KEMENTERIAN PENDIDIKAN fifffflffifflflfflfflfffflflffl DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN TAHUN 2023 Majlis Sambutan Dirasmikan oleh: YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan 10 Oktober 2023 (Selasa) 9.00 Pagi IPG Kampus Bahasa Melayu
ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan dan Objektif 2. Kata Alu-aluan YB Menteri Pendidikan 3. Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 5. Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas 6. Kata Alu-aluan Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi 7. Atur Cara Majlis 8. Penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Kategori Sektor Pendidikan 9. Ikrar Rukun Negara 10. Ikrar Setia Bahasa 11. Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa 12. Aktiviti Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2023 13. Jawatankuasa MSDBKSP 14. Sekalung Penghargaan
DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023 Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 Penggal Pertama Mesyuarat Pertama menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan yang mengandungi pelan komprehensif untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan utama dalam kalangan penutur Bahasa Melayu di Malaysia dan di rantau ASEAN dan menjadi bahasa popular di persada dunia. (Pernyataan Rasmi Parlimen 31 Julai 2018) Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) merupakan langkah penjenamaan semula Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Pelbagai kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan dijalankan di seluruh negara khususnya Sektor Pendidikan yang terdiri daripada KPM, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi memperkasakan dan memartabatkan bahasa kebangsaan. DBK Sektor Pendidikan disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Walau bagaimanapun, aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan dijalankan sepanjang tahun bagi memperkukuh semangat kecintaan dan meningkatkan keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. 2 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN Mengantarabangsakan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di ASEAN, dan menjadikan Malaysia sebagai pusat persuratan Melayu terulung di dunia Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Menaik taraf pelaksanaan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) sama seperti Bulan Inovasi Kebangsaan Menganugerahkan Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan Kemuncak pelaksanaan aktiviti bahasa kebangsaan sektor pendidikan DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2021-2030 Memperkasakan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang mencakupi pelbagai bidang dan sektor di Malaysia Memperkasakan perancangan dan pemupukan Bahasa Melayu tinggi bagi membentuk tamadun bangsa Malaysia yang berbudaya dan berakhlak mulia Merealisasikan Bahasa Melayu sebagai wadah pembangunan negara INISIATIF PELAKSANAAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN Objektif 3 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
KATA ALU-ALUAN Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Salam Sejahtera Salam Malaysia MADANI Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang telah berjaya merealisasikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2023. Bahasa Jiwa Bangsa merupakan wasilah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia yang bersatu padu. Marilah kita bersama-sama menjadikan Bahasa Melayu sebagai jambatan penghubung utama untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di negara kita yang tercinta ini. Kesedaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu hidup subur dalam jiwa setiap warganegara agar bahasa ini terus kukuh hingga ke persada antarabangsa. Akhir kata, saya mendoakan