MINIT MESYUARAT HARI KELUARGA MAJANUN BIL.4/2022
Tarikh : 3 September 2022 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang,
Tempat : Kediaman En. Denis Young, Bandung Kg. Lakut, Papar
Agenda : 1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Laporan setiap AJK
4. Laporan bendahari
5. Perkembangan carta keluarga
6. Hal-hal lain
Kehadiran:
1. Lawrence Majusim @ Affendy 16. Florentius @ Hanny Lodius
2. Norris Leonardus Masanil 17. Aziah bte Abdul Hazis Jaibi
3. Lenny Michael Jominin 18. Jane Lodius
4. Sherone A. Francis 19. Isabella @ Siah J. Jusim
5. Angella Alip 20. Rita Martin Ayunini
6. Lenny Lodius 21. Heronney Junis
7. Richard Majusim 22. Daphne Denis @ Fanny
8. Gining Saikun 23. Donna Denis
9. Alinah 24. Denzel Denis
10. Ffendy Naza 25. Denis N Young
11. Stephen Alip 26. Macqueen Maurice
12. Henry Lodius 27. Desiree Denis
13. Noraini Sidek 28. Ferdinand John Jusim
14. Norhaidah D. 29. Freddy Lodius
15. Zaiton Sapar 30. Redzuan Richard
Tidak hadir dengan maaf :
1. Mary @ Niah Ajum
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan berterima kasih atas
komitmen yang diberikan terutamanya pada ahli-ahli jawatankuasa yang hadir pada
mesyuarat keempat. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Puan Rita, Puan Isabella,
Puan Jane, Puan Norhaidah, En Florentius @Hanny dan Puan Aziah yang sudi hadir ke
mesyuarat keluarga pada kali ini.
1.2 Tuan Pengerusi merakamkan penghargaan pada tuan rumah Encik Denis Young kerana
sudi menyediakan tempat dan jamuan untuk mesyuarat yang keempat.
1.3 Tuan Pengerusi mengharapkan perjalanan pengurusan Hari Keluarga Sinakagon Majanun
akan berjalan lancar sehinggalah hari kemuncak nanti.
TINDAKAN : MAKLUMAN
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 3/2022
2.1 Dicadangkan oleh : Pn. Angella Alip
2.2 Disokong oleh : En. Heronney Junis
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tuan Pengerusi dan semua ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara bahawa
Dewan Biau Papar akan digunakan untuk menjalankan Hari Keluarga Majanun Kolias
buat julung-julung kalinya ini.
3.2 Lawatan lokasi iaitu ke Dewan Biau akan dilakukan pada 16 September 2022
bersamaan hari Jumaat. Semua AJK wajib pada hari tersebut untuk gotong-royong
bagi persiapan dewan – menyusun meja pendaftaran, meja makanan minuman, meja
hadiah, melekat banner, check sound system, menyusun hadiah lucky draw dan
sebagainya.
3.3 Timbalan Pengerusi mencadangkan adanya Ketua Pasukan bagi setiap keluarga untuk
mengurus pembahagian peserta bagi setiap pertandingan yang akan dijalankan.
Ketua Pasukan bagi setiap keluarga yang telah diputuskan adalah seperti berikut :-
Pasukan Jusim : Puan Esther Nelly Nanis
Pasukan Majusim : Encik Richard Majusim
Pasukan Sianjim : Encik Florentius @ Hanny Lodius
Pasukan Anim : KIV
Ketua pasukan perlu memastikan setiap ahli keluarga berpeluang untuk menyertai
pertandingan yang diadakan.
TINDAKAN : MAKLUMAN
4.0 LAPORAN SETIAP AJK
4.1 Ketua AJK Hadiah, En. Henry mencadangkan hadiah wang tunai yang diperuntukkan
bagi setiap pemenang adalah seperti berikut :-
Tempat Pertama : RM10
Tempat Kedua : RM7
Tempat Ketiga : RM5
4.2 Ketua AJK Permainan En. Ferdinand dan ahli-ahli mesyuarat mencadangkan syarat-
syarat bagi setiap permainan adalah seperti berikut:-
4.2.1 Pertandingan Permainan Dewasa
1. Pertandingan Menganyam Ketupat
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Peserta akan menganyam ketupat secara berkumpulan dalam tempoh
masa yang akan diberikan
- Pemenang akan ditentukan mengikut berapa jenis ketupat yang
berjaya dianyam
2. Pertandingan Boling Kelapa
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai pemenang
3. Pertandingan Pancing Botol
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Peserta pertama, kedua dan ketiga yang sampai dahulu ke garisan
penamat dikira sebagai pemenang
4. Pertandingan Gohead Gostan
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Setiap pasukan berpeluang untuk melambung dadu adil untuk
menentukan sama ada pasukannya gohead (maju) atau gostan
(undur).
