Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 2 MATA PELAJARAN Pendidikan Kesenian TARIKH/HARI 15/02/2021 (Isnin) MASA 1400-1500 petang KELAS 2P BILANGAN MURID 20 BIDANG Mengenal Kraf dan Tradisional AKTIVITI Tembikar TEMA Benda Kesayangan Saya TAJUK Gendang 24 Musim di Malaysia MEDIA Alat: Palet, Berus, Pembaris, Surat khabar, Apron Bahan: Warna poster, Tepung, Soda bicarbonate, Air - STANDARD KANDUNGAN 1.1 Bahasa Seni Visual 2.1 Kemahiran Seni Visual 3.1 Penghasilan Karya Kreatif 4.1 Penghayatan Karya Seni Visual STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.4 Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional berdasarkan: (ii) bentuk, jalinan, imbangan dan kepelbagaian yang ada pada tembikar. 2.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran murid akan dapat: 1. Mengenal dan menerangkan bahasa seni visual (bentuk, jalinan, imbangan dan kepelbagaian) dalam dalam aktiviti tembikar. 2. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui media dan proses untuk menghasilkan karya aktiviti tembikar. KEMAHIRAN ABAD KE 21 Bersifat Ingin Tahu KBAT Kemahiran Berfikir Kreatif STRATEGI PdP Pembelajaran Berasaskan Masalah EMK Kreativiti dan Inovasi BBB Video persembahan gendang 24 festival di Malaysia, video unsur seni garisan dan bentuk, contoh gambar tembikar dan teknik penghasilan tembikar
LANGKAH/ MASA CADANGAN PELAKSANAAN PdP ILUSTRASI CATATAN SET INDUKSI (5 minit) - Guru bertanya soalan tentang persembahan Tahun Baru Cina. - Murid menjawab soalan guru. - Guru menayangkan video. - Murid memberi maklum balas selepas menonton video tersebut. - Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini. Soalan guru: 1. Adakah murid-murid melihat persembahan sempena Tahun Baru Cina yang lalu? (Ada) 2. Apakah persembahan yang telah anda menghayati ? (Tarian singa, tarian naga dan lain-lain) KEMAHIRAN ABAD KE 21: Bersifat Ingin Tahu BAHASA SENI VISUAL (15 minit) • Guru menerangkan tentang aktiviti tembikar dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional berbantukan slaid. • Murid menyatakan contoh tembikar yang pernah dilihat di persekitaran mereka. • Guru menerangkan bahasa seni visual yang terdapat pada tembikar dan bagaimana ia diterapkan. • Murid diminta mengenalpasti dan menerangkan bahasa seni visual berdasarkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. Bahasa seni yang dipelajari: • Bentuk, jalinan, imbangan dan kepelbagaian KBAT: Kemahiran Berfikir Kreatif STRATEGI PdP: Pembelajaran Berasaskan Masalah BBB: - Video unsur seni garisan dan bentuk, contoh gambar tembikar - Video Gendang 24 Musim Di Malaysia KEMAHIRAN SENI VISUAL (35 minit) • Guru menerangkan penerapan bahasa seni menggunakan media dan proses dalam aktiviti tembikar. • Guru menunjukkan video proses penghasilan tembikar. • Murid diminta untuk mengenalpasti media yang digunakan. • Murid diminta menamakan proses yang dilalui untuk menghasilkan tembikar melalui lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. KBAT: Kemahiran Berfikir Kreatif STRATEGI PdP: Pembelajaran Berasaskan Masalah EMK: Kreativiti dan Inovasi PENUTUP (5 minit) • Murid membuat refleksi terhadap hasil seni tembikar yang dihasilkan. • Guru membuat ulasan akhir keseluruhan daripada hasil karya murid. STRATEGI PdP: Pembelajaran Berasaskan Masalah REFLEKSI i. Kekuatan ii. Kelemahan iii. Cadangan Penambahbaikan ULASAN GURU PEMBIMBING
ULASAN PENSYARAH PEMBIMBING