The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jom Baca 52 Dunia Dasar Lautku (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrafendi.saleh, 2021-12-05 08:02:31

JOM BACA BACAAN BERTEMA SIRI 1

Jom Baca 52 Dunia Dasar Lautku (1)

Jom Baca
Sayangku

Dunia Dasar Lautku
(1)

Dunia Dasar Lautku

Kami adalah hidupan laut. Kami hidup di dalam laut
yang luas. Kami juga penting kepada semua. Kami
hidup harmoni dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Di dasar laut ini, terdapat pelbagai
haiwan dan tumbuhan yang melengkapkan ekosistem
di sini.

Ikan Nemo

Ini adalah ikan Nemo. Nemo sangat comel. Nemo
berwarna oren, hitam dan putih. Badan Nemo
berbelang. Nemo hidup dengan gembira di dasar laut
ini. Nemo berenang dengan bebas di celahan anemon
laut yang cantik itu. Nemo makan alga dan plankton.
Namun harus berhati – hati kerana Nemo yang comel
ini ada sengatnya.

Anemon Laut

Habitat kesukaan Nemo adalah Anemon laut. Anemon
ada pelbagai warna. Anemon sebenarnya adalah
sejenis haiwan. Anemon ada tentakel yang
bersengat. Anemon hidup dengan memakan haiwan
kecil lain dan juga plankton. Anemon kelihatan
sangat cantik dan lemah gemalai di dalam air yang
kebiruan itu.

Penyu

Penyu juga hidup di dasar laut. Namun begitu,
sesekali penyu akan naik ke permukaan air untuk
bernafas. Penyu juga akan ke pantai untuk bertelur.
Penyu akan menggali lubang yang dalam sebelum
bertelur. Setelah selesai bertelur, penyu akan
menutup telurnya dengan pasir sebelum kembali ke
laut. Penyu makan alga, rumput laut dan juga rumpai
laut.

Rumpai Laut

Rumpai laut adalah tumbuhan yang hidup di dasar
laut. Rumpai laut menjadi sumber makanan dan juga
sebagai habitat kepada hidupan laut yang lain.
Rumpai laut juga menjadi makanan kepada manusia.
Rumpai laut berwarna hijau dan lembut. Rumpai laut
juga telah ditanam kerana mendapat permintaan
yang tinggi dari orang ramai.

Sotong Kurita

Sotong kurita juga hidup di dasar laut. Sotong kurita
tidak mempunyai badan seperti sotong biasa. Sotong
kurita hanya ada kepala serta lapan tantekal. Sotong
kurita makan haiwan kecil dengan cara menarik
mangsa dengan lapan tangannya yang gagah. Apabila
diancam sotong kurita akan memancutkan dakwat
hitam untuk mengelirukan musuhnya.


Click to View FlipBook Version