1 LAMPIRAN I MODUL I (TKRS) PENGENALAN Assalamualaikum wbt. Pelajar-pelajar yang saya hormati sekalian. Tahniah kerana anda terpilih untuk mengikuti kursus ini. Untuk melengkapkan kursus ini di bawah aktiviti kokurikulum unit TKRS, anda perlu menyiapkan modul yang diberi secara berperingkat. Terdapat 4 topik tugasan di dalam modul ini. Anda dikehendaki menyiapkan tugasan di dalam keempat-empat topik tersebut. Oleh sebab ini adalah kali pertama anda berhadapan dengan modul ini, anda dinasihati meneliti bahagian Perancangan ini sebelum bergerak ke bahagian Tugasan dan Bahan Bacaan. Topik Subtopik Objektif Struktur dan Organisasi Matlamat dan tujuan penubuhan Bidang aktiviti bersepadu Keahlian dan pendaftaran Kawasan kegiatan Jawatankuasa Memahami matlamat dan tujuan penubuhan TKRS. Dapat menerangkan bidang aktiviti yang dapat dijalankan oleh TKRS. Memahami cara pengurusan keahlian dan pendaftaran TKRS. Memahami kawasan kegiatan yang dibolehkan untuk setiap aktiviti yang dijalankan. Memahami struktur perlantikan jawatankuasa. Perlembagaan TKRS Penubuhan TKRS di sekolah Logo TKRS Bendera TKRS Keahlian Lagu TKRS Mengetahui cara menubuhkan TKRS. Dapat menerangkan makna logo TKRS dengan tepat. Memahami unsur-unsur yang terdapat dalam bendera TKRS. Berupaya menyanyikan lagu TKRS dan lagu-lagu patriotik. Pengurusan dan Pentadbiran TKRS. Pakaian dan peralatan rasmi Struktur keanggotaan Kenaikan pangkat Kewangan Mengetahui cara berpakaian dan peralatan rasmi TKRS. Dapat menyusun dan memahami kedudukan struktur keanggotaan TKRS pada semua peringkat. Memahami cara kenaikan pangkat dalam TKRS. Memahami cara pengurusan kewangan. Orientasi Kurikulum TKRS di sekolah menengah Analisis kurikulum TKRS Perancangan aktiviti TKRS sekolah menengah Merancang skim latihan Mengetahui struktur kurikulum TKRS sekolah rendah. Berupaya merancang aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum TKRS. Berupaya merancang dan mengendalikan skim latihan mengikut peringkat yang bersesuaian.
2 TAJUK MODUL Struktur, Perlembagaan Dan Orientasi Kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) SINOPSIS Modul 1 ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan struktur dan organisasi sebagai panduan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi berkaitan dengan TKRS. Seterusnya dimasukkan juga perlembagaan dan pengurusan yang berkaitan dengan TKRS. Bahagian terakhir modul ini membincangkan mengenai orientasi kurikulum TKRS sekolah menengah yang mesti diketahui oleh ahli dan pemimpin TKRS apabila ditempatkan di sekolahsekolah. HASIL PEMBELAJARAN Selepas mengikuti Modul 1 ini pelajar dapat: menjelaskan struktur dan organisasi Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). menyatakan perincian perlembagaan serta bentuk pengurusan organisasi Tunas Kadet Remaja Sekolah. menghuraikan orientasi kurikulum TKRS sekolah menengah. mencerakini unsur-unsur yang terdapat dalam orientasi kurikulum sekolah rendah
3 TAJUK 1 STRUKTUR DAN ORGANISASI TKRS
4 Kandungan: 1. Topik Tugasan 2. Arahan Tugasan 3. Bahan Pembelajaran / Bacaan Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, diharapkan pelajar dapat: Menerangkan matlamat dan tujuan penubuhan TKRS. Mengkelaskan bidang aktiviti yang dapat dijalankan oleh TKRS. Melaksanakan cara pengurusan keahlian dan pendaftaran TKRS. Mengulas struktur pelantikan jawatankuasa TOPIK 1
5 TOPIK 1 STRUKTUR DAN ORGANISASI TKRS NAMA:___________________________________________________ UNIT :___________________________________________________ INSTITUT:________________________________________________
6 Arahan Tugasan Unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah anda mempunyai 1 platun dengan kekuatan seramai 30 orang . Tugas anda sebagai guru penasihat unit ini adalah untuk menyusun ahli untuk membentuk satu jawatankuasa. Dengan berpandukan senarai nama yang disediakan, bina satu carta organisasi. Anda mesti menyenaraikan semua nama yang diberi. Sebagai panduan, sila rujuk bahan bacaan yang terdapat di bahagian Bahan Bacaan. Sila gunakan ruangan yang disediakan untuk membina carta organisasi anda. Tajuk: ____________________________________________________________ (15 Markah)
