The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi program-program yang telah dijalankan oleh PKPD Kuala Krai pada tahun 2022.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PKPD Kuala Krai, 2023-04-09 20:39:49

E-BULETIN 2022

Kompilasi program-program yang telah dijalankan oleh PKPD Kuala Krai pada tahun 2022.

Keywords: PKPD Kuala Krai

E -BULETIN E D I S I 2 0 2 2 PPEEJJAABBAATT KKEESSIIHHAATTAANNPPEERRGGIIGGIIAANNDDAAEERRAAHH KKUUAALLAAKKRRAAII Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Krai 09-9605026 MEMBINA DUNIA PASCA PANDEMIK


I S I K A N D U N G A N Pertandingan Futsal 3 Seminar Kesihatan Pergigian 4 Program KOA Islam 5 Program KOA Buddha 6 Pemantapan dan pentauliahan Ikon Gigi 7 Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 8 Minggu Kesedaran Kanser Mulut 9 Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 10 Bengkel Cleft Lip & Palate 11 Bengkel OMFS 12 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 14 Program Komuniti Kampung Angkat 15 Program Komuniti Orang Asli 16 Sudut Kreatif 17 Lawatan Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian 13 Sidang Redaksi 2 Sekapur sireh 1 Penutup 18


Sekapur Sireh Assalamualaikum wbt, sekalung tahniah saya rakamkan kepada sidang redaksi yang telah berjaya menerbitkan ebuletin PKPD Kuala Krai 2022 buat julung kalinya. Dengan terbitnya e-buletin ini, diharapkan perkongsian informasi dan semua program atau aktiviti bagi tahun 2022 dapat disampaikan kepada semua, terutama warga PKPD Kuala Krai. Moga ianya membakar semangat kita semua untuk lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang. DR NOR AZLINA BINTI HASHIM PAKAR PERGIGIAN (KESIHATAN AWAM) PEGAWAI PERGIGIAN DAERAH KUALA KRAI 1 Disediakan oleh: Dr Nur Insyirah


Disediakan oleh: Dr Nur Insyirah 2 Dr Siti Maryam Klinik Pergigian Kuala Krai Dr Anis Naquiyah Klinik Pergigian Dabong Dr Sofia Azreena Klinik Pergigian Manek Urai Dr Nur Maisarah Klinik Pergigian KKB Dr Nur Insyirah Klinik Pergigian Kuala Krai Dr Noor Fadilatul Akmal Klinik Pergigian KKB REDAKSI SIDANG Dr Nurul Natahsa Klinik Pergigian KKB


KEJOHANAN FUTSAL PIALA TPKNG PKPD KUALA KRAI Kejohanan Futsal Pergigian Kelantan KOSPEN PLUS Piala TPKN(G) 2022 Pasukan Lelaki Naib Johan Pasukan Perempuan Tempat Ketiga 3 Mac 2022 Anggota Pergigian Daerah Kuala Krai telah menyertai Pertandingan Futsal, berganding dengan pasukan pergigian dari daerah lain yang bertempat di Gelanggang Pro Sport Futsal, Jeli selama sehari pada tarikh 3 Mac 2022. Pasukan lelaki daerah Kuala Krai telah berjaya mendapat tempat kedua berganding dengan pasukan dari daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Machang, Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah. Pasukan perempuan daerah Kuala Krai telah berjaya mendapat tempat ketiga berganding dengan pasukan dari daerah Jeli, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok. 3 Disediakan oleh: Dr Nur Insyirah


SEMINAR KESIHATAN PERGIGIAN PKPD KUALA KRAI Seminar Kesihatan Pergigian bagi Guru Sekolah Rendah dan Menengah 19 Jun 2022 Seminar Kesihatan Pergigian bagi Guru Taska, Tadika & Prasekolah 23 Mei 2022 Seminar Kesihatan Pergigian bagi Anggota Kesihatan 22 Mei 2022 Seminar telah dijalankan di Auditorium Rafflesia, Hospital Sultan Ismail Petra yang disertai oleh guru-guru sekolah rendah dan menengah. Aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, kuiz pergigian dan pameran bahan pergigian. Seminar yang telah dijalankan di Bilik Seminar Bougainvillea, Hospital Sultan Ismail Petra disertai oleh guru-guru tadika, taska dan prasekolah dimana aktiviti ceramah, lawatan ke Jabatan Bedah Mulut dan Jabatan Pergigian Pediatrik dan pemeriksaan gigi telah dijalankan. Seminar dijalankan di Auditorium Rafflesia, Hospital Sultan Ismail Petra yang disertai oleh anggota-anggota kesihatan selain pergigian dimana telah berlangsungnya ceramah, kuiz pergigian & pemeriksaan gigi. 4 Disediakan oleh: Dr Nur Insyirah


