The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pemgurusan Pentadbiran, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maizatulmuna, 2021-02-05 02:45:41

BUKU MANUAL PENGURUSAN SK. SG. SUMUN 2021

Pemgurusan Pentadbiran, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

9.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: •

a) Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas

b) Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas

c) Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.

d) Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru

e) Inventori Kelas - ditampal pada pintu

f) Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.

g) Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa

hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.

h) Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah,

bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.

i) Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.

j) Sudut Bahan Bacaan / Sudut Nilam / Sudut PPDa hendaklah disediakan di tempat yang

bersesuaian.

9.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas)
atau di tempat yang mudah dilihat.

9.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan
meja mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk
disimpan di dalam stor peralatan sekolah.

9.5 Murid hanya dibenarkan keluar dengan KAD KEBENARAN KELUAR dan hanya
seorang murid lelaki sahaja manakala dua orang murid perempuan sahaja dibenarkan
keluar pada satu- satu masa.

Kebersihan kelas:

a) AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
b) Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa

bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum
keluar dari kelas berkenaan.

c) AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan

bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.

d) Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja

dalam keadaan kemas dan teratur.

e) Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum

meninggalkan kelas.

f) Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.

49

9.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.

9.7 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan

selamat digunakan.

b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.

10.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

10.1 Ponteng Sekolah
a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan
harinya.

KES PONTENG – TINDAKAN GURU KELAS
PENGHANTARAN SURAT-SURAT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

SURAT HARI TIDAK HADIR BERTURUT- HARI TIDAK HADIR BUKAN
TURUT BERTURUT-TURUT
AMARAN PERTAMA PADA HARI KE 3 PADA HARI KE 10
AMARAN KE DUA 7 HARI SELEPAS AMARAN 10 HARI SELEPAS AMARAN
PERTAMA PERTAMA
AMARAN TERAKHIR 7 HARI SELEPAS AMARAN KEDUA 20 HARI LAGI SELEPAS AMARAN
KEDUA
BUANG SEKOLAH 14 HARI SELEPAS AMARAN 20 HARI SELEPAS AMARAN
TERAKHIR TERAKHIR
JUMLAH HARI TIDAK 31 HARI 60 HARI BUKAN BERTURUT-TURUT
HADIR

 Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum
datang ke sekolah selama 3 hari,atau hari ke 10 pelajar tidak hadir ke sekolah secara tidak
berturut.Surat ditandatangani oleh Guru Besar atau GPK.

 Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar belum datang atau belum
menghubungi sekolah 7 hari selepas Surat Amaran Pertama.Surat Amaran Kedua juga
hendaklah dihantar sekiranya pelajar yang ditanda ( P ) pada buku kehadiran sebanyak 20
hari secara tidak berturut.

 Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari
selepas Surat Amaran Kedua.Sila hantar surat-surat tersebut juga untuk pelajar yang telah
ditandai ( P ) sebanyak 40 hari berturut-turut.

d.) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).

e.) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:

50

 Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM
 Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
 Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
 Buang Sekolah Ditandatangani oleh Guru Besar.
 Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fai Rekod Salah
 Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.
 Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar .
 Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut:

AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah
f.) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut

hendaklah dipatuhi:
 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga

masing-masing.
 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga

masing-masing dan berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan

berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar
berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji.

51

___________________________________________ Ruj Tuan :
Ruj Kami :
Tarikh :

____________________________________________

Tuan

TINDAKAN DAN PERINGATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa anak/anak jagaan tuan/puan bernama
................................................................ telah melakukan perkara di bawah;
PERINGATAN PERTAMA/KEDUA/KETIGA
( ) Tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar
( ) Mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas
( ) Kerap tidak membawa buku latihan/buku teks ...................................
( ) Tidak menyiapkan kerja rumah bagi mata pelajaran ..........................
( ) Kerap datang lewat ke sekolah
( ) Ponteng sekolah secara berturut/tidak berturut : Tarikh.................................................................................
( ) Lain-lain.Nyatakan .......................................................................................
3. Tuan/puan dikehendaki membuat tindakan ;
( ) Untuk makluman dan peringatan
( ) Beri keterangan bertulis
( ) Hadir berjumpa Guru Darjah Tahun ......... pada ...................
( ) Hadir berjumpa dengan Guru Besar pada .............................
4. Semoga dengan kerjasama dan tindakan tuan dapat memperbaiki serta meningkatkan prestasi pembelajaran anak/anak jagaan
tuan/puan pada masa akan datang
Sekian,terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan amanah ,
..............................................................

52

10.2 Kekemasan Diri Murid

Semua guru perlu memberi penekanan kepada aspek kekemasan diri murid pada setiap
masa.
Rambut murid lelaki hendaklah sentiasa kemas dan pada ukuran 4:2:1. Kaki seluar
mestilah pada ukuran lebih dari 14 sentimeter.

Murid perempuan MESTI memakai tudung yang sesuai dan anak tudung mestilah
berwarna PUTIH sahaja. Tudung berwarna HITAM hanya dibenarkan apabila murid
memakai pakaian sukan/ko-kurikulum.

Murid yang mengikuti kelas PJK sekolah dibenarkan memakai pakaian tersebut sehingga sesi
persekolahan berakhir.

Murid WAJIB memakai tag nama dan lencana sekolah pada pakaian sekolah mereka.

Tali pinggang mengikut spesifikasi tanpa logo sahaja dibenarkan dipakai. Tali pinggang
adalah WAJIB untuk dipakai pada setiap masa.
10.3 Disiplin Murid
a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid
mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
melakukan kesalahan disiplin.

c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada
Guru Disiplin atau GPK HEM.

d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM
serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya
dan akan menerima hukuman dengan rela hati.

e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.

f) Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid- murid.