7 TOPIK 1 STRUKTUR DAN ORGANISASI TKRS Sumber: Buku Panduan Kokurikulum Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
8 1.0 KEKUATAN DAN KEANGGOTAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 1.1 KOMPENI ( TKRS ) Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun Carta Organisasi Ketua Kompeni Penolong Ketua Kompeni Ejutan Platun A Platun B Platun C Platun D Pegawai Waran
9 1.2.1 PLATUN ( TKRS ) Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet Carta Organisasi Platun 1.2.2 SEKSYEN ( TKRS ) Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. Carta Organisasi Platun Pegawai Platun Sarjan Platun Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3 Ketua Seksyen Penolong Ketua Seksyen 10 Anggota Kadet Staf Sarjan
10 2.0 KEKUATAN DAN KEANGGOTAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 2.1 KOMPENI ( TKRS ) Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Sarjan TKRS dan 4 orang Ketua Platun. Carta Organisasi Ketua Kompeni Penolong Ketua Kompeni Ejutan Platun A Platun B Platun C Platun D Sarjan TKRS
11 2.4.1 PLATUN ( TKRS ) Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan TKRS, 3 koperal TKRS dan 3 lans koperal TKRS serta 30 anggota kadet Carta Organisasi Platun 2.5 SEKSYEN ( TKRS ) Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal TKRS, 1 lans koperal TKRS dan 10 anggota kadet. Carta Organisasi Platun Pegawai Platun Sarjan Platun Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3 Ketua Seksyen Penolong Ketua Seksyen 10 Anggota Kadet
12 3. SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH / TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS / TKRS Bendahari : Koperal KRS / TKRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS Ahli-ahli : Semua anggota TKRS / TKRS yang berdaftar di sekolah Catatan: Pengetua / Guru Besar Komandan KRS / TKRS. Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Penolong Kanan Kokurikulum Timbalan Komandan KRS / TKRS. Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan panggilan Timbalan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Pemimpin Pegawai Platun. Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS. Kenaikan pangkat Leftenan KRS - Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. Kenaikan Pangkat Kapten KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan.Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Kenaikan Pangkat Mejar KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri.
13 TAJUK 2 PERLEMBAGAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)
14 Kandungan: 1. Topik Tugasan 2. Arahan Tugasan 3. Bahan Pembelajaran / Bacaan Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, diharapkan pelajar dapat: menerangkan cara menubuhkan TKRS. menerangkan makna logo TKRS dengan tepat. menghuraikan unsur-unsur yang terdapat dalam bendera TKRS. menyanyikan lagu TKRS dan lagu-lagu patriotik. Topik 2
15 TOPIK 2 PERLEMBAGAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) NAMA:___________________________________________________ UNIT :___________________________________________________ INSTITUT:________________________________________________
16 Arahan Tugasan Pelajar-pelajar yang saya hormati sekalian, Dalam bahagian ini, telah tersedia empat tugasan yang berkaitan dengan tajuk Perlembagaan TKRS. Anda diminta menyiapkan keempat-empat tugasan tersebut di ruangan yang sediakan. Tugasan pertama anda adalah seperti berikut: Anda telah dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah di sekolah anda. Sediakan satu carta alir untuk menunjukkan proses penubuhan unit tersebut. Berikan tajuk untuk carta alir anda.. Sila gunakan ruangan yang disediakan.