C* Inside: Editor's Notes • P2 The Perfect Brew • P3 Mastering the French Press • P4 Dealing with Unruly Customers • P6 Disediakan oleh: Dr. Nurul Natahsa KOA Buddha Peringkat PKPD Kuala Krai telah diadakan di Tokong Yit Sit Kong. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pergigian Yang Menjaga (PPYM) KP Manik Urai, Dr Norhuda Bt Abdullah. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan adalah beberapa sesi ceramah yang disampaikan oleh pegawai pergigian, pameran kesihatan pergigian dan pemeriksaan gigi percuma. Program dimeriahkan lagi dengan pertandingan mewarna untuk kanakkanak dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. KOA BUDDHA 2022 14 OKTOBER 2022 5


KOA ISLAM 2022 Peringkat PKPD Kuala Krai telah dilaksanakan di Masjid Al-Solehin, Kuala Petang. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Nik Khairul Azmi, Pegawai Pergigian Manik Urai. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya ialah ceramah yang disampaikan oleh para pegawai pergigian, pameran kesihatan pergigian, latihan memberus gigi untuk kanak-kanak serta pemeriksaan gigi percuma turut disediakan untuk orang ramai. Disediakan oleh: Dr Nurul Natahsa 25 MAC 2022 KOA Islam 6 Penglibatan Dr Wan Ahmad Faiz (Pakar Pergigian Restoratif)


Majlis pentauliahan ikon gigi telah dilaksanakan di bilik mesyuarat, Klinik Pergigian Kuala Krai. Majlis ini telah disertaikan oleh wakil ikon gigi setiap klinik pergigian daerah Kuala Krai dan wakil fasilitator ikon gigi setiap klinik. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pergigian Derah Kuala Krai, Dr. Norazlina Binti Hashim. Majlis ini melibatkan sesi ceramah dan ramah mesra antara ikon gigi dan barisan staf bahagian kesihatan pergigian untuk memberi tunjuk ajar mengenai promosi kesihatan pergigian. Selain itu, lantikan ikon gigi baharu turut dilakukan. Semoga hubungan akrab antara bahagian kesihatan pergigian dengan ikon gigi ini dapat terus dikekalkan untuk masa mendatang. 23 Februari 2022 D i s e d i a k a n o l e h : D r . N u r u l N a t a h s a PENTAULIAHAN IKON GIGI 7


28 JULAI - 4 OGOS 2022 Program MPKP ini telah dilaksanakan pada 28 Julai sehingga 3 Ogos 2022 dengan bertemakan " jom cegah dan rawat, serlah senyuman sihat". Minggu promosi kesihatan pergigian pergigian telah dirasmikan oleh YBRS Dr. Noormi Binti Othman Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia secara maya di platform facebook pada 28 Julai 2022. READ MORE Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) Disediakan oleh : Dr Sofia Azreena Pelbagai aktiviti yang menarik telah berlangsung antaranya ialah pertandingan video tiktok, penerbitan ebuletin poster dan e-sport PUBG tournament. 8


Minggu Kesedaran Kanser Mulut (MCAW) 2022 Edaran Brochure/flyers dan pamphlet Pegawai Pergigian Kuala Krai, Dr Nur Insyirah dan Dr Maryam sedang menyampaikan kesedaran dan mengedarkan brochure/ flyers/pamphlet kepada orang awam di Zoo Krai. Berikutan daripada Pelancaran Minggu Kesedaran Kanser Mulut peringkat kebangsaan, PKPD Kuala Krai turut melancarkan Minggu Kesedaran Kanser Mulut di peringkat daerah pada 10 November 2022. Antara aktiviti yang diadakan adalah, kuiz online, pemaparan video mengenai caracara untuk melakukan pemeriksaan kendiri dan edaran brochure/pamphlet mengenai kanser mulut kepada orang awam. 6-12 NOVEMBER 2022 Disediakan oleh : Dr Sofia Azreena 9


