The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ladap.dls, 2022-05-26 08:48:21

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015

Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1MALAYSIA

LOGO JALAN PINANG SEBATANG No. Telefon : 085-4312030
SEKOLAH 90000 MIRI

SARAWAK No. Fax : 085-4313000

Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977
Tarikh :

NAMA
NO. KAD PENGENALAN

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU
BAHARU (PPGB)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu, maka dengan ini tuan/puan dilantik sebagai Guru Mentor
kepada Encik/Puan/Cik ____________________________________________________________
bermula pada __________________ sehingga __________________.

3. Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini berdasarkan
pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012
dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(Pengetua / Guru besar)

50

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

II. Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu
Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan antara
Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan bai’ah. Guru Mentor merekodkan
persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu merekodkan
persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan bekerjasama membangunkan
kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Surat
Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.
Tatacara
1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat.
2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan
satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.

51

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

MKPEEANMLDEAYINDSTIIEAKRAINAN

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU

Guru Mentor : _____________________________________________________________
Guru Baharu : _____________________________________________________________
Nama Sekolah : _____________________________________________________________

Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________ yang dilantik
sebagai Guru Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan
profesional sepanjang tempoh Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan berdasarkan
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________, Guru Baharu
bersedia menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk
pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

Guru Baharu: Guru Mentor:

…………………………….....……..… ………………………………………......

( ) ( )

Tarikh: Tarikh:

52

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

III. Log Pementoran
Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu.
Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status,
mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB.
Tatacara
1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak
formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-kurangnya
dua (2) waktu seminggu).
2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.
3. Perkara yang perlu diisi:
a. Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan
Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya)
b. Isu atau perbincangan
c. Ulasan
4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1)
salinan disimpan oleh Guru Mentor.

53

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

PKMEEANMLDEAYINDSTIIEAKRAINAN

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :_________/______ Bil. Pertemuan :________
 AKTIVITI

 
 

 
ISU/PERBINCANGAN

 
 

ULASAN
 

 

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

 

…………………………….. ………………………….......….

(Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor)

Tarikh: Tarikh:

54

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

IV. Borang Penilaian Guru Baharu

Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap
pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.

Tatacara

1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan keenam
(ke-6) dan bulan ke-12.
(Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan
Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidences dan pemerhatian).

2. Penilaian dilaksanakan untuk setiap Guru Baharu dengan menggunakan borang
yang sama.

3. Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti yang berikut:

a. Pengetahuan - wajaran 30% Berkaitan Dasar KPM, PdP,
Pengurusan Kokurikulum,
b. Kemahiran - wajaran 30% Pengurusan HEM dan sebagainya.

c. Nilai Profesional - wajaran 40%

4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta keseluruhan
skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap Aspek
Kompetensi adalah seperti yang berikut:

SKOR TARAF DESKRIPTOR
9 – 10 Cemerlang
• Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat
7–8 Baik menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.

• Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas.

• Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional
pada tahap yang baik.

• Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek
pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

• Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan
bimbingan.

• Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional
pada tahap sederhana.

55

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

SKOR TARAF DESKRIPTOR
5–6 Sederhana
• Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan tetapi
3–4 Kurang tidak menghayati aspek pengetahuan dalam melaksanakan
Memuaskan tugas.
1–2
Lemah • Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan
aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih
memerlukan bimbingan.

• Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada tahap
sederhana.

• Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan
tugas tetapi tidak memahami dan tidak menghayati aspek
pengetahuan tersebut dalam melaksanakan tugas.

• Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa
memerlukan bimbingan.

• Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang
mempamerkan nilai profesional.

• Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati
semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

• Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak
menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan
tugas.

• Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak mempamerkan
nilai profesional.

5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru
Besar.

6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian
semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa
pelanjutan PPGB berakhir.