10.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru

Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap sebagai satu usaha bahawa guru
mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang Individu. (Amalan Budaya
Penyayang)

a) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan
kerjasama.

b) Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid- murid tidak memberi
tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiriJangan membiarkan murid-murid

53

berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat
mereka atau di belakang kelas.

c) Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan
melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.

d) Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan
yang sewajarnya.

10.5 Dasar Umum Disiplin
a. ) Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah
pada setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.
b) Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
c) Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan- tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
d). Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada
murid murid dari semasa ke semasa.

10.6 Pemeriksaan Mengejut
a) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa
berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.

b) Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan
pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid
berkenaan.

c) Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru
berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari
berkunci di bilik GPK HEM. Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.

d) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/
penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat perjanjian.

e) Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan
dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.

f) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.

10.7 Kaedah Mengatasi Disiplin

a) Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:

 semua guru
 kelas-kelas ( untuk dipamerkan di papan kenyataan)

54

 bilik-bilik khas

b.) Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan kadar
segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat. Guru mata pelajaran / guru
kelas hendaklah:

Merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke

mesyuarat disiplin mengikut keperluan.

Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan HEM:
Kedatangan penuh - 2 kali setahun.

Sijil Sifar Ponteng - Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap
bulan. Walaupun tidak hadir, ianya mesti bersebab.

Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil dan anugerah pada akhir
tahun.

10.8 Pengurusan Perhimpunan

Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Ahad). Masa perhimpunan 30
minit untuk sekolah rendah, kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas
sekolah.
Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.
PK HEM perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk memastikan semua
guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan bertindak sebagai role model.

11.0 DASAR KEBAJIKAN MURID

11.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem
Maklumat Murid (SMM) yang sentiasa dikemaskini.

11.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

a) Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-

lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.

b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks

(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).

c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut

kemas dan ditulis nama.

d) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut

tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.

e) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.

55

11.3 Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain
a) Guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran dan
membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.

b) Guru kelas juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
c) Buku Simpanan Bank hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran yang

dibuat mestilak dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau
penjaga di larang sama sekali mengambil buku akaun murid . Seorang murid hanya boleh
menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satubiasiswa, satu surat
pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja.
d) Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi kademik murid penerima biasiswa.

e) Murid bukan warganegara tidak layak menerima biasiswa dan bantuan-bantuan lain.

11.4 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
a.) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan
kepada empat fokus utama iaitu:

Pembangunan sahsiah diri murid

Peningkatan disiplin diri murid

Pendidikan kerjaya murid

Psikososial dan kesejahteraan mental murid
b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara

hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh
didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
c.) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama

ada secara individu atau kelompok.

d) GBK harus membimbing murid bermasalah.
e) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang

telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
digantung / dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu
dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
f) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang

memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
g) GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari

persekolahan setahun.

56

11.5 Dasar Kebajikan Murid

a.) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan SMM:

 Bilangan anak yatim di dalam kelas

 Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah

b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh
dipohon oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya
menerima bantuan ke dalam SMM seperti:

 Biasiswa
 Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
 PSS
 Bantuan Pakaian Seragam Derma Kebajikan
c) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di

kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana
dalam keluarganya.

d) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada
murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian
saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.

12.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

12.1 Rekod Kesihatan Murid

a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod

Kesihatan.

b) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di

sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya
sehinggalah ke sekolah menengah.

c) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku

tersebut, murid boleh mendapatkanya daripada PK HEM.

d) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini

diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan
imunisasi diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.

e) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar

sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

12.2 Kad Pergigian Murid

a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
b) Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga

murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi
terhadap anak / anak jagaannya.

c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan

pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan
Kesihatan berkenaan.

57

12.3 Surat Rawatan Murid

a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana- mana

Penolong Kanan.

c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di

mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

12.4 Murid Sakit

a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit

atau kurang sihat pada hari tersebut.

b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru

Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya
di sekolah.

c) Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan

pulang sendiri ke rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.

d) Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau

kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan
menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat samada
menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi
ambulan.

e) Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang

dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

12.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga

kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan
sekolah.

b) Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya

menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

c) Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka

agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan
membantu dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran.

d) Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas

dibersihkan setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.

e) Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan

kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan
Pengajaran.

58

f) Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja masing-masing

sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.

12.6 Kantin Sekolah

a) Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha

kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga
seluruh kawasan kantin.

b) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM

dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN

c) Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau

pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.

d) Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN

dengan kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.

e) Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya

mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli
makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.

f) Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di kantin

bersamasama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa
waktu rehat.

g) Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali

dengan kebenaran khas.

12.7 Kebersihan Kelas

a) Murid mesti membersihkan kelas 10 minit sebelum waktu pertama bermula.
b) Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama

bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.

c) Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-

bila masa sepanjang minggu bertugas.

13.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH

13.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
13.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan

sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.

59

13.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan
digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.

13.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran
daripada pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid
dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid
dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam
jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru
perempuan.

13.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak
terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.

13.6 Penglibatan murid dalam sebarang aktiviti luar sekolah

13.7 Latihan Kecemasan Kebakaran

a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali

setahun.

b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
c) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan

segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Muridmurid khas
atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.

d) Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta

bekalan gas ditutup sebelum keluar.

e) Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke

tempat berkumpul.

f) Guru Kelas mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan

mengira bilangan murid dengan segera. Mana- mana murid yang tiada hendaklah
dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta

13.8 Polisi Keselamatan Sekolah

a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan
sekolah iaitu :-

i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.