17 Tajuk: __________________________________________________________ (7 markah)
18 Berdasarkan bahan bacaan yang dirujuk, anda diminta untuk menghasilkan satu pengurusan grafik / graphic organizer yang menerangkan tentang pengertian logo TKRS. (8 markah)
19 Tugasan seterusnya akan menguji bakat seni lukis anda. Anda diminta menghasilkan satu lukisan bendera TKRS yang juga merupakan kerjatangan tangan sendiri. Lukisan anda mestilah menggunakan ruangan yang disediakan. (5 Markah)
20 Tahniah! Anda telah sampai ke tugasan yang keempat dan terakhir bagi topic ini. Tugasan ini berkaitan dengan lagu TKRS. Setelah meneliti, memahami dan menghayati bait-bait lagu tersebut, anda diminta mengulas tentang isi dan makna rangkap 1 dan 2 lagu tersebut. Ulasan rangkap 1 Ulasan rangkap 2 (10 markah)
21 TOPIK 2 PERLEMBAGAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Sumber: Buku Panduan Kokurikulum Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
22 PERLEMBAGAAN 1.0 Nama dan alamat berdaftar 5.6 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah 5.6 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS: a. Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 & 4 , Blok E2 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Kuala Lumpur b. Peringkat Negeri: Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan c. Peringkat Daerah: Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan d. Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan. 5. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.
23 2.0 Tujuan Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah: o Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. o Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. o Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. o Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. o Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. o Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. o Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
24 Pengertian logo Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
25 Bendera Warna Hijau melambangkan Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’ ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
26 Keahlian Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1. KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli KRS/TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal masih diterima pakai.
27 Lagu TKRS TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH Tunas Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja , sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja , hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati , dan jiwamu Wawasan Tunas Kadet Remaja Sekolah
28 Nombor pendaftaran pelajar : TKRS/NE6007/02-001/L Kod Sekolah Tahun Menyertai No. ahli Catatan : L : Lelaki P : Perempuan Nombor Pendaftaran Pegawai ( KPM ) & Jurulatih Kebangsaan TKRS /KPM/02- 001 Tahun Menyertai No. ahli Nombor Pendaftaran Pegawai ( JPN ) , Jurulatih Negeri dan Guru : TKRS /kod negeri/97- 001 Tahun Menyertai No. ahli
29 KAD KEAHLIAN KRS DAN TKRS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA WAN MUHD. REDZUAN B. WAN MOHD. ARIFFIN TKRS/NE6007/02-001/L TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA WAN MUHD. REDZUAN B. WAN MOHD. ARIFFIN TTKRS/NE4578/02-001/L Catatan : Ukuran : 6 cm x 4 cm
30 TAJUK 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TKRS
31 Kandungan: 1. Topik Tugasan 2. Arahan Tugasan 3. Bahan Pembelajaran / Bacaan Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat Menjelaskan cara berpakaian dan peralatan rasmi TKRS. menyusun kedudukan struktur keanggotaan TKRS pada semua peringkat. menyusurgalurkan cara kenaikan pangkat dalam TKRS. menghuraikan cara pengurusan kewangan. Topik 3
32 TOPIK 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TKRS NAMA:___________________________________________________ UNIT :___________________________________________________ INSTITUT:________________________________________________
33 Arahan Tugasan Kedua-dua bahan bacaan itu menunjukkan pakaian dan peralatan No.4 bagi kadet putera dan pegawai lelaki. Anda perlu mengenal pasti perbezaanperbezaan pakaian dan peralatan antara kadet dengan pegawai. Catatkan perbezaan tersebut dalam ruangan yang disediakan di bawah. Bil Kadet Putera Pegawai Lelaki 1 2 3 4 5 (10 Markah)
34 Setiap ahli TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00. Dengan keahlian seramai 60 orang, jumlah yuran keahlian terkumpul hanyalah RM 120.00 setahun. Anda kebingungan untuk melaksanakan aktiviti tahun itu lantaran kekurangan perbelanjaan. Sebagai guru penasihat yang amat perihatin , anda telah bertindak proaktif dengan merancang beberapa aktiviti untuk meningkatkan tabungan kewangan TKRS agar perancangan aktiviti dapat dilaksanakan. Cadangkan 5 aktiviti untuk meningkatkan tabungan. Bil Aktiviti Huraian 1 2 3 4 5 (20 Markah)
35 TOPIK 3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TKRS Sumber: Buku Panduan Kokurikulum Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
36 Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah: Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah dan Sarawak ) a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan d. Tim. Pengerusi : Ketua Unit e. Setiausaha : Penyelia Kokurikulum f. Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB ( Gabungan ) i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) Jawatankuasa Peringkat Daerah a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) e. Setiausaha : Penyelia f. Pen. Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa.
