The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MJ, 2023-07-21 12:29:34

BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK RAMPAYAN MENGGATAL KALI KE-29

BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA SKRM 2023

KeSEKOLAH KEBANGSAAAN RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU . DATIN MASNAH BINTI BIDIN GURU BESAR SK RAMPAYAN MENGGATAL Dirasmikan Oleh : YB TUAN MUSTAPHA SAKMUD TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia Madani Salam Sepakat SKRM Hebat dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SK Rampayan mengucapkan selamat datang kepada En. Raffe Jafree. Terima kasih kerana sudi bertamu bersama kami dalam kejohanan olahraga pada tahun ini. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-29 Sesi 2023 Peringkat SK Rampayan Menggatal dapat dijalankan walaupun dalam tempoh persiapan yang agak singkat dan cuaca yang tidak menentu. Sokongan guru-guru dan ibu bapa menjadikan kejohanan kali ini dapat dijalankan dengan penuh cemerlang serta dengan semangat juang yang tinggi. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru saya yang telah bertungkus lumus membuat persiapan bermula dengan acara acara padang, sukaneka, merentas desa dan seterusnya hingga ke acara kemuncak pada hari ini. Kesemua itu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama guruguru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik murid-murid. Sesungguhnya kepentingan sukan sama penting dan utama dengan kepentingan akademik. Kepada para murid, tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat kesukanan. Saya yakin semangat ini jika diteruskan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik para murid. Saya juga yakin, murid-murid yang menjadi atlet pada hari akan menjadi atlet negara suatu masa nanti. Yang Dihormati, En. Raffe Jafree, Pegawai Khas YB Mustapha Sakmud, En. Jefri Metusin, YDP PIBG SK Rampayan, Rakan-rakan Guru Besar OK9 Manggatal, Barisan Penolong Kanan OK9 Manggatal, Barisan YDP PIBG OK9 Manggatal, Guru-guru, AJK PIBG, Ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi. GURU BESAR SK RAMPAYAN DATIN MASNAH BIDIN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 SESI 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL


Hadirin yang dihormati, Kejohanan yang dijalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah. Kepada para murid yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara. Saya merasakan kejohanan ini merupakan arena terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti dalam melatih atlet rumah sukan masing-masing. Jika tewas dalam sebarang acara, semangat bersukan itu pasti akan menjadikan murid itu seorang yang berfikiran terbuka dengan menyimpulkan bahawa hidup adalah perjuangan dan perlumbaan. Hanya yang berusaha dan berdoa, akan berjaya. GURU BESAR SK RAMPAYAN DATIN MASNAH BIDIN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 SESI 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan semangat dan sokongan kepada anakanak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan keterlibatan murid-murid dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum juga. Akhir kalam, terima kasih untuk semua, terima kasih atas kerjasama. Sokonglah kami untuk membentuk generasi masa depan yang lebih gemilang. Sepakat SKRM Hebat. Majulah sukan untuk SKRM. Sekian, terima kasih.


Yang Berusaha, Datin Masnah Bidin, Guru Besar SK Rampayan Menggatal. Yang Berusaha Penolong-penolong Kanan, Guru-guru, Tuan Puan dan semua murid yang dikasihi sekalian. Salam Sejahtera, Salam perpaduan, Salam Malaysia Madani. Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini pada Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah bagi sesi 2023. Sidang Hadirin Sekalian, Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa SK Rampayan. Ini membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada saya. YANG BERBAHAGIA TUAN MUSTAPHA SAKMUD KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 SESI 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL Sidang hadirin yang dihormati… Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal,otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan. Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-murid. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak. Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-29 SK Rampayan Menggatal 2023. Sekian terima kasih.


MATLAMAT Kejohanan olahraga tahunan dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi, melahirkan keazaman yang kuat dan membina sikap bertoleransi bersama serta dapat memupuk semangat juang secara berpasukan. Ia juga merupakan penyumbang utama kearah pembentukan tingkahlaku dan peribadi pelajar. Kejohanan ini juga menjadi medan pemilihan peserta yang berbakat dan berkebolehan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah dan yang lebih tinggi. Untuk menggapai harapan yang menjulang, komitmen dan kerjasama semua warga SK Rampayan Menggatal menjadi kunci utama untuk memartabatkan SK Rampayan Menggatal sebagai sebuah sekolah yang gemilang dalam semua bidang yang diceburi. OBJEKTIF 1. Mencungkil dan mengembangkan bakat sukan olahraga dikalangan pelajar. 2. Melahirkan murid yang cergas fizikal serta cerdas mental mereka. 3. Mengaplikasikan pengetahuan dalam pengurusan dan kepegawaian di kalangan guru berasaskan pengalaman terdahulu. 4. Mewujudkan hubungan yang rapat dan mesra serta menanam semangat kerjasama dikalangan warga SKRM. 5. Memperoleh pencapaian terbaik dalam olahraga ke arah memartabatkan SKRM ke tahap yang lebih membanggakan.


JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 / 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU Penaung En Suhaimi bin Haji Matshah Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Pengerusi Datin Masnah binti Bidin Guru Besar SKRM Tim. Pengerusi En. Hadi Adam bin Shariff Guru Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 1 Pn. Norlianah binti Tantu Guru Penolong Kanan Kurikulum & Pentadbiran Naib Pengerusi 2 Pn. Mariati binti Awad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 3 Pn. Zubaidah binti Suhaibul Guru Penolong Kanan Petang Setiausaha En. Mohd Azrul Hisham Bin Ab Aziz Pen. Setiausaha Cik Hasima binti Rusdi Bendahari Pn. Morine binti Kudin


JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 / 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU Refri En. Mohd Azrul Hisham Bin Ab Aziz Bacaan Doa En. Kapli Abas Juri Rayuan Pengerusi Datin Masnah binti Bidin (Guru Besar) AJK En. Hadi Adam bin Shariff (GPK Kokurikum) Pn. Norlianah binti Tantu (GPK Kurikulum & Pentadbiran) Pn. Mariati binti Awad (GPK HEM) Pn. Zubaidah binti Suhaibul (GPK Petang) Penyelia Peralatan/ P.A Sistem En. Mohd Azrul Hisham Bin Ab Aziz En Ruzilah @ Ag Razi bin Jahari En. Kapli Abas En. Agku Shahruddin En Mohammad Helmi bin Amat @ Abd Rahman Juruacara En. Kapli Abas Pn. Absal@Hafsah Ariff Pengurus Buku Program & Banner Pn. Masalinah Jamri Pn. Nuraini binti Abdullah Urusetia Kejohanan Cik Hasima Rusdi Pn. Heni Somiun Pengurus Pencatat Keputusan & Statistik Pn Normadiya Antahamin Pn. Noridah Munol Pn. Rubiah Sutan Ketua / Pengurus Rumah Sukan Pengurus Hadiah, Cenderahati dan Sijil Pn Deavy Noramzamnas Pn Zainab Pn. Deena Prestini Karim Pn. Maswynn Wiriqqa Mansor Cik Hazliyana binti Hassan Pn. Morine Kudin Rumah Biru : Pn. Nurjanna Bt Mohd. Pana Rumah Merah :Pn. Dayang Aishah bt Alinor Rumah Kuning : Pn. Bibiana Billey Rumah Hijau : Pn. Faridah Salleh Pengurus Persiapan Tempat/ Pentas En. Mohd Azrul Hisham Bin Ab Aziz Pn. Bibiana Billey Pn. Nurjanna Bt Mohd. Pana PengurusJemputan & Sambutan Guru Besar Semua Penolong Kanan Cik Hazliyana binti Hassan


JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 / 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU Hakim Acara Padang Hakim Lontar Peluru : Pn Deavy Noramzamnas(K) Cik Siti Maizura binti Abdul Salam Hakim Lompat Jauh : En Ruzilah @ Ag Razi bin Jahari (K) Pn Harliana Ismail Hakim Lompat Tinggi : Pn. Falentina Tokan Cik Aziera binti Makim Pengurus Teknik dan Balapan Acara Padang & Sukantara : En. Mohd Azrul Hisham Bin Ab Aziz Acara Balapan : En Ruzilah @ Ag Razi bin Jahari Sukaneka : Cik Hasima Rusdi Merentas Desa : Pn. Nurjanna binti Mohd Pana Hakim Penamat/ Penjaga Masa Pn. Bahara Sangkalang Pn. Nuraini binti Abdullah Pn. Harliana Ismail Pn. Rahimah Taib PENGURUS TAJAAN/ SUMBANGAN Cik Hasima Rusdi Pn. Bahara Sangkalang Pn. Nurkisa @ Norkesah Hj Musa PIBG Penangkap Pemenang Pn. Grace Stimol Pn. Masalinah Jamri Guru praktikal Jurugambar En Ruzilah @ Ag Razi bin Jahari (Track) Cik Siti Maizurah Binti Abdul Salam (Pentas) PengurusJamuan Pn. Dg. Mariam Sie (K) Pn. Fazilah binti Abdul Rahim Cik Aziera binti Makim PIBG Pengurus Keselamatan dan Pertolongan Cemas Pn. Dayang Aishah bt Alinor En. Agku Shahruddin Pengawal Keselamatan Pegawai Balapan/ Pengadil Lorong Pn. Falentina Tokan PIBG PENGURUS DOKUMENTASI Cik Hasima Rusdi


ATURCARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 / 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU 7.00 Pagi Pendaftaran Atlet, Guru & Ibu Bapa 7.30 Pagi Senamrobik 7.45 Pagi Murid Berkumpul Mengikut Rumah Sukan 8.00 Pagi Acara Balapan 100 Meter Lelaki (Kategori B) 100 Meter Perempuan (Kategori B) 100 Meter Lelaki (Kategori A) 100 Meter Perempuan (Kategori A) 8.30 Pagi 200 Meter Lelaki (Kategori B) 200 Meter Perempuan (Kategori B) 200 Meter Lelaki (Kategori A) 200 Meter Perempuan (Kategori A) 9.00 Pagi 4 X 100 Meter Lelaki (Kategori C) 4 X 100 Meter Perempuan (Kategori C) 9.30 Pagi Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sabah Dan Lagu Sekolah Bacaan Doa Ikrar Kejohanan Nur Mia Syaeirah binti Samsul Ucapan Guru Besar, Datin Masnah binti Bidin Ucapan Perasmian Pembukaan Ybhg. Mustapha Sakmud Penyampaian Cendera Kenangan Perarakan Keluar Kontinjen Perbarisan 10.00 Pagi Acara Balapan 4 X 100 Meter Jemputan (P) 4 X 100 Meter Jemputan (L) 4 X 50 Acara Terbuka Campuran Lelaki & Perempuan (Ibubapa)


ATURCARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 / 2023 SK RAMPAYAN MENGGATAL KOTA KINABALU 10.30 Pagi Penyampaian Hadiah Lompat Jauh Kategori A Penyampaian Hadiah Lompat Jauh Kategori B Penyampaian Hadiah Lompat Tinggi Kategori A Penyampaian Hadiah Lompat Tinggi Kategori B Penyampaian Hadiah Merentas Desa Kategori A Penyampaian Hadiah Merentas Desa Kategori B Penyampaian Hadiah 100 Meter Kategori A Penyampaian Hadiah 100 Meter Kategori B Penyampaian Hadiah 200 Meter Kategori A Penyampaian Hadiah 200 Meter Kategori B 10.45 Pagi 4 X 200 Meter Perempuan (Kategori B) 4 X 200 Meter Lelaki (Kategori B) 4 X 200 Meter Perempuan (Kategori A) 4 X 200 Meter Lelaki (Kategori A) 11.15 Pagi Penyampaian Hadiah Lontar Peluru Kategori A Penyampaian Hadiah Lontar Peluru Kategori B Penyampaian Hadiah 4 X 100 (Kategori C) Penyampaian Hadiah 4 X 100 Meter Jemputan Penyampaian Hadiah 4 X 50 Acara Terbuka 11.30 Pagi 4 X 100 Meter Perempuan (Kategori B) 4 X 100 Meter Lelaki (Kategori B) 4 X 100 Meter Perempuan (Kategori A) 4 X 100 Meter Lelaki (Kategori A) 12.00 Tengahari Acara Penutupan Penyampaian Hadiah 4 X 200 Meter Kategori B Penyampaian Hadiah 4 X 200 Meter Kategori A Penyampaian Hadiah 4 X 100 Meter Kategori B Penyampaian Hadiah 4 X 100 Meter Kategori A Penyampaian Hadiah Perbarisan Penyampaian Hadiah Olahragawan Penyampaian Hadiah Olahragawati Penyampaian Hadiah Keseluruhan 12.30 Tengahari Jamuan Ringan Bersurai


PENGHARGAAN Sekalung penghargaan diucapkan kepada: Tetamu kehormat Para jemputan Khas Ibubapa Guru-guru Semua murid SK. Rampayan Menggatal Samada secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SK. Rampayan Menggatal Kota Kinabalu kali ke- 29 pada tahun ini.


Click to View FlipBook Version