Arnab dengan
Kura-kura
pss@skdesaputra
Pada suatu hari, Sang Kura-kura
sedang berjalan perlahan-lahan
mengambil angin pagi di rimba.
Tiba-tiba datang Sang Arnab yang
memang terkenal antara binatang
yang pantas di rimba itu.
"Eh, Kura-kura, ada kau di sini,
mahu ke mana kau?", kata Sang
Arnab membuka bicara.
"Ya, Arnab, aku tak ke mana-
mana saja berjalan-jalan", jawab
Sang Kura-kura.
"Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku
tengok kau ni, jalan pun lambat,
bila kau mahu tiba ke destinasi",
ejek Sang Arnab yang memang
dikenali suka mengejek yang
lemah.
"Tak apalah Sang Arnab, dah
dijadikan aku begini, aku redha",
kata Sang Kura-kura sambil terus
berjalan meninggalkan Sang
Arnab tadi.
Sang Arnab masih tidak berpuas
hati kerana Sang Kura-kura
sepertinya tidak terkesan akan
sindirannya tadi. Lantas dia
mengemukakan satu cabaran
kepada Sang Kura-kura dengan
niat mahu mengenakan dan
memalukannya.
"Apa kata kalau kita berlumba
Kura-kura, saja aku mahu
bersaing dengan kau“.
"Tidak apalah Arnab", jawab
Sang Kura-kura ringkas.
"Tak kira Kura-kura kau mesti
berlumba dengan aku juga besok.
Aku tunggu dekat tebing sungai
sana", kata Sang Arnab tidak
mempedulikan kata-kata Sang
Kura-kura.
Keesokkan harinya, seluruh
rimba datang untuk menyaksikan
perlumbaan antara Sang Arnab
dan Sang Kura-kura itu. Sang
Kancil bersetuju untuk menjadi
pengadil dalam perlumbaan
tersebut.
Perlumbaan dijadualkan
bermula dari tebing sungai,
mengelilingi rimba dan tamat
semula di tebing sungai.
Perlumbaan pun dimulakan di
tengah-tengah hiruk pikuk
penyokong kedua-dua peserta.
Dengan pantasnya Sang Arnab
berlari jauh meninggalkan Sang
Kura-kura. Sedang Sang Kura-kura
berjalan perlahan-lahan melepasi
garisan mula.
Setelah beberapa ketika Sang
Arnab berhenti di bawah
sebatang pokok. Lalu dia
memerhatikan kalau-kalau ada
kelibat sang Kura-kura di
belakangnya.
"Ah, pasti sudah jauh ku
tinggalkan Kura-kura. Garisan
tamat pun dah dekat, mengantuk
pula aku, baik aku tidur sekejap.
Bila aku terjaga nanti Kura-kura
pasti belum memotong aku", fikir
Sang Arnab.
Dengan rasa mengantuknya, Sang
Arnab pun tidur di bawah pokok
tersebut.
Tidak lama kemudian, Sang Kura-
kura tiba di pokok tempat Sang
Arnab sedang tidur. Dengan tidak
mempedulikan Sang Arnab, Sang
Kura-kura terus berjalan
perlahan-lahan menuju garisan
penamat.
Selepas beberapa ketika, Sang
Arnab terjaga daripada tidurnya.
Dengan tergesa-gesa dia berlari
menuju garisan penamat.
"Ish, lama pula aku tidur, entah-
entah Sang Kura-kura sudah
memotong aku", getusnya
sendiri.
Arnab pun berlari sekuat-kuat
hatinya.
Malangnya, sesampainya Sang
Arnab di garisan penamat
kelihatanlah Sang Kura-kura
menerima ucapan tahniah
daripada binatang-binatang rimba
yang lain kerana memenangi
perlumbaan itu.
Dengan rasa malunya Sang Arnab
beredar pantas dari situ dengan
perasaan malu kerana tewas
kepada Sang Kura-kura sambil
diketawakan para penghuni
rimba.
-TAMAT-