60

b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan
diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada
semua warga sekolah (sila rujuk surat pekeliling iktisas yang berkaitan)

13.9 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat

a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang

telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.

b) Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan

mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

13.10 Pondok Kawalan Keselamatan

a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka

mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.

b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin

berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan
Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.

c) Khidmat Warden lalulintas bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk .

14.0 MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

14.1 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid hendaklah di adakan sekurang-
kurangnya empat kali setahun.

14.2 Agenda tetap:

a) Ucapan Pengerusi
b) Pengesahan minit mesyuarat
c) Perkara berbangkit / maklum balas
d) Pembacaan kuat dasar-dasar baru / SPI / Surat siaran rasmi
e) Analisis Laporan Salah Laku Murid
f) Laporan Program 3K
g) Hal-hal lain.

14.3 Ahli mesyuarat:
 Pengerusi : Guru Besar
 Tim.Pengerusi : GPK HEM
 Setausaha : Dilantik

61

 Ahli : Semua Penolong Kanan, semua setiausaha di bawah Unit HEM,
 Semua Guru Kelas Penyelaras Kelas,
 Guru Bimbingan dan Kaunseling

15.0 SENARAI JAWATAN KUASA BERKAITAN HAL EHWAL MURID YANG PERLU

DITUBUHKAN:

15.1 Jawatan Kuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid :

a) JK Hal Ehwal Murid

b) JK Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

-JK Pelaksana Sekolah Penyayang
- JK Pelaksana Prog.Pendidikan Pencegahan dadah (PPDa)

c) JK Pengurusan Daftar dan Rekod
- JK Pelaksana APDM & Kehadiran
- JK Pelaksana e-Rendah
- JK Pelaksana e-Menengah
-JK Pelaksana Transisi/ Prasekolah

d) JK Induk 3 K ( Kebesihan, Kesihatan, Keselamatan ).

e) JK Pengurusan Lembaga Disiplin Sekolah

-JK Pelaksana Disiplin Sekolah Sekolah

-JK Pelaksana Badan Pengawas Sekolah

-JK Pelaksana Kelab Pencegahan Jenayah

f) JK Pengurusan Kebajikan & Bantuan Murid.
- JK Pelaksana KWAPM/ e-KASIH

-JK Pelaksana RMT

-JK Pelaksana PSS

g) JK Pengurusan Kantin Sekolah
h) JK Pengurusan SPBT
i) JK Pengurusan Asrama

16.0 TARIKH KUATKUASA DASAR
Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid ini digunakan di SK. Sungai Sumun berkuatkuasa
mulai 2 Januari 2021

62

3.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PENGERUSI : PN.MAIZATUL MUNA BINTI SAMSUDIN
TIMBALAN PENGERUSI : EN.MOHD SHA’RIN NIZAM B. MAT SA’AD
NAIB PENGERUSI 1 : EN. MOHD BAKHTIAR BIN MOHD ROBIAI
NAIB PENGERUSI 2 : EN.MOHD FIZAL B. ABU HASSAN
SETIAUSAHA : PN. SALEHA BT ABDUL HAMID

AHLI JAWATANKUASA

JK DISIPLIN & PENGAWAS/SSDM : EN ZULKEFLI BIN AHMAD

JK PENGURUSAN BIMBINGAN & KAUNSELING :PN RUZITA BINTI AHMAD

JK PENGURUSAN DAFTAR DAN REKOD : EN MOHD SHA’RI NIZAM BIN MAT SA’AD

JK PENGURUSAN LEMBAGA DISIPLIN : EN ZULKIFLI BIN AHMAD

JK 3K( KEBERSIHAN,KESIHATAN,KESELAMATAN:CIK NAGA VIANOSHINY A/P DHARMARAJ

JK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT ) : PN. NORFADHILAH BT UMAR

JK BANTUAN SEKOLAH : PN MAZILAH BINTI LIMAN

JK PENGURUSAN KANTIN/SUSU : PN SALEHA BT ABDUL HAMID

3.2 JAWATANKUASA UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID

3.2.1 JAWATANKUASA DISIPLIN & PENGAWAS/PRS/SSDM/KELAB JENAYAH

SETIAUSAHA ( GURU DISIPLIN) : EN ZULKEFLI BIN AHMAD
AHLI JAWATANKUASA : EN.MOHD NOOR KHAMIS B. AB RAZAK
: PN RUZITA BINTI AHMAD
: GURU KELAS

3.2.2 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SETIAUSAHA : PN. RUZITA BT AHMAD
AHLI JAWATANKUASA : PN.NAZIRAH BT TARIAH @ZURIAT
: EN.ZULKEFLI B. AHMAD
: GURU KELAS

3.2.3 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS/BOSS

SETIAUSAHA : PN. NOR FADHILAH BT UMAR
AHLI JAWATANKUASA : EN.MOHD NOOR KHAMIS B. AB RAZAK
: PN.NORMAZILAH BT LIMAN
: GURU KELAS

3.2.4 JAWATANKUASA BANTUAN SEKOLAH( RMT, BAP, KWAPM )

SETIAUSAHA : PN MAZILAH BINTI LIMAN
AHLI JAWATANKUASA : PN SALEHA BINTI ABDUL HAMID
: PN.NORFADHILLAH BT UMAR
: GURU KELAS
: GURU BERTUGAS MINGGUAN

