The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizun Zakaria, 2021-04-23 00:39:22

KATA HUBUNG

KATA HUBUNG

Tatabahasa
KATA HUBUNG



Kata Hubung adalah

Perkataan yang bertugas untuk
menghubungkan atau menyambungkan
dua ayat tunggal atau lebih daripada
dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil
daripada penyambungan dua ayat atau
lebih daripada dua ayat dinamakan ayat

2

Jenis-jenis Kata Hubung

✔ 1. Kata hubung gabungan
✔ 2. Kata hubung pancangan
✔ 3. Kata hubung pasangan.

3

1. Kata Hubung Gabungan

Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239),
kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih
yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung
gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.

Contoh Kata Hubung Gabungan

✔ Atau – menunjukkan pilihan

Kamu mahu makan nasi atau mee?

✔ Dan - Menggabungkan dua unsur yang setara

Suria membaca buku dan Sofia membaca majalah.

✔ Kecuali - Menunjukkan tidak termasuk, melainkan, terasing, berbeza

Mariam akan ke taman petang ini kecuali hari hujan.

✔ Lalu - Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan berturut-turut
○ Danial pergi ke bandar lalu singgah di kedai buku.

5

Contoh Kata Hubung Gabungan 6

✔ Serta - Menyatakan maksud turut atau bersama-sama
○ Lina seorang yang pengasih serta penyabar.

✔ Sambil /seraya - Menunjukkan perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan

utama

○ Nurin berjalan sambil memimpin tangan adiknya.
○ Dia tersenyum seraya mengangkat tangannya.
✔ Tetapi - Digunakan untuk menyatakan hal-hal yang bertentangan atau

berlawanan.

○ Kereta itu besar tetapi enjinnya kecil.

2. Kata Hubung Pancangan

Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata
hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak
setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung
pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen
3. Kata hubung pancangan keterangan

Kata Hubung Pancangan Relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan
(kecil).
Contoh ayat:

✔ Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
✔ Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
✔ Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

8

Kata Hubung Pancangan Komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa
utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan
komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu
ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

✔ Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
✔ Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
✔ Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

9

Kata Hubung Pancangan Keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa
utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah,
sewaktu, ketika, tatkala, walaupun,malahan, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:

✔ • Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
✔ • Saya berkawan dengannya semenjak kecil

10

3. Kata Hubung Pasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata
hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun,
baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada...
ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Contoh Kata Hubung Pasangan

adakah...atau - Adakah wajar atau munasabah tuntutan pendatang asing itu?

baik...atau - Baik yang biru atau yang merah, harganya serupa.

baik...mahupun - Baik yang menang mahupun yang kalah, kedua-duanya tidak mahu
bertolak ansur.

biar...jangan - Biar putih tulang jangan putih mata

bukan sahaja...bahkan juga - Menteri negara itu bukan sahaja bermulut celopar
bahkan juga zalim terhadap rakyatnya.

bukan sahaja...tetapi juga - Pegawai wanita itu bukan sahaja garang tetapi juga 12
cerewet.

Terima Sila Jawab soalan kuiz Kata
Kasih Hubung di
http://gg.gg/latihantatabahasak
atahubung

13


Click to View FlipBook Version