Kursus ini meliputi ceramah tentang pengurusan sumbing bibir dan lelangit secara holistik yang melibatkan pelbagai kepakaran seperti Pergigian Pediatrik, Bedah Mulut & Maksilofasial, Ortodontik, Pergigian Restoratif, Otorinolaringologi (ORL) dan Pediatrik. Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sultan Ismail Petra telah mengadakan kursus 'Cleft Lip & Palate : A Holistic Approach of Management' yang berlangsung selama 2 hari secara dalam talian. Kursus ini bukan sahaja disertai oleh pegawai pergigian, malah beberapa pegawai perubatan turut sama menjayakan program ini. BENGKEL CLEFT LIP & PALATE Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sultan Ismail Petra 9th - 10th MAC 2022 Disediakan oleh : Dr Anis Naquiyah 10


BENGKEL OMFS Beberapa siri ceramah yang informatif telah disampaikan oleh pakar-pakar Bedah Mulut & Maksilofasial. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk menyertai sesi hands on. CERAMAH & HANDS ON HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA 25th - 26th SEPTEMBER 2022 Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Hospital Sultan Ismail Petra dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan telah menganjurkan Basic Surgical Skills Workshop 2022. Kursus yang diadakan selama 2 hari ini disertai oleh sebahagian pegawai pergigian dari seluruh daerah negeri Kelantan. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan memantapkan kemahiran semasa mengurus dan mengendalikan kes-kes surgikal yang melibatkan bahagian mulut dan maksilofasial. Disediakan oleh : Dr Anis Naquiyah 11


LAWATAN PENGARAH KANAN KESIHATAN PERGIGIAN 2022 PKPD KUALA KRAI P K P D K U A L A K R A I 2 0 2 2 Beliau telah diberi taklimat ringkas berkenaan perkhidmatan kesihatan pergigian di Klinik Pergigian Kuala Krai. Selain itu, beliau juga sempat melawat setiap sudut bahagian klinik seperti makmal klinik, ruang surgeri, bilik x-ray dan ruang menunggu klinik. Jutaan terima kasih diucapkan di atas segala perkongsian dan input bermanfaat yang diberikan, selain mendengar segala permasalahan dan isu berkaitan kemudahan fasiliti dan perkhidmatan pergigian di PKPD Kuala Krai. PKPD Kuala Krai merupakan salah satu daerah terpilih bagi lawatan Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian KKM, Dr Noormi Binti Othman sempena lawatan beliau ke Kelantan. Lawatan beliau diiringi oleh Dr. Norliza Binti Ismail dan Dr. Mustafa Bin Jaafar. EDISI 2022 25 MEI 2022 Disediakan oleh : Dr Noor Fadilatul Dr. Noormi Othman 12


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 PKPD KUALA KRAI Balik kampung mandi air perigi, Gosok gigi di pagi hari, Indah mentari hiasi pagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri PKPD Kuala Krai telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 pada 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443 Hijrah bertempat di Dewan Ibnu Sina, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Krai. Sambutan majlis ini diketuai oleh Pegawai Pergigian Daerah Kuala Krai, Dr. Nor Azlina Binti Hashim. Semua staf dari setiap klinik dalam daerah Kuala Krai bersama-sama mengembleng tenaga bagi menjayakan sambutan majlis tersebut termasuk staf dari klinik kepakaran. Semua staf berpakaian warna warni membuatkan majlis bertambah berseri-seri. Pelbagai aneka juadah hari raya turut disajikan seperti ketupat, rendang, lemang dan banyak lagi membuatkan majlis bertambah meriah. Disediakan oleh : Dr Noor Fadilatul 30 Mei 2022 13


PROGRAM KAMPUNG ANGKAT Setiap kampung yang terpilih sebagai kampung angkat akan dilawati oleh anggota kesihatan pergigian bagi mengadakan lawatan rumah ke rumah dan seterusnya diberikan rawatan pergigian sekurangkurangnya sekali setahun di kampung mereka. Hal ini diharapkan dapat membantu dan memberi kemudahan kepada penduduk setempat bagi mendapatkan rawatan pergigian. Disediakan oleh : Dr Siti Maryam Program Kampung Angkat adalah program baru yang pertama kali diadakan di Kelantan pada tahun ini. Program ini diadakan bagi membantu masyarakat yang berada jauh di pedalaman dan mempunyai kesukaran untuk datang ke bandar bagi mendapatkan rawatan pergigian. Terdapat 4 kampung di daerah Kuala Krai telah terpilih sebagai kampung angkat antaranya ialah RPT Chenulang, Kampung Buyong, Kampung Sri Mahligai dan Kampung Lembah Idaman, Sg Sam. 14