semoga seluruh warga sektor pendidikan mempunyai iltizam dan tekad untuk mengangkat bahasa kebangsaan yang berperanan membentuk masyarakat yang bersatu padu melalui perantaraan yang satu, iaitu Bahasa Melayu. YB FADHLINA SIDEK 4 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia KATA ALU-ALUAN Salam Sejahtera Salam Malaysia MADANI Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan yang bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa, merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk terus memastikan bahasa kebangsaan terus dimartabatkan dalam semua urusan rasmi KPM. Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan ini juga sebagai usaha kementerian untuk melestarikan Bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam dan pelibatan menyeluruh warga sektor pendidikan serta jabatan dan agensi di bawahnya. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memberi peluang kepada warga sektor pendidikan melibatkan diri atau menguji bakat, kebolehan dan kecekapan dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sesungguhnya, sambutan yang menggalakkan dalam kalangan warga sektor pendidikan menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan, membuktikan keazaman dan tekad kementerian ini untuk terus mendaulatkan Bahasa Melayu. DATO’ INDERA NIK NASARUDIN BIN MOHD ZAWAWI 5 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
KATA ALU-ALUAN Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Ucapan tahniah dan syabas saya titipkan kepada jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus menjayakan program sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan tahun 2023. Program ini adalah satu inisiatif yang amat baik dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyemarakkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan warga pendidik. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sewajarnya menjadi wahana penyebaran ilmu bagi membina keintelektualan bangsa. Bahasa Melayu sememangnya berkeupayaan memainkan fungsi penyampaian pendapat, buah fikiran, hujah dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Bahasa jiwa bangsa; melalui bahasalah akan terpancar akal dan kebijaksanaan, sejarah dan warisan, hasrat dan aspirasi serta segala pengungkapan tentang kejayaan dan pencapaian sesuatu bangsa. Justeru, Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan yang diadakan ini dilihat mampu memantapkan, memperkukuh serta mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Selain itu, ia juga selaras dengan dasar KPM dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Semoga program sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan tahun 2023 berjalan dengan baik dan lancar. Saya turut mendoakan agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan seterusnya mendukung hasrat pembentukan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). DATUK HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI 6 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan (MSDBKSP) merupakan program tahunan yang dilaksanakan bagi menzahirkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap program yang dilaksanakan di peringkat KPM. Bahagian Pendidikan Khas bersama-sama Bahagian Matrikulasi yang telah dipilih sebagai urus setia majlis bagi tahun 2023, amat berbesar hati melaksanakan penganjuran majlis berprestij ini dengan kerjasama bahagian-bahagian di KPM dan agensi-agensi pelaksana yang lain. MSDBKSP merupakan kemuncak kepada pelaksanaan aktiviti kebahasaan dan penganugerahan kepada para ilmuan yang telah menyumbang bakti dalam memartabatkan bahasa Melayu melalui penulisan, penerbitan mahupun khidmat kepakaran mengikut bidang masing-masing. Justeru, MSDBKSP ini akan disempurnakan dengan penganugerahan tokoh Bahasa Melayu Kategori Sektor