The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by filzatul1412, 2021-12-21 10:21:52

kerja kursus geografi

kerja kursus geografi

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG GUNA TANAH DI GUAR KEPAYANG,
PENDAND KEDAH

NAMA : NUR FILZATUL HUSNA BT SAFIROL
NO IC :061214020648
TINGKATAN : 3 SAKINAH
NAMA GURU :CIKGU ARHAMNI BT ROBIAN
TARIKH HANTAR : 22/12/2021

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka
Surat
1. Tajuk Kajian
2. Senarai kandungan 1
3. Penghargaan 2-3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif Kajian 5
6. Kawasan Kajian 6
7. Kaedah Kajian 7-8
8. Dapatan Kajian 9
10-14
1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar
belakang kawasan kajian.

2. Melukis mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian.

3. Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan 15
menghuraikan satu faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan 16-19

4. Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut 20
terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

5. Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap uaha-usaha untuk
megatasi kesan guna tanah tersebut.

9. Rumusan

10. Lampiran

11. Rujukan

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kapada Puan Zaiton binti Ismail selaku pengetua Maktab Maktab
Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan segala peralatan dan
kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya,Puan Arhamni binti Robian atas segala bimbingan ,tunjuk
ajar ,teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya
bagi menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Safirol bin Mohd Arshad dan
Khalijah binti Abdullah yang telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat-maklumat tentang kajian guna
tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya Anis Hazirah bt
Muhamad kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.

Pendahuluan

Selain itu ,saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya.Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan
memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih
telah direkod.
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) . Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab
Mahmud Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk kajian guna tanah(pertanian) di guar kepayang
Tujuan saya memilih kawasan Guar Kepayang ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya .Ekoran
itu ,kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini .
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah dimanfaatkan dengan sebaiknya
untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang guna tanah ini .
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat dengan sebaiknya untuk
mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang guna tanah ini. Tempoh kajian adalah selama sebulan .

Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya seramai 3 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan
maklumat terkini tentang latar belakang kawasan kajian dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama
di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan
memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih
telah direkod.

Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui aspek dan
perkara-perkara seperti berikut :
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan kajian.
(b) Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
(c) Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang
mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
(e) Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah di Guar Kepayang Kedah

Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah.Daerah Pendang ialah salah satu daripadanya.Terdapat 8 buah mukim dalam
daerah Pendang.Salah sebuah mukim dalam Daerah Pendang adalah Guar Kepayang.

Mukim Guar Kepayang adalah salah sebuah dari 8 buah Mukim dalam Daerah Pendang yang telah wujud sejak sebelum tahun 1935.

Secara keselurahannya, guna tanah di guar kepayang adalah lebih kepada kegiatan ekonomi seperti pertanian,perniagaan dan lain-lain
lagi. Kebanyakan kawasan telah dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah sangat penting kerana ia
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Selain itu, penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk. Antaranya adalah kawasan pertanian di Guar Kepayang.
Kawasan pertanian di Guar Kepayang adalah sebuah kawasan yang luas.Bentuk muka buminya yang bertanah pamah dan diliputi
dengan tanih aluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian seperti penanaman padi.

Kebanyakan penduduk di Guar Kepayang mengusahan tanaman padi.Ada juga yang mengusahakan tanaman getah serta tanaman kelapa sawit
sebagai sumber pendapatan.

Selain itu,penduduk di Guar Kepayang juga terlibat dalam sektor perniagaan.Sektor perniagaan di Guar Kepayang dibahagikan kepada dua
kategori iaitu perniagaan formal iaitu barang runcit dan perkhidmatan serta perniagaan tidak formal iaitu gerai dan penjaja. . Aktiviti pertanian
dan perniagaan di kawasan ini membawa pelbagai kesan terhadap penduduk dan alam sekitar.

Kesan-kesan daripada pertanian dan perniagaan ini akan saya nyatakan dalam halaman seterusnya.