37 Jawatankuasa Peringkat Sekolah: a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri b. Penasihat : PPD c. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar d. Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum e. Setiausaha : Dilantik f. Penolong Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan TKRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS. Kewangan o Setiap ahli KRS/TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00 o Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan KRS/TKRS o Penyata kewangan KRS/TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan oleh penolong pendaftar. o Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS/TKRS dilantik dalam mesyuarat oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau Juruaudit. o Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke semasa atas arahan penolong pendaftar.
38 PAKAIAN DAN PERALATAN KADET NO.4 LELAKI 1 BERET SHERWOOD DARK GREEN LENCANA TKRS (LOGAM) WARNA EMAS-PELAPIK MERAH 2. LANYARD MERAH (single-line) 3 BAJU WARNA SHERWOOD DARK GREEN LENGAN PANJANG KOLAR DOT (EPOXY BULAT) LENCANA POKET (DI SEBELAH KIRI POKET) BUTANG BAJU 7 BIJI 4. LENCANA (sulam) LENCANA SULAM TKRS (kanan & kiri) ”SHOULDER TITLE” TKRS (kanan ) DAN NEGERI (kiri) .Tulisan berbenang emas. 5. APULET PANGKAT ( jenis sulam ) PANGKAT berwarna putih borderline berwarna merah dan apulet berwarna sherwood dark green 6. SELUAR SHERWOOD DARK GREEN (TIADA PLAT ) , sila rujuk gambar rajah ‘’PACAT’’ SELUAR KECIL & “PACAT” SELUAR BESAR. 7. TALI PINGGANG KANVAS SHERWOOD DARK GREEN BERKEPALA WARNA EMAS DAN BERLOGO TKRS 8. KASUT SPIKE BOOT HIJAU / SPIKE BOOT “FULL LEATHER “ / DRILL BOOT DAN BERSTOKIN HITAM 9. NAMA TANDA NAMA ( disebelah kanan, hitam dan tulisan putih – tempa ) BORDER BERWARNA PUTIH 10. ALATAN TAMBAHAN ( Majlis Rasmi) HACKLE (jambul) MERAH MAFLA MERAH SARUNG TANGAN PUTIH
39 PAKAIAN DAN PERALATAN KADET NO.4 PUTERI 1 BERET SHERWOOD DARK GREEN LENCANA TKRS (LOGAM) WARNA EMAS-PELAPIK MERAH 2. LANYARD MERAH (single-line) 3. BAJU WARNA SHERWOOD DARK GREEN LENGAN PANJANG KOLAR DOT (EPOXY BULAT) LENCANA POKET (DI SEBELAH KIRI POKET) BUTANG BAJU 7 BIJI (sila rujuk gambar rajah ) 4. LENCANA (sulam) LENCANA SULAM TKRS ( kanan & kiri ) ”SHOULDER TITLE” TKRS (kanan ) DAN NEGERI (kiri) Tulisan berbenang emas. 5. APULET PANGKAT ( jenis sulam ) PANGKAT berwarna putih ”borderline berwarna merah dan apulet berwarna sherwood dark green 6. SELUAR SHERWOOD DARK GREEN (TIADA PLAT ) , sila rujuk gambar rajah ‘’PACAT’’ SELUAR KECIL & “PACAT” SELUAR BESAR. 7. KASUT SPIKE BOOT HIJAU / SPIKE BOOT “FULL LEATHER “ / DRILL BOOT DAN BERSTOKIN HITAM 8. NAMA TANDA NAMA ( di sebelah kanan, hitam dan tulisan putih – tempa ) BORDER BERWARNA PUTIH 9. ALATAN TAMBAHAN HACKLE (jambul) MERAH * SARUNG TANGAN PUTIH Catatan : Jika memakai Tudung: Tudung berwarna Hijau ( Sherwood Dark Green ) (dimasukkan ke dalam kolar baju)