63

3.2.5 JAWATANKUASA KANTIN/SUSU

SETIAUSAHA : PN. SALEHA BINTI ABDUL HAMID
AHLI JAWATANKUASA : PN. CIK NAGA VIANOSHINY A/P DHARMARAJ

3.2.6 JAWATANKUASA UNIT ANALISIS KEHADIRAN MURID ( e-KEHADIRAN )

SETIAUSAHA : PN. SALEHA BT ABDUL HAMID
AHLI JAWATANKUASA : PN.NORMI B. ABU SALIM
: EN.MOHD NASRON B. ISMAIL
: GURU KELAS
: GURU BERTUGAS MINGGUAN
: YDP PIBG

3.2.7 JAWATANKUASA 3K( KEBERSIHAN, KESELAMATAN, KECERIAAN)PPDa

SETIAUSAHA : CIK NAGA VIANOSHINY A/P DHARMARAJ
AHLI JAWATANKUASA : EN. EY CHU ENG
: EN.JAM JAM B. HASSAN
: GURU KELAS
: GURU BERTUGAS MINGGUAN
: YDP PIBG
: PEG PERHUBUNGAN,BALAI POLIS RUNGKUP

3.2.8 JAWATANKUASA APDM

SETIAUSAHA : PN SALEHA BINTI ABDUL HAMID
AHLI JAWATANKUASA : EN EY CHU ENG

3.2.9 JAWATANKUASA e-MENENGAH/SIJIL

SETIAUSAHA : PN RUZITA BINTI AHMAD
AHLI JAWATANKUASA : EN MOHD NOOR KHAMIS BIN AB. RAZAK

3.2.10 JAWATANKUASA e-RENDAH/TRANSISI

SETIAUSAHA : PN. NOR FADHILAH BINTI UMAR
AHLI JAWATANKUASA : GURU MATA PELAJARAN
: EN MOHAMAD NASRON BIN ISMAIL

3.2.11 JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH & KEPIMPINAN MURID

SETIAUSAHA : EN MOHD NOOR KHAMIS BIN AB. RAZAK
AHLI JAWATANKUASA : PN NOR FADHILAH BINTI UMAR

3.2.12 JAWATANKUASA MAKDIS/PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH

SETIAUSAHA : PN NOR FADHILAH BINTI UMAR
AHLI JAWATANKUASA : EN MOHD SHARIN NIZAM BIN MAT SAAD

3.2.13 JAWATANKUASA AMALAN GURU PENYAYANG/MENTOR MENTEE

64

SETIAUSAHA : PN SUZILAWATI BINTI KHUSNIN
AHLI JAWATANKUASA : PN ROSSALINA BINTI ABDULLAH

3.2.14 JAWATANKUASA SARANA : PN NAZIRAH BINTI TARIAH@ZURIAT
: PN MAZILAH BINTI LIMAN
SETIAUSAHA
AHLI JAWATANKUASA

65

66

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun sedia berkhidmat dengan penuh dedikasi demi :

1. Memimpin ke arah keunggulan dan kegemilangan dalam bidang
1.1 Sukan dan permainan
1.2 Kelab dan persatuan
1.3 Unit beruniform
1.4 Pertandingan MSSPK

2. Mengutamakan keselamatan murid sewaktu latihan, aktiviti dan pertandingan.
3. Mematuhi arahan pemakaian seragam pada setiap hari Rabu.
4. Mematuhi arahan untuk mengadakan kejohanan olahraga dan hari kokurikulum sekolah

pada setiap tahun.
5. Memastikan semua pelajar Tahap 2 dinilai dengan penuh saksama menerusi PAJSK

online berdasarkan borang/data mentah yang terkini.

DASAR KOKURIKULUM SK SUNGAI SUMUN

Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun

36300 Sungai Sumun , Perak
Menetapkan

bahawa semua murid Tahap 2 sekolah ini dapat mengikuti aktiviti kokurikulum yang dijalankan
sekurang-kurangnya 12 kali perjumpaan yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti jadual yang

ditetapkan

kecuali

bagi murid yang berisiko tinggi dan mempunyai surat akuan doktor yang memperakukan tahap
kesihatan individu untuk tidak menyertai sebarang aktiviti lasak.

OBJEKTIF AM KOKURIKULUM

1. Melaksanakan arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat Pekeliling Ikhtisas KP (BS) Jld
II (29) yang bertarikh 2 Januari 1985.

2. Semua murid Tahap 2 dimestikan mengambil bahagian atau menyertai :
a. Unit Beruniform
b. Kelab dan persatuan
c. Sukan dan permainan

3. Penglibatan semua guru dalam pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah adalah wajib.

4. Mencapai keseimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani dan rohani.

5. Pengisian masa lapang murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah dan boleh memberikan kegembiraan
kepada mereka.

6. Membina serta memupuk nilai-nilai murni dan berdisplin semasa menjalankan aktiviti.

67

7. Memupuk dan mempertingkatkan daya kepimpinan di kalangan mereka.
8. Menambah pengetahuan dan pengalaman selain dari pembelajaran di dalam darjah.
9. Mencungkil bakat-bakat baru melalui aktiviti yang dijalankan.
10. Memupuk cara pergaulan dan perhubungan yang sihat di antara murid-murid melalui aktiviti kokurikulum.
11. Menilai tahap penglibatan dan pencapaian semua pelajar bagi melaksanakan penilaian PAJSK.

