Mesyuarat Agung
PIBG
SM Imtiaz YT Setiu
Kali Ke-5
2022/2024
SETIU Tarikh:
2 Julai 2022 ( Sabtu)
Masa:
10.30 pg – 2.00 ptg
Tempat:
Dewan Terbuka SM Imtiaz YT Setiu
1
Atur cara Majlis 3
Kata-kata Aluan Pengetua 4
Kata-kata Aluan YDP PIBG 5
Kata-kata Aluan Pengarah Yayasan 6
Terengganu
Jawatankuasa Induk PIBG 2021/2022 7
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung 8-9
PIBG kali ke-5 2022/2024
Notis Panggilan Mesyuarat Agung 10
PIBG kali ke-5 2022/2024
Agenda Minit Mesyuarat Agung 11
PIBG 2022/2024
Minit Mesyuarat Agung PIBG 12-14
kali ke-4 2019/2021
Laporan Unit PK Pentadbiran, 15-20
PK Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum &
PK Ulul Albab 2021 - 2022
Laporan Aktiviti PIBG Tahun 21
2021-2022 21
Laporan Kewangan PIBG Tahun 22
2021-2022
Perbahasan Usul 23-24
Sekalung Perhargaan 25
2
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-5 &
ANUGERAH KECEMERLANGAN
SM IMTIAZ YT SETIU TAHUN 2022
10.30 Pagi : Pendaftaran Ibu bapa & Guru
10.45 Pagi
11.00 Pagi : Ketibaan VIP Dan Dif-Dif Jemputan
12.00 t/hari Majlis Bermula
1.30 petang : Ucapan Aluan Pengacara Majlis
: Alunan Lagu Negaraku dan Lagu Imtiaz
: Gema Wahyu
: Ucapan Puan Pengetua SM Imtiaz YT Setiu
PUAN MARHAINI BINTI SULAIMAN
: Ucapan Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu
TUAN HAJI MAZLAN BIN CHE WIL
: Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Setiu
merangkap YDP PIBG
YB USTAZ SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABDUL KADIR
: Gimik Perasmian
: Penyampaian Hadiah & Cenderahati
1) Anugerah Kecemerlangan Guru
2) Anugerah Tokoh Hafazan
3) Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM 2021
4) Cenderahati AJK PIBG
5) Cenderahati Perasmi
: Mesyuarat Agung bermula
: Makan tengah hari dan Majlis bersurai
3
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Mesyuarat Agong PIBG
kali ke-5 2022 Sekolah Menengah Imtiaz YT Setiu dapat dilaksanakan secara bersemuka.
Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba ilmu,
memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji, seterusnya menghafaz Al-Quran
sebagaimana yang dititikberatkan di sekolah-sekolah Imtiaz. Pelajar-pelajar didedahkan
dengan elemen-elemen Ulul Albab iaitu Al-Quran, Ensiklopedik dan Ijtihadik bagi
melahirkan professional Islam dalam bidang doktor, jurutera, arkitek, akauntan, peguam
dan sebagainya. Seterusnya berkemampuan dan berkemahiran tinggi sebagai pakar rujuk
dalam bidang sosial dan agama.
Persatuan ibu bapa dan guru pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam
menjayakan pelbagai program. Banyak program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah
pada tahun ini. Semoga dengan kerjasama ibu bapa dapat mendorong kesungguhan dan
motivasi anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Setiu.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar barisan guru dan ibu bapa di sekolah ini
sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak
dan kejayaan sekolah.
Saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan
serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak soleh pintar dan sekolah. Semoga Allah
SWT memberkati segala kerjasama yang dijalankan dalam menjalankan amanah untuk
mendidik anak-anak menjadi insan huffaz yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di
akhirat.
Wassalam.
PUAN MARHAINI BINTI SULAIMAN
Pengetua
SM Imtiaz YT Setiu
4
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali-5 dan Anugerah
Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2022.
