(PBL)
TEMA : PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
BIDANG PEMBELAJARAN : 4.0 KESIHATAN MANUSIA
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN : 4.1 PENYAKIT BERJANGKIT DAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
: AKTIVITI 4.1
MEMBUAT KAJIAN KES PENYAKIT DI MALAYSIA
NAMA GURU : CIKGU NAJIHAH NADHRAH BINTI MUSA
NAMA PELAJAR : INTAN MAISARAH BINTI MOHD SHAM
NOMBOR KAD PENGENALAN : 071117040064
TINGKATAN : 2 RK PEARL
BILANGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 4
2 TAJUK 5
3 6-7
4 Penghargaan
9-10
5 Pengenalan 14
18-19
6 Penyakit paling banyak dihadapi di Malaysia
7 11-13
Jenis-jenis penyakit yang boleh berjangkit, penyebab dan cara menanganinya. 15-17
A. Covid-19 20-22
B. Demam Denggi
C. Penyakit Tangan ,Kaki dan Mulut 23
24
Meramalkan perkembangan penyakit berdasarkan graf statistik Kementerian Kesihatan
Malaysia.
A. Covid-19
B. Demam Denggi
C. Penyakit Tangan ,Kaki dan Mulut
Cadangan langkah-langkah untuk menyelesaiakan masalah ini.
Sumber rujukan
PENGHARGAAN
Saya ingin melahirkan rasa syukur kehadrat Allah kerana dengan izinnya saya
telah Berjaya menyiapkan folio Problem Based Learning (PBL) Sains.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Cikgu Najihah Nadhrah Binti Musa selaku guru mata
pelajaran Sains yang banyak membantu dalam menyiapkan folio ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang
membantu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan juga memberi
sepenuh sokongan kepada saya.
PENGENALAN
Definisi penyakit:
Penyakit merupakan keadaan tidak normal pada badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan, sukar berfungsi atau memberi tekanan
kepada seseorang individu.
2 Jenis Penyakit
Penyakit Berjangkit Penyakit Tidak Berjangkit
• Definisi : Penyakit berlaku disebabkan • Definisi : Penyakit berlaku disebabkan
jangkitan daripada patogen secara langsung oleh faktor genetik atau gaya hidup.
atau malalui medium dan vector
• Contoh : Kanser, hipertensi, diabetes
• Contoh : Tuberkulosis, selsama, kurap dan dan asma.
kencing tikus.
• Penyakit tidak berpindah daripada
• Penyakit boleh berpindah daripada seorang seorang individu kepada individu lain.
individu kepada individu lain.
KADAR INSIDEN & KEMATIAN AKIBAT PENYAKIT BERJANGKIT
PENYAKIT YANG PALING BANYAK DIHADAPI OLEH RAKYAT DI MALAYSIA PADA
TAHUN 2019
PENYAKIT KADAR JANGKITAN (PER 100 000 PENDUDUK)
DEMAM DENGGI 397.71
TANGAN, KAKI & MULUT 160
BATUK KERING 80.88
KERACUNAN MAKANAN 50.90
HEPATITIS B 15.71
MALARIA 12.10
COVID -19
Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus.
Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya
Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.
Coronavirus (CoV) adalah virus yang boleh menyebabkan jankitan saluran pernafasan.
Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus
(SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus
terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19)
Kekalkan jarak yang selamat Jangan sentuh mata, hidung Tutup hidung dan mulut anda
daripada sesiapa yang batuk atau mulut anda. dengan siku anda yang
atau bersin. dibengkokkan atau tisu apabila
UNTUK anda batuk atau bersin.
Bersihkan tangan anda dengan MENCEGAH
kerap. Gunakan sabun dan air PENYEBARAN Duduk rumah jika anda berasa
atau pensanitasi tangan COVID-19 tidak sihat.
berasaskan alkohol.
Menunda perjalanan ke Dapatkan rawatan jika Elakkan tempat sesak, sempit Buang tisu dan masker di
daerah/Negara dimana virus ini bergejala dan tertutup tempat yang betul dan cuci
ditemui. tangan
MERAMAL PERKEMBANGAN PENYAKIT BERASARKAN GRAF STATISTIK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KES HARIAN COVID-19 DARI 1 Jun hingga 29 Jun 2021
RAMALAN PERKEMBANGAN PENYAKIT BERDASARKAN GRAFF STATISTIK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
Ramalan : Kes kovid-19 ini pada mulanya menunjukkan penurunan sehingga 12 Jun 2021.
Walaubagaimanapun kes meningkat semula pada 13 jun 2021. Ini mungkin disebabkan
oleh faktor penularan jangkitan tanpa gejala dan kegagalan pematuhan prosedur operasi
standard (SOP), khususnya dalam kalangan generasi muda.