MISI, VISI DAN MATLAMAT

MISI
1. Memperkasakan kepimpinan Kelab, Unit, Persatuan dan Kejurulatihan.
2. Membangun dan meningkatkan Kualiti Pembelajaran dan Pengajaran yang efektif dan berkesan.
3. Membudayakan Headcount dalam setiap aktiviti kokurikulum.
4. Membuat pemantauan dan penyeliaan yang berfokus bagi setiap aktiviti kokurikulum.
5. Memantapkan pelaksanaan kecemerlangan kokurikulum.

VISI
Membimbing dan melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai program Persatuan/Kelab, Pasukan Badan
Beruniform, Sukan dan Permainan melalui perancangan yang mantap sehingga mencapai standard tertinggi
.

MATLAMAT
1. Menyeimbangkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2. Peningkatan akademik dan disiplin murid.
3. Membimbing murid dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni, kependidikan dan kemasyarakatan.
4. Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia.

68

PERATURAN-PERATURAN KOKURIKULUM

SK SUNGAI SUMUN

2021

KOKURIKULUM
• Guru Besar bertanggungjawab menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut dan Penolong

Kanan Kokurikulum ialah Naib Pengerusi.
• Anggota Jawatankuasa terdiri daripada :

Setiausaha Aktiviti Kokurikulum.
Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum
Guru Pemimpin Aktiviti Kokurikulum
• Menentukan Dasar Kokurikulum Sekolah selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan
oleh PPD,
JPN, KPM dan Akta Pendidikan.
• Menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
• Menetapkan sistem fail dan dokumen Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
• Menetapkan syarat / peraturan agihan penyertaan murid.
• Menetapkan aktiviti Kokurikulum yang hendak dilaksanakan di sekolah.
• Menetapkan prosedur pelaksanaan aktiviti Kokurikulum :
• Dasar penyediaan Rancangan Aktiviti Tahunan, Mingguan dan rekod laporan
pelaksanaan aktiviti.
• Menentukan hari penghantaran rekod pelaksanaan aktiviti untuk pengesahan Guru Besar
/ Penolong Kanan.
• Menentukan kriteria jenis alatan pelaksanaan aktiviti Kokurikulum.
• Memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti Kokurikulum.
• Menentukan jadual aktiviti Kokurikulum:
• Menetapkan sesi pelaksanaan aktiviti kokurikulum
• Menetapkan agihan tugas guru penasihat / pemimpin

GERAK KERJA KOKURIKULUM

• Pastikan kegiatan dijalankan dengan penuh minat dan mencapai tahap
kemajuan/prestasi yang membanggakan.

• Semua guru wajib hadir dan bertanggungjawab menyediakan/membuat laporan kegiatan
yang dijalankan.

• Semua Guru Penyelaras kegiatan Kokurikulum Sekolah mesti mematuhi semua
peraturan dan undang-undang pengurusan aktiviti Kokurikulum Sekolah.

• Semua Guru Penyelaras mesti menyediakan Pelan Induk Rancangan Tahunan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti Kokurikulum pada peringkat sekolah dengan merujuk Takwim
Kokurikulum Tahunan

• Penolong Kanan Kokurikulum dan Ketua Guru Penyelaras Kokurikulum Sekolah mesti
berada di sekolah untuk menyelia, memantau pengurusan dan aktiviti Kokurikulum
sepanjang waktu Kokurikulum.

• Semua Guru Penyelaras diwajibkan menyediakan Buku Persediaan Pengurusan
Kokurikulum Mingguan dan dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk
semakan dan pengesahan.

• Kehadiran murid dalam setiap aktiviti Kokurikulum mesti direkod oleh Guru-guru
Penyelaras. Setiap kes ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum mesti diambil
tindakan.

• Ibu bapa / Penjaga murid mesti dihubungi untuk mendapat kebenaran secara bertulis jika

69

ada murid yang terpilih untuk menghadiri aktiviti Kokurikulum di luar kawasan / peringkat
sekolah .
• Sebagai Ketua Penyelaras aktiviti Kokurikulum sekolah / Penolong Kanan Kokurikulum
ialah pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penguatkuasaan peraturan
dan pelaksanaan.
• Semua Guru Penyelaras setiap kegiatan Kokurikulum dikehendaki menyediakan rekod-
rekod dan data.
• Penghargaan perlu diberi kepada murid-murid yang berjaya dan melibatkan diri secara
aktif pada peringkat sekolah dan sebagainya.

SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT PERSATUAN

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,

Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/

Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri

dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa

Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke

semasa.

TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

1. Pengerusi
1.1. Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan.
1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan

diambil tindakan sewajarnya.
1.3. Membincangkan semua program dan aktiviti mingguan, semester dan tahunan

Bersama-sama ahli jawatankuasa dan guru penasihat.
1.4. Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
1.5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke

semasa

2. Naib Pengerusi
2.1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
2.2. Mempengerusikan mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
2.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke

70

semasa.
3. Setiausaha
3.1. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli.
3.2. Menyediakan laporan semester dan laporan tahunan untuk diselia oleh Guru Pemimpin.
3.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke

semasa.

4. Penolong Setiausaha
4.1. Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
4.2. Berkerjasama dengan setiausaha.
4.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin dari semasa ke

semasa.
5. Bendahari
5.1. Mengutip wang derma daripada ahli.
5.2. Mencatat wang masuk dan keluar dalam laporan kewangan.
5.3. Menyerahkan segala kutipan untuk disemak dan disimpan oleh Guru Pemimpin.
5.4. Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.
5.5. Memastikan akaun sentiasa dikemaskini.
6. Ahli Jawatankuasa
6.1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan

dengan sebaik mungkin.
6.2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Pemimpin.
7. Pemeriksa Kira-Kira
7.1. Memeriksa dan menyemak serta mengesahkan penyata kewangan pada akhir tahun.
7.2. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

71

UNIT-UNIT KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi perkara
berikut :

a. Penyertaan dalam sukan dan permainan
b. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
c. Penyertaan dalam badan beruniform
d. Penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh KPM.

Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97

UNIT BERUNIFORM KELAB PERMAINAN

- Badan Bukan Kerajaan - Bola Baling
(Pengakap Kanak-kanak: PKK) - Ragbi
- Badminton
- Catur

KELAB & PERSATUAN

- Bahasa Melayu/Inggeris
- Sains dan Matematik
- Rukun Negara
- Kelab Komputer

72

JAWATAN KUASA INDUK KOKURIKULUM
SK SUNGAI SUMUN 2021

Pengerusi Pn.Maizatul Muna Bt. Samsudin (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi En Muhamd Fizal Bin Abu Hassan(PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 En. Mohd Bakhtiar Bin Mohd Robiai(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 En. Mohd Sha’rin Bin Mat Saad(PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha Kokurikulum En. Ey Chu Eng
Naib Setiausaha Kokurikulum En Zulkefli Bin Ahmad
Setiausaha Sukan En. Ey Chu Eng
Naib Setiausaha Sukan Pn. Fadhilah Bt. Umar
En. Ey Chu Eng
Penyelaras Unit Beruniform Pn. Norfadhilah Bt. Umar
En Zulkefli Bin Ahmad
Penyelaras Kelab & Persatuan
Penyelaras Sukan & Permainan

Ketua Penasihat GURU-GURU PENASIHAT
Penasihat
Penasihat UNIT BERUNIFORM
Penasihat PENGAKAP
En. Ey Chu Eng
Ketua Penasihat En. Zulkefli Bin Ahmad
Penasihat Pn Nazirah Bt. Zuriat
Pn Rossalina Bt. Abdullah
Ketua Penasihat
Penasihat KELAB & PERSATUAN
BAHASA
Ketua Penasihat Cik Naga Vinoshiny A/P Dharmaraj
Penasihat Pn Ruzita Bt. Ahmad

Ketua Penasihat SAINS & MATEMATIK
Penasihat Pn Suzilawati Bt. Khusnin
Pn Normazilah Bt. Liman
Ketua Penasihat
Penasihat RUKUN NEGARA
Penasihat Pn. Saleha Bt. Abd Hamid
Penasihat Pn. Norfadhillah Bt. Umar
Penasihat
Penasihat KELAB KOMPUTER
En Mohd Noor Khamis b. Ab Razak
Ketua Penasihat X
Penasihat
Penasihat SUKAN DAN PERMAINAN
Penasihat RAGBI/CATUR(1M1S)
Penasihat En Mohd Noor Khamis b. Ab Razak
Pn. Suzilawati bt. Khusnin
Pn Rossalina bt. Abdullah
Pn Ruzita bt Ahmad
En. Zulkifli bin Ahmad
Pn Nazirah bt Zuriat

BOLA BALING/BADMINTON(1M1S)
Pn Norfadhilah bt. Umar
Normazilah bt. Liman
Pn Saleha bt. Abd Hamid
En. Ey Chu Eng
Cik Naga Vinoshiny a/p Dharmaraj

73

JAWATAN KUASA 1 MURID 1 SUKAN
SK SUNGAI SUMUN 2021

Setiausaha 1M1S En. Ey Chu Eng
Naib Setiausaha 1M1S Pn Norfadhilah bt. Umar

AHLI JAWATANKUASA

BOLA BALING/BADMINTON RAGBI/CATUR

Pn Norfadhilah bt. Umar En Mohd Noor Khamis b. Ab Razak

Normazilah bt. Liman Pn. Suzilawati bt. Khusnin

Pn Saleha bt. Abd Hamid Pn Rossalina bt. Abdullah

En. Ey Chu Eng Pn Ruzita bt Ahmad

Cik Naga Vinoshiny a/p Dharmaraj En. Zulkifli bin Ahmad

Pn Nazirah bt Zuriat

HARI 1 MURID 1 SUKAN SETIAP SELASA 7.45 – 8.45 :
PERMAINAN IALAH: BOLA BALING DAN RAGBI - PENGGAL 1

BADMINTON DAN CATUR - PENGGAL 2

Setiausaha Sukan JAWATAN KUASA SUKAN
Naib Setiausaha Sukan SK SUNGAI SUMUN 2021

MERAH En. Ey Chu Eng
Pn Norfadhilah bt. Umar
Pn. Saleha Bt Abd Hamid
En. Ey Chu Eng RUMAH-RUMAH SUKAN BIRU
Pn Suzilawati bt. Khusnin HIJAU
En. M.Noor Khamis b. A Razak
X Pn. Normazilah bt Liman Cik Vinoshiny a/p Dharmaraj
En. Zulkefli bin Ahmad Pn Nurfadhillah bt. Umar
Pn. Ruzita bt Ahmad Pn. Nazirah bt. Zuriat
Pn. Rossalina bt Abdullah

74

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN (1M1S SEPANJANG TAHUN 2021)

MINGGU MASA AKTIVITI HARI
MINGGU A UNIT BERUNIFORM RABU
1.05 – 3.05 PTG
(2 jam) PENGAKAP KANAK-KANAK
(PKK)

1.05 – 3.05 PTG KELAB DAN PERSATUAN
(2 jam)
Bahasa,
MINGGU B Rukunegara RABU
Sains & Matematik