Sekalung terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG
sesi 2019/2021 dan semua ibu bapa serta guru yang telah
berganding bahu dalam menggerakkan dan memberikan
sokongan padu kepada setiap program yang direncanakan
oleh pihak sekolah. Semoga semangat dan iltizam ibu bapa
terus tekal untuk melihat sekolah ini terus bergerak ke
hadapan dalam menerajui pendidikan negara.
Saya bagi pihak PIBG sekolah amat yakin dengan kehadiran
ibu bap aini akan dapat menyemarakkan semangat untuk
guru-guru mendidik anak-anak bangsa di sekolah ini. Peranan
dan tanggungjawab PIBG amat penting terutamanya dalam
bidang akademik dan ko-kurikulum murid-murid di sekolah
ini. Justeru, sokongan padu daripada pihak PIBG amat
diperlukan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti
sekolah.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
membentuk dan mendidik anak-anak terutama berada di
rumah. Keprihatinan dan pantauan yang jitu daripada ibu
bapa amat diperlukan dalam membantu perkembangan anak-
anak dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru-guru.
Justeru itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi
sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam
usaha melahirkan pelajar berketerampilan, berwibawa dan
sahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan
kokurikulum.
Akhir kata, semangat kerjasama dan permuafakatan di
kalangan ibu bapa dan guru merupakan wadah terbaik dalam
menangani permasalahan demi kecemerlangan Pendidikan
anak-anak kita. Oleh yang demikian sama-samalah kita
berganding bahu bagi memastikan keunggulan pencapaian
SM Imtiaz YT Setiu menjadi lambing kejayaan kita semua.
Sekian, terima kasih.
YANG BERHORMAT USTAZ SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABDUL KADIR
Yang Dipertua PIBG
SM Imtiaz YT Setiu
5
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
dapat saya melakarkan sedikit kata-kata saya di ruangan ini
sempena Mesyuarat Agung PIBG SM Imtiaz YT Setiu kali ke -5
sesi 2022/2024. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
semua warga sekolah kerana berjaya mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG pada tahun 2022 ini. Tanpa kesungguhan dan
komitmen yang jitu sudah tentu program yang begini besar
dapat diadakan dengan jayanya.
Oleh itu, saya selaku Pengarah Yayasan Terengganu ingin
memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha
Esa dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat
kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam
merealisasikan hasrat yang terkandung dalam visi dan misi
SM Imtiaz YT Setiu.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar
untuk menempa nama di persada negara dan dunia
pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada
warga sekolah serta ibu bapa amat diharapkan supaya dapat
menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti
demi meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah
melalui PIBG yang erat.
Setiap pihak perlu sedar tentang kewujudan PIBG dan
mengetahui pentingnya peranan persatuan ini. Kita harus
sedar bahawa PIBG tidak ditubuhkan begitu sahaja tanpa
matlamat yang jelas dan ini perlu diperincikan tugas sebenar
PIBG seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan
1961. Akhir kata, setiap kejayaan semestinya bermula dengan
langkah yang pertama. Saya mendoakan kejayaan SM Imtiaz
YT Setiu sama ada dari aspek pengurusan, akademik,
kokurikulum mahupun ulul albab. Semoga segala kerja buat
