengar haruslah mempunyai unsur kelucuan dan jenaka, rentak
pembacaan sesebuah ayat di dalam sesebuah karya sastera perlulah mengikut irama
bacaan yang tersusun dan lengkap maknanya. Misalnya, pantun adalah sebuah karya
sastera yang amat terkenal dengan kemampuannya untuk mewujudkan keindahan
disamping hiburan kepada pembacanya. Sebagai contoh, sebuah pantun lama yang
berbunyi seperti berikut.
Endoi-endoi cak,
Cak makan padi;
Anak kecil duduk teriak,
Mak duduk makan nasi.
Berdasarkan pantun yang dinyatakan di atas, terdapat unsur hiburan yang cukup
banyak jika mendalami makna pantun tersebut. Tambahan pula, irama yang terkandung di
dalam pantun tersebut memperlihatkan kesatuan antara rangkap pertama dan rangkap
ketiga serta rangkap kedua dan rangkap keempat di mana pada hujung ayatnya
menggunakan konsep a,b,a,b. Selanjutnya pantun bukan sahaja dapat dibaca malah
ianya juga boleh dijadikan sebuah lagu sebagai contoh dikir barat yang asalnya daripada
Kelantan, liriknya merupakan sebuah pantun yang mengandungi unsur-unsur hiburan.
6.2 Pendidikan
Di peringkat sekolah, kesusasteraan Melayu memainkan peranan sebagai sebuah
cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin
ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu, di peringkat
JKA/Jun2022 10
pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana dan penulisan
kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia penerbitan dan penyiaran
selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Oleh
sebab itu, adalah amat wajar sekiranya teks-teks sastera Melayu dijadikan bahan bacaan
wajib kepada para pelajar sekolah atas alasan-alasan tadi. Sehubungan dengan itu,
peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam kehidupan
manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina modal insan yang
diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Senario yang kita boleh lihat pada hari ini, ramai
bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi namun sayangnya mereka gagal dalam
usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilai
kemanusiaan. Akibat daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa
kepada kemusnahan alam dan menyusahkan masyarakat.
Oleh itu, matlamatnya adalah untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia
khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan,
kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan serta menanam perasaan bangga dan
cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai.
Selanjutnya, pengalaman-pengalaman para pengarang diterjemahkan melalui kisah-kisah
yang ditulis oleh mereka merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik,
sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun
dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya akan
dikutip oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak langsung. Contoh
karya yang mempunyai sifat didikan dalam bait kandungannya adalah seperti Seloka Pak
Kaduk di mana dalam kisah tersebut telah mendidik masyarakat agar jangan mudah
terpedaya dengan orang yang berkuasa walaupun mereka tidak kelihatan seperti
mempunyai niat yang jahat. Akhirnya, mendidik secara tidak langsung akan meninggalkan
kesan yang jauh lebih baik berbanding pendidikan secara langsung yang mungkin dibuat
dan diterima secara terpaksa.
6.3 Dakwah
Dari segi dakwah pula, fungsi sastera ini perlulah bersifat positif dan realistik serta
mendalami sesuatu perkara mengikut ajaran yang disampaikan dalam islam. Tambahan
pula, sifat-sifat positif dan dinamik ini membolehkan dakwah itu bergerak dan melakukan
transformasi bagi penyebaran dakwah kepada masyarakat. Seterusnya, sastera Islam di
Alam Melayu ini telah berkembang mulanya apabila pedagang-pedagang Arab membawa
ajaran islam dan menyebarkannya secara luas di Nusantara pada Abad ke-13 Masihi.
Oleh hal demikian, ianya telah mendatangkan perubahan penting dalam sejarah budaya
Melayu yang melahirkan pandangan masyarakat daripada dimensi yang berbeza terhadap
JKA/Jun2022 11
agama dan budayanya. Kesimpulannya, cereka islam mementingkan fungsi dan amanat
yang ingin disampaikan dalam ajaran islam. Selain itu, ia juga memberi pengajaran
kepada masyarakat tentang keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T serta
menanamkan nilai-nilai islam yang murni. Walaupun begitu, karya sastera islam
mempunyai kreativiti yang menyelitkan nilai estetika namun ianya terbatas kerana karya
kesusasteraan tersebut tidak boleh bertentangan dengan ajaran dan syariat islam.