- Pasukan yang sampai dahulu ke garisan penamat dikira sebagai
pemenang.
5. Passing Sarung
- 5 orang wakil bagi setiap pasukan
- Pasukan yang dapat memindahkan sarung dari peserta pertama ke
peserta yang terakhir paling terpantas dikira sebagai pemenang
4.2.2 Pertandingan Permainan Kanak-Kanak
1. Pertandingan Tiup Belon
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Peserta pertama, kedua dan ketiga yang belonnya pecah terlebih
dahulu dikira sebagai pemenang
2. Pertandingan Cari Duit Syiling Dalam Tepung
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Peserta pertama, kedua dan ketiga yang jumpa duit syiling dalam
tepung terpantas dikira sebagai pemenang
3. Pertandingan Bawa Bola Ping Pong Guna Sudu
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Pasukan yang lengkap membawa bola ping pong menggunakan sudu
secara bergilir paling pantas dikira sebagai pemenang
4. Pertandingan Pancing Botol
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Peserta pertama, kedua dan ketiga yang sampai dahulu ke garisan
penamat dikira sebagai pemenang
5. Pertandingan Musical Chair
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Tiga peserta yang tinggal dikira sebagai pemenang
6. Pertandingan Passing Parcel
- 3 orang wakil bagi setiap pasukan
- Tiga peserta yang tinggal dikira sebagai pemenang
7. Pertandingan Best Dress/Outfit
- Terbuka kanak-kanak lelaki dan perempuan
- Dua peserta terbaik kanak-kanak lelaki dan dua peserta terbaik kanak-
kanak perempuan akan ditentukan sebagai pemenang
4.3 Ketua AJK Permainan perlu senaraikan peralatan atau bahan bagi setiap permainan
agar mengetahui jumlah kos yang diperlukan untuk pembelian peralatan bagi
kesemua permainan yang akan dipertandingkan. Hakim pertandingan dan pencatat
markah juga perlu disediakan.
4.4 Puan Noraini AJK Makanan dan Minuman memberitahu harga yang diberi oleh pihak
caterer untuk makan tengahari adalah seperti berikut:-
MAKAN TENGAHARI
1. Nasi
2. Ayam Masak Kicap
3. Sayap Ayam Goreng
4. Sayur Labu Masak Lemak
5. Buah
6. Sirap
BAYARAN = RM12/pax
RM12 x 200 orang = RM2400
4.5 Tuan Pengerusi mencadangkan makanan tengahari adalah nasi ayam dalam bentuk
tapau.
MAKAN TENGAHARI
1. Nasi Ayam
BAYARAN = RM8.50/pax - RM6.00/pax
RM6 x 200 orang = RM1200
2. Minuman Sirap
AJK Makanan dan Minuman incharge – buat di dewan
4.6 Ahli mesyuarat bersetuju kerana harga makanan yang lebih murah dan tidak
memerlukan pengawasan terhadap makanan sepanjang masa.
4.7 Ahli keluarga yang akan membawa potluck secara sukarela pada Hari Keluarga.
1. Mineral Cup - Setiap ahli keluarga (Confirm)
2. Kari Daging - Pn. Noraini (Confirm)
3. Mee Goreng - Pn. Alinah (Confirm)
4. Kuih Muih - Pn. Mary @Niah
5. Kopi O - En. Lawrence
6. Milo - AJK Makanan dan Minuman
Sekiranya ada ahli keluarga lain yang berhasrat untuk membawa potluck adalah amat
dialu-alukan.
4.8 AJK Makanan dan Minuman perlu menyediakan piring/sudu/garfu/cawan pakai buang
yang mencukupi untuk kegunaan sarapan pagi.