kita mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
YBHG. DATO’ HAJI MOHD AZMI BIN MOHD DAHAM D.P.M.T, A.M.Z, P.J.K
Pengarah Yayasan Terengganu
6
JAWATANKUASA INDUK
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SM IMTIAZ YT SETIU 2019/2021
YANG DIPERTUA : YB En. Shaharizukirnain Bin Abd Kadir
NAIB YANG DIPERTUA : En. Zugani Bin Yasin
SETIAUSAHA : Pengetua SM Imtiaz YT Setiu
TIMB. SETIAUSAHA : Pn. Najwa Adawiyah Binti Mhd. Tajuddin
BENDAHARI : Pn. Nor Fadzilah Binti Zulkifli
TIMB. BENDAHARI : Pn. Iylia Hazwani Binti Abrahman
AJK : En. Ismail Bin Ibrahim
: En. Mohd Zamry Bin Ramly
JURU AUDIT : Pn. Zanariah Binti Jaafar
: En. Hapiz Bin Abdullah Sani
: En. Che Yassin Bin Deraman
: En. Che Alias Bin Yasin
: En. Mohd Firdaus Bin Zakaria
: En. Khoiri Bin SetofaA
7
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT PIBG KALI KE-5 2022/2024
PENGERUSI :Pn. Marhaini binti Sulaiman (Pengetua)
TIMB. PENGERUSI I
TIMB. PENGERUSI II :Pn. Nur Haafiza binti Mohd Yusoff (PK Hal Ehwal Murid)
PENGARAH PROGRAM :Pn. Nurul Salehah binti Abdul Wahab (PK Pentadbiran)
TIMB. PENGARAH :En. Ismail bin Ibrahim (PK Kokurikulum)
BENDAHARI :En. Wan Aswadi bin Wan Ahmed (PK Ulul Albab)
:Pn. Norlaini binti Mohamad
:Pn. Najwa Adawiyah binti Mhd. Tajuddin
:Pn. Nor Hazlizam Binti Ibrahim
SAMBUTAN VIP PENDAFTARAN & SAMBUTAN IBU
BAPA
Pn. Marhaini binti Sulaiman (Pengetua)
Pn. Nur Haafiza binti Mohd Yusoff (PK HEM) Pn. Mazzyha Binti Marzuki (K)
Pn. Nurul Salehah binti Abdul Wahab (PKP) Pn. Engku Nur Fatin Azwani Binti
En. Ismail bin Ibrahim (PK KO) Engku Yacob@Engku Azman
En. Wan Aswadi bin Wan Ahmed (PK UA) Pn. Iylia Hazwani Binti Abrahman
JEMPUTAN PA SISTEM & SIARAYA
Cik Noraisyah Binti Zainal (K) En. Ahmad Farhan Bin Hashim (K)
Pn. Rabi’ah Binti Aziz En. Mohd Khairi bin Yusof
Pn. Faiznur Binti Muhamad En. Mohd Khoiri bin Setofa
PERSIAPAN TEMPAT & HIASAN PENTAS PENCATAT MINIT MESYUARAT
En, Mohamad Shahril Ashraf bin Ibrahim (K) Pencatat minit mesyuarat
En. Mohamad Hakimi bin Mohd Adanan Pn. Aida Shazana Binti Mohd Hatta (K)
Cik Siti Norehan Binti Abdullah Pn. Solehah Binti Ibrahim
Pn. Farhada Binti Mohd Razaki Pn. Nik Nurussafiyya Binti Nik Hassan
Pn. Noor Ain Binti Baharuddin
En. Mohd Hafiz Bin Ab Rahman Pencatat Nama Pencadang
En. Fakrul Ikhsan Bin Razali En. Syed Husain Najmi Bin Sayed Mohd
En. Abdul Rahman Binti Ismail Albakir
En. Muhammad Nur Naim Bin Asrul Sani En. Mohd Firdaus Bin Zakaria
8
PARKING DAN KAWALAN PELAJAR JAMUAN IBU BAPA
En. Mohd Hafizul Izwan Bin Mohamad Zaidi Pn. Nurul Farah Nadiah Binti Mohd Nordin
(K) (K)
En. Mohd Nazree bin Wahab Pn. Siti Aminah Binti Ibrahim
En. Mohamad Rizuan Bin Ab Malek Pn. Hindun Binti Mat Ghani
Pengawal Keselamatan En. Mohd Amir Hakim Bin Mohd Hanapi
Pelajar (KRS) Pn. Wan Mariani binti Wan Harun
Pn. Rogayah binti Mat Daud
JAMUAN VIP JURUACARA MAJLIS / PROTOKOL
Pn. Fazidah Binti Mohd (K) Pn. Nor Isnaini Binti Muhd Nor (K)
Pn. Siti Nor Shahirah Binti Salleh Cik Fatin Nadiah Binti Alias
Pn. Nurul Syamimi Binti Mohd Tahar Cik Fadhlin Sakina Binti Muhamad Din
TEKS UCAPAN GEMA WAHYU & BACAAN DOA
Pn. Izatil Huda Binti Abdul Razak (K) En. Abd Hafiz Bin Abd Karim (K)
Pn. Nur Aimie Nadia Binti Mohd Sauji En. Muhamad Luqman Bin Mat Salleh
DOKUMENTASI BUKU PROGRAM & BUKU MESYUARAT
En. Khairul Hakimin Bin Mohd Shafie (K) AGUNG
En. Mohd Khairul Azwan Bin Mohd Suhaimi Pn. Zalikha Binti Mohd Yusoff (K)
Pn. Aeisyatul Athirah Binti Mohamad Ali Pn. Nor Fadzilah Binti Zulkifli