Selain itu, Di dalam karya sastera islam ini juga tidak semestinya memerlukan manusia
yang mempunyai kesempurnaan sebagai wataknya kerana Allah S.W.T tidak menjadikan
umat manusia sempurna pada keseluruhannya. Oleh sebab itu, jika dilihat pada alam
realiti manusia ini bersifat tidak sempurna tetapi manusia tersebut perlu beriman kepada
Allah dan Rasulnya serta berusaha untuk membetulkan kelemahan dirinya bagi
menegakkan kebenaran dan memberi kebaikan kepada manusia yang lain. Sastera Islam
ini telah memberi sumbangan dalam membentuk akhlak manusia dialam Melayu. Namun
begitu, pada hari ini karya sastera islam tidak lagi dibataskan kepada cerita para nabi
sahaja namun ianya bebas dalam membentuk cereka yang lain seperti puisi yang
merangkumi gurindam, sajak, syair dan pantun. Sebagai contoh, tokoh terkenal iaitu
Hamzah Fansuri telah mengambil jenis puisi yang berbentuk syair sebagai medium untuk
menyampaikan ajaran islam. Antara karya yang dihasilkan oleh beliau adalah Syair
Burung Pingai dan Syair Perahu.
Ringkasnya, sastera yang berbentuk dakwah ini juga adalah salah satu karya yang
mengandungi unsur didikan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang
menekankan tentang akhlak manusia di muka bumi ini.
6.4 Kritikan Sosial
Sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan
manusia. Justeru, sesuatu yang diapaparkan dalam sastera merupakan perkara yang
berlaku dan terjadi dalam kehidupan seseorang manusia. Oleh yang demikian, hal ini
kerana sastera merupaka gambaran kehidupan manusia sebagaimana yang ditegaskan
oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Daharma Wijaya. Sehubungan dengan itu, karya
sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi perkara yang biasa
namun aianya diolah menjadi sebuah karya kreatif yang mempunyai sifat indah. Misalnya,
berhubung dengan konsep perjuang yang terdapat pelbagai tafsiran diketengahkan dengan
merujuk dua buah karya iaitu Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah Terakhir. Di dalam
karya tersebut dapat dilihat bahawa ianya memberikan kritikan yang menunjukkan
pengajaran kepada masyarakat agar tidak melanggar undang-undang walaupun kita
mempunyai hak yang bebas dan dalam novel seterusnya pula menjelaskan sifat
JKA/Jun2022 12
perjuangan di mana dalam petikan yang terkandung di dalam karya tersebut menyatakan
bahawa jangan menyerah kalah untuk menegakkan hak kita walaupun terpaksa bergadai
nyawa.
7.0 Manifestasi Akal Budi
Manifestasi akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang
manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Merujuk
kepada definisi di atas, perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang ini diterjemahkan dalam
pelbagai rupa namun yang paling lazim ialah dalam bentuk penghasilan karya seni seperti
seni sastera. Pengertian ringkas kepada budi iaitu mewakili tempat perasaan, kesedaran,
keyakinan dan dorongan. Oleh itu, budi dapat diperlihatkan di dalam pertuturan,
perlakuan, kehalusan berbahasa serta gaya hidup sesebuah masyarakat. Di samping itu,
akal atau pemikiran pula merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu. Sehubungan dengan itu, akal dapat digunakan untuk
menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar bagi
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta membuat refleksi terhadap proses
yang dilalui. Manifestasi akal budi ini dapat dilihat dalam empat aspek utama iaitu
pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
7.1 Syair
Contoh syair yang dapat dikemukakan adalah syair Bahaya Fitnah seperti berikut :
Sejarah Melayu teladan utama,
Bahaya fitnah sudah menjelma,
Si Kitol, Mendeliar turut sama,
Difitnah Bendahara busuklah nama.
Puteri Mahsuri menjadi Legenda,
Akibat fitnah datang melanda,
Menagih simpati berkocak dada,
Darah putih menjadilah tanda.
Sejarah lama berulang kembali,
Lupa manusia akibat lali,
Ketinggian budi sudah dibeli,
Menggadai maruah bukan sekali.
JKA/Jun2022 13
Ingatlah manusia akan fitnah,
Banyak negara sudah musnah,
Ingat diri dari tanah,
Banyak fitnah umpama nanah.
Sejarah tidak menipu kita,
Peganglah janji pada kata,
Supaya tidak hidup melata,
Jalanlah tinggi menjadi rata.
Fitnah tidak diluput masa,
Bertakhta dalam jiwa yang sasa,
Berwaspada beringat jaga sentiasa,
Agar tidaklah musnah bangsa.