&
Kelab Komputer

MINGGU A DAN 7.45 -8.45 PAGI SUKAN & PERMAINAN SEL;ASA
MINGGU B (1 jam) 1 MURID 1 SUKAN
RAGBI/CATUR
&

BOLA BALING/BADMINTON

JADUAL LATIHAN PASUKAN SEKOLAH

HARI ISNIN SELASA KHAMIS

UNIT 2.30-5.00 petang
RAGBI
SUKAN BADMINTON CATUR BOLA BALING
& OLAHRAGA SAHIBBA/SCRABLE

PERMAINAN

75

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH 2021

JAWATANKUASA

Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Pengerusi : En. Mohd Sha’rin Nizam Bin Mat

Sukan Sekolah Saad

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Jawatankuasa Kecil Penggalakkan Sukan Pengerusi : En Muhamad Fizal Bin Abu
Hassan
Penolong Kanan Kokurikulum

Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian Pengerusi : En. Ey Chu Eng
Setiausaha Kokurikulum

Jawatankuasa Kecil Peningkatan Pengerusi : Pn Ruzita Bt Ahmad
Professionalisme Bimbingan dan Kaunseling

Jawatankuasa Kecil Kewangan Pengerusi : Pn Norfadhilah Bt. Umar
Bendahari PIBG/ Yang di Pertua
PIBG.

Jawatankuasa Kecil Teknikal Pengerusi : Pn. Nazirah Bt. Zuriat
Setiausaha PIBG

Pengisian Modul Instrumen Bancian Setiausaha Sukan

Kemudahan Prasarana Dan Program Sukan
Sekolah – IKEPS

Mengesan Bakat Murid Dalam Sukan /Bengkel Setiausaha Sukan/SU Kokurikulum
Klinik Sukan/TiD

.

76

SETIAUSAHA JAWATANKUASA MAJLIS/PROGRAM SEKOLAH 2021

BIL PROGRAM SETIAUSAHA

1. Hari Guru Setiausaha: Pn. Normazilah bt. Liman.
N. Setiausaha: En. Zulkefli bin Ahmad.
2. Hari Anugerah Kecemerlangan
Setiausaha: Pn. Nazirah bt. Zuriat
3. Sambutan Bulan Kemerdekaan N. Setiausaha:Pn Suzilawati bt Khusnin

4. Perkhemahan Kokurikulum Setiausaha: Pn. Saleha bt. Abd Hamid
N. Setiausha : Pn. Rossalina bt Abdullah
5. Hari Kokurikulum
Setiausaha: En.Mohd Noor Khamis bin
6. Program Mengenalpasti Bakat Sukan Abd Razak
(TID) N.Setiausaha: En. Ey Chu Eng

7. Sukan Tahunan Setiausaha: En. Ey Chu Eng
N.Setiausaha: Cik Naga Vinoshiny a/p
8 Sambutan Hari Lahir Guru dan Dharmaraj
Kakitangan sekolah.
Guru Pendidikan Jasmani Tahun 5/ 6
8. Lawatan Sambil Belajar
Setiausaha:En. Ey Chu Eng
9. Bulan Bahasa Kebangsaan N/Setiausaha:Pn. Norfadhillah bt Umar

10 Program Keagamaan: Setiausaha:Pengerusi KGK.
Maulid-ur Rasul Naib Setiausaha : Setiausaha KGK.
Maal Hijrah
Israk dan Mikraj Setiausaha :En.Mohd Noor Khamis bin
Penghayatan Ramadhan/ Khatam Al- Abd Razak
Quran N.Setiausaha: Cik Naga Vinoshiny a/p
Dharmaraj
11 Sambutan Aidil Fitri &Aidil Adha
Setiausaha: Pn Suzilawati bt Khusnin
15 Hari Kanak-kanak N.Setiausaha:Pn Saleha bt,Abd Hamid

16 Sambutan Bulan Sukan Negara Ketua Panitia Agama Islam & Guru-guru
Agama Islam
17 Sambutan Perpisahan dan Persaraan
Setiausaha:Pn. Ruzita bt. Ahmad
N.Setiausaha:Pn Normazilah bt. Liman

Setiausaha: Cik Naga Vinoshiny a/p
Dharmaraj
N.Setiausaha: Pn. Nazirah bt. Zuriat

Setiausaha: En. Zulkefli bin Ahmad.
N.Setiausaha: Pn. Norfadhillah bt Umar

Setiausaha: Pn. Norfadhillah bt Umar
N.Setiausaha: En. Zulkefli bin Ahmad.

77

SENARAI NAMA GURU PENYELARAS PERTANDINGAN KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM 2021

BIL NAMA PERMAINAN TARIKH TARIKH TARIKH GURU
PERTANDINGAN PERTANDINGAN PERTANDINGAN PENYELARAS
Perkhemahan PPB (SR)
1. (Zon) (Daerah) (Negeri)

Lelaki & Perempuan En Zulkefli bin
Ahmad

En. Ey Chu Eng

Perkhemahan Pengakap En Zulkefli bin
2. kanak –kanak (PKK): Ahmad
En. Ey Chu Eng
Keris Emas
Pn Nurfadhillah
Kepimpinan Kelab dan bt. Umar
3 Persatuan Kokurikulum