Pn. Siti Balqis Binti Mohd Naim
HADIAH & CENDERAHATI
Pn. Nurul Alia Binti Mohd Zol (K) KEBERSIHAN
Pn. Nur Nashreen Zahira Binti Mohd Tahir En. Saiful Azmi Bin Mat Jusoh (K)
Pn. Norsyazwanie Binti Young Rockie En. Nurul Amira Binti Mohd Zaid
Pn. Noor Hazzarita Binti Abdullah GIMIK
En. Muhammad Faiq Bin Mazlan (K)
Pelajar (Iqbal & Amir)
9
10
AGENDA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE -4 2019/2021
1. Ucapan Penasihat
2. Ucapan Pengerusi
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali
ke-4
4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan
2021/2022
5. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Penyata Kewangan
berakhir Mei 2022
6. Perbahasan Usul
7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2021/2022 dan
Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2024
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan
11
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 4
Tarikh : 27 Disember 2021
Masa : 9.00 malam
Hari : Isnin
Tempat : Lokasi masing-masing ( Secara Atas Talian)
Kehadiran : 145 orang
PERASMIAN OLEH: -
Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir
Ahli Parlimen Setiu,
Merangkap Yang Dipertua PIBG SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu
TURUT HADIR: -
En. Wan Nazir
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-4 SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU SETIU 2019/2021
AGENDA 1: UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019/2021
1.1 En. Shaharizukirnain bin Abd Kadir menyatakan penghargaan kepada semua guru dan
ibu bapa yang menghadiri mesyuarat walaupun secara atas talian kerana mesyuarat
secara bersemuka belum dibenarkan demi mencegah penularan pandemik Covid-19.
1.2 En. Shaharizukirnain bin Abd Kadir menyatakan hasrat kepada sekolah untuk terus
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, hafazan Al-Quran dan sahsiah. YB
juga mengharapkan peranan ibu bapa untuk memberi dorongan kepada pelajar agar
dapat menamatkan pengajian di Imtiaz sehingga tingkatan 5.
1.3 Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi
2019/2021 diatas kerjasama yang telah diberikan. YB mengucapkan takziah kepada
keluarga Ustaz Abdul Wahab, mantan pengetua SMIYT Setiu atas pemergiannya, dan
berterima kasih atas segala jasa dan sumbangannya kepada sekolah.
1.4 YB merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 4.
AGENDA 2: PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-3
2.1 Puan Rohani mencadangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-3 untuk disahkan.
2.2 Encik Sofian menyokong cadangan tersebut.
12
AGENDA 3 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN
3.1 Pn. Nor Fadzilah binti Zulkifli yang merupakan Bendahari PIBG telah membentangkan
laporan kewangan yang berakhir pada Januari 2019 sehingga 31 Disember 2021. Beliau
meminta ibu bapa merujuk kepada buku PIBG yang telah disediakan. Keseluruhan duit
yang diterima adalah sebanyak RM 73,113.62. Sepanjang tempoh tersebut, pihak
sekolah telah menggunakan sebanyak RM 23,455.04. Manakala lebihan akaun PIBG
pada Disember 2021 adalah sebanyak RM 49,658.58.
3.2 Pengesahan laporan aktiviti tahun 2019/2021 dicadangkan untuk disahkan oleh En.
Ahmad Zulfadli Jusoh, dan disokong oleh Encik Anuar Sufian.
AGENDA 4: PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
4.1 Puan Haafiza selaku PKHEM membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2019 dan
2021 merujuk pada buku Mesyuarat Agung.