Berdasarkan syair di atas, dapat dibahagikan kepada empat elemen penting dalam
manifestasi akal budi iaitu yang pertama adalah pemikiran. Selanjutnya, pemikiran yang
terdapat di dalam syair tersebut adalah berkisarkan tentang kisah lagenda iaitu mahsuri
yang di bunuh oleh orang terdekatnya dek kerana fitnah yang melanda. Kemudian beliau
pun menyatakan sumpahannya ke atas bumi Langkawi kerana fitnah yang dilemparkan
tanpa kesahihan dan usul periksa. Yang kedua pula adalah berkaitan dengan pertuturan.
Di dalam syair tersebut dapat dilihat bahawa pengarang menggunakan tutur kata yang
halus dan bersopan santun dalam menyampaikan kisah teladan untuk memberi pengajaran
kepada masyarakat. Selain itu, dari segi perlakuan pula, syair tersebut menunjukkan adab
orang Melayu yang masih berbudi bahasa walaupun di fitnah dengan teruk. Seterusnya,
dari segi gaya hidup pula masyarakat di dalam syair tersebut menjalani kehidupan yang
sederhana namun mereka tidak mengamalkan nilai-nilai murni yang sinonim dan sebati
dengan orang Melayu. Oleh yang demikian, kehalusan bahasa diperlihatkan di dalam
syair tersebut iaitu pengarang menggunakan bahasa kiasan untuk menterjemahkan kisah
teladan di dalam syair tersebut.
7.2 Pantun
Contoh pantun yang dapat dikemukakan adalah pantun yang berbentuk nasihat seperti
berikut :
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat, 14
Rapat lagi pohon matahari;
Kawan seribu mudah dapat,
Sahabat setia payah dicari.
JKA/Jun2022
Berdasarkan pantun tersebut dapat dimanifestasikan pemikiran yang terkandung iaitu
pada rangkap pertama dan kedua pengarang mahu menunjukkan keakraban sesebuah
hubungan antara rakan biasa dan sahabat adalah berbeza. Pada rangkap ketiga dan
keempat pula, pengarang menjelaskan bahawa rakan itu senang didapat namun kesetiaan
seorang sahabat itu amat sukar untuk diperolehi.
Selanjutnya, dari segi pertuturan pula dapat dilihat bahawa terdapat kehalusan budi
dan kesantunan bahasa bagi menyampaikan nasihat kepada pembaca dan pendengar
pantun tersebut.
Dari aspek perlakuan, menunjukkan seseorang itu perlulah menjaga persahabatan jika
telah mendapat sahabat yang memahami dan setia dengan kita.
Dari segi gaya hidup, pengarang ingin menyampaikan bahawa cara seseorang individu
itu menjaga persahabatan dalam kehidupannya dengan mengaplikasikan sistem
kekeluargaan yang juga dapat dikaitkan dengan amalan nilai-nilai murni.
7.3 Seloka
Contoh seloka yang dapat dikemukakan adalah seloka Pak Kaduk seperti berikut :
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran.
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ade isteri di bunuh,
Nyaris mati oleh tak makan.
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai…Malang Pak Kaduk.
Berdasarkan seloka Pak Kaduk diatas dapat ditafsirkan pemikiran yang ingin
disampaikan oleh pengarang iaitu kita sebagai rakyat biasa jangan mudah terpedaya atau
tertipu dengan tipu helah yang dikemukakan oleh orang-orang yang berkuasa. Kelak kita
JKA/Jun2022 15
yang akan mendapat kerugian terhadap kebodohan diri sendiri yang mudah mempercayai.
Disamping itu, seloka ini juga ingin menyampaikan pemikiran terhadap kesan buruk berjudi
dan menggadaikan harta sehinga membinasakan kehidupan seseorang itu.
Berdasarkan seloka Pak Kaduk diatas dapat ditafsirkan bahawa pertuturan yang
digunakan oleh pengarang di dalam seloka tersebut mengemukakan makna-makna tersirat
untuk dijadikan sebagai kritikan dan teladan agar masyarakat tidak mencontohi perbuatan
Pak Kaduk yang kurang ilmu dalam membuat pertimbangan dalam kehidupannya.
Selain itu, perlakuan yang dipaparkan di dalam seloka Pak Kaduk ini adalah sifat Pak
Kaduk yang mengamalkan hidup yang tidak bermoral sehingga mengakibatkan kebinasaan
hidupnya.
Di samping itu, Pak Kaduk mengamalkan gaya hidup yang gemar bertaruh tanpa
berfikir panjang akan akibat yang bakal menimpanya pada masa akan datang di atas
perbuataanya.
7.4 Gurindam
Contoh Gurindam yang dapat dikemukakan adalah Gurindam Dua Belas fasal ketiga
seperti berikut :
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan dingin.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
JKA/Jun2022 16
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Berdasarkan gurindam di atas, rangkap pertama menjelaskan bahawa apabila
seseorang itu dapat menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai
keinginan yang dapat merosakkannya. Pada rangkap kedua, apabila seseorang berjaya
menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.
