The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAJAK AKU KOMSAS TINGKATAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizun Zakaria, 2020-05-05 22:48:15

SAJAK AKU

SAJAK AKU KOMSAS TINGKATAN 1

Tidak ada manusia lain Tidak terasa olehku
di pantai ini sentuhan angin ini
kecuali diriku bertiup di mana-mana

Kususur pasir panjang Bahkan aku tidak tahu
sambil kubayangkan kulit kerang itu
aku ini Adam pernah wujud di sini

Hari inilah aku tercipta Tuhan
dan pertama kali melihat aku percaya Kau Pencipta
laut, langit dan pohon kerana aku baru ada.

Kelmarin aku belum ada
tidak terdengar olehku
bunyi ombak itu.

dipetik daripada antologi ‘Kuingin Berterima Kasih’
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka

Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa hanya dirinya yang berada di
pantai tersebut.

Rangkap 2
Penyajak menyusuri pantai yang panjang dan berpasir sambil
membayangkan dirinya sebagai Adam.

Rangkap 3
Penyajak membayangkan dia menjadi orang pertama dicipta
pada hari tersebut dan pertama kali dia dapat melihat, laut,
langit, dan pohon.

Rangkap 4
Penyajak menyatakan bahawa kelmarin dia masih belum
wujud dan tidak dapat mendengar deruan ombak.

Rangkap 5
Penyajak tidak dapat rasa tiupan angin yang bertiup di serata
alam.

Rangkap 6
Penyajak tidak mengetahui kewujudan hidupan lain di pantai
tersebut.

Rangkap 7
Penyajak menzahirkan keyakinannya bahawa Tuhan Maha
Pencipta.

Kecintaan kepada Pencipta.

(a) Bersyukur kerana dapat menikmati
keindahan dunia.

(b) Wujudnya hidupan lain di alam ini.

(c) Yakin bahawa Tuhan Maha Pencipta.

(a) Berbentuk bebas.

(b) Terdiri daripada tujuh rangkap.

(c) Setiap rangkap mempunyai tiga baris.

(d) Bilangan katanya satu hingga empat patah kata sebaris.

(e) Terdiri daripada dua hingga sepuluh suku kata sebaris.

(f) Rima akhir bagi rangkap pertama, kedua, ketiga, dan
kelima: abc; rangkap keempat dan ketujuh: abb; rangkap
keenam: aab.

Imej alam
– laut; langit; pohon; ombak; angin; kulit kerang; ru

Sinkope
– kecuali diriku, Tidak terasa olehku, Aku percaya Kau pencipta

Inversi
– Tidak ada manusia lain Kelmarin aku belum ada

Asonansi
– Tidak ada manusia lain (pengulangan vokal a)

Aliterasi
– sentuhan angin ini ( pengulangan konsonan n)

(a) Kesyukuran.
(b) Kesedaran.
(c) Keimanan.
(d) Kasih sayang

Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah
agar dapat meningkatkan tahap keimanan
kita.

Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan
kerana diciptakan di bumi ini.

Kita perlu yakin akan kewujudan Tuhan.

Kita hendaklah mencintai alam sekitar
supaya alam sekitar akan terpelihara.


Click to View FlipBook Version