4.2 Beliau juga meminta semua ibu bapa merujuk buku Mesyuarat Agung yang telah
diagihkan berkaitan dengan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang
tahun 2019/2021 yang mana ia dikategorikan mengikut biro-biro yang telah ditetapkan.
Antara biro-biro tersebut adalah Biro Kebajikan dan Keselamatan, Biro Agama dan
Kerohanian, Biro Rekreasi dan Kebudayaan, Biro Pembangunan dan Keceriaan, Biro
Pendidikan, Biro Ekonomi dan Wakaf serta Biro Hubungan Luar dan Tugas-Tugas Khas.
4.3 Pengesahan laporan aktiviti tahun 2020/2021 dicadangkan untuk disahkan oleh Encik
Che Ghani dan disokong oleh Puan Siti Aminah.
AGENDA 5: PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021
5.1 Majlis sebulat suara bersetuju melantik Pn. Nur Haafiza binti Yusof sebagai pengerusi
sementara Mesyuarat Agong Tahunan PIBG.
AGENDA 6: PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022
6.1 Puan Nasibah mencadang agar ahli jawatankuasa dikekalkan untuk sesi seterusnya.
6.2 Puan Nora menyokong cadangan tersebut.
6.3 Puan Nur Haafiza binti Yusoff selaku PKHEM memutuskan Jawatankuasa PIBG sesi lepas
diteruskan.
AGENDA 7: PERBAHASAN USUL
7.1 Tiada perbahasan usul dibuat.
13
AGENDA 8: HAL-HAL LAIN
8.1 Encik Anuar Sofian mencadangkan agar pihak sekolah tidak membenarkan pelajar balik
apabila ada kes Covid-19. Selain itu, guru juga perlu memberi perhatian untuk
mengelakkan penularan Covid-19.
8.2 Encik Che Ghani menyatakan bahawa pekerja kantin atau asrama juga perlu beri
perhatian tentang SOP untuk mencegah wabak penyakit.
8.3 Encik Ahmad Zulfadli Jusoh memohon agar pihak sekolah memberi makluman awal
tentang sebarang keperluan dari ibu bapa agar ibu bapa yang tinggal di luar Terengganu
dapat lebih bersedia.
8.4 Encik Ishak Ghani berharap agar pihak sekolah dapat meningkatkan kemudahan asas
untuk pelajar seperti bilik air yang sempurna, pengurusan dobi yang baik, penyediaan
seterika yang mencukupi dan lain-lain.
8.5 Encik Zailani Idris memohon pihak sekolah untuk menambah kemudahan public phone
di asrama.
AGENDA 9: UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 YB menyeru ibu bapa untuk sama sama berganding bahu membantu pihak sekolah untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang. YB berdoa semoga pandemic ini segera berakhir
dan berterima kasih kepada semua yang menyertai mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.18 malam.
