kandungan silibus, personaliti guru yang mengajar serta kualiti pengajaran (Anggraini & Perdana, 2019). 3. FOKUS KAJIAN Menurut Lui Lep Ming (2016), mengenal aksara Cina merupakan antara isu utama dalam proses PdPc bahasa Mandarin di Malaysia, di mana guru sering mengambil mudah mengenai pengajaran dan pembelajaran aksara Cina ini. Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan telah menyatakan bahawa “mengenali aksara Cina merupakan asas kepada penguasaan kemahiran membaca dan juga merupakan fokus utama pada PdPC bahasa Cina di peringkat sekolah” (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015, p. 4). Guru turut disarankan untuk “perbanyakkan aktiviti mengenali aksara Cina daripada aktiviti menulis” (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Selaras dengan ini, BPM dengan kerjasama unit Mandarin MRSM telah menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang menekankan penguasaan mengenal aksara Cina dalam Ujian Kemahiran Bertulis dan Ujian Kemahiran Membaca. Muna (2016) menyatakan bahawa mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah empat kemahiran bahasa yang perlu pelajar kuasai bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Bahasa Mandarin juga memerlukan pelajar untuk menguasai empat kemahiran ini. Kajian sikap dan persepsi terhadap pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga di kalangan pelajar oleh Norlida Razali pada tahun 2018 menunjukkan ramai pelajar mengalami kesukaran dalam mempelajari tulisan, sebutan, kosa kata dan tatabahasa bahasa Mandarin, terutamanya dari segi aksara Cina. Majoriti pelajar yang mempelajari bahasa ini buat pertama kalinya merasakan mereka perlu mengambil masa yang lama untuk menghafal setiap aksara dan juga stroke dalam aksara Cina yang susah untuk ditulis. Teknik visualisasi memainkan peranan penting dalam meningkatkan ingatan dan pembelajaran pelajar. Teknik ini melibatkan penggunaan imej visual untuk mewakili dan mengekod maklumat, menjadikannya lebih mudah diingati. Menurut satu kajian dijalankan di Thailand menggunakan sesi latihan dalam talian yang melibatkan 19 pelajar, penyelidik mendapati bahawa penggunaan imej visual mampu meningkatkan pengekalan ingatan dan hasil pembelajaran keseluruhan dengan ketara dalam kalangan pelajar (Agujiobi-Odoh et al., 2023). Penggunaan teknik mnemonik yang menggabungkan imej visual telah terbukti sangat berkesan 5
dalam meningkatkan ingatan (Philominraj et al., 2017). Teknik ini didapati dapat merangsang aktiviti kognitif pelajar dan meningkatkan kemahiran berfikir kritis mereka (Bogomaz et al., 2019). Selain itu, penggunaan bantuan visual dan bahan pembelajaran visual yang melibatkan emosi juga telah ditunjukkan berpotensi untuk meningkatkan ingatan dan pembelajaran (Proios et al., 2022). Visualisasi dikatakan menggalakkan kreativiti seseorang melalui cetusan idea dan membolehkan pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu subjek yang mana penggunaan dimensi bagi memaparkan sesuatu maklumat (Claire Knight, 2000). Pelbagai kajian telah dilakukan untuk menunjukkan bahawa penggunaan visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pemahaman dan prestasi pelajar. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Mayer dan Moreno (2002) yang menunjukkan bahawa pelajar yang diberikan bahan pengajaran dalam bentuk gambar dan animasi mempunyai prestasi yang lebih baik daripada mereka yang hanya diberikan teks sahaja. Selain itu, kajian lain oleh Paivio (1986) juga menunjukkan bahawa penggunaan gambar dapat meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengingat. Berdasarkan kajian lepas penyelidik turut ingin menerapkan teori kecerdasan pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Howard Gardner mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) sebagai “An intelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural settings.” (Gardner, 1983). Terdapat lapan jenis Kecerdasan Pelbagai iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia telah lama mengaplikasikan teori ini secara meluas di negara masing-masing. Mereka berpendapat teori kecerdasan pelbagai boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran bagi sesuatu subjek. Antara teori kecerdasan pelbagai yang boleh diintegrasikan dalam subjek bahasa Mandarin ialah visual-ruang. Kebolehan untuk mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, selain boleh mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik dipanggil sebagai visual-ruang. Selain daripada boleh melihat sesuatu secara jauh, mendalam dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi, seseorang individu yang mempunyai kecerdasan ini boleh juga membentuk gambaran dalam minda dan melukisnya. Individu yang memiliki kemahiran ini juga 6
sangat kreatif dalam bidang seni dan mahir menggunakan warna. Hanya dengan video, gambar rajah dan tunjuk cara, mereka dapat belajar dengan efektif. Apabila mereka bekerja dalam kumpulan, mereka dapat menyumbangkan kepada kumpulan mereka melalui carta dan gambar rajah (Fatimah, 2015). Pengumpulan data awal telah dilaksanakan oleh penyelidik di dalam kelas. Berdasarkan buku latihan yang disemak dan jawapan kertas ujian pelajar, didapati ramai pelajar tingkatan 4 gagal mengenalpasti aksara Cina yang telah dipelajari menyebabkan pelajar tidak memahami konteks pelajaran secara keseluruhan. Selain itu, melalui ujian formatif bertulis yang dilaksanakan, didapati ramai pelajar tidak dapat memilih jawapan yang tepat ketika menjawab soalan yang memerlukan pengenalpastian aksara Cina. Pelajar memilih untuk menanda jawapan secara rawak atau tidak menjawab soalan yang diberikan. Ini menyebabkan pelajar kehilangan markah ujian formatif bertulis. Sekiranya perkara ini berlarutan, kemungkinan pelajar akan menghadapi isu ketika menjawab ujian akhir semester terutamanya ketika menjawab soalan ujian bertulis dan membaca. Ujian membaca menguji kemahiran pelajar menyebut kosa kata bahasa Mandarin dengan sebutan yang tepat serta membaca aksara Cina, seterusnya menjawab soalan yang diberikan oleh pentaksir. Penyelidik percaya dengan mengabungjalin kaedah visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu pelajar mengingati dan memahami aksara Cina dengan lebih baik, sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam subjek bahasa Mandarin. Kerangka Konseptual Kajian Bagi menjawab objektif kajian, penyelidik menggunakan reka bentuk kajian tindakan berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini mempunyai 4 langkah tindakan. Model ini dimulakan dengan membuat refleksi bagi membuat tinjauan awal terhadap sesuatu isu sebagai asas sebelum merancang dan bertindak. Penyelidik telah melaksanakan kajian ini berdasarkan kerangka konseptual kajian berikut:- 7
Berdasarkan rajah 1.0, pada peringkat tinjauan awal, penyelidik membuat pengumpulan data awal melalui pemerhatian serta analisis kertas ujian lepas dan buku latihan pelajar bagi mengenal pasti isu sebenar dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, penyelidik mendapati kebanyakan pelajar mempunyai isu dalam mengingati aksara Cina yang mana aksara ini merupakan antara item peperiksaan yang diuji dalam kemahiran bertulis serta kemahiran membaca. Pada peringkat perancangan, penyelidik telah merancang untuk menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menyeronokkan bagi membantu pelajar mengingati seterusnya memahami aksara Cina yang dipelajari. Selepas pembacaan dilakukan, penyelidik berpendapat bahawa kaedah visualisasi tulisan boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan berkaitan aksara Cina dengan lebih tepat dan meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kaedah visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penggunaan gambar, graf, carta, rajah dan objek visual lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini adalah sebahagian daripada teori pembelajaran kognitif. Menurut teori pembelajaran kognitif, visualisasi membantu dalam penyelesaian isu dengan membolehkan orang ramai membayangkan penyelesaian yang berpotensi dan membuat kesimpulan yang lebih bijak. 8
Seterusnya, pada fasa pelaksanaan, penyelidik telah mengaplikasikan kaedah visualisasi tulisan di dalam kelas (satu kumpulan rawatan) bagi merungkai kesesuaian kaedah ini untuk menyelesaikan isu serta menjawab persoalan kajian. Satu kumpulan kawalan juga diwujudkan bagi menguji keberkesanan kaedah ini. Lu dan Effandi (2015) menyatakan bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan membantu pelajar untuk berubah ke arah lebih positif dalam tingkah laku pembelajaran mereka. Akhir sekali, penyelidik telah menganalisis data yang diperolehi dan melakukan refleksi. 4. OBJEKTIF, PERSOALAN DAN BATASAN KAJIAN 4.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk mengetahui cara bagi meningkatkan kefahaman serta ingatan pelajar-pelajar dalam mengenal aksara Cina bagi subjek bahasa Mandarin dengan menggunakan kaedah visualisasi tulisan. Gardner (1991) menyatakan bahawa ketidaksesuaian antara kaedah pengajaran dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 4.2 Objektif Khusus 1. Meningkatkan ingatan pelajar dalam mengenal aksara Cina. 2. Meningkatkan kemahiran pelajar membaca aksara Cina. 3. Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan berkaitan aksara Cina dengan tepat dan mudah. 4. Membantu pelajar meningkatkan prestasi individu dalam subjek bahasa Mandarin. 5. Memudahkan pelajar memahami maksud aksara Cina dengan tepat serta menyeronokkan semasa pembelajaran. 9
4.3 Persoalan Kajian Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian berikut: 1. Bagaimanakah meningkatkan ingatan pelajar dalam mengenal aksara Cina? 2. Bagaimanakah meningkatkan kemahiran pelajar membaca aksara Cina? 3. Bagaimanakah meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan berkaitan aksara Cina dengan tepat dan mudah? 4. Bagaimanakah membantu pelajar meningkatkan prestasi individu dalam subjek bahasa Mandarin? 5. Bagaimanakah memudahkan pelajar memahami maksud aksara Cina dengan tepat serta menyeronokkan semasa pembelajaran? 4.4 Batasan kajian Bagi menjalankan kajian ini, terdapat beberapa isu yang mungkin membataskan kajian penyelidik. Pertama, kajian ini dilakukan di MRSM Taiping maka keputusan kajian terhad kepada populasi MRSM sahaja. Oleh itu, hasil kajian tidak boleh digeneralisasi kepada populasi lain seperti sekolah berasrama penuh (SBP) atau pelajar sekolah menengah kebangsaan (SMK). Kedua, data yang diperoleh adalah berdasarkan amalan PdP di dalam kelas penyelidik. Tahap penguasaan kosa kata bahasa Mandarin pelajar dalam kelas ini kemungkinan juga dipengaruhi oleh strategi lain yang turut dipraktikkan oleh penyelidik, contohnya kaedah pembelajaran kooperatif, kaedah pembelajaran berasaskan projek atau kaedah-kaedah lain. 10
5. PESERTA KAJIAN Bagi kajian ini, penyelidik memilih populasi kajian dalam kalangan pelajar di MRSM yang mengambil subjek bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga. Bagi proses pengumpulan data, penyelidik menjalankan kajian kepada pelajar tingkatan 4 di MRSM Taiping, Perak. Kaedah persampelan yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah persampelan kebarangkalian. Sejumlah 42 orang pelajar dipilih secara rawak mudah yang terdiri daripada 21 responden bagi kumpulan rawatan dan 21 responden bagi kumpulan kawalan untuk dijadikan sampel kajian. 6. METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini, penyelidik menjawab objektif kajian tindakan dengan melaksanakan pendekatan kuantitatif berbentuk eksperimen untuk mengkaji keberkesanan kaedah visualisasi tulisan bagi mengenal aksara Cina sebagai pemudahcaraan pelajar tingkatan 4. Azizi at el (2006) menyatakan bahawa kajian tindakan dalam pendidikan ialah satu pendekatan yang dilaksanakan bagi memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar mengenai amalan pengajaran dan bersikap lebih kritis terhadap amalan-amalan ini lantas bersedia untuk membuat perubahan. Penyelidik menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1998) yang memfokuskan 4 fasa iaitu (i) melakukan pemerhatian awal bagi mengumpul isu yang dihadapi, (ii) penyediaan pelan tindakan bagi memperbaiki isu yang dihadapi, (iii) pelaksanaan pelan tindakan yang telah dirancang, mengumpul data serta menganalisis data yang diperoleh dan (iv) melakukan refleksi ke atas tindakan yang dilaksanakan. Penyelidik memilih 42 responden daripada semua pelajar kelas yang diajar di MRSM Taiping, Perak. Responden ini kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 21 responden bagi kumpulan rawatan dan 21 responden bagi kumpulan kawalan. Analisis deskriptif data dibuat oleh penyelidik untuk mendapatkan skor min serta sisihan piawaian bagi mengetahui penggunaan kaedah visualisasi tulisan bagi mengenal aksara Cina sebagai pemudahcara bagi pelajar tingkatan 4. 11
6.1 Analisis Dokumen Penyelidik memulakan kajian dengan membuat analisis dokumen ke atas buku latihan serta kertas ujian pelajar. Selain itu, penyelidik turut membuat pemerhatian awal ke atas tingkah laku pelajar di dalam kelas ketika pengajaran dan pembelajaran aksara Cina dilaksanakan. Aksara Cina dipilih sebagai fokus kajian penyelidik. Sampel kajian kemudiannya dipilih secara rawak kebarangkalian. 6.2 Ujian Pra dan Pasca Penyelidik telah menyediakan satu instrumen kajian iaitu set soalan ujian pra dan pasca bagi mendapatkan data bagi tujuan analisis serta menjawab persoalan kajian. Ujian pra dan pasca dijalankan bertujuan untuk menguji penguasaan kosa kata pelajar dalam bahasa Mandarin. Pembinaan soalan bagi ujian pra dan pasca kajian ini adalah berdasarkan modul Bahasa Mandarin MRSM BITARA edisi 2022. Sebanyak 10 soalan daripada semua topik pelajaran tingkatan 4 akan disediakan bagi ujian pra dan pasca. Pengesahan kandungan soalan ujian dilakukan oleh guru kanan ketiga-tiga MRSM BITARA. Setelah pemilihan sampel dijalankan, penyelidik akan melaksanakan ujian pra kepada kedua-dua kumpulan. Ujian ini akan dijalankan selama 30 minit. Pelajar diminta untuk mengenalpasti aksara Cina yang diberikan dan memengisi ruang kosong dengan jawapan yang betul. Markah serta data ujian ini kemudiannya direkod oleh penyelidik. Seterusnya, proses PdPc bahasa Mandarin dilaksanakan. Bagi kumpulan rawatan, penyelidik menggunakan kaedah berdasarkan kaedah PdPc visualisasi tulisan. Bagi kumpulan kawalan pula, penyelidik menggunakan kaedah PdPc secara tradisional. Penyelidik melaksanakan kaedah PdPc visualisasi tulisan dan kaedah PdPc tradisional selama 2 minggu. Selepas itu, ujian pasca selama 30 minit dijalankan kepada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan. Soalan yang diberikan pada ujian pasca adalah soalan yang sama dengan ujian pra. Markah serta data ujian ini kemudiannya direkod oleh penyelidik. Selepas selesai pelaksanaan ujian, penyelidik memberikan borang soal selidik untuk diisi oleh responden. Data soal selidik direkod bagi tujuan analisis data. 12
7. DAPATAN KAJIAN Hasil ujian pra dan pasca mendapati kaedah visualisasi tulisan dapat meningkatkan ingatan serta kefahaman pelajar bagi mengenal aksara Cina. Hasil kajian ini diukur dengan penentuan skor minserta sisihan piawaian bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan. Data skor min dinyatakan dalam jadual berikut:- Berdasarkan data yang diperoleh, perbandingan skor min antara ujian pra dan pasca menunjukkan keputusan positif dan adanya peningkatan dalam keputusan ujian pelajar selepas kaedah visualisasi tulisan diaplikasikan dalam kelas. Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa kumpulan rawatan sememangnya mempunyai skor min yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dengan perbezaan nilai sebanyak 8.57. Namun setelah kaedah visualisasi dilaksanakan di dalam kelas, skor min kumpulan rawatan meningkat dengan lebih ketara dengan peningkatan nilai sebanyak 20.95. Berdasarkan markah pelajar, penyelidik turut mendapatkan data sisihan piawaian bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan. Sisihan piawaian digunakan oleh penyelidik bagi menggambarkan serakan taburan markah pencapaian pelajar. Ramlee (1999) menyatakan nilai sisihan piawaian yang sangat rendah pada item menunjukkan konsensus yang sangat tinggi daripada responden. Manakala nilai sisihan piawaian dari tinggi ke sangat tinggi menunjukkan kurangnya konsensus daripada responden. Data sisihan piawaian ditunjukkan dalam jadual berikut:- 13 Purata (Min) Kumpulan / Item Ujian Pra Ujian Pasca Kumpulan Kawalan 40.48 72.86 Kumpulan Rawatan 49.05 93.81
Berdasarkan data yang diperoleh, bagi ujian pra, SP kumpulan kawalan ialah 8.05 yang mana pelajar mempunyai penguasaan aksara Cina yang hampir sama. Selepas kaedah tradisional dijalankan, didapati SP kumpulan kawalan meningkat. Ini menunjukkan bahawa pelajar lupa atau tidak memahami soalan yang diberikan. Bagi kumpulan rawatan, SP ujian pra adalah sebanyak 16.70, manakala SP ujian pasca berkurang menjadi 10.24. Penurunan SP setelah kaedah visualisasi dilaksanakan di dalam kelas, membuktikan bahawa pelajar mampu mengingati aksara Cina dengan lebih baik dan memahami aksara Cina yang diajar. 8. RUMUSAN, REFLEKSI DAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca menunjukkan bahawa kaedah visualisasi tulisan bagi mengenal aksara Cina dalam subjek bahasa Mandarin boleh dilaksanakan dalam proses PdPc. Hasil kajian mendapati pelaksanaan kaedah visualisasi dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman serta daya ingatan terhadap aksara Cina yang dipelajari. Ini sekaligus menyokong teori yang menyatakan bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar melalui kaedah kecerdasan pelbagai (visual-ruang) dapat membantu pelajar mengenal aksara Cina. Li Ru (2011) dalam kajiannya mencadangkan agar PdPC mengenali aksara Cina harus berfokus kepada bentuk dan makna aksara Cina. Selain membantu meningkatkan kefahaman serta daya ingatan pelajar, penggunaan kaedah visualisasi adalah menyeronokkan berbanding dengan kaedah tradisional dan didapati mampu menarik minat pelajar untuk mengenal aksara Cina seterusnya lebih minat untuk mempelajari bahasa Mandarin. Ini disokong melalui kajian oleh Zhang Xiao Lin (2018) yang menyatakan bahawa kaedah PdPc yang menarik mampu mewujudkan suasana atau konteks yang sesuai untuk memupuk minat pembelajaran murid dan mewujudkan persekitaran bahasa yang memberangsangkan. Melalui kaedah ini pelajar akan dapat menjawab 14 Sisihan Piawaian (SP) Kumpulan / Item Ujian Pra Ujian Pasca Kumpulan Kawalan 8.05 20.53 Kumpulan Rawatan 16.70 10.24
soalan ujian kemahiran bertulis bagi item pengujian aksara Cina serta membaca aksara Cina bagi ujian kemahiran membaca. Ini sekaligus membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam bahasa Mandarin seterusnya lulus subjek ini. Dari hasil kajian ini, penyelidik mencadangkan agar kajian pada masa akan datang boleh dilaksanakan dengan mengaplikasikan kaedah visualisasi bagi membantu pelajar mengingati kosa kata subjek Mandarin selain daripada aksara Cina kerana kaedah ini didapati mampu membantu pelajar mengingati kosa kata. 9. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penggunaan kaedah visualisasi tulisan ini dapat membantu pelajar mengenal aksara Cina, sekaligus memahami dan mengingati aksara Cina. Kaedah ini merupakan alat pendidikan yang dapat membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ia mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari subjek tersebut. Muhammad Shahizam (2011) menyatakan bahawa tidak akan ada motivasi dalam diri pelajar tanpa sokongan kaedah pengajaran yang kreatif. Pelajar yang berbeza mempunyai kecerdasan yang pelbagai serta kemampuan yang tersendiri. Oleh itu, guru selaku pemudahcara di dalam kelas perlu lebih proaktif dalam menjalankan pengajaran yang kreatif, inovatif dan futuristik selaras dengan Dasar Pembelajaran Abad ke-21 (PAK 21). 15
10. RUJUKAN Agujiobi-Odoh, N., Joseph, I. V., Blessing, C., Amaechi, C. M., Muoh, O. U., Nwokolo, P. N., … & Gever, V. C. (2023). Rethinking the frontiers of vaccine acceptance: impact of visual messages in promoting the actual intake of covid-19 vaccines among vulnerable populations. Human Vaccines &Amp; Immunotherapeutics, 19(1). https://doi.org/10.1080/21645515.2022.2163811 Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Bahasa Cina. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bogomaz, I. V., Budnikov, V. S., Anastasova, E. V., & Vasilyeva, A. (2019). Complex information system based on smart technologies. Proceedings of the International Conference "Topical Problems of Philology and Didactics: Interdisciplinary Approach in Humanit. https://doi.org/10.2991/tphd-18.2019.16 Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan kaedah penyelidikan: Buku 1. McGraw-Hill Education (Malaysia). Darusalam, G., & Hussin, S. (2021). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan Dan Analisis Kajian (3rd ed.). Penerbit Universiti Malaya. Gooh, M. L., Nordin, Mohd. S., & Mahazir, Mohd. F. (2012). Kemahiran Visualisasi Dan Gaya pembelajaran Pelajar program Kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. http://eprints.utm.my/id/eprint/44637/ Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 16
Knight C. (2000). “System and Software Visualization.” Durham, UK: World Scientific Publishing Company. Vol. 0, No. 0 (2000) 000-000. 1-17. Li Ru. (2011). Primary school language teaching vocabulary list for Jiangsu integration and explore effective literacy teaching (Master’s thesis). Inner Mongolia: Inner Mongolia Normal University. 16. Lu C. C. & Effandi Zakaria. (2015). Effect of Game-Based Learning Activities on Children’s Positive Learning and Prosocial Behaviors. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 159-165. Lui Lep Ming. (2016). Study on The Standard-Based Chinese Language Curriculum (2011 Edition) for Malaysian Chinese Primary School (Master’s thesis). Central China Normal University, China. Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia. Mayer, R. E., & Moreno, R. (2002). Aids to computer-based multimedia learning. Learning and Instruction, 12(1), 107-119. Muhammad Shahizam, (2011). Meningkatkan Tahap penguasaan kemahiran servis atas kepala permainan bola tampar dalam kalangan pemain perempuan pasukan sekolah dengan prinsip ansur maju. Jurnal Kurikulum 2011. Muna Hamzan. (2016). Penggunaan Teknologi ICT Dalam Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Tesis Sarjana Falsafah, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Noor, M. D. S. A., & Bakar, R. A. (2017). Hubungan antara personaliti, gaya pembelajaran, faktor persekitaran dan keagamaan dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar IPTS Selangor. 17
Norlida Razali. (2018). Kajian Sikap Dan Persepsi Terhadap Pembelajaran Bahasa Mandarin Dalam Kalangan Pelajar UiTM Kelantan. ESTEEM Journal of Social Sciences and Humanities Vol. 2: 54-69. Othman*, Ikhsan and Yaakub, Rohizani. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum (Application Of The Multiple Intelligence Theory In Curriculum Implementation). The Asia Pacific Journal of Educators and Education (formerly known as Journal of Educators and Education), 25 (1). pp. 1-12. ISSN 2289-9057 Paivio, A. (1986). Mental representations: A dual coding approach. Oxford University Press. Philominraj, A., Jeyabalan, D., & Vidal-Silva, C. (2017). Visual learning: a learner centered approach to enhance english language teaching. English Language Teaching, 10(3), 54. https://doi.org/10.5539/elt.v10n3p54 Proios, H., Baskini, M., Keramydas, C., Pourliaka, T., & Tsakpounidou, K. (2022). Can we learn from our children about stroke? effectiveness of a school-based educational programme in greece. Journal of Stroke and Cerebrovascular Diseases, 31(8), 106544. https://doi.org/10.1016/j.jstrokecerebrovasdis.2022.106544 Tukiran, N., Mohd @ Ariffin, J. A., & Mohamed Rozi, S. H. (2016). Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Yap , C. H., & Ngoi , G. P. (2020). Isu dan masalah pembelajaran dan pemudahcaraan mengenali aksara Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuching [Issues and problems in learning and teaching Chinese characters at Chinese Vernacular Primary Schools Kuching]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 4(4), 40-52. https://doi.org/10.33306/mjssh/95 Yap, Chin & Ngoi, Guat Peng. (2020). Isu Dan Masalah Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Mengenali Aksara Cina Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kuching [Issues And Problems In Learning And Teaching Chinese Characters At Chinese Vernacular 18
Primary Schools Kuching]. Muallim Journal of Social Science and Humanities. 40-52. DOI:10.33306/mjssh/95 Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zhang Xiao Lin. (2018). Tinjauan tentang keadaan semasa pembelajaran dan pemudahcaraan mengenali aksara Cina di sekolah rendah dan strategi menanganinya. Jurnal Pendidikan Luar Sekolah China, 8, 75. 19
LAMPIRAN 1 Analisis Dokumen 20
21
LAMPIRAN 2 Soalan Ujian Pra dan Pasca 22
LAMPIRAN 3 Sesi Kaedah Visualisasi Dalam Kelas Rawatan 23
24