56

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

KEMENTERIAN
MPEANLDAYIDSIIAKAN

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
BORANG PENILAIAN GURU BAHARU

Nama Guru Baharu :

Bil. Dimensi Aspek Skor Skor Skor
Kompetensi Bulan Bulan
Ke-6 Ke-12

1. Pengetahuan Kandungan mata pelajaran 10
10
(30%) Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 10
10
Kurikulum dan kokurikulum

Pentaksiran dan penilaian

Teknologi Maklumat dan Komunikasi 10
(TMK) untuk pendidikan

Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10

Pekeliling dan peraturan pendidikan 10

JUMLAH SKOR

PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %

Jumlah Skor (70)

2. Kemahiran Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau 10
(30%) peraturan dalam amalan PdP

Merancang dan menyampai PdP 10
mengikut mata pelajaran

Mentaksir dan menilai 10
Mengurus kelas dan murid 10

Menggunakan TMK untuk PdP 10

Kepimpinan pengajaran dan 10
pembelajaran
Melaksanakan kajian tindakan 10
Hubungan sesama manusia 10

JUMLAH SKOR

PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %
Jumlah Skor (80)

57

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Bil. Dimensi Aspek Skor Skor Skor
Kompetensi Bulan Bulan
10 Ke-6 Ke-12
10
3. Nilai Keutuhan 10
Profesional Penyayang 10
(40 %) Integriti 10
Efisien 10
Kecintaan terhadap profesion
Patriotisme dan tanggungjawab sosial

JUMLAH SKOR

PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 %
Jumlah Skor (60)

JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%)

Disediakan oleh, Tarikh : …………………...

………………………
(Nama Guru Mentor)

Disahkan oleh, Tarikh : …………………...

……………………….
(Pengetua/Guru Besar)
Nama dan Cap Rasmi Sekolah

SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 :

90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang
80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik
60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana
50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan
49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah

58

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

V. Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah
rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai
Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh
pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Tatacara

1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/ pemantauan
dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3) bulan pertama
dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).

2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.

3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti yang berikut:

a. Amalan Terbaik - Merujuk kepada objektif program
b. Isu Pelaksanaan - Maklumat diperoleh melalui semakan
c. Cadangan Penambahbaikan
Portfolio dan perbincangan dengan
Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain
dan Pengetua/ Guru Besar

4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/
Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.

5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu
(1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.

59

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

PKMEEANMLDEAYINDSTIIEAKRAINAN

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU
BAHARU

(Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD)

Nama dan Alamat Sekolah : Bil. Guru Baharu :

Nama Pegawai : ULASAN
1.
2.
3.

Amalan terbaik :

Isu pelaksanaan :

60

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Cadangan penambahbaikan :

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Tandatangan Pegawai Tandatangan Pengetua/Guru Besar

…………………………………………….. ……………………………………………
(Nama dan Cap Rasmi Pegawai) (Nama dan Cap Rasmi Sekolah)
Tarikh : Tarikh :

61

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

VI. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB)
Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah
menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah sehingga
bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.
Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk memperaku
dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap pelaksanaan PPGB.
Tatacara
1. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru
Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB.
2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru
Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3. Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

62

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

CONTOH SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)

SIJIL PENYERTAAN

Dengan sukacitanya mengesahkan bahawa

(NAMA GURU BAHARU)
(NO. KAD PENGENALAN)

telah mengikuti dengan jayanya

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

bermula pada
(Tarikh Mula)

sehingga
(Tarikh Tamat)

Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar

Cap Rasmi Sekolah

63

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)

SIJIL PENGHARGAAN

Dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

(NAMA GURU MENTOR)
GURU MENTOR

(NO. KAD PENGENALAN)

atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

bermula pada
(Tarikh Mula)

sehingga
(Tarikh Tamat)

Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar

Cap Rasmi Sekolah

64

Bab 4

Bahan Rujukan



Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PENGENALAN

Dalam membantu pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), beberapa bahan
rujukan disediakan untuk pembacaan Guru Mentor, Guru Baharu dan pihak lain yang terlibat
dalam program ini. Bahan ini dipilih khas bagi membolehkan Guru Baharu dan Guru Mentor
khasnya, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan PPGB. Selain
daripada bahan yang disediakan ini, Guru Mentor dan Guru Baharu boleh merujuk sumber
lain yang sesuai untuk membantu mereka dalam pelaksanaan program ini.

67



PANDUAN
PEMENTORAN



Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Pengenalan

Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara
seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang pengalaman, pengetahuan serta kurang
berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba pengalaman
atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara profesional ke arah
perkembangan dan pembangunan diri mereka.

Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi
meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai keguruan
serta pengurusan sekolah.