Disediakan Oleh Disahkan Oleh
………………………………………………. …………………………………
(PUAN NURHAAFIZA BINTI MOHD YUSOFF) (YB SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD KADIR)
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SM Imtiaz YT Setiu SM Imtiaz YT Setiu
14
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
UNIT PENTADBIRAN
TARIKH AKTIVITI
APRIL – SEPT 2022 PROGRAM KELAS HUJUNG MINGGU SPM (OPS SILIBUS)
8 & 9 APRIL 2022 BENGKEL FORMAT PENATARAN PRA SPM 2022
21 APRIL 2022 PELANCARAN JOM MEMBACA 10 MINIT
24 - 28 APRIL 2022 PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU JOM MEMBACA
22 MEI 2022 PELANCARANSEKOLAHKU SEJAHTERA
28 MEI 2022 KELAS INTENSIF ALQURAN PRA SPM
15
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
UNIT HAL EHWAL MURID
TARIKH AKTIVITI
19-JAN-21 SESI PENDAFTARAN KEMASUKAN KE ASRAMA
26-JAN-21 KEM KEPIMPINAN MPP/MPA SECARA DALAM TALIAN
27-JAN-21 KEM KEPIMPINAN MPP/MPA SECARA DALAM TALIAN
2-FEB-21 PROGRAM 3K
3-FEB-21 PROGRAM 3K
4-MAR-21 PROGRAM ZIARAH MAHABBAH
14-MAR-21 PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG
17-MAR-21 PELANCARAN PROGRAM DI BAWAH UNIT SUMUR
4-APR-21 PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1
5-APR-21 PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1
6-APR-21 PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN
18-MAY-21 PROGRAM ‘HEART TO HEART’
21-MAY-21 PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG
15-JUN-21 PROGRAM ZIARAH MAHABBAH
24-JUN-21 PROGRAM VIRTUAL KAHFI BERSAMA MPP & PRS
3-JUL-21 ‘‘TRAIN OF NUQABA’ SUMUR ONLINE
15-JUL-21 PROGRAM VIRTUAL KAHFI BERSAMA MPP & PRS
12-AUG-21 PROGRAM MOTIVASI (ONLINE)
2-OCT-21 PENDAFTARAN MASUK PELAJAR TINGKATAN 5 KE ASRAMA
6-OCT-21 PROGRAM MOTIVASI ‘AYUH BANGKIT HEBAT’
25-OCT-21 PROGRAM CAKNA PELAJAR
16
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
UNIT HAL EHWAL MURID
TARIKH AKTIVITI
7-NOV-21 PROGRAM MENTOR MENTEE
16-NOV-21 PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN
7-DIS-21 ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR ASRAMA
2-JAN-22 YA BUNAYYA
19-JAN-22
23-FEB-22 MAJLIS PEMBUBARAN & PERLANTIKAN KHALIFAH MUDA SESI 2020-2021 &
2021-2022
TAKLIMAT UPU
28-FEB-22 CERAMAH SAMBUTAN ISRA’ MI’RAJ
16- MEI-2022 MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAN GALA RAYA
17
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
UNIT KOKURIKULUM
TARIKH/ AKTIVITI/PROGRAM YANG DIJALANKAN PENCAPAIAN
TAHUN & PERINGKAT
25 OGOS 2021 ACARA MAHRAJAN AL-QURAN JOHAN
SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) KPM SM
13 SEPT 2021 PROGRAM CABARAN KRS PERINGKAT (I) PERTANDINGAN
NEGERI TERENGGANU 2021 SYARAHAN- (JOHAN)
(II) PERTANDINGAN
MASAKAN RIMBA
(JOHAN)
(III) PERTANDINGAN
MEMASANG KHEMAH
(IV) (NAIB JOHAN)
(V) PERTANDINGAN
HAFAZAN- (KETIGA)
(VI) PERTANDINGAN
KECERGASAN (KETUJUH
& KELAPAN)
1 APRIL - 4 KHAT SIBER ADNI NAIB JOHAN- NEGERI
SEPT 2021
21 OGOS 2021 PROGRAM YOUNG CODER SAGUHATI-KEBANGSAAN
PERTANDINGAN E-KALIMATUS SOBAH JOHAN-DAERAH
7-8 SEPT 2021 MENENGAH RENDAH KATEGORI
SEKOLAH MENENGAH (PEREMPUAN)
3 SEPT 2021 MAHRAAN KESENIAN ADAB DAN NILAI KETIGA- DAERAH
2021 (ADNI) SARJAN
UJIAN KENAIKAN PANGKAT KRS
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
2022 PERTANDINGAN PENULISAN JOHAN
PENGKARYA MUDA PERINGKAT DAERAH
SETIU
2 JUN 2022 PERTANDINGAN CABARAN PENGEKODAN JOHAN - NEGERI
2022 DRON ‘KOD KE UDARA’
2022
PERTANDINGAN CATUR MSST KETIGA- NEGERI
-Akan mewakili negeri
Terengganu ke peringkat
Kebangsaan
KEJOHANAN MSSD BOLA JARING KETIGA
PERINGKAT DAERAH SETIU
18
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
UNIT ULUL ALBAB
BAHAGIAN QURANIK
TARIKH AKTIVITI
05/04/2022 ORIENTASI TINGKATAN 1 (SIMULASI HAFAZAN)
17/04/2022 MESYUARAT GURU KBT KALI PERTAMA
18/04/2022 MAJLIS PENYERAHAN INFAQ AL-QURAN
03-28/04/2022 TADARUS AL-QURAN BERSAMA PELAJAR
03-28/04/2022 REMEMBER YOUR QURAN
03-28/04/2022 SEMARAKKAN RUH RAMADHAN
12/04/2022 BENGKEL TAHRIRI
18/04/2022 MAJLIS PENYERAHAN AL-QURAN INFAQ
25/04/2022 MALAYSIA #QURANHOUR
28/05/2022 KELAS INTENSIF HIFZ AL-QURAN TG4
30/05/2022 KELAS INTENSIF HIFZ AL-QURAN TG 1 & 2
31/05/2022 BENGKEL PENGHAYATAN A-QURAN
2-6/06/2022 KEM PECUTAN HAFAZAN SIRI 1/2022
23 – 24/06/2022 KEM KUARANTIN HAFAZAN SIRI 1/2022
19
LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
UNIT ULUL ALBAB
BAHAGIAN IJTIHADIK
KELAB AKTIVITI / PENCAPAIAN
ROBOTIK
PERTANDINGAN ADTEC ROBOFEST 2022
AVIONIK KATEGORI : ROBOT AUTO SUMO 500G
PERINGKAT : KEBANGSAAN
FOTONIK PENCAPAIAN : 10 PASUKAN TERBAIK
RENANG
BERKUDA PERTANDINGAN KOD KE UDARA : CABARAN PENGEKODAN DRON 2022
SOLARIK PENCAPAIAN : JOHAN
KOMUNITI
BENGKEL AVIONIK
SEM TARIKH : 12-13 OGOS
TEMPAT : SM IMTIAZ YT SETIU
BENGKEL FOTONIK
TARIKH : 15 OGOS 2022
TEMPAT : SM IMTIAZ YT KUALA BERANG
DILAKSANAKAN LATIHAN PERINGKAT SEKOLAH
DILAKSANAKAN LATIHAN PERINGKAT SEKOLAH
BENGKEL SOLARIK
TARIKH : 15 OGOS 2022
TEMPAT : SM IMTIAZ YT KUALA BERANG
DILAKSANAKAN LATIHAN PERINGKAT SEKOLAH
PERTANDINGAN SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL (SEM) SEMPENA