78

PASUKAN SEKOLAH MSSD, MSSPK DAN PERTANDINGAN KO-AKADEMIK 2021

BIL BADMINTON BIL OLAHRAGA/MERENTAS DESA
1 Cik Naga Vinoshiny A/P Dharmaraj(K) 1 En. Mohd Noor Khamis B. Ab Razak(K)
2 En Zulkefli Bin Ahmad 2 En. Ey Chu Eng
3 Pn Normazilah Bt. Liman 3 Cik Naga Vinoshiny A/P Dharmaraj
4. En Zulkefli Bin Ahmad
BIL SEPAK TAKRAW 5 Pn. Mazilah Bt. Liman
1 En Zulkefli Bin Ahmad(K) 6 Pn Ruzita Bt Ahmad
2 En. Ey Chu Eng
3 En Zulkefli Bin Ahmad BIL BOLA BALING
1 Pn. Norfadhillah Bt Umar(K)
BIL CATUR 2 En. Mohd Noor Khamis B. Ab Razak
1 Pn. Saleha Bt Abdul Hamid 3 En. Ey Chu Eng
2 Pn Nazirah Bt. Zuriat 4 Pn. Mazilah Bt. Liman
BIL SAHIBBA 5 Cik Naga Vinoshiny A/P Dharmaraj
1. Pn Normazilah Bt. Liman BAHASA INGGERIS
2 Pn. Rossalina Bin Abdullah 1 Cik Naga Vinoshiny A/P Dharmaraj
3 Cik Naga Vinoshiny A/P Dharmaraj 2 En Zulkefli Bin Ahmad
BIL BAHASA MELAYU BIL RAGBI
1 Pn Ruzita Bt Ahmad
2 Pn. Rossalina Bin Abdullah 1 En. Mohd Noor Khamis
3 Pn Nazirah Bt. Zuriat 2 En. Ey Chu Eng
SAINS 3 En Zulkefli Bin Ahmad
1 Pn. Suzilawati Bt. Khusnin BIL AGAMA ISLAM
2 Pn Normazilah Bt. Liman 1 Pn Norfadhilah Bt. Umar
2 Pn. Saleha Bt Abdul Hamid
3 En. Mohd Noor Khamis Bin Ab Razak

79

SENARAI NAMA GURU PENYELARAS PERTA

BIL NAMA PERMAINAN TARIKH TARIKH PER
PERTANDINGAN (Da

(Zon 2)

1. Bercerita Bahasa Melayu
Tahap 1 & Tahap 2

2 Karnival Bahasa Melayu

3 Pertandingan Pidato KPM Bahasa
Melayu

4 Bahasa Inggeris
Poetry Recitation

5 Karnival Bahasa Inggeris

6 Sahibba

7 Karnival Sains dan Teknologi:
Kuiz Matematik

Karnival Pendidikan Islam

8

9 Karnival PEndidikan Sains
Dan Teknologi

10 Scrabble

Pertandingan Pidato Dan Menulis
11 Essei Bahasa Melayu & Bahasa

Inggeris Sek Rendah

12 Action Songs
Sek Rendah

13 Story Telling Sek Rendah

ANDINGAN KOKURIKULUM AKADEMIK 2021

RTANDINGAN TARIKH GURU PENYELARAS
aerah) PERTANDINGAN

(Negeri)

Rujuk Senarai Guru-Guru
Pasukan Sekolah MSSPK Dan
Pertandingan Ko-Akademik

80

SENARAI NAMA GURU PENYELARA

BIL NAMA TARIKH TARIKH PER
PERMAINAN PERTANDINGAN PERTANDINGAN
(Zon 2) Sebelum (Daerah) Sebelum

1 Merentas Desa
2 Balapan & Padang
3 Catur
4 Badminton
5 Bola Baling
7 Ragbi
8 Sepak Takraw

AS PERTANDINGAN MSSPK 2021

TARIKH TARIKH GURU PENYELARAS
RTANDINGAN PERTANDINGAN

(Negeri) (Kebangsaan)

Rujuk Senarai Guru-Guru Pasukan
Sekolah MSSPK dan Pertandingan
Ko-Akademik

81

CARTA GANTT PERLAKSANAAN KOKURIKULUM SK SUNGAI SUMUN 2021

BIL PROGRAM/AKTIVITI JAN TINDAKAN ANGGARAN
FEB PERBELANJAAN SUMBER
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGO
SEP
OKT
NOV

1. Mesyuarat Kokurikulum SU KOKO RM BKK
SU KOKO
2. Pendaftaran Keahlian SU KOKO RM BKK

3. Mesyuarat Agung Unit SU KOKO RM BSS/
Kokurikulum PIBG
SU Koko
4. Aktiviti kokurikulum & SU Khemah RM BSS/
1M1S PIBG
Juru Latih
5. Hari Kokurikulum/ Permainan RM BKK/
perkhemahan BBTP
Jurulatih
6. Pemilihan Pasukan Permainan RM BSS
Sekolah
Guru RM PIBG
7. Latihan Pasukan Bimbingan
Sekolah SU Sukan
SU Sukan
8. Motivasi Kepimpinan SU Sukan
SU Sukan
9. Mesyuarat Sukan SU Sambutan
SU Sambutan
10. Latihan Sukan SU Sambutan
SU Sukan
11. Sukantara SU Hari Guru
Guru Data
12. Sukan Tahunan Koko

13. Sambutan Hari Raya SU Hari
Anugerah
14. Hari Sukan Malaysia
SU KOKO
15. Bulan Kemerdekaan
SU KOKO
16. Karnival 1M 1S Guru PJK
SU PAJSK
17. Hari Guru

18. i-keps & Data
Kokurikulum

19. Hari Anugerah
Kecemerlangan

20. Pemantauan
Kokurikulum

21. Penilaian Kokurikulum

22. SEGAK

23. PAJSK

82

83


Click to View FlipBook Version