Guna tanah untuk kawasan perumahan adalah tidak terhad. Kawasan Guar Kepayang mempunyai jumlah penduduk yang
ramai kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak.Penduduk di kawasan Guar Kepayang ini kebanyakannya adalah
penduduk yang sudah lama menetap di kawasan ini. Ini kerana, kawasan perumahan di Guar Kepayang ini boleh dianggap
sudah lama.Kawasan Guar Kepayang terletak berdekatan dengan institusi pendidikan dan tempat ibadat.

KAEDAH KAJIAN

Pemerhatian:Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan kajian untuk mengenalpasti jenis
guna tanah di kawasan kajian serta mendapatkan data dan maklumat tentang kawasan kajian.

Soal Selidik:Saya menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan cadangan dan saranan tentang usaha-usaha
yang perlu dilakukan bagi mengatasi kesan guna tanah.

Rujukan:Saya telah membuat rujukan di laman web dan buku untuk mendapatkan maklumat tentang guna
tanah di kawasan kajian saya.

HASIL KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah.Daerah Pendang ialah salah satu daripadanya.Terdapat
8 buah mukim dalam daerah Pendang.
Salah sebuah mukim dalam Daerah Pendang adalah Guar Kepayang.Mukim Guar Kepayang telah wujud sejak
sebelum tahun 1935.
Mukim Guar Kepayang bersempadan dengan Mukim Tobiar dan Mukim Rambai di sebelah Utara,Mukim Air
Putih di sebelah Selatan,Mukim Padang Pusing,Padang Peliang dan padang Kerbau di sebelah Timur dan
Mukim Bukit Raja di sebelah Barat.
Guna tanah di kawasan ini lebih menjurus kepada pertanian.Ini kerana kawasannya yang bertanah pamah dan
diliputi tanih alivium, sesui untuk penanaman padi.Kebanyakan penduduk di kawasan ini merupakan pesawah

PETA LAKAR

TAFSIRAN PETA

Peta menunjukkan mukim Guar Kepayang dan kawasan sekitarnya yang terletak di kawasan tanah pamah yang
rata.

Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang terdapat di dalam peta.Tanaman utama di mukim guar kepayang

Dan kawasan sekitarnya ialah padi dan getah.

Di antara kemudahan awam yang terdapat di kawasan Guar Kepayang dan kawasan sekitarnya ialah sekolah
dan masjid.

Pertanian merupakan pekerjaan utama mereka iaitu menanam padi dan getah.Jalan raya aadalah jenis
berturap dan dapat digunakan sepanjang tahun.

Kawasan yang rata membolehkan jalan raya lrus dibina.Kawasan tanah pamah yang diselaputi tanih aluvium
sesuai untuk penanaman padi.

Kawasan tanaman padi di kawasan Guar Kepayang berpotensi untuk dimajukan sebagai hab pengeluaran padi
di negeri Kedah.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi di bawahnya perlu merancang pelbagai program
dalam usaha memastikan sektor pertanian di kawasan berkenaan kerana hasil pengeluaran padi di kawasan ini
mampu ditingkatkan.

Selain itu,pelbagai insentif dan bantuan perlu disediakan kepada petani dalam usaha memastikan sektor
pertanian di kawasan ini selari dengan teknologi semasa supaya hasil padi yang diperoleh lebih tinggi.

Saya yakin dengan meningkatkan produktiviti petani ia secara tidak lansung akan meningkatkan hasil pertanian
dan memberikan pulangan hasil yang lebih kepada petani sendiri.

Namun terdapat beberapa halangan untuk memajukan kawasan pertanian di kawasan Guar Kepayang
ini.Antaranya ialah pencemaran alam sekitar.Penggunaan racun serangga yang berlebihan akan menyebabkan
tanah menjadi asid dan mengurangkan kesuburan tanah .Selain itu, penggunaan jentera seperti mesin padi
menyebabkan pencemaran bunyi.Bunyinya yang kuat mengganggu penduduk setempat.