4.9 Plastik sampah juga perlu disediakan untuk menjaga kebersihan dewan.
TINDAKAN : AJK MAKANAN DAN MINUMAN
4.10 Ketua AJK Publisiti, En. Denis Young memberitahu yang banner boleh ditempah dan
disiapkan dalam masa tiga hari.
4.11 Tema telah ditetapkan iaitu “Pisompuuvan Mogovit Kointutunan Sinakagon Majanun”.
Banner akan digantung di atas pentas dan di luar dewan.
4.12 En. Dennis memberitahu yang En. Johnny Sitamin akan sponsor RM200 bagi bayaran
banner.
4.13 AJK Pendaftaran ditugaskan untuk mendaftarkan ahli keluarga yang hadir pada awal
pagi dan memberi kupon LUCKY DRAW.
4.14 AJK Pendaftaran yang dilantik adalah:-
1. Alvera Nestabel Martin
2. Frisya Henry
3. Farina Henry
4. Nurul Fazlin Henry
5. Nur Shammiza
6. Shazana Nazwa
7. Shaznina Nadi
4.15 Timbalan Pengerusi mencadangkan sekurang-kurangnya 20 Lucky Draw dapat
4.16 disediakan. Setiap keluarga (Jusim, Majusim, Sianjim dan Anim) menyediakan satu
hamper.
Timbalan Pengerusi mengalu-alukan ahli keluarga yang ingin memberi sumbangan
untuk dijadikan hadiah Lucky Draw.
4.17 Ketua AJK P.A Sistem dan Hiburan, En. Freddy mengatakan peruntukan yang
diperlukan untuk P.A Sistem hanyalah untuk membeli bateri untuk kegunaan
microphone. P.A Sistem Speaker disediakan oleh En. Redzuan @Boy dan En. Norris.
4.18 Timbalan Pengerusi meminta agar Ketua AJK Persiapan Tempat En. Redzuan @Boy
untuk membantu AJK Makanan dan Minuman dan AJK Pendaftaran untuk menyusun
meja
4.19 Ketua AJK Keselamatan, En. Stephen Alip ada memohon bantuan anggota RELA
untuk memantau keselamatan pada Hari Keluarga nanti. Bayaran untuk anggota
RELA ini akan ditetapkan pada minggu hadapan. Bantuan dari anggota RELA memang
perlu untuk memastikan tiada orang luar yang tidak dikenali masuk ke dalam dewan
dan menganggu kelancaran Hari Keluarga Majanun.
4.20 Timbalan Pengerusi mencadangkan En. Nody Leonardus untuk menjadi ahli kepada
AJK Keselamatan dan diberikan tugas untuk memberikan taklimat keselamatan
semasa acara dijalankan nanti.
5.0 LAPORAN BENDAHARI
5.1 Jumlah pungutan setakat 3 September 2022 adalah sebanyak RM5650.00.
5.2 Pungutan perkeluarga dan perseorangan yang dipersetujui yang akan dibuat untuk
menampung segala perbelanjaan Hari Keluarga Sinakagon Majanun adalah :-
Berkeluarga / Berkahwin - RM100
Bujang /Telah Bekerja - RM50 /RM100
5.2 Pungutan bolehlah diserahkan pada Bendahari Pn. Angela Alip mahupun Timbalan
Bendahari Pn. Lenny Lodius secara tunai ataupun ‘transfer online’
Nombor Akaun : 110144092561 (MAYBANK)
ANGELLA BINTI ALIP
Nombor Akaun : 2007481000091859 (AGROBANK/BANK PERTANIAN)
LENNY BT FLORIMTIUS
5.3 Timbalan Pengerusi mengatakan yang tiada paksaan untuk meminta ahli keluarga
membuat bayaran sebab maklum terdapat ahli keluarga yang kurang
berkemampuan.
5.4 Semua ahli keluarga dijemput hadir pada Hari Keluarga nanti walaupun tidak
membuat bayaran.
6.0 CARTA KELUARGA
6.1 Setakat 3 September, keluarga Jusim, Majusim dan Sianjim telah lengkap
menyerahkan family tree. Hanya sebahagian lagi keluarga Anim yang belum lengkap.
Wakil keluarga berkenaan telah dihubungi dan mereka akan menyerahkan family tree
dalam masa terdekat.