Pendidikan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang telah dianjurkan di peringkat KPM. Sesungguhnya kejayaan MSDBKSP ini adalah hasil kerjasama dan komitmen padu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga hasrat KPM untuk memperlihatkan dampak penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat direalisasikan berkat usaha dan kerjasama yang dicurahkan. Besarlah harapan saya agar semua pihak yang berada di institusi pendidikan KPM terus melestarikan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita. “Bahasa Jiwa Bangsa” DR. RODIAH BINTI IDRIS Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia KATA ALU-ALUAN 7 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia KATA ALU-ALUAN Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan (MSDBKSP) Tahun 2023 merupakan penjenamaan semula Program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bermula tahun 2012. Pada tahun ini, Bahagian Matrikulasi (BM) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dipilih sebagai urus setia MSKBKSP selepas Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Bahagian Pendidikan Latihan dan Teknik Vokasional (BPLTV) menjadi urus setia pada tahun 2021 dan 2022. BM dan BPKhas berbangga dapat memikul tanggungjawab ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat termasuk wakil daripada bahagian Kementerian Pendidikan Negara (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang berusaha gigih bagi memastikan kejayaan majlis ini. MSDBKSP merupakan aktiviti kemuncak kepada Dekad Bahasa Kebangsaan. Dalam majlis ini, Anugerah Tokoh Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan bagi tahun tersebut turut diberikan. Anugerah berprestij ini memberi peluang bukan sahaja kepada bidang bahasa dan sains sosial tetapi juga bidang sains, matematik serta teknologi sebagai wahana penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada warga KPM. Pelaksanaan MSDBKSP Tahun 2023 diharapkan dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Melalui majlis ini juga, tokoh ilmuan yang berjasa dalam sistem pendidikan negara dapat dinobatkan atas sumbangan mereka. Tahniah dan terima kasih serta syabas kepada semua yang terlibat dalam menggembleng tenaga dan idea bagi menjayakan MSDBKSP Tahun 2023. DR. HAJAH SHARIFFAH SEBRAN JAMILA BINTI SYED IMAM 8 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Atur Cara Majlis 8.45 pagi Pendaftaran dan Ketibaan Tetamu 9.00 pagi Ketibaan YB Menteri Pendidikan Persembahan Nyanyian: • Negaraku • Bahasa Jiwa Bangsa Bacaan Ikrar • Rukun Negara • Setia Bahasa Persembahan Bacaan Doa Persembahan Ucapan Perasmian Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek Gimik dan Montaj Tayangan Multimedia Penyampaian Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan Tahun 2023 Penyampaian Hadiah Aktiviti Bahasa Kebangsaan Tahun 2023 Persembahan Sesi Fotografi Lawatan YB Menteri Pendidikan ke Tapak Pameran Jamuan 10.30 pagi Bersurai 9 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
TOKOH BAHASA MELAYU KATEGORI SEKTOR PENDIDIKAN Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan (ATBMSP) dianugerahkan mulai tahun 2020 sebagai wadah untuk mengiktiraf golongan pendidik yang sentiasa memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan khususnya Sektor Pendidikan. Pemberian anugerah ini juga mampu memotivasikan warga pendidikan untuk terus meningkat dan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam dunia persaingan global agar bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa rasmi negara terus berkembang seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia dalam semua bidang. Pemilihan ATBMSP melalui tiga peringkat saringan, iaitu saringan pertama pada peringkat jabatan pemohon, saringan kedua merupakan saringan pemilihan pada peringkat jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada panel pakar bidang bahasa Melayu, manakala pada peringkat saringan ketiga panel penilai terdiri daripada pengarah bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa pemilihan pada peringkat saringan kedua dan ketiga menerima lantikan khusus daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan. ATBMSP 2020 : Encik Mohd Asri bin Hussin ATBMSP 2021 : YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad Anugerah 10 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
