The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zilaosman97, 2021-08-10 20:10:11

BUKU SKRAP SEJARAH LMHS

BUKU SKRAP

Keywords: SEJARAH

BUKU SKRAP SEJARAH
TAJUK : BUNGA RAYA

Nama guru : pn norashikin osman

Disediakan oleh :
Luqman Muhammad Hariz B. Saari

5 Ibnu Khaldun

BUNGA RAYA
BUNGA RAYA ADALAH BUNGA KEBANGSAAN NEGARA MALAYSIA.

SEJARAH BUNGA RAYA

❖ Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan,
Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai
untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

❖ Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan
tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga
Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.

❖ Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan
sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah
Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk
menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

❖ Bentuk lima kepolak bunga raya memebri maksud lima prinsip rukun negara
Malaysia.

KEISTIMEWAAN BUNGA RAYA

❖ Warna merah pada bunga raya melambangkan maksud keteguhan politik
dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Hingga ke
saat ini, bunga raya digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana,
bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit
syiling negara Malaysia.

❖ Warna merah pada bunga raya melambangkan maksud keteguhan politik
dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Hingga ke
saat ini, bunga raya digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana,
bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit
syiling negara Malaysia

❖ Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendokong aspirasi Bunga
Raya dalam memelihara perpaduan yang akanwujud demi masa depan
Malaysia yang lebih terjamin. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan
dengan identiti dan ia perkara yang sangat penting bagi sesebuah negara
bertamadun.

BUNGA RAYA MERAH MEMBARA

• Bunga raya merah dipilih sebagai bunga kebangsaan kerana warnanya. Warna
merah melambangkan semangat waja, warganegara cemerlang dan
keberanian.

• Warna merah melambangkan nilai yang harus ada pada setiap rakyat bagi
menaikkan nama negara di persada dunia.

Bunga Raya Merah Bermakna

Bunga raya bunga kebangsaan
Rona merah menjadi pilihan
Penuh simbolik teras kehidupan
Jadi panduan untuk kejayaan

Merah bererti semangat waja
Tersemat di jiwa rakyat jelata
Warganegara cemerlang juga maksudnya
Mendukung segala aspirasi negara

Merah membara lambang keberanian
Berjiwa kental hadapi cabaran
Rakyat maju tanpa halangan
Makmur negara satu haluan

BUNGA RAYA DAN RUKUN NEGARA

• Lima kelopak bunga raya melambangkan lima prinsip rukun negara.
Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan bagi membentuk
semangat perpaduan rakyat Malaysia.

• Rukun negara menyatupadukan semua rakyat tanpa mengira bangsa
dan agama. Setiap kelopak bunga raya mengingatkan kita untuk
mendukung prinsip-prinsip rukun negara pada setiap masa.

RUKUN NEGARA

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan

MEGAHNYA LAMBANG BUNGA RAYA

• Sebagai identiti negara, bunga raya digunakan secara meluas dalam urusan
rasmi dan tidak rasmi. Nama dan gambar bunga raya dijadikan sebagai
simbol, logo dan hiasan dalam kehidupan.

• Penggunaan simbol bunga raya mengingatkan kita tentang Rukun Negara.
Sebagai warganegara, kita haruslah menggunakan simbol bunga raya dengan
bertanggungjawab.

Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga dengan bunga kebangsaan negara saya, BUNGA RAYA.


Click to View FlipBook Version