40 PAKAIAN DAN PERALATAN PEGAWAI LELAKI - NO.4 1. BERET MAROON (JENIS PURE WOOL ) LENCANA ‘’ WIRE CAP BADGE “ ( BERLATAR BELAKANG HITAM) 2. LANYARD MERAH ( SINGLE-LINE) – *Pegawai Latihan MERAH ( BERANYAM KECIL )– *Pegawai Pengurusan 3. BAJU WARNA SHERWOOD DARK GREEN LENGAN PANJANG KOLAR BADGE LOGAM BERWARNA EMAS LENCANA POKET (DI SEBELAH KIRI POKET ), 1CM DI BAWAH HUJUNG PENUTUP POKET BUTANG 7 BIJI ( WARNA SHERWOOD DARKGREEN ) APULET PANGKAT LOGAM / SULAM 4. SELUAR SHERWOOD DARK GREEN (TIADA PLAT ) , sila rujuk gambar rajah ‘’PACAT’’/(LOOP) SELUAR KECIL & PACAT SELUAR BESAR 5. TALI PINGGANG KANVAS SHERWOOD DARK GREEN BERKEPALA WARNA EMAS DAN BERLOGO TKRS 6. KASUT SPIKE BOOT HIJAU / ” FULL LEATHER” / DRILL BOOT DAN BERSTOKIN HITAM 7. ALATAN TAMBAHAN HACKLE ( jambul ) KUNING MAFLA KUNING SARUNG TANGAN 8. SERVICE RIBBON TENGAH-TENGAH DI ATAS POKET BAJU KIRI Catatan : Pemakaiannya adalah berdasarkan pengurniaan/ anugerah daripada Yang diPertuan Agong /Sultan/Kerajaan ( termasuk Kementerian Pelajaran yang menganugerahkan pegawai TKRS yang banyak memberi sumbangan dan telah lama berkhidmat)
41 PAKAIAN DAN PERALATAN PEGAWAI (WANITA) - NO.4 1. BERET MAROON (JENIS PURE WOOL ) LENCANA JENIS WIRE CAP BADGE 2. LANYARD MERAH ( SINGLE) – *Pegawai Latihan MERAH ( BERANYAM KECIL )– *Pegawai Pengurusan 3. BAJU WARNA SHERWOOD DARK GREEN LENGAN PANJANG KOLAR BADGE LOGAM BERWARNA EMAS LENCANA POKET (DI SEBELAH KIRI POKET ), 1CM DI BAWAH HUJUNG PENUTUP POKET BUTANG 7 BIJI ( WARNA SHERWOOD DARKGREEN ) APULET PANGKAT LOGAM / SULAM 4. SELUAR SHEERWOOD DARK GREEN (TIADA PLAT ) , sila rujuk gambar rajah 5. KASUT SPIKE BOOT HIJAU / “FULL LEATHER” /DRILL BOOT DAN BERSTOKIN HITAM 6. NAMA TANDA NAMA ( disebelah kanan, hitam dan tulisan putih – tempa BORDER BERWARNA PUTIH 7. ALATAN TAMBAHAN HACKLE (jambul) KUNING SARUNG TANGAN 8. SERVICE RIBBON TENGAH-TENGAH DI ATAS POKET BAJU KIRI Catatan : Pemakaiannya adalah berdasarkan pengurniaan/ anugerah daripada Yang diPertuan Agong /Sultan/kerajaan ( termasuk Kementerian Pelajaran yang menganugerahkan pegawai TKRS yang banyak memberi sumbangan dan telah lama berkhidmat) Catatan : Jika memakai Tudung: Tudung berwarna Hijau- Sherwood Dark Green (dimasukkan ke dalam kolar baju)
42 TAJUK 4 ORIENTASI KURIKULUM KRS DI SEKOLAH MENENGAH
43 Kandungan: 1. Topik Tugasan 2. Arahan Tugasan 3. Bahan Pembelajaran / Bacaan Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, diharapkan pelajar dapat: menghuraikan struktur kurikulum KRS sekolah menengah. merancang aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum KRS. merancang dan mengendalikan skim latihan mengikut peringkat yang bersesuaian. Topik 4
44 TOPIK 4 ORIENTASI KURIKULUM KRS DI SEKOLAH MENENGAH NAMA:___________________________________________________ UNIT :___________________________________________________ INSTITUT:________________________________________________