Rasional Keperluan Mentor

Menurut Salhah Abdullah (2005), Wildman, Magliaro, Niles dan Jerome A. Niles (1992)
dari Virginia Polytechnic Institute dan State University dalam jurnal yang bertajuk Teacher
Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions merumuskan bahawa
terdapat lapan kategori aktiviti pementoran dalam membantu Menti, iaitu:

a. menggalakkan membuat refleksi;
b. mengarah dan menyokong pelan tindakan;
c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;
d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan pengubahsuaian;
e. memberi idea yang membolehkan Menti menyelesaikan masalah;
f. memberi dorongan dan sokongan emosi;
g. sumbangan Menti kepada Mentor; dan
h. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.

Definisi Mentor, Menti, Pementoran

Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya
seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih
lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja.

Menti bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran. Beliau
merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan
dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.

Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti terhadap tugas profesionalnya. Proses
Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu
dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa yang ditetapkan.

71

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Pemilihan Mentor

Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman dan
berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti yang berikut:

a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Menti;
b. boleh membangunkan potensi individu;
c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan yang

tinggi dalam bidang pengkhususannya;
d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh tanggungjawab;
e. mempunyai pemikiran reflektif;
f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih;
g. boleh mengurus masa dengan baik;
h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP;
i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan negara;

dan
j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.

Kaedah Pelaksanaan Pementoran

a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Menti tentang PPGB.
b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.
c. Mentor membimbing Menti bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d. Mentor membimbing Menti bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang berkaitan

dengan aktiviti atau program sekolah.
e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Menti tentang semua aspek

berkaitan pendidikan.

Objektif Pementoran

Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat:
a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai
profesional keguruan;
b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
e. menyepadukan teori dengan amali PdP;
f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;
g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan
potensi diri guru; dan
h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.

72

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Jenis dan Ciri Pementoran
jadual 1: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran

Situasi Jenis Pementoran Formal
Tidak Formal
• Jangka masa panjang
Ciri Pementoran contoh produktif

• Ringkas • Sukarela • Sumber untuk
membina perhubungan
• Segera • Sangat peribadi persahabatan

• Spontan • Sangat peka kepada • Bersifat sistematik dan
keperluan Menti berstruktur, tersusun dan
• Rawak berterusan
• Tidak berstruktur
• Kasual • Dilaksanakan
• Fleksibel berdasarkan keperluan
• Kreatif & Inovatif organisasi
• Mentor mendorong
• Respon kepada Menti dengan • Fokus kepada visi
keperluan semasa perkongsian, bantuan organisasi atau matlamat
dan keprihatinan setiap bahagian/unit
• Mentor berinisiatif secara
intervensi • Peranan sama rata • Mempunyai kaedah
(pemberi-penerima) dalam pemadanan
• Menti bertanggungjawab Mentor dengan Menti
mengenal pasti • Laluan membina
dan menggunakan persahabatan dan rasa • Penetapan jangka
pembelajaran hormat masa dalam penetapan
matlamat
• Membantu Menti dalam • Kebergantungan
proses membuat kepada kecekapan, • Program di bawah
keputusan ilmu, kemahiran dan peruntukan organisasi
kebolehan Mentor

73

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Proses Pementoran
Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:

a. Memerhati (Observe)
Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku Menti
bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Menti juga
perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu mengemukakan soalan bagi
mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat sepanjang proses Pementoran.

b. Melibatkan Diri (Participate)
Menti perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh pemahaman
yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Menti dapat mempelajari sesuatu
secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap dilakukan secara bersama.

c. Melaksanakan (Conduct)
Menti boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang
dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam
proses pementoran, apabila Menti boleh berdikari bermakna satu perubahan positif
telah berlaku kepada Menti.

