The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadmirzawajdi, 2023-02-08 10:24:33

Konsep & Fungsi serta Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional

BMMB1104

Konsep & Fungsi serta Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Prof Dr Hashim Awang juga berpendapat istilah kesusasteraan berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat. Oleh itu, sastra memberi makna kepada alat untuk mengajar. Awalan su- pula membawa maksud baik atau indah. Apabila ditambahkan dengan imbuhan ke- dan -an, perkataan ini membawa maksud yang menyeluruh iaitu, segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika dengan tujuan memberi panduan, petunjuk dan pengajaran. Apabila disimpulkan secara keseluruhan, kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai katakata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu, sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat. Takrif Kesusasteraan Melayu


Jenis Kesusasteraan Melayu


Prosa tradisional disampaikan melalui bahasa dengan tujuan menyatukan falsafah pencipta dan penerima. Prosa ini terbahagi kepada dua genre, iaitu sastera rakyat yang disampaikan secara lisan dan sastera istana yang disampaikan secara tulisan. Antara ciri-ciri sastera rakyat ialah bersifat sederhana, spontan dan kadangkala kasar, sastera rakyat mempunyai plot yang hampir sama serta sastera rakyat mempunyai fungsi bagi memberi pengajaran. Sastera rakyat terbahagi kepada dua kategori, iaitu naratif dan bukan naratif. Antara sastera rakyat naratif ialah mitos. Mitos merupakan kisah-kisah yang dianggap suci dan pernah terjadi dan melibatkan makhluk halus dan dewa. Kisah mitos terbahagi kepada mitos asal usul, mitos institusi dan mitos politik. Sastera rakyat naratif seterusnya ialah legenda yang merupakan kisah yang juga dianggap pernah terjadi tetapi tidak suci. Kisah legenda terbahagi kepada lima, iaitu legenda tempat, legenda keagamaan, legenda alam ghaib, legenda perseorangan dan legenda tokoh. Sastera rakyat naratif selain itu ialah cerita rakyat yang merupakan prosa yang tidak dianggap pernah berlaku dan menjadi hiburan, namun mempunyai nilai moral dan sindiran. Antaranya cerita binatang, cerita lipur, cerita jenaka dan cerita teladan. Sastera istana pula terbahagi kepada lima jenis sastera, iaitu sastera hikayat, sastera undang-undang, sastera epik, sastera panji dan sastera agama. Prosa Tradisional


Prosa moden merupakan karya sastera selepas tahun 1800 Masihi. Antaranya ialah cerpen atau ‘cerita pendek’ yang disebarkan melalui akhbar. Selain itu, novel iaitu prosa rekaan panjang yang mempunyai sebahagian sebuah kehidupan. Akhir sekali, drama di mana penulis menyampaikan kisah atau pemikiran melalui pementasan lakonan berserta dialog. Prosa Moden Puisi Tradisional Puisi tradisional terbahagi kepada empat jenis, iaitu pantun, gurindam, syair dan seloka. Pantun merupakan rangkapan tertua milik masyarakat melayu yang mempunyai unsur pembayang di baris awal dan maksud di baris akhir dan mempunyai rima akhir yang sama. Gurindam pula hanya mempunyai dua baris dalam satu rangkap dengan rima akhir yang sama. Syair merupakan puisi berlagu dengan empat baris bagi satu rangkap dan mempunyai rangkap yang berturutan. Seloka puisi tradisional bertujuan bagi memberikan pengajaran dengan seloka bentuk terikat. Puisi Moden Puisi Moden hanya mempunyai satu jenis, iaitu sajak. Sajak merupakan puisi yang bebas dan tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata. Sajak lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan. Setiap sajak yang ditulis mempunyai hak milik dari penulisnya sendiri.


Fungsi Kesusasteraan Melayu


Hiburan adalah perkara utama yang diambil berat dalam penghasilan sesebuah karya sastera. Karya yang dapat kita jadikan contoh ialah pantun kerana pantun merupakan karya yang sangat digemari ramai kerana irama dan rentaknya yang tersusun dapat menimbulkan rasa gembira dan seronok kepada pembaca atau pendengar. Karya cerpen remaja juga merupakan hiburan kerana penulisannya pendek dan plotnya tidak terlalu kompleks. Hiburan Pendidikan Kesusasteraan Melayu sering dijadikan bahan bantuan bagi guru-guru dan ibu bapa bagi mendidik anak-anak kerana kandungan moral yang terdapat dalam sesebuah karya tersebut. Kebanyakan penulis sastera ini merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam kehidupan. Oleh itu, mereka menggunakan sastera bagi memberi nasihat atau menegur masyarakat supaya lebih mudah disebarkan dan tidak menyinggung perasaan pembaca.


Puisi tradisional terbahagi kepada empat jenis, iaitu pantun, gurindam, syair dan seloka. Pantun merupakan rangkapan tertua milik masyarakat melayu yang mempunyai unsur pembayang di baris awal dan maksud di baris akhir dan mempunyai rima akhir yang sama. Gurindam pula hanya mempunyai dua baris dalam satu rangkap dengan rima akhir yang sama. Syair merupakan puisi berlagu dengan empat baris bagi satu rangkap dan mempunyai rangkap yang berturutan. Seloka puisi tradisional bertujuan bagi memberikan pengajaran dengan seloka bentuk terikat. Dakwah Kritikan Sosial Kesusasteraan Melayu juga berfungsi sebagai kritikan sosial terhadap masyarakat. Bidang sastera yang menceritakan kehidupan manusia dari sudut pandangan yang berbeza. Namun, berkait rapat dengan kehidupan realiti manusia pada masa ini. Para penulis karya sastera menulis karya sastera yang menceritakan permasalahan, sikap dan isu masyarakat. Hal ini, terjadi kerana penulis mencipta karya sastera tersebut dengan tujuan menegur atau memberi kesedaran kepada masyarakat.


Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu Dalam Karya Puisi Tradisional


Antara pelbagai jenis karya sastera Melayu, pantun merupakan karya sastera yang paling menonjol, dikenali dan digemari oleh masyarakat. Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Menurut Norazimah Zakaria (2017) terdapat banyak pantun yang terakam di dalamnya tunjuk ajar, atau nasihat dan berkaitan tentang cara hidup beragama, bermasyarakat, dan berkeluarga. Pantun boleh terdiri daripada dua, empat, enam, lapan, dua belas dan enam belas kerat. Namun pantun biasanya terdiri daripada empat kerat. Pantun mempunyai pembayang pada setiap rangkap. Ada golongan yang berpendapat bahawa terdapat hubungan makna antara pembayang dengan bahagian maksud dan ada juga yang menafikannya. Namun, kita dapat lihat dalam beberapa pantun yang membuktikan bahawa pembayang mempunyai hubungan dengan maksud. Pantun


Pokok terap tumbuh di bukit, Belat berbanjar panjang ke hulu, Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu. ‘Terap’ merupakan nama sejenis pokok yang mempunyai buah yang sedap. ‘Belat’ pula merupakan alatan yang digunakan untuk mengepung ikan di dalam air yang cetek supaya masuk ke dalam lukah iaitu sejenis alat menangkap ikan. Maksud pantun tersebut ialah jangan diharap guruh dilangit, kilat memancar hujan tak lalu, memberi makna sindiran bahawa mengharapkan sesuatu yang masih belum tentu didapatkan dan hanya membawa kepada kekecewaan.


Syair juga biasanya menggunakan empat baris dalam satu rangkap seperti pantun. Namun, syair tidak mempunyai pembayang. Setiap baris dalam satu rangkap memainkan peranan bagi menyampaikan maksud syair. Berbeza dengan pantun, syair biasanya melakukan penceritaan yang melibatkan banyak rangkap yang berkaitan. Syair Dalam rangkap syair di atas, penyair menasihati anakanak muda supaya menyediakan panduan dan apa juga yang penting, misalnya akhlak yang baik untuk menjadi seorang insan yang sempurna. Hai muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan.


Seloka tidak mempunyai bentuk khas seperti pantun dan syair. Seloka dan gurindam sukar dibezakan kerana kedua-dua karya sastera ini berbentuk sejenis karangan. Kebanyakan sifat gurindam terdapat dalam seloka. Seloka biasanya ditulis bertujuan sebagai jenaka, hiburan, sindiran atau teguran kepada masyarakat. Contohnya, dalam beberapa baris yang dipetik dari seloka ‘Emak Si Randang’: Seloka Dalam dua baris pertama, penulis menyindir sikap orang melayu yang bersusah payah untuk bertanak, walhal seorang dagang cuma lalu sahaja dan belum lagi singgah di rumah. Penulis menyambung lagi sindiran dalam dua baris seterusnya, yang membawa maksud sebaik sahaja dagang beredar, tuan rumah dibebani hutang. Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan. Dagang pergi awak berhutang, Beras habis, padi tak jadi.


Gurindam mula diperkenalkan Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas’. Gurindam ini membawa persoalan nasihat berdasarkan agama Islam. Menurut Za’ba (1962), ciri-ciri penulisan gurindam ialah bahasa seperti bahasa menyanyi atau melengahkan masa bagi menyuka-nyukakan hati. Selain itu, perkataan hendaklah menggambarkan keindahan alam dan mengandungi perasaan suka dan bersenang-senang. Seterusnya, maksud secara terus seperti syair. Contoh ‘Gurindam Dua Belas’ fasal 1, empat baris pertama: Gurindam Dalam empat baris ini, pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila hidup tidak mengenal Tuhan, maka hidupnya sia-sia. Hal ini menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan Manakala, siapa yang mengenal yang empat iaitu syari’at, ma’rifat, tarikat dan hakikat, pasti hidup tanpa rasa was-was. Barang siapa tiada memegang agama, sekali-sekali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma’rifat.


Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aripin Said. (2015). Puisi Warisan. Kuala Lumpur: Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. Azman bin Rahmat et. al. (2022) Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Selangor: Pustaka Al-Ehsan Hashim Awang. (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Rodzi. (n.d.) Fungsi Sastera Dalam Masyarakat. https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_d alam_masyarakat Ms Eu. (2021, 29 September). Fungsi Sastera Dalam Masyarakat. https://www.scribd.com/document/528240293/FungsiSastera-Dalam-Masyarakat# Rujukan


Norazimah Zakaria. (2017, Januari). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun. https://www.researchgate.net/publication/324866095_Ak al_Budi_dan_Cerminan_Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantu n#:~:text=Akal%20budi%20Melayu%20dalam%20pantu n,cermin%20jati%20diri%20bangsa%20Melayu.&text=C ontent%20may%20be%20subject%20to%20copyright.& text=keindahannya%20dan%20seterusnya%20menjadi %20cermin%20jati%20diri%20bangsa%20Melayu.,- Kata%20Kunci%3A%20Nilai Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Za’ba. (1962). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan


Click to View FlipBook Version