45 Arahan Tugasan 1. Punca kuasa pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah / Tunas Kadet Remaja Sekolah 2. Pelaksanaan Tunas Kadet Remaja Sekolah a. Carta organisasi sekolah b. Pengurusan TKRS sekolah c. Takwin TKRS d. Rancangan Tahunan e. Rancangan Mingguan/ Harian f. Pelaporan aktiviti
46 TAJUK 4 ORIENTASI KURIKULUM KRS DI SEKOLAH MENENGAH Sumber: Buku Panduan Kokurikulum Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
47 CONTOH PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN 10.1 Perancangan Awal dan Persediaan Program Program Kejurulatihan Tunas Kadet Remaja Sekolah IPGM akan lebih sempurna jika perancangan dan persediaan dapat dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu pihak Jawatankuasa Kerja program perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenalpasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Jawatankuasa Induk dalam perancangan dan persediaan awal ialah: a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja. b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak IPGM untuk tujuan kelulusan. c. Memilih dan menentukan lokasi latihan. d. Merancang pengisian aktiviti program latihan. e. Taklimat dan merancang latihan kepada peserta kursus. f. Memberi taklimat kepada jurulatih/fasilitator dan urusetia. g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan. h. Mengenalpasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan.
410.2 Pelaksanaan Program SEBELUM PROGRAM Bil. Perkara 1. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan Perancangan1. Lokasi Pro2. Tarikh Pro3. Lawatan T4. Perhubung5. Peralatan/6. PembahagJurulatih/F7. Kos 8. Kebajikan2. Taklimat Program Kejurulatihan Tunas Kadet Remaja Sekolah IPG-BPG Perkara yang1. Memperkedan Uruse2. Tarikh pel3. Lokasi dan4. Persiapan5. Etika pese6. Keadaan f7. Peralatan 8. Status Kes9. Pembahag10. Quater-m11. Kebajikan12. Penulisan
8 Isi Kandungan Tindakan n Pelaksanaan Program: ogram ogram Tapak gan Luar /Logistik gian Tugas – Fasilitator/Urusetia /makanan Penyelaras Program Kejurulatihan Tunas Kadet Remaja Sekolah IPGBPG dan Jawatankuasa Pelaksana. g ditaklimatkan: enalkan Jurulatih/Fasilitator etia kepada peserta aksanaan program n Tempat perkhemahan n awal erta fizikal sihatan gian tugas kepada peserta master peralatan/logistik n dan keselamatan n refleksi/buku log
4SEMASA PROGRAM Bil. Perkara Isi K1. Taklimat Program 1. Tentatif program 2. Pergerakan aktivit3. Disiplin peserta 4. Peraturan program2. Pelaksanaan Aktiviti 1. Arahan tetap yangsebelum aktiviti 2. Melaksanakan sem3. Penilaian dan penSELEPAS PROGRAM Bil. Perkara Isi K1. Taklimat Penutup 1.Protokol Pentauliah2.Perbarisan 3.Ucapan 4.Pentauliahan 2. Tindakan sebelum perjalanan pulang 1.Membersihkan pera2.Memastikan peralat3.Memulangkan pera4.Menyusun peralata5.Merekod peralatan 7.Penyerahan refleks3. Tindakan selepas pulang 1.Analisis maklumat p2.Laporan Penilaian klewatnya seminggu s3.Surat Penghargaanmembantu program 4.Post mortem dan La