Nama Ahli Kumpulan:
WAN ANISAH KAMILIA WAN AHMAD ASRI (15DRM19F2002)
AMYRA ASHARINA BINTI AZHARUL ABIDIN (15DRM19F2008)
ERNA ELLYANA BINTI MIOR ZULHAIMI (15DRM19F2006)
FARDINA ARIESHA BINTI BAHROM (15DRM19F2024)
NUR ASYIRA BINTI ARIFIN (15DRM19F2030)
BANK RAKYAT
KANDUNGAN
• Sejarah
• Visi dan Misi
• Ciri - Ciri & Kelebihan Pembiayaan Pribadi-I Sektor Swasta
• Sektor Pinjaman
• Syarat Kelayakan Untuk Memohon
• Senarai yang Perlu Dibawa Untuk Berurusan Dengan Bank Rakyat
• Caj yang Dikenakan
• Pencapaian Bank Rakyat
• Gambar
SEJARAH
• Bank Rakyat telah ditubuhkan pada Bulan September 1954 dibawah Ordinan Koperasi 1948,
berikutan perkembangan pergerakan koperasi di Semenanjung Malaysia.
• Bagi memudahkan perkembangan pergerakan koperasi, pihak koperasi telah menubuhkan bank
persatuan masing-masing bagi menyediakan kemudahan kewangan kepada ahli-ahli mereka.
• Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan membuat keputusan untuk bergabung dan
membentuk Bank Agong (Apex Bank).
• Pada tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad telah menggantikan Bank Agong dengan
membuka keahlian tidak hanya terhad kepada koperasi, tetapi juga kepada individu. Berikutan
pertukaran kepada undang-undang kecil juga telah menyebabkan penubuhan subsidiari syarikat
dan pembukaan cawangannya bagi melayan pelanggan dan juga keahlian.
• Pada 6 Januari 1973, nama Bank tersebut telah ditukar kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.
• Bank Rakyat diselia oleh Undang-undang dan Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad 1978
(Peruntukan Khas 202), yang membenarkan Bank Rakyat menyediakan pembiayaan kepada bukan
ahli.
• Pada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Tanah dan
Koperasi dan Kementerian Kewangan.
• Pada tahun 1993, Akta Koperasi telah disemak semula bagi membenarkan Bank beroperasi di Sabah
dan Sarawak.
• Pada bulan Mei 8 1993, Bank Rakyat telah mengorak langkah ke arah bank koperasi syariah dengan
memperkenalkan produk perbankan islam di empat cawangannya.
• Bank Rakyat menjadi bank koperasi islam sepenuhnya pada tahun 2002. Sehubungan itu, dengan
perkembangan penting ini, Bank Rakyat telah mencipta satu lagi peristiwa penting dimana ianya telah
menjadi bank ketiga yang menawarkan produl perbankan islam secara sepenuhnya di Malaysia.
• Pada 15 Februari 2002, Bank Rakyat bersama-sama dengan enam institusi kewangan dan
pembangunan telah diletakkan dibawah kawalan Bank Negara Malaysia menurut Akta Pembangunan
Institusi Kewangan (DFIA).
• Pada 27 Mac 2004, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah seliaan Kementerian Pembangunan
Usahawan.
• Pada 15 April 2009, selepas penyusunan semula kabinet, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah
Kementerian Kewangan dan kemudiannya dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan.
• Pada tahun 2018, Bank Rakyat diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MEDAC) yang memainkan peranan terhadap pembangunan keusahawanan negara dan
industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
• Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai sebanyak 147 cawangan yang menawarkan kemudahan
perbankan Islam kepada pelanggannya.
VISI MISI
Untuk Komuniti, Negara Bangsa Menjadi pemangkin
dan Planet pembangunan negara yang
diiktiraf di peringkat global melalui
rangkaian perkhidmatan
kewangan berlandaskan nilai
Islam, keharmonian masyarakat
dan kelestarian.
CIRI-CIRI & KELEBIHAN BANK RAKYAT PEMBIAYAAN PERIBADI-I SEKTOR SWASTA
Bank Rakyat Personal Financing-i Private menawarkan beberapa kelebihan berbanding pinjaman
peribadi Islamik yang lain. Berikut adalah ciri-ciri menarik skim pembiayaan peribadi daripada
Bank Rakyat ini.
Ditawarkan kepada jawatan tetap dan kontrak
• Bank Rakyat menawarkan pelan pinjaman ini kepada pekerja sektor swasta dengan jawatan
tetap dan juga jawatan kontrak.
Pinjaman 100% patuh Syariah
• Dengan mengamalkan konsep komoditi Murabahah, pinjaman ini adalah pinjaman peribadi
Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya.
Tempoh pembiayaan yang fleksibel dan panjang
Bank Rakyat menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 10 tahun untuk Bank Rakyat
Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta.