IKRAR RUKUN NEGARA Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, Rakyat Malaysia berikrar, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai cita-cita tersebut, berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN 11 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
IKRAR SETIA BAHASA LIRIK LAGU BAHASA JIWA BANGSA Kami rakyat Malaysia berikrar akan terus memperjuangkan bahasa kebangsaan sebagai: • Bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa; • Bahasa kesatuan politik, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta pembangunan negara yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia; • Bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual serta memerdekakan pemikiran bangsa; dan • Bahasa yang membawa, memelihara, mencipta, menyalurkan serta mengembangkan ilmu dan tamadun di negara dan di dunia. Sesungguhnya, kami bertekad akan meneruskan perjuangan ini. Gunakanlah bahasa kebangsaan kita marilah amalkan ramai-ramai bahasalah menyatukan kita semua yakinlah bahasa jiwa bangsa marilah mari rakyat semua buktikan taat setia dengan satu bahasa maju bangsa dan maju negara megahkan bahasa kita bahasa jiwa bangsa 12 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
JAWATANKUASA PENASIHAT YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg. Datuk Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia PENGERUSI I YBrs. Dr. Rodiah binti Idris Pengarah Bahagian Pendidikan Khas PENGERUSI II YBrs. Dr. Hajah Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Perancangan Bahagian Matrikulasi TIMBALAN PENGERUSI YBrs. Dr. Mohd. Anuar bin Abdullah Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Intruksional Bahagian Pendidikan Khas PENYELARAS Pn. Hajah Emmy Dalina binti Abd Halim Bahagian Matrikulasi En. Zharulnizam Shah bin Zainal Abidin Bahagian Pendidikan Khas SETIAUSAHA Dr. Mariani binti Jaafar Bahagian Matrikulasi Pn. Nadira binti Mohamad Khalid Bahagian Pendidikan Khas PENGURUS ACARA Bahagian Matrikulasi Pn. Aida binti Mohd Anip Pn. Hajah Emmy Dalina binti Abd. Halim PENGACARAAN MAJLIS DAN IKRAR Bahagian Pendidikan Khas En. Mohd Helmy bin Mahat Pn. Nadira binti Mohamad Khalid En. Suhardi bin Shamsudin Cik Nur Hayati binti Abu Jamil Dewan Bahasa dan Pustaka Puan Norhazmalinda binti Mustafa Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Encik Zulkifli bin Hamat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Dr. Rusdi bin Mat Nor En. Wan Izani bin Wan Idris KEWANGAN Bahagian Matrikulasi Pn. Hajah Emmy Dalina binti Abd Halim Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Dr. Zabedah binti Mohamad Bahagian Pembangunan Kurikulum Dr. Mazlan bin Ismail En. Mohd Hizam bin Abdullah Bahagian Kewangan En. Mohd Zainuddin bin Mat Hasan MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN TAHUN 2023 13 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Bahagian Pendidikan Khas En. Zharulnizam Shah bin Zainal Abidin Pn. Nadira binti Mohamad Khalid Dr. Yoong Soo May ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU Bahagian Pembangunan Kurikulum YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad Pn. Sarina binti Salim Dr. Mazlan bin Ismail Dr. Hjh. Siti Rahayu binti Muhammad Pn. Chin Fong Phin En. Mohd Hizam bin Abdullah En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin Pn. Siti Zulikha binti Zelkepli En. Muhd Nizamuddin bin Samsudin Institut Pendidikan Guru Malaysia YM Dr. Tunku Aidayuhanna binti Raja Mafuzin Jemaah Nazir Pn. Salmah binti Abd Murad Institut Aminuddin Baki Pn. Norfadzlianawaty binti Mohd Fathel Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Pn. Hjh. Roslina binti Ibrahim Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Pn. Norhaslinda binti Osman Unit Undang-undang Pn. Nur Shyamira binti Abdul Hamid Bahagian Matrikulasi YBrs. Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam Puan Hajah Emmy Dalina binti Abdul Halim Majlis Amanah Rakyat Pn. Rafidah binti Jaafar Unit Komunikasi Korporat Tn. Haji Haris bin Hameed Pn. Nur Balqish binti Isarudin Shah Bahagian Profesionalisme Guru En. Razlee bin Mohamad Bahagian Pendidikan Swasta Pn. Siti Fatimah binti Ismail Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional Dr. Noor Mala binti Othman TEMPAT Bahagian Matrikulasi Dr. Siti Zubaidah binti Abu Bakar Pn. Khairunnishah binti Manlana Pn. Zarina binti Abdul Manap Pn. Noor Asyikin binti Seffene Bahagian Pendidikan Khas En. Zharulnizam Shah bin Zainal Abidin Pn. Nadira binti Mohamad Khalid Pn. Nor Anikah binti Abd Rahim Dr. Yoong Soo May Bahagian Kewangan En. Mohd Zainuddin bin Mat Hasan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Dr. Zabedah binti Mohamad Pn. Liz Aliza binti Awang Pn. Asmah binti Sahid@Said TEMPAT DAN PENTAS Bahagian Profesionalisme Guru Pn. Husnoorlaili binti Husain Pn. Nurul A’syiqin binti Haris Dr. Norfarahin binti Mohamad Zamri Bahagian Pendidikan Swasta Pn. Siti Fatimah binti Ismail Pn. Nur Fauziana binti Mohamed Pn. Nur Azrina binti Mohd Radzi Bahagian Pembangunan En. Mohamad Nashreeq bin Mohd Nor 14 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
BACAAN DOA Bahagian Pendidikan Islam En. Mohd Nassru bin Abd Latif JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN Bahagian Matrikulasi Pn. Nor’aini binti Mohammad Pn. Hajah Emmy Dalina binti Abd. Halim Pn. Izura Adiawati binti Hizarullah En. Mohd Anis bin Ahmad Isa Cik Noorunnuha binti Shahfuddin Bahagian Akaun En. Muhammad Syazwan bin Mohamad Tahir Bahagian Psikologi dan Kaunseling Pn. Sanisah binti Bahari Majlis Amanah Rakyat Pn. Rafidah binti Jaafar En. Zulkiflie bin Md Aros En. Fairuz Khairina binti Fadzil Pn. Juwita Norhanna binti Mohammad Haris SAMBUTAN DAN PROTOKOL Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa En. Mohd Khanafei bin Mohd Jamil Pn. Roshida binti Hamzah Pn. Rosliza binti Mahidi En. Megat Shah Hamerul bin Megat Mohd Yusof En. Wan Azaki bin Wan Hasan Pn. Adibah Shahidah binti Zuraimi Pn. Siti Nur Diana binti Azizan Khamat En. Suresh a/l Rajagopal Pn. Jumaina binti Md Saad Pn. Rossilawati binti Nawi Pn. Suhana binti Sanuan@Samian Pn. Noraini binti Senik Pn. Shafizah binti Saleh Pn. Siti Syarifah binti Talib Pn. Norela binti Abdul Rahim En. Mohamad Farizu Mohd Nassir En. Areffin bin Abu Bakar Bahagian Khidmat Pengurusan Pn. Suriati binti Abdul Rahim Pn. Norhin Yanti binti Zainal En. Azuandi bin Md Kasa En. Ahmad Zulfadhli bin Abu Hasan Pn. Nur Izatti binti Azizi En. Md Nur Fitri bin Osman PERSEMBAHAN Bahagian Pendidikan Khas Pn. Wan Nomi binti Wan Omar Pn. Fariza binti Sulam Cik Nur Fatehah binti Mohd Shukri En. Ahmad Fakarudin bin Abd Wahab Bahagian Sekolah Kokurikulum dan Kesenian Pn. Illy Nadia binti Barudin Pn. Nurul Shahida binti Hj. Ahmad Institut Pendidikan Guru Malaysia Dr. Tunku Aidayuhanna binti Raja Mafuzin Dr. Zabedah binti Mohammed En. Muhammad Aniq Irfan bin Norhizam En. Muhammad Imran bin Fedillah JAMUAN Jemaah Nazir Dr. Siti Nafsiah binti Ismail Pn. Maizatul binti Shabanu Pn. Juniza binti Jubri Cik Zulaiqha binti Fadzli Dr. Dayang Suryati binti Abang Ibrahim Pn. Siti Zainab binti Meskam Bahagian Tajaan Pn. Norshafinar binti Shah Budin Pn. Noorzilawati binti Yusoh Pn. Nurain