74

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Kemahiran Pementoran

Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a. Kemahiran Mendengar

Semasa bersama Menti, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan segala
pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan mendengar
dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif perkara yang
disampaikan oleh Menti tetapi Mentor juga perlulah memberi maklum balas secara
lisan atau bukan lisan.

b. Kemahiran Bertanya

Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat
memberi peluang kepada Menti menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea serta
pendapat kepada Mentor.

c. Kemahiran Memerhati

Dalam usaha memahami dan membantu Menti, Mentor perlu menumpukan sepenuh
perhatian kepada Menti terutamanya semasa pertemuan diadakan. Melalui pemerhatian,
Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Menti dengan tepat. Mereka perlu sedar
dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara Menti.

d. Memberi Maklum Balas

Menti sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai maklumat
dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi maklum balas
kepada Menti yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat digambarkan
melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum balas positif
yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi Menti
untuk meneruskan proses pementoran.

Ciri-ciri maklum balas:
• tepat, berfokus dan mudah difahami;
• bersifat segera dan mesra;
• berterus-terang;
• khusus kepada seseorang;
• tidak bersifat menghukum; dan
• tidak membuat penilaian secara stereotaip.

75

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

e. Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran
Dalam proses pementoran, kemungkinan Menti akan mengadu permasalahan yang
dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Menti untuk melihat masalah bukan
sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat
perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Menti, Mentor
juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat pementoran.

f. Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran membuat
keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif, Mentor boleh
memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan yang dikemukakan
oleh Menti. Secara tidak langsung Mentor akan dapat mempermudah, mendorong dan
membimbing Menti mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka.

g. Membuat Penilaian
Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Menti atau
individu lain. Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respons dan membuat
penilaian yang berkesan.

76

SURAT SIARAN KPM
BILANGAN 21 TAHUN 2012

Panduan Pelaksanaan
Program Pembangunan Guru Baharu (Ppgb)

di Sekolah-sekolah di bawah Kpm



Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

79

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

80

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

81

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

82

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

83

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

84

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

85

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

86

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

87

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

88

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

89

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

90

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

91

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

92

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

93



KOMPETENSI
PROFESIONAL GURU

Petikan daripada
Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
(Guru dan Pemimpin Sekolah)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Edisi 2014, m.s. 17-19



Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

KOMPETENSI PROFESIONAL GURU

Kompetensi profesional guru ialah kompetensi yang perlu dibangunkan secara berterusan
oleh semua guru di Malaysia termasuk Guru Baharu. Setiap guru perlu memperoleh dan
menguasai pengetahuan, kemahiran baharu serta meningkatkan amalan nilai profesional agar
mereka sentiasa menjunjung etika keguruan dan mempunyai integriti profesional yang tinggi
dalam melaksanakan tanggungjawab untuk meningkatkan keberhasilan murid. Pembangunan
kompetensi profesional melibatkan dimensi nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran
seperti dalam Rajah 4 dan Perincian Dimensi Kompetensi Profesional adalah seperti dalam
Jadual 2.

Rajah 4: Dimensi Kompetensi Profesional

kemahiran pengetahuan

Nilai
Profesional

97

kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Jadual 2: Perincian Dimensi Kompetensi

PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL

DIMENSI GURU (PdP)

1. Keutuhan

• Bersyukur

2. Penyayang

• Ikhlas

• Bertimbang rasa

• Berbudi bahasa

• Empati

3. Integriti

• Amanah

• Berakauntabiliti

• Adil

NILAI 4. Efisien
PROFESIONAL • Berilmu

• Kreatif, kritis dan inovatif

• Ketepatan

• Interpersonal dan intrapersonal

• Berdaya tahan

• Berdaya usaha

5. Kecintaan terhadap profesion

• Imej keguruan

• Kualiti keguruan

6. Patriotisme dan tanggungjawab sosial

• Pengorbanan untuk negara

• Toleransi sosial

98

Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL

DIMENSI GURU (PdP)

PENGETAHUAN 1. Kandungan mata pelajaran

2. Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi

3. Kurikulum dan kokurikulum

4. Pentaksiran dan penilaian

5. TMK untuk pendidikan

6. Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan

7. Pekeliling dan peraturan pendidikan

KEMAHIRAN 1. Menterjemahkan dasar/pekeliling atau peraturan dengan
amalan PdP

2. Merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut mata
pelajaran

3. Menyampai pengajaran dan pembelajaran mengikut mata
pelajaran

4. Mentaksir dan menilai

5. Mengurus kelas dan murid

6. Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran

7. Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran

8. Melaksanakan kajian tindakan

9. Hubungan sesama manusia

99


Click to View FlipBook Version