The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bba9212normizammdyasin, 2020-11-05 21:00:06

sang kancil dengan buaya

sang kancil dengan buaya

pss@skdesaputra

Sang Kancil dan Buaya

Pada zaman dahulu,di sebuah
hutan terdapat seekor binatang yang
sangat cerdik bernama Sang
Kancil.Sang Kancil merupakan tempat
untuk mengadu bagi binatang-
binatang yang lain sekiranya ditimpa
musibah. 0leh itu,Sang Kancil
sangat terkenal diseluruh rimba.

Dipendekkan cerita, suatu hari
Sang Kancil sedang mencari
makanan di tepi sungai. Tidak jauh
dari sungai itu terdapat sepohon
rambutan yang tengah masak
ranum.

Sang Kancil cukup bertuah kerana
begitu banyak buah rambutan yang
sudah gugur ke tanah.

Maka tanpa perlu bersusah payah
mencari makanan,dia memakan
buah-buah itu sehingga kenyang.

Setelah selesai makan ,Sang
Kancil berasa haus pula. Tanpa
mengesyaki apa-apa,Sang Kancil
menghampiri tebing sungai untuk
meminum air.

Ketika sedang asyik minum,seekor
buaya muncul dihadapannya.Sang
Kancil terkejut, namun tidak
berani melarikan diri.

"Hahaha..Habislah kau Kancil.
Aku dah lapar ni.. Sudah tiga hari
aku tak makan..dan hari ini rezeki
aku datang sendiri” kata buaya di
dalam hatinya.

Aku takkan lepaskan kau
Kancil!“. Jerit buaya lalu terus
menyambar 'kaki' Sang Kancil.
“Auwww !” Jerit Sang Kancil
terperanjat.

Walau bagaimana pun Sang
Kancil tersenyum kecil apabila
melihat 'kakinya' yang disambar
buaya itu rupanya ranting kayu
yang berlonggok di tepinya.

Namun dia harus berpura-pura
sakit supaya buaya tidak perasan
kesilapannya.

"Sebelum kau makan aku wahai
sang buaya yang bijaksana, izinkan
aku menyanyikan sebuah lagu
untuk kali terakhir.",kata Sang
Kancil seolah-olah merayu.

Buaya yang tidak pernah dipuji itu,
terus berasa bangga. Selama ini,
sakit telinganya mendengar
binatang-binatang di hutan itu
asyik memuji-muji kebijaksanaan
Sang Kancil.

"Baiklah tapi sudahkan
lagu itu cepat sedikit. Aku sudah
tidak sabar untuk meratah
daging kau yang sedap ni !“.
Balas buaya megah tetapi masih
tidak melepaskan 'kaki' Sang
Kancil yang sebenarnya
hanyalah ranting kayu yang
digigitnya itu.

Sang Kancil tersenyum
sendiri dengan kebodohan Sang
buaya. Tanpa membuang masa,
Sang Kancil mula bernyanyi.

"1,2 dan tiga..Sang Kancil
bijaksana..Silapnya cuma sikit,
buaya salah gigit..itu bukan
kakiku,hanyalah kayu..",nyanyi
Sang Kancil kemudian terus
memecut melarikan diri dari Sang
buaya yang baru menyedari
kesilapannya itu.

Sang buaya yang baru sahaja
terlepas makanannya itu. Buaya
berasa sangat geram dan marah.
Walaupun begitu tiada apa-apa
yang boleh dilakukan kerana Sang
Kancil sudah pun menghilang di
sebalik semak.

Buaya terpaksa akur menunggu
mangsa yang lain pula.

Begitulah pengakhiran kisah Sang
kancil dan buaya.

-TAMAT-


Click to View FlipBook Version