binti Rosli 15 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Pn. Puteri Nurul Aini binti Megat Khas Pn. Firusnah binti Abdul Shukor Pn. Qhalita Amnah binti Muhammad Bahagian Pendidikan Islam Pn. Nurul Fitri binti Asmawi Pn. Noraini binti Mohd Nor Pn. Iffah Nabihah binti Mahtar Pn. Nurfarhanah binti Md Rohim MONTAJ DAN GIMIK Bahagian Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional Dr. Noor Mala binti Othman En. Anuar bin Mohd Som En. Mohd Arieff bin Zakaria Tn. Hj. Edrin bin Hj. Amid Cik Hjh. Siti Alviah binti Hassan Pn. Nor Azizah binti Bajoori En. Misni bin Hahton Tn. Hj. Esa bin Md Sanuse Pn. Hamisah binti Othman Pn. Any Rozita binti Haji Mohd En. Baderol Hisam bin Mohd Ismail En. Mohammad Safwan bin Jamil En. Muhammad Norazwan bin Azman En. Mohammad Zaidi bin Mohammed Endon En. Mohd Hasmir bin Misran Pn. Ruzana binti Motaji Pn. Nur Aqilah binti Baharuddin En. Zairul Azham bin Zainuddin Pn. Anita binti Hashim En. Arman bin Sapuan Pn. Nurul Munirah binti Kamarul Zaman Pn. Siti Nur Hasliza binti Md Hashim En. Mohd Ajis bin Suaji Ts. Dr. Anesman Buangraya Wenge bin Abdul Rahman En. Helman bin Ahmad En. Muhammad Zamirul bin Abdul Gani En. Mohd Ajis bin Suaji PERALATAN TEKNIKAL Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan Dr. Suras Kanagasabai En. Mohd Azian bin Mohd Sofian En. Mohd Farid bin Mohd Fuad Ooi Pn. Chistina Aking Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pn. Zaliyana binti Mohd Hanafiah En. Mohamad Safie bin Basri En. Muhammad Firdaus bin Mokhtar En. Muazzam Shah bin Mohamad En. Mohamad Haniff bin Mohamad Hashim En. Mohamad Aidil bin Ismail Pn. Norazila binti Ahmad En. Shahrul Mizan Ab Shukor En. Mohd Azizi bin Aznam Pn. Rozana binti Amzah AUDIO, VIDEO, RAKAMAN DAN FOTOGRAFI Bahagian Pengurusan Maklumat Ts. Abdul Kadir bin Abdul Wahab Pn. Azyani Atikah binti Abdul Latif En. Darwis bin Hassan Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan Dr. Suras Kanagasabai TEKS UCAPAN DAN KATA ALU-ALUAN Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Pn. Norhasziyati binti Hashim En. Amzan bin Abd Malek Dewan Bahasa dan Pustaka YM Raja Shaiful Azizul Azuan bin Raja Othman Zamir BUKU PROGRAM, LATAR PENTAS DAN GEGANTUNG Institut Aminuddin Baki En. Zawahir bin Ismail Dr. Maznah binti Abdullah Pn. Norfadzlianawaty binti Mohd Fathel 16 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Bahagian Audit Sekolah En. Mohd Sofuan bin Din CENDERAMATA DAN SIJIL Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Pn. Zilfadhilah Hasni binti Zakaria En. Badrul Hisyam bin Abdul Rahman Pn. Farah Nadhira binti Zairi Bahagian Permata Pn. Nor Izzaty binti Abd Manan Pn. Nur Amirah Amni binti Abdul Malik Lembaga Peperiksaan Pn. Nur Aisyah ‘ Abidah binti Baharudin Bahagian Perolehan Pn. Siti ‘Aisyah binti Medon Pn. Nik Nadiah Amalina binti Yassin Pn. Fairuz Fatini binti Mohd Yusof PAMERAN Bahagian Pendidikan Khas En. Mohd Zamri bin Isa En. Hanizan bin Che Mat Pn. Maslyana binti Ahmad Rathuan Pn. Nur Diyana binti Abd Halim Pn. Nurzaina binti Abd Rasit Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Pn. Anita binti Hashim En. Arman bin Sapuan Pn. Nurul Munirah binti Kamarul Zaman Pn. Siti Nur Hasliza binti Md Hashim Dewan Bahasa dan Pustaka Pn. Yusnizamawar binti Mohd Anuar Institut Pendidikan Guru Malaysia Pn. Azariah binti Yaacob Dr. Tunku Aidayuhanna binti Raja Mafuzin Dr. Azman bin Rahmat Cik Siti Salamah binti Mohamad Yusof En. Suffian bin Sulaiman Cik Darshiniy a/p Subramaniam Cik Nurul Anis Syakirah binti Mohamad Zaimi En. Iqqbal Ihtisyam bin Imran Cik Nur Nabila binti Mohd Hanapi En. Anas Akmal bin Azman Cik Nurlyana binti Ezani Pameran #108 Dr. Zanariah binti Ibrahim Dr. Wan Norlidza binti Wan Mohd Zain Pn. Illy Nadia binti Barudin Pn. Ratna Sariayu binti Osman @ Othman Pn. Nooren Zeena binti Aziz