Seterusnya,kekurangan tenaga kerja juga merupakan halangan untuk memajukan kawasan pertanian di Guar
Kepayang.Pengusaha tanaman padi harus mengusahakan tanaman padi seorang diri.Hal ini mungkin
menyebabkan sawah padi tidak terurus.

Akhir sekali,para pengusaha tanaman padi kekurangan modal.Pengusaha tanaman padi perlu mengeluarkan
modal yang banyak untuk mengusahakan sawah padi.Jika pengusaha tanaman padi kekurangan modal ,sawah-
sawah padi akan terbiar begitu sahaja.

Terdapat beberapa cadangan serta usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan Guar
Kepayang.Antaranya menggunakan baja serta racun serangga yang organik untuk menggelakkan berlakunya
pencemaran tanah.Selain itu,pengusaha tanaman padi boleh menggunakan jentera penuai yang berteknologi
tinggi untuk mengurangkan berlakunya pencemaran bunyi.Pihak yang terbabit perlu rasional bagi
mengenalpasti punca-punca penyumbang kepada pencemaran alam sekitar,sekali gus dapat menangani
masalah pencemaran daripada berlaku di kawasan yang dimajukan.

Seterusnya,insiatif membawa masuk pekerja dari negara luar mengisi pekerjaan di kawasan dimajukan dengan
sektor pertanian adalah langkah positif kerana sektor pekerjaan ini tidak diminati penduduk tempatan sekali
gus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

Akhir sekali,kerajaan perlu memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha tanaman padi dari segi kewangan
untuk mengurangkan beban para pengusaha tanaman padi.

Mengenal pasti guna tanah di kawasam kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah

(a) Jenis tanah

Faktor jenis tanah merupakan antara faktor yang penting.Jenis tanah di kawasan ini iaitu tanih aluvium sangat
sesuai untuk penanaman padi.

(b) Iklim
Malaysia mengalami iklim khatulistiwa iaitu cuaca panas dan berhujan.Jenis tanaman seperti padi dan getah
sesuai ditanam di kebanyakan tempat.

(c) Bentuk muka bumi
Jenis tanah pamah sesuai untuk penanaman padi manakala kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah

RUMUSAN

Kajian yang saya jalankan di kawasan guar kepayang ini telah memberi pengalaman yang sangat
berguna kepada saya.

Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa yang disebalik definisi dan maksud
guna tanah.Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ,saya juga dapat mengetahui dengan lebih
jelas beberapa kesan guna tanah di kawasan kajian iaitu guar kepayang.

Selepas mengumpul segala maklumat,kmi dapat memberikan beberapa usaha-usaha dan cadangan
yang boleh digunapakai untuk mengatasi kesan guna tanah yang sedang dan telah berlaku di Guar
Kepayang.

Akhir kata marilah sama sama kita sebagai penduduk di Guar Kepayang menjalankan aktiviti guna
tanah dengan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh
menjejaskan flora dan fauna akibat daripada tindakan kita sendiri

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan kajian mempunyai
kesedaran tentang pelbagai potensi khususnya bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.Saya
berharap usaha penduduk dan responden di kawasan kajian tersebut dapat dipertingkat dan
diperbaiki dari masa ke semasa.

LAMPIRAN







RUJUKAN

Responden

1.Khalijah binti Abdullah
2.Safirol bin Mohd Arshad
3.Che Gayah binti Hamid

Laman sesawang

1. https://www.permohonan.my/faktor-yang-mempengaruhi-guna-tanah-di-kawasan-kajian/
2. http://pdp-mukimguarkepayang.blogspot.com/p/latar-belakang-mukim.html
3. https://evianieblog.wordpress.com/2016/10/28/cabaran-halangan-bidang-perniagaan-
berasaskan-pertanian/


Click to View FlipBook Version