PINJAMAN DARIPADA BANK RAKYAT
1) Jenis pinjaman - Islamik ( Tak bercagar )
2) Jumlah pembiayaan - RM5,000 hingga RM150,000
3) Tempoh pembiayaan - 12 bulan hingga 120 bulan
4) Kadar keuntungan - 5.09% hingga 5.61%
5) Sektor pekerjaan - Kakitangan kerajaan/Bekerja sendiri
6) Kelayakan gaji - Gaji kasar RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun
7) Had umur - 18 hingga 60 tahun
8) Tempoh lulus - 3 hari bekerja
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Syarat kelayakan memohon yang ditetapkan oleh Bank Rakyat untuk mohon Pembiayaan
Peribadi-i Sektor Swasta adalah bergantung kepada jenis pendapatan anda. Berikut adalah
syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum mohon.
Syarat Umum Berpendapatan Tidak Tetap
• Warganegara Malaysia.
• Tidak disenarai hitam oleh mana-mana • Berumur 18 tahun hingga 55 tahun.
Bank atau AEON.
• Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas • Berpendapatan minimum bulanan
(SAA). RM5,000 atau tahunan RM60,000.
* Berpendapatan Tetap*
• Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
• Berjawatan Tetap - Berpendapatan
minimum bulanan RM2,000 atau tahunan
RM24,000.
• Berjawatan Kontrak – Berpendapatan
minimum bulanan RM8,000 atau tahunan
RM96,000.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan memohon Bank Rakyat Personal
Financing-i Public seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu sediakan dokumen-dokumen
berikut untuk mohon pinjaman ini.
• Salinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera.
• Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
• Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
CAJ YANG DIKENAKAN
Berikut adalah caj-caj yang akan dikenakan sekiranya permohonan Bank Rakyat
Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam anda lulus.
Tiada caj proses. Caj duti setem sebanyak 0.5%
daripada jumlah pinjaman
yang lulus.
Caj Wakalah atau agensi Caj lewat bayar sebanyak 1%
RM30.00 (termasuk Yuran daripada jumlah tunggakan
Broker). (ganti rugi Ta`widh).
PENCAPAIAN BANK RAKYAT
2015 2016
Pelancaran rasmi Menara Kembar Penubuhan Taska Kasih Nuri di Menara
Bank Rakyat oleh YAB Datuk Seri 2, Menara Kembar Bank Rakyat,
Mohd Najib Abdul Razak, Perdana kemudahan penjagaan kanak-kanak
Menteri Malaysia. untuk warga kerja Bank Rakyat,
dirasmikan oleh Pengerusi Bank
Pembukaan cawangan Kuala Pilah Rakyat.
oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan. Pelancaran model Menara Bank Rakyat
Johor oleh DYMM Sultan Johor untuk
Perasmian Bank Rakyat-Stesen LRT menandakan usaha niaga Bank dalam
Bangsar oleh Pengerusi Bank Rakyat pelaburan dalam segmen hartanah di
sebagai sebahagian daripada program Johor.
tanggungjawab sosial korporat Bank.
Program Kembara Kemanusiaan
Kemboja 2016 yang pertama dan
pengagihan daging korban bersempena
dengan Hari Raya Aidiladha.
2017 2018
Majlis Penyampaian Sijil Agensi Pelancaran program “The Islamic
Akreditasi Kewangan (FAA) untuk Banker” di Dewan Tun Abdul Razak,
Pengurus Cawangan sebagai Menara Kembar Bank Rakyat.
pengiktirafan kompetensi mereka.
Penganjuran Anugerah Autisme: Dari
Program Autismlimpik 2017 untuk Hati ke Hati di Dewan Tun Abdul
anakanak autistik di Lembah Klang. Razak, Menara Kembar Bank Rakyat.
Rakyat Run 2017, dianjurkan oleh Pelancaran Akaun Simpanan-i Umrah
Bank untuk pertama kalinya dan Tabung Korban.
bersempena dengan Sukan SEA
Kuala Lumpur 2017.
2019 2020
Organisasi tempatan pertama Bank Rakyat telah menganjurkan
diakreditasi di bawah Program Seiring forum kepemimpinan pemikiran yang
untuk SDG UNCT Malaysia bagi dikenali sebagai Forum Integriti Bank
agenda “Matlamat. Rakyat 2020 yang diadakan pada 14
Januari 2020 untuk memperhebatkan
Pembangunan Lestari” atau juga usahanya dalam mempromosikan
dikenali sebagai “Sustainable integriti dan tadbir urus yang baik.
Development Goals” (SDG).
Bank Rakyat telah memberikan
Mengekalkan kedudukan tempat moratorium pembayaran balik kepada
pertama daripada 100 Koperasi pelanggannya selama enam bulan
Terbaik Malaysia oleh Suruhanjaya untuk membantu masyarakat semasa
Koperasi Malaysia (SKM) bagi empat wabak COVID-19.
tahun berturut-turut.
CAWANGAN BANK RAKYAT