Rangkap ketiga, apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan
akan diperolehnya. Rangkap keempat, apabila seseorang berjaya mengawal anggota
tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya. Rangkap kelima
pula, sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara yang
memudaratkan akan timbul. Rangkap keenam pula menjelaskan bahawa perlunya
kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur.
Rangkap yang terakhir pula menyatakan bahawa perlunya mengawal pergerakan kaki agar
tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.
Di samping itu, pengarang menggunakan aspek pertuturan yang berbudi bahasa bagi
menyampaikan pengajaran kepada manusia agar mengawal setiap perkara yang dilakukan
agar tidak tersalah langkah dalam menjalani kehidupannya.
Seterusnya, perlakuan pula menjelaskan bahawa kebijaksanaan mengawal perlakuan
dalam setiap tindakannya demi mengelakkan kemudaratan ke atas diri seseorang manusia
itu.
Dari segi gaya hidup pula, pengarang meletakkan gaya hidup yang sentiasa
memelihara kelakuannya serta menitikberatkan penjagaan setiap anggota supaya terhindar
daripada keburukan dan kerosakan hidup.
8.0 Rumusan
Tuntasnya, dalam menghasilkan kesusasteraan Melayu, perlulah menerapkan setiap
elemen yang mengandungi unsur-unsur kehalusan bahasa, budi pekerti yang tinggi serta
pengalaman dan kehalusan seni yang perlu dicapai serta difahami oleh setiap pembaca
dan pendengar agar sesebuah makna kesusasteraan itu dapat menyentuh perasaan
pengguna sastera itu sendiri. Dengan demikian, kesusasteraan Melayu merangkumi
takrifan, jenis-jenis, bentuk-bentuk, ciri-ciri dan membuat manifestasi akal budi berdasarkan
seloka, gurindam, syair, dan pantun.
JKA/Jun2022 17
RUJUKAN
Ali, A. H. (2011a). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional. PENDETA, 2, 99–117.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794
Ali, A. H. (2011b). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu
Tradisional. PENDETA, 2, 99–117.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794
Ali, A., Elektronik, J., Bahasa, J., & Melayu, K. (2009). Akal Budi dalam Sajak-sajak
Dharmawijaya. Jurnal E-Utama, 2. http://mlc.alc.nie.edu.sg/docs/abdulhalim_ali.pdf
Hamid, R. A., & Abdullah, N. F. L. (2017). Akal Budi dalam Sastera Rakyat Naratif dan
Bukan Naratif (Sastera) (Penerbit USM). In Google Books. Penerbit USM.
https://books.google.com.my/books?id=emRoDwAAQBAJ&printsec=frontcover&so
urce=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false
Hashim Awang, & Al, E. (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Fajar Bakti.
Hawa, S. (2002). Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas. Dewan Bahasa Dan
Pustaka. (Original work published 1997)
Jaafar, H. (2002). KBSM Komsas dalam bahasa Melayu Tingkatan 4. Pustaka Sistem
Pelajaran Sdn. Bhd.
Md Ali Bachik. (2003). Khazanah Puisi Klasik Melayu. Iladam.
Omar, A. B. H. (2014). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam Membina Generasi
Unggul Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. PENDETA, 5, 1–22.
http://ojs.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1174/843
Othman, S., Md, A., Lateh, G., Pendidikan Bahasa, J., Kemanusiaan, D., Fakulti, P., &
Pendidikan. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam
Pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training
(InjET), 1(2), 1–10.
http://www.injet.upm.edu.my/images/journal/issue2/Pemikiran%20Akal%20Budi%2
0dan%20Sosiobudaya%20Melayu%20dalam%20Pendidikan%20Kesusasteraan%2
0Melayu.pdf
Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H.
(2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka al-Ehsan.
Rehal, A. (n.d.). KESUSASTERAAN MELAYU. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/8866503/KESUSASTERAAN_MELAYU
Rodzi, M. (n.d.). Fungsi sastera dalam masyarakat. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat
Zakaria, N., Abdullah, A., Zarina, S., Zakaria, S., Hanida, M., Mutalib, A., Lambri, A.,
Jamaldin, S., Sulaiman, M., Derak, R., Kunci, K., Nilai, & Diri, J. (2017). Akal Budi
Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun Akal Budi and Reflection of Malay
Identity in Pantun.
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files7/jsass_vol4bil2_008_norazimah.pdf
JKA/Jun2022 18
JKA/Jun2022