SAMBUTAN JUBLI EMAS YT
NAMA PRODUK : THE SWEIN BAG
PENGLIBATAN : 8 ORANG PELAJAR
PENCAPAIAN : ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK JUBLI EMAS
YAYASAN TERENGGANU
20
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SM IMTIAZ YT SETIU
BIRO AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN
BIL AKTIVITI / PROGRAM PERLAKSANAAN
1. KEM SPEED UP PT3 2021 JANUARI 2022
2. KEM A PEEP INTO SPM 2021 JANUARI 2022
3. MAJLIS PELANCARAN PROJEK KECEMERLANGAN PT3 DAN
JUN 2022
SPM 2022/2023
BIRO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
BIL AKTIVITI / PROGRAM PERLAKSANAAN
OKTOBER 2021 – MAC 2022
1. PROGRAM BAKUL SAYANG DI SAYANG FEBRUARI 2022
2. MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEJAMBAK KASIH APRIL 2022
3. PROGRAM ZIARAH AJK PIBG ALLAHYARHAM EN.
ZUGANI (NYDP PIBG)
BIRO REKREASI DAN KEBUDAYAAN PERLAKSANAAN
FEBRUARI 2022
BIL AKTIVITI / PROGRAM
1. PROGRAM REHLAH MINDA TING.4 (SANTAI SEJENAK)
BIRO AGAMA PERLAKSANAAN
APRIL 2022
BIL AKTIVITI / PROGRAM JUN 2022
1. MAJLIS IFTAR JAMAIE 2022
2. KEM PECUTAN HAFAZAN
21
22
PERBAHASAN USUL
BIL PENCADANG USUL MAKLUM BALAS
USUL
1 ZAILANI BIN 1. Mengadakan 1. Pihak sekolah telah melaksanakan pentaksiran
IDRIS peperiksaan secara Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selaras dengan
710418115427 berkala untuk kehendakan Kementerian Pendidikan
memantau tahap Malaysia. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Anak: pencapaian murid. Akhir Tahun juga akan dilaksanakan
Nur Aqila
Zahirah 2. Menyediakan satu 2. Platform Peperiksaan
(Tingkatan 2) ‘platform’ untuk
memudahkan ibu SM imtiaz YT Setiu telah berjaya didaftarkan
bapa mengakses masuk dalam Sistem Analisa Peperiksaan
keputusan Sekolah (SAPS) yang dikawalselia oleh JPNT.
peperiksaan anak- SAPS Ibu Bapa merupakan aplikasi yang
anak diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) untuk menjadikan laporan
markah peperiksaan pelajar lebih teratur.
SAPS merupakan singkatan bagi Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah. Para guru
mempunyai akses untuk memasukkan markah
ke dalam aplikasi SAPS. Manakala para ibu
bapa pula boleh membuat semakan prestasi
markah anak-anak melalui sistem SAPS
Semakan Ibu Bapa.
2 KELSUM BINTI Tidak membenarkan iPad yg dibeli adalah hak milik pelajar.
HUSIN murid membawa Penggunaan iPad semasa cuti utk pljr menyiapkn
700102116432 pulang gajet ketika kerja sekolah. juga menggelakkan kecurian iPad
waktu cuti atau pulang berlaku semasa cuti. Oleh itu menjadi
Anak: bermalam bagi tanggungjawab bersama ibubapa memantau
Muhammad mengelakkan mereka penggunaan iPad anak2 di rumah.
Imadduddin bin menggunakan gajet
Sukur secara tidak terkawal
(Tingkatan 2) semasa cuti.
3 ALI AMINUDDIN Perkhidmatan dobi Sejak pembukaan sekolah pada tahun 2015 pihak
berbayar di sekolah. koperasi telah menyediakan perkhidmatan dobi
BIN MOHD
RASANI berbayar. Walau bagaimanapun tahun 2020,
840501035263 perkhidmatan dobi ini bertukar kepada
Anak: perkhidmatan dobi layan diri akibat pandemik
covid-19. Pihak koperasi dalam perancangan
Ahmad Akif bin untuk menyediakan perkhidmatan dobi berbayar
Ali Aminuddin
setelah pihak berwajib meluluskan tapak khusus
(Tingkatan 1) untuk dobi.
23
PERBAHASAN USUL
BIL PENCADANG USUL MAKLUM BALAS
USUL
4 SYARUL 1. Cadangan perubahan 1. Usul ini akan dikaji dan dipertimbangkan
ANUWAR BIN masa outing dari semula dalam mesyuarat bersama pengurusan
YAACOB masa 10 pagi – 12. 30 sekolah.
810501115047 t/hari kepada 2.00 –
6.00 petang.
Anak: 2. Cadangan untuk 2. - Berdasarkan cadangan daripada ibu bapa
Muhammad mengadakan majlis yang berbeza dan juga kekangan masa
Adam Mustaqim atau program sekolah daripada YDP PIBG
Bin Syarul melibatkan kehadiran - Mengambil kira kebersamaan hari cuti
Anuwar ibu bapa pada hari hujung minggu bagi semua negeri iaitu
(Tingkatan 1) murid pulang pada hari Sabtu. Oleh itu, kami pihak
bermalam. sekolah berpendapat ibu bapa akan hadir
Contohnya, hari pada hari tersebut.
Khamis minggu murid
pulang. Ibu bapa
boleh terus membawa
setelah selesai majlis.
Hal ini bagi Hal ini
bagi meningkatkan
kehadiran ibu bapa
dalam program
sekolah.
24
Sekalung Penghargaan
Jawatankuasa PIBG SM IMTIAZ YT
SETIU merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih
di atas kehadiran, kerjasama dan
sumbangan yang telah diberikan.
25