PENERAPAN NILAI SIVIK
Setiap hasil karya yang dihasilkan oleh pengarang
mempunyai fungi tertentu:
Hiburan
Pendidikan
Dakwah
Kritikan sosial
Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan
warganegara yang mengetahui hak,
bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi
menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat,
negara dan global dengan berfokus kepada literasi
sivik dan amali sivik. Pendidikan sivik ini dilaksana
dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik
melalui perhimpunan sekolah, kurikulum,
kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program
sekolah.
NILAI TERAS SIVIK
Melalui hasil karya, penulis akan menerapkan nilai-
nilai murni untuk disampaikan kepada masyarakat.
Nilai teras yang cuba disampaikan oleh pengarang
bertujuan sebagai mendidik masyarakat.
Nilai ini dapat dilihat melalui nilai-nilai murni yang
cuba diterapkan oleh pengarang dalam setiap hasil
karya yang dihasilkan.
Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat
kearah kesejahteraan.
Nilai teras sivik yang terkandung dalam hasil karya
pengarang bagi melahirkan masyarakat yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani ke arah melahirkan masyarakat
yang sejahtera.
Pengarang merupakan agen yang dapat
menerapkan nilai teras sivik kepada pembaca.
Sebagai contohnya dalam karya pengarang, pengarang
akan menerapkan nilai bertanggungjawab dan
kebanggaan dalam karyanya.