PROGRAM KOMUNITI ORANG ASLI KAMPUNG PASIR LINGGI Program yang dianjurkan oleh PKPD Kuala Krai pada kali ini adalah Program Kesihatan Pergigian Orang Asli di Kampung Pasir Linggi. Program ini diadakan pada 6 Ogos 2022 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi. Tujuan program ini diadakan bagi memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan pergigian kepada penduduk orang asli setempat disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama mereka. Program ini telah dihadiri oleh orang asli Kampung Pasir Linggi terdiri daripada kanakkanak hingga ke orang dewasa. Perkampungan orang asli Disediakan oleh : Dr Siti Maryam Antara aktiviti yang diadakan semasa program berlangsung adalah pemeriksaan gigi, kuiz pergigian, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan nyanyian dan pertandingan menyumpit bagi orang dewasa. 15


14 Disember 2022 KURSUS BUDAYA KORPORAT Kursus budaya korporat dan nilai-nilai murni peringkat Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Krai bagi tahun 2022 telah diadakan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park Dabong, Kuala Krai. Program ini dihadiri oleh 48 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PKPD Kuala Krai. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Puan Siti Fatimah bt Abu Bakar dan Puan Farah Aini bt Azmi dari Unit Kaunseling JKN Kelantan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ice breaking, gerak kerja berkumpulan, ceramah pengenalan kepada budaya korporat KKM dan modulmodul berunsurkan budaya korporat. Disediakan oleh: Dr Nur Maisarah 16


Sudut Kreatif Disediakan oleh: Dr Nur Insyirah 17 Bersantap nasi di dalam pinggan, Makan bersama ulam-ulaman, Gigi hitam senyum segan, Makanan manis cuba elakkan Mengutip madu berperang lebah, Sengat sekali merana badan, Pemeriksaan gigi bukanlah susah, Hanya selangkah untuk kesihatan Kotak persegi dipahat-pahat, Jadi ukiran seperti tongkat, Jagalah gigi supaya sihat, Pasti senyuman lebih memikat Kurangkan manis dalam makanan, Lebihkan sayur dalam hidangan, Gigi bersih memang idaman, Beri keyakinan setiap senyuman Pergi ke kedai membeli bunga, Bunga dibeli untuk emak tercinta, Gigi cantik tersenyum bangga, Penjagaan gigi diutamakan sentiasa Buah naga buah durian, Enak dimakan si tuan puteri, Gosok gigi jadikan amalan, Pasti senyuman bertambah seri Bangun pagi gosok gigi, Gigi putih indah berseri, E-buletin kali ini kami saji, Harap sudi baca jangan dikeji Oleh Dr Sofia Azreena Oleh Dr Nur Insyirah Oleh Dr Siti Maryam Oleh Dr Noor Fadilatul Akmal Oleh Dr Nur Maisarah Oleh Dr Nurul Natahsa Oleh Dr Anis Naquiyah


Akhir kata Dalam usaha untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian, pelbagai program dan aktiviti menarik telah dianjurkan oleh PKPD Kuala Krai sepanjang tahun 2022. Perkara ini semestinya dapat dilaksanakan dengan sokongan daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan serta kerjasama yang diberikan oleh semua anggota kerja PKPD Kuala Krai. Tidak lupa juga kepada warga penduduk Kuala Krai yang sentiasa menyokong dan sudi melibatkan diri dalam program yang telah dianjurkan. Semoga PKPD Kuala Krai dapat meneruskan usaha untuk melaksana program dan aktiviti yang lebih menarik pada tahun akan datang demi menjamin penyampaian kesihatan pergigian yang terbaik kepada semua. Jutaan terima kasih untuk semua! Burung cantik burung Cenderawasih Tertangkap mata ada di dahan Cukup sekian terima kasih Mohon maaf atas kesalahan Sekian. Disediakan oleh: Dr Nur Maisarah 18


Click to View FlipBook Version