6.2 Buku Family Tree Sinakagon Majanun ini akan dijual pada Hari Keluarga nanti.
Cadangan harga adalah RM20 senaskah.
6.3 Ahli keluarga yang ingin menempah buku Keluarga Majanun boleh menulis nama di
Group WatsApp.
7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Tentatif program untuk 16 September dan 17 September Hari Keluarga Majanun
Kolias telah ditetapkan. (RUJUK LAMPIRAN)
7.2 Timbalan Pengerusi mengingatkan ahli keluarga untuk memakai mask semasa Hari
Keluarga nanti. Namun boleh membuka mask semasa mengikuti pertandingan. Hand
sanitizer perlu disediakan untuk digunakan sepanjang masa.
7.4 Cadangan tempat mesyuarat yang terakhir akan dibuat pada 10 September 2022
bersamaan hari Sabtu, pukul 2 petang di kediaman Pn. Rose Ating Ajum, di Batani
Kg Lakut.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Disediakan oleh
(LENNY MICHAEL JOMININ)
Penolong Setiausaha
Hari Keluarga Sinakagon Majanun Kolias
LAMPIRAN
TENTATIF PROGRAM
16 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT) – LAWATAN KE LOKASI
2.00 pm - Gotong royong bagi persiapan dewan
- Minum petang (potluck)
17 SEPTEMBER 2022 (SABTU) – HARI KELUARGA MAJANUN KOLIAS
6.30 am - Ketibaan ahli keluarga
- Pendaftaran ahli keluarga yang hadir
7.45 am - Ahli keluarga memilih nombor LUCKY DRAW masing-masing
8.00 am - Ketua Pasukan memberi nama peserta pasukan yang akan
8.10 am mengikuti acara permainan pada Ketua AJK Permainan
8.30 am - Pertandingan Best Dress/Outfit
- Bacaan Doa
(Agama Kristian – En. Denis Young)
(Agama Islam – En. Lawrence Majusim)
- Taklimat Keselamatan oleh En. Noddy Leonardus
- Ucapan Perasmian oleh
En. Lawrence Majusim
Pengerusi Hari Keluarga Majanun Kolias
- Sesi memperkenalkan generasi teratas (cucu Majanun Kolias) oleh Tuan
Pengerusi
9.00 am - Pertandingan Menganyam Ketupat (Acara Dewasa)
9.20 am
9.35 am - Pertandingan Tiup Belon (Acara Kanak – kanak)
9.50 am
10.10 am - Pertandingan Cari Duit Syiling Dalam Tepung (Acara Kanak – kanak)
10.30 am
10.50 am - Pertandingan Boling Kelapa (Acara Dewasa)
- Pertandingan Bawa Bola Ping Pong Guna Sudu (Acara Kanak – kanak)
- Pertandingan Pancing Botol (Acara Dewasa)
- Pertandingan Pancing Botol (Acara Kanak – kanak)
11.10 am - Pertandingan Passing Parcel (Acara Kanak – kanak)
11.30 am - Pertandingan Gohead Gostan (Acara Dewasa)
11.50 am - Pertandingan Musical Chair (Acara Kanak – kanak)
12.10 pm - Pertandingan Passing Sarung (Acara Dewasa)
12.30 pm - MAKAN TENGAHARI – REHAT
1.30 pm - Sesi memperkenalkan Keluarga Jusim dan sesi Foto
1.45 pm - Sesi memperkenalkan Keluarga Majusim dan sesi foto
2.00 pm - Sesi memperkenalkan Keluarga Sianjim dan sesi foto
2.15 pm - Sesi memperkenalkan Keluarga Anim dan sesi foto
2.30 pm - Cabutan Bertuah 1
2.45 pm - Karaoke Bebas
3.00 pm - Cabutan Bertuah 2
3.15 pm - Penyampaian Hadiah 1
3.30 pm - Cabutan Bertuah 3
3.45 pm - Penyampaian Hadiah 2
4.00 pm - Persembahan Karaoke
4.15 pm - Penyampaian Hadiah 3
4.30 pm - Cabutan Bertuah 4
5.00 pm - Upacara PENUTUPAN
5.30 pm - Gotong Royong membersihkan dewan
6.30 pm - Bersurai