Sikap sesetengah orang yang ambil mudah atas kelonggaran yang kerajaan bagi telah
menyebabkan kes ini menular secara mendadak. Kesimpulannya, semua peringkat golongan
Masyarakat perlu mematuhi norma baru dan patuhi SOP yang telah ditetapkan agar kes ini
dapat dibendung.
DEMAM DENGGI
• Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi. Penyakit ini
merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Vektor ataupun nyamuk yang boleh membawa virus ini adalah
spesies nyamuk betina dari genus Aedes, terutamanya Aedes aegypti.
• Penyakit ini dapat dicegah dengan :
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk.
✓ Membuang bekas yang boleh menakung air.
✓ Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup..
✓ Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
✓ Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
✓ Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti:
✓ Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
✓ Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
✓ Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.
✓ Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
MERAMAL PERKEMBANGAN PENYAKIT BERASARKAN GRAF STATISTIK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
RAMALAN PERKEMBANGAN PENYAKIT BERDASARKAN GRAFF STATISTIK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
Ramalan :Kes demam denggi ini semakin menurun dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan oleh
Insiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan (Fogging) yang menyebabkan masalah ini semakin
berkurangan. Kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kebersihan dipersekitaran rumah yang
disebarkan melalui media elektronik juga menjadi factor penurunan kes demam denggi.
Skala juga menunjukkan penurunan jangkitan yang tidak konsisten mungkin juga
dipengaruhi oleh keadaan alam seperti hujan dan banjir kilat.
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)
• Merupakan penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang
boleh dilihat seperti ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin serta
ulser di tekak dan mulut
• Ia disebabkan oleh virus dua virus utama:
- Coxsackie
- Enterovirus-71 (EV71)
• Ia dikaitan dengan amalan kebersihan diri yang rendah dan berada di tempat atau
persekitaran yang sesak.
• Biasanya tidak serius TETAPI sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan system
saraf (aseptic meningitis with headache, encephalitis or poliomyelitis-like syndrome with
acute limbweakness) dan system kardiopulmonari (kegagalan system dan pendarahan)
• Cara merebak
- melalui kontak langsung dengan pesakit.
- kontak melalui lelehan dari hidung dan tekak pesakit, air liur, cecair lepuhan atau najis
pesakit
CARA MENANGANINYA
• Amalkan mencuci tangan menggunakan air bersih dan sabun:-
- Menyediakan makanan,
- Selepas keluar dari tandas
• Penjagaan kebersihan diri iaitu:
- Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra
dengan bayi atau anak kecil.
- Menutup mulut dan hidung menggunakan tisu pakai-buang apabila batuk dan bersin.
Pastikan tisu tersebut dibuang ke dalam tong sampah.
• Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar,
cawan, sudu dan garfu.
• Cuci alat permainan, permukan meja kerusi dan lantai yang dicemari air liur
menggunakan larutan pembasmi kuman.
• Elakkan membawa anak ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah,
pawagam, kolam renang dan stesen bas.
RAMALAN PERKEMBANGAN PENYAKIT BERDASARKAN GRAFF STATISTIK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
Ramalan : Kes penyakit tangan, kaki dan mulut menunjukkan penurunan mungkin
disebabkan tindakan penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap
penjagaan kanak-kanak di taska, tadika, tabika atau pra-sekolah.
CADANGAN LANGKA-LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH INI.
• Kita perlulah menjaga kebersihan diri pada setiap masa dengan mencuci tangan,
tidak berkongsi perkakas dan mengamalkan menutup mulut ketika batuk.
• Ikut jadual vaksin anda seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.
• Pastikan persekitaran anda bersih dan bebas daripada potensi risiko. Gunakan penghalau
serangga, buang tin kosong serta botol yang merupakan tempat pembiakan nyamuk.
• Manfaatkan teknologi bagi melindungi diri anda.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan, berunding dengan doctor dan mengenalpasti wabak
beberapa bulan lebih awal.
RUJUKAN
SUMBER INTERNET
1. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kenali-5-jenis-penyakit-membunuh-rakyat-
malaysia-dan-bagaimana-kita-boleh-hindari-237204
2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/trivia-5-wabak-ini-pernah-mengancam-nyawa-
rakyat-malaysia-242689
3. https://www.prubsn.com.my/ms/health-wellness/5-tips-to-prevent-infectious-diseases-in-
malaysia/
4. https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/324?mid=283
5. https://www.infosihat.gov.my/demam-denggi.html
RUJUKAN BUKU
1. Buku teks Sains Tingkatan 2, m/s 76-81