Pn. Azemazuwana binti Haji Zakaria Dr. Rusdi bin Mat Nor Pn. Rubiaton binti Ibrahim PERTANDINGAN Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Dr. Zabedah binti Mohammed Dr. Ruslan bin Abdullah Dr. Mohd. Haidi bin Mohd Kasran Pn. Sharifah Hanim binti Syed Akbar Pn. Sarimah binti Awang Dr. Izani bin Ibrahim En. Suhasni bin Dollah Pn. Vijayaletchmy a/p Muniyandy Pn. Rozeha binti Harun Dr. Zanariah binti Hamid Pn. Rosnawati binti Sa’ad Dr. N. Siva Perumal a/l Nayaranan Pn. Teo Siew Kim Datin Padlon binti Abd. Rahman Dr. Wan Norlidza binti Wan Mohd Zin Dr. Azman bin Rahmad Cik Siti Salamah binti Mohamad Yusof En. Maniyamin bin Ibrahim Cik Wan Mardziyah binti Wan Hasbullah Cik Hayati binti Mat Yusof Dr. Celinea Lasan Pn. Sabariah binti Yaakub Pn. Sharifah binti Said 17 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
LAPORAN DAN DOKUMENTASI Bahagian Matrikulasi Hjh. Salina binti Murtedza Pn. Azliza binti Arshad En. Zulfikri bin Ramlan En. Mohd Hapiz bin Nordin Bahagian Pendidikan Khas Pn. Sabariah binti Muhammad Nor Dr. Maizatul Azmah binti Ab. Latiff Dr. Mahfuzah binti Zainol En. Bahrom bin Mohd Isa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan En. Safari bin Jamaludin En. Suhami bin Ahmad Tn. Syed Hafizul Hilmi bin Syed Othman PROMOSI DAN PUBLISITI Unit Komunikasi Korporat Tn. Hj. Haris bin Hameed Pn. Fazlina binti Mohamad Azli Pn. Nur Balqish binti Isarudin Shah En. Muhd Iqwan bin Md Nor Pn. Nadhilah binti Shariffuddin En. Mazlan bin Samsuri Pn. Anis Diyana binti Azizi Pn. Syafira binti Hashim Pn. Norhafizah binti Abdul Rahim En. Mohd Taufik bin Rahim En. Anas Azri bin Md Azhari Pn. Basyirah ‘Izzah binti Badrul Hisyam Pn. Aina Syafiqah binti Zolkiffle Bahagian Pengurusan Aset Pn. Judith Anak Jawa Pn. Nur Sakinah binti Zukafli Unit Undang-Undang Pn. Nur Shyamira bin Abdul Hamid Pn. Athirah binti Basir Pn. Amalina Najihah binti Ismail Pn. Noor Fitrah binti Safar Pn. Afiqah binti Awalludin KESELAMATAN, KECEMASAN DAN LALU LINTAS Bahagian Khidmat Pengurusan En. Mohd Izanee bin Mohd Ilias En. M. Saravanapavan a/l M. Manohara Pn. Alia Nadiah binti Abdul Fatah En. Mohd Ruszaman bin Yamat Pn. Nik Puteri Nadila binti Daud En. Fairuz Yuhaidi bin Zainal Pn. Nur Syuhaida binti Abu Bakar Unit Audit Dalam En. Jamaludin bin Alias Pn. Asmawati binti Jalil En. Mohd Alfisyahr bin Mohamad Hanafi En. Hirkamal bin Mohd Tahir En. Mohamad Nor Syafiq bin Mat Din Unit Integriti Pn. Naimah binti Mohd Jarkoni En. Mohamad Sabiq Aiman bin Azhar En. Noor Hazwan bin Nasruddin En. Ahmad Safuan bin Shamsuddin Tn. Syed Hakimi bin Syed Kamaruddin KEBERSIHAN Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Pn. Telishiah A/P Jacob En. Mohamad Syahiran Sulhi bin Mazlan En. Mohammad Aidil Fiqram bin Omari Zaman En. Muhammad Naim bin Kamaruzzaman Majlis Peperiksaan Malaysia En. Muhammad Shukur bin Suhaimi En. Luqman bin Norkamaruddin En. Difazirin bin Ahmad Rashid En. Muhammad Zul Husaini bin Mohammad Daner En Haziq bin Che Wan Mahmod 18 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Bengkel Pemerkasaan Tulisan Jawi AKTIVITI DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN TAHUN 2023 Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi Sektor Pendidikan 22 Mac 2023 (Rabu) • Balai Wacana IAB Bandar Enstek Forum Bahasa Melayu Pertandingan Pengucapan Awam 19 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023
Sekalung Penghargaan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Setiausaha-setiausaha Bahagian KPM Pengarah-pengarah Bahagian Majlis Amanah Rakyat Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jawatankuasa MSDDKSP Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan Tahun 2023 Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi; Yang indah itu bahasa. 20 MAJLIS SAMBUTAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN 2023