The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bagi mengenang jasa guru-guru yang telah berkhidmat di SMK Taman Sri Muda

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zihan, 2021-03-24 20:26:15

MAJLIS SANJUNGAN BUDI

Bagi mengenang jasa guru-guru yang telah berkhidmat di SMK Taman Sri Muda

Keywords: SAYONARA

SMK TMN SRI MUDA
JLN SABAR 25/83
40400 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

MAJLIS

SANJUNGAN
BUDI

TARIKH : 26 MAC 2021

HARI : JUMAAT

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH

ANJURAN : KELAB JALINAN MESRA 2021

KATA- KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum W.B.T,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat datang kepada semua
warga SMK Taman Sri Muda serta empat orang rakan guru yang kita raikan atas kesudian untuk
bersama-sama meriahkan majlis ini. Hal Ini menunjukkan bahawa ikatan silaturahim tiada batas dan
penghujungnya.
Bagi pihak Kelab Jalinan Mesra 2021, kami ingin memohon maaf jika tersilap dan terkurang dalam apa-
apa jua bentuk sekalipun sepanjang majlis ini berlangsung nanti. Saya turut mengambil kesempatan
di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam merancang dan
menjayakan majlis ini, AJK, barisan pentadbir dan semua yang terlibat.
Tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada empat rakan guru kita kerana tiga orang
daripada mereka telah berjaya mendapat kenaikan pangkat. Puan Meriam telah dinaikkan pangkat
sebagai PK Kokurikulum di SMK Subang, Puan Hafiza telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan
Mata Pelajaran di SMK Seksyen 24(2) dan Puan Rahayu juga telah dinaikkan pangkat sebagai Guru
Kanan Mata Pelajaran di SMK Subang Bestari serta Puan Vijaya telah berjaya bertukar ke sekolah
baharu iaitu SMK Dato’ Shahardin, Labu, Negeri Sembilan.
Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru SMK Taman Sri Muda merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Meriam, Puan Rahayu, Puan Hafiza dan Puan
Vijaya yang banyak memberi sumbangan dan komitmen sepanjang berada di SMK Taman Sri Muda.
Saya berdoa agar Puan Meriam, Puan Rahayu, Puan Hafiza dan Puan Vijaya dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambah ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa
dan negara.
Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Puan Meriam, Puan Rahayu, Puan Hafiza dan Puan Vijaya
Sekian, terima kasih.

KATA- KATA ALUAN PENGETUA

Salam Sejahtera,
Cuaca yang redup dan tenang seolah-olah mengambarkan perasaan kita yang berhimpun pada
pagi ini. Saya percaya bahawa di sudut hati guru-guru ini pasti ada perasaan sedih. Ini kerana empat
orang rakan guru kita telah pergi meninggalkan SMK Taman Sri Muda.
Tahniah diucapkan ke atas mereka bertiga kerana telah mendapatkan kenaikan pangkat. Puan
Meriam telah dinaikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum di SMK Subang, Puan Hafiza telah dinaikkan
pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK Seksyen 24(2) dan Puan Rahayu juga telah
dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di SMK Subang Bestari. Manakala, tahniah
juga diucapkan kepada Puan Vijaya dapat bertukar ke SMK Dato’ Shahardin, Labu, Negeri Sembilan.
Walaupun saya berbangga kerana tiga rakan guru kita telah dinaikkan pangkat serta seorang
berjaya bertukar ke sekolah baharu, tetapi dalam masa yang sama saya berasa sedih kerana telah
kehilangan empat orang guru yang begitu berdedikasi dan banyak memberi sumbangan kepada
sekolah.
Walaupun saya masih baharu di sini, saya difahamkan Puan Meriam merupakan orang penting
dalam pembinaan Surau At- Taqwa, SMK Taman Sri Muda di samping peneraju pentadbiran sekolah
di sesi petang. Begitu juga dengan Puan Rahayu, Puan Hafiza dan Puan Vijaya yang banyak
memberi sumbangan dalam bidang Kurikulum dan Sains dan Matematik serta Bahasa terutamanya.
Memang benar kata orang, patah tumbuh hilang berganti, namun kehadiran mereka berempat
tetap menjadi kenangan yang terpahat di hati warga SMK Taman Sri Muda. Walau bagaimanapun
saya berdoa agar Puan Meriam, Puan Rahayu, Puan Hafiza dan Puan Vijaya akan meneruskan usaha
dan kecemerlangan mereka dalam meningkatkan kualiti profesion perguruan di sekolah baharu
seperti apa yang mereka telah lakukan di sekolah ini.
Saya selaku Pengetua sekolah ini, mewakili guru-guru yang lain ingin memohon maaf andai terdapat
salah dan silap sepanjang tempoh perkenalan dan kerjasama kita di sekolah ini. Diharap, pada masa
akan datang sudi-sudikanlah semua untuk datang menjenguk kami di sini. Bak kata pepatah, biar
jauh di mata tapi dekat di hati.

Sekian, terima kasih.

ATUR CARA

7.30 – KEHADIRAN AJK
8.00 – KEHADIRAN GURU-GURU
8.30 – KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

(JAMUAN RINGAN UNTUK TETAMU)
9.00 – MAJLIS BERMULA

- LAGU NEGARAKU
- LAGU NEGERI SELANGOR
- LAGU SEKOLAH
- UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
- BACAAN DOA
- UCAPAN PENGERUSI KJM
- UCAPAN PENGETUA
- TAYANGAN VIDEO PUAN VIJAYA
- UCAPAN PUAN VIJAYA
- TAYANGAN VIDEO PUAN HAFIZA
- UCAPAN PUAN HAFIZA
- TAYANGAN VIDEO PUAN RAHAYU
- UCAPAN PUAN RAHAYU
- TAYANGAN VIDEO PUAN MERIAM
- UCAPAN PUAN MERIAM
10.30 – PENYAMPAIAN HADIAH
11.05 - PERSEMBAHAN

11.15 – PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BATIK

11.30 – JAMUAN MAKAN, BERSURAI

PUAN VIJAYA

Nama :Vijaya a/p Nallapan

Tarikh Lahir : 11 Mac1968

Asal :Sepang, Selangor

Latar Belakang Pendidikan

Maktab Perguruan Seri Kota Kk- Sijil Perguruan
UM - Sarjana Muda Pengajian Melayu

Nama Sekolah Berkhidmat

SJKT Ladang Teluk Merbau, Sepang Selangor (1993-1996)
Sek Men Keb Taman Sri Muda (1996-2020)

Anugerah

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

PUAN HAFIZA

Nama :Hafiza binti Md Halim

Tarikh Lahir :3 Feb 1980

Asal :Alor Setar, Kedah

Latar Belakang Pendidikan

Sek Rendah St Nicholas Convent Alor Setar
Sek Rendah Kebangsaan Teluk Kechai Alor Setar Kedah
Sek Men Keb Sultanah Asma Alor Setar
Matrikulasi USM Kota Bharu Kelantan
Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan USM

Nama sekolah Berkhidmat

Sek Men Keb Methodist Parit Buntar Perak (2002-2003)
Sek Men Keb Taman Sri Muda (2004-Nov 2020)
Sek Men Keb Seksyen 24(2)( Nov 2020-Sekarang)

Anugerah

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2007 dan 2016

PUAN RAHAYU

Nama :Rahayu binti Razali

Tarikh Lahir :14 Jun 1983

Asal :WP Kuala Lumpur

Latar Belakang Pendidikan

SK Taman Muda, Ampang Selangor
SK Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan
SMK Pendeta Zaaba, Seremban, Negeri Sembilan
Matrikulasi Pulau Pinang (Sains Hayat)
Universiti Putra Malaysia
Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian) Major
Biologi Minor Matematik

Nama Sekolah Berkhidmat

Sek Men Keb Taman Sri Muda (21 Feb 2007 - 28 Feb 2021)

Anugerah

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

PUAN MERIAM

Nama : Meriam binti Osman

Tarikh Lahir : 18 Jun 1965

Asal : Pulau Pinang

Latar Belakang Pendidikan

SM Al Irsyad Pulau Pinang
Kolej Islam Kelang
Diploma Pendidikan- UIA
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam -UKM

Nama Sekolah Berkhidmat

SMK Perempuan Kapar 4 (1991-1994)
SMK Seksyen 16(1995-2018)
SMK Taman Sri Muda PK Petang (Jan 2019- Feb 2021)
SMK Subang PK Kokurikulum (2021-Sekarang)

Anugerah
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (1994, 2007, 2013)
Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Daerah PP - Johan
2017 dan 2018
Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri
2018 - ketiga
Anugerah Guru Pemimpin Cemerlang PPIM Peringkat Negeri
2016 (ketiga), 2017 (Johan)
Anugerah khidmat setia PPD PP 2016, 2017
Anugerah Khas Pengetua 2017, 2018

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Datuk Magendran M. Munisamy
Pengerusi : Puan Noorzihan bt Samah
Naib Pengerusi : Puan Azwani bt Masuwai
Setiausaha : Puan Nurul Shazwani Aswar bt Azmi
Naib Setiausaha : Cik Dyna Nurliyana bt Mohamad Yusof
Bendahari : Puan Siti Raxkina bt Kulop Ahmad
Naib Bendahari : Puan Siti Habibah bt Juddin

JAWATANKUASA KERJA

Floor Manager/Protokol : Puan Siti Raxkina bt Kulop Ahmad
Teknikal/Siaraya : Encik Azhari bin Abd Aziz
: Encik Saipul Nizam bin Mohamed
Jemputan : Puan Azwani bt Masuwai
Sambutan VIP : Puan Noorzihan bt Samah
Buku Program : Puan Norlaili bt Deraman @ Ramli
Montaj & Tayangan Video : Puan Tay Bek Khee
Pendaftaran Guru/Tetamu : Puan Cheah Mooi Far
Persiapan Tempat : Encik Mohd Wassiq bin Amran
Kebersihan tempat : Puan Sivagamy a/p Naina Raman
Pengacara Majlis : Puan Azianty Imra binti Abd Rahim
Bacaan Doa : Encik Mohd Wassiq b Amran
Teks Ucapan : Puan Nor Haliza bt Ibrahim
Dokumentasi : Puan Nurul Shazwani Aswar bt Azmi
Fotografi : Puan Nurhidayah bt Mohd Pozi
Rakaman video : Encik Abu Sufian bin Mohd Shafie
Jamuan VIP : Puan Elsa Majmiza bt Murad Khan
Jamuan Guru : Puan Azura bt Hashim
Cenderamata : Puan Sazlina bt Mohd Salleh
Penyampaian Cenderamata : Puan Azerina bt Tomichan @ Tumijan
Hiasan Pentas & Backdrop : Cik Dyna Nurliyana bt Mohamad Yusof

Puan Siti Habibah bt Juddin

SEPANTUN KENANGAN

Pagi-Pagi Menoreh Getah
Menoreh Getah Di Kebun Pak Irpan

Seketika Bertemu Kini Berpisah
Sudah Menjadi Lumrah Kehidupan

Sedap Sungguh Si Buah Longan
Sedap Dimakan Jika Berteman
Hilang Dimata Di Hati Jangan
Ku Simpan Nasihat Sebagai Pedoman

Gugur Berderai Si Air Mata
Hulurkan Segera Sapu Tangan
Tangan Dihulur,Maaf Dipinta
Jasa Dan Bakti Jadi Kenangan

Harum Sungguh Sibunga Melati
Bunga Melati I Di Taman Pak Hasan

Walaupun Berat Rasa Dihati
Demi Tugas Cikgu Kami Relakan

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang Baik Dikenang Jua

Kalau Ada Sumur Di Ladang
Boleh Kita Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang

Boleh Kita Berjumpa Lagi

Terima Kasih Cikgu Dan Selamat Bertugas Di Tempat Baru


Click to View FlipBook Version