The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHEN HUI TENG, 2023-08-09 08:54:52

Buku Cerita Peribahasa

Buku Cerita Peribahasa

Kisah Sepanjang Perjalanan Jenny Ke Rumah Nenek


Pada suatu hari, tikus yang bernama Jenny bercadang untuk berkunjung ke rumah nenek dan melawat neneknya. Sebelum Jenny pergi ke rumah neneknya, Jenny sempat menuai tiga tongkol jagung untuk dibawa kepada neneknya. Sebelum ini, Jenny tidak sempat untuk melawat neneknya kerana Jenny sibuk dengan penanaman jagung sementara menunggu padi masak.


Kemudian, Jenny membawa bakul yang diisikan dengan jagung dan bertolak ke rumah nenek. Semasa Jenny dalam perjalanan ke rumah neneknya, Jenny nampak ada sebuah gerai yang menjual kuih-muih di tepi jalan. "Nampaknya kuih-muih yang dijual sangat cantik, rasanya pasti sedap" . Jenny berbicara sendiri dalam hati. Jenny pun berjalan ke arah gerai tersebut. "Oh, patutnya kuih-muih kelihatan cantik kerana kuih-muih ini bercorak bunga-bungaan, " kata Jenny kepada Pak Cik Avin, pemilik gerai kuih-muih tersebut. "Ya, corak kuih-muih yang dijual pada setiap hari adalah berbeza berdasarkan acuan yang digunakan, " kata Pak Cik Avin kepada Jenny. "Baiklah. Pak cik, saya ingin membeli dua kuih yang bercorak bunga ros kerana nenek saya sangat suka


akan bunga ros, " kata Jenny kepada Pak Cik Avin. "Baik, semua ini tiga ringgit, " kata Pak Cik Avin kepada Jenny. Jenny pun membayar duit kepada Pak Cik Avin. Selepas Jenny membeli kuih, Jenny pun meneruskan perjalanannya ke rumah nenek.


Sebelum Jenny sampai rumah neneknya, Jenny terserempak dengan kawannya, Nicky yang membawa bakul yang diisikan dengan beberapa paket beras. "Hai! Nicky pergi ke mana?" Jenny melambaikan tangannya kepada Nicky. "Jenny, saya menjual beras di pasar tadi dan sekarang saya baru balik dari pasar, " kata Nicky kepada Jenny. Nicky memberitahu Jenny tentang satu perkara baik yang berlaku padanya semalam. "Saya terjatuh ke timbunan beras yang berada di bawah bukit yang rendah semasa saya melalui jalan bukit itu untuk balik ke rumah saya. Saya tergelincir dan seterusnya saya tergolek ke bawah bukit dan terjatuh ke timbunan beras yang berada di bawah bukit. Saya berasa bersyukur kerana saya tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun saya terjatuh


dari bukit dan saya juga dapat memperoleh kekayaan dengan menjual beras itu. " "Wah, Nicky sangat bertuah kerana Nicky memperoleh kekayaan secara tidak tersangka" , kata Jenny kepada Nicky. "Nah, saya menghadiahkan sepaket beras kepada Jenny kerana saya berasa gembira atas pertemuan kita yang tidak tersangka ini, " kata Nicky kepada Jenny. "Terima kasih Nicky, saya berasa gembira atas hadiah yang diberikan, " kata Jenny kepada Nicky. "Ya, sama-sama dan jumpa lagi, " kata Nicky kepada Jenny. "Jumpa lagi, " kata Jenny kepada Nicky.


Jenny meneruskan perjalanannya pergi ke rumah nenek. Semasa Jenny dalam perjalanan ke rumah neneknya, Jenny nampak terdapat sebuah dusun di tepi jalan. "Wah, buah epal pada pokok epal adalah merah dan besar. Saya ingin memetik sebiji buah epal sebagai hadiah kepada nenek" . Jenny berbicara sendiri dalam hati. "Hai, Mak Cik Linda, boleh saya memetik sebiji buah epal untuk dibawa kepada nenek saya?" Jenny berkata dengan Mak Cik Linda yang merupakan pemilik dusun tersebut. "Hai, Jenny, sudah lama mak cik tidak berjumpa Jenny. Jenny ingin memetik buah epal kepada nenek ya?" Mak Cik Linda berbalas kepada Jenny. "Ya, Mak Cik Linda, saya minta izin daripada mak cik untuk memetik sebiji buah epal, " kata Jenny kepada Mak Cik


Linda. "Ambillah, apa salahnya, Jenny memetik empat biji epal untuk nenek dan Jenny ya, " kata Mak Cik Linda kepada Jenny. "Terima kasih Mak Cik Linda, " kata Jenny kepada Mak Cik Linda. "Sama-sama Jenny, berhati-hati dalam perjalanan, " kata Mak Cik Linda kepada Jenny. "Baik, Mak Cik Linda, " kata Jenny kepada Mak Cik Linda. Jenny pun memetik empat biji epal. Jenny memegang sebiji buah dalam tangannya dan memasukkan tiga biji epal dalam bakulnya.


Tidak lama kemudian, Jenny telah sampai ke rumah neneknya. Nenek Jenny berasa gembira atas kedatangan Jenny. "Apa khabar nenek?" Jenny bertanya khabar kepada nenek. "Khabar baik, jom masuk ke rumah nenek, nenek menyediakan kek yang sedap kepada cucu ya, " kata nenek kepada Jenny. "Baik, saya telah membawa banyak barang kepada nenek, " kata Jenny kepada nenek. "Terima kasih cucu kesayangan nenek, " kata nenek kepada Jenny.


Click to View FlipBook Version