The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizun Zakaria, 2020-05-05 22:59:20

CERPEN OREN

CERPEN OREN

KOMSAS TINGKATAN 1
CERPEN: OREN

Sinopsis
Tema & Persoalan
Watak dan Perwatakan

Latar
Plot
Gaya Bahasa
Nilai & Pengajaran

“Ke manakah Oren pergi? Dia tidak makan pun makanan yang ayah sediakan. Adakah
dia merajuk? Hujan-hujan begini di manakah dia berteduh?” Kami hanya mendengar
keluhan ayah. Sudah seminggu, hampir setiap malam pada hujung pertengahan
Disember ini hujan turun diiringi dengan guruh dan angin. Kelabu masih di pangkuan
ayah. Apabila melihat Kelabu, aku terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut
sewaktu ayah pulang dari tempat kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus
dahulu kini telah berubah. Kelabu semakin tembam. Bulunya yang berwarna kelabu
menjadikannya tampak menarik seperti kucing Siam. Ayah semakin memanjakan
Kelabu. Bagiku barangkali sejak kehadiran Kelabu, Oren semakin terpinggir daripada
belaian dan perhatian ayah. Jika ayah menganggap Oren telah merajuk, mungkin ayah
juga tahu sebab kucing sulungnya itu merajuk. Mungkin ayah telah sedar akan
kesilapannya tetapi yang menjadi tanda tanya mereka sekeluarga sekarang adalah ke
manakah Oren menghilangkan diri? Dalam diam-diam aku mengesyaki ada sesuatu
berlaku kepada Oren tetapi aku hanya mampu memendamkannya.Aku bimbang ayah
akan bertambah gelisah nanti. Aku juga tidak manu menambah rasa bersalah ayah
tentang sikap pilih kasihnya terhadap Oren sehingga Oren tidak pulang ke rumah.
Adakah ayah juga barangkali terfikir tentang perkara yang ingin aku luahkan kepadanya?

(Dipetik daripada cerpen ‘Oren’,
antologi ‘Kuingin Berterima Kasih’, halaman 33 – 34)

Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren.
Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli
keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah
memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren.Tidak beberapa lama
kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang
akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah
disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu
dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya
menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa
kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya
Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi
nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat
masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga
dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan

Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat
menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu

Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri.
Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia
mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.

iii. Berkongsi minat yang sama

Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli
keluarganya.

i. Permulaan/Eksposisi

Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah
dirasai oleh seluruh ahli keluarga

ii. Perkembangan

Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan
Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah.Azura memberitahu kepadaku bahawa Oren
melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh
ahli keluargaku.

iii. Klimaks

Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan
diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada hujung
pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.

iv. Peleraian

Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan hadapan
rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut

i. Pemerian

Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.

ii. Dialog

Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii. Monolog

Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama
empat hari.

iv. Monolog Dalaman

Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil
ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v. Imbas Kembali

Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.

vi. Imbas Muka

Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan
empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.

Watak Utama
Ayah

i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan
Oren

i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu

Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

Latar Masa

i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

LatarTempat/ Ruang

i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di

kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu

untuk bermanja dengan ayah
vi. longkang – tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat

i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya
sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing

ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara

iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan
mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

i. Simile
– seperti ada yang membersihkannya

ii. Personifikasi
– setiap kali mata Oren dan matanya bertemu

iii. Personifikasi
– Oren cemburu akan kehadiran Kelabu

iv. Sinkof
– tika (ketika)

i. Kasih sayang

– ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka

ii. Bertanggungjawab

– ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya

iii. Baik hati

– ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

1.Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih
sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.

2.Kita perlulah bertanggungjawab dalam
melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai
orang lain

3.Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu
diamalkan oleh semua orang untuk menjamin
kesejahteraan dalam hidup.


Click to View FlipBook Version