The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULIS: MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI
DIBIMBING OLEH : DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamad07-451, 2022-03-18 10:36:30

KU RINDUKAN MU YANG DULU

PENULIS: MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI
DIBIMBING OLEH : DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT

KU RINDUKAN MU YANG DULU

PENULIS: MOHAMAD DANIAL FITRI BIN JOHARI
DIBIMBING OLEH : DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT
SINOPSIS:
Mengisahkan Hazim dan Ahmad merupakan rakan karib sejak kecil lagi. Mereka diibaratkan
seperti isi dan kuku. Hazim merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan
terutamanya sukan Bola Sepak. Jadi tidak hairanlah jika dirinya digilai ramai murid perempuan
di sekolahnya tambahan lagi dengan rupa parasnya yang agak kacak. Berbeza dari
sahabatnya, Ahmad merupakan seorang murid yang pendiam dan sederhana pencapaiannya
dalam bidang akedamik dan kokurikulum. Suatu hari, seorang murid bernama Adam
berpindah ke sekolah mereka berdua. Adam yang sangat jaguh dalam sukan menyebabkan
dirinya mula rapat dengan Hazim. Lama kelamaan, hubungan Ahmad dan Hazim kian
renggang kerana Hazim lebih sering meluangkan masa bersama Adam. Adam yang pada
mulanya ikhlas berkawan bersama Hazim, mula merasa cemburu dan dengki disebabkan
dirinya sering menduduki tempat kedua setelah Hazim. Jadi, apakah musibah yang akan
Hazim hadapi selepas ini?

Watak :

Ahmad: Seorang murid yang pendiam dan sederhana pencapaiannya dalam bidang
akedamik dan kokurikulum namun merupakan rakan karib Hazim sejak kecil.

Hazim: Seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan terutamanya sukan Bola Sepak dan
merupakan rakan karib Ahamd sejak kecil.

Adam: Seorang murid yang baru berpindah ke SK Pasir Gudang dan juga aktif dalam bidang
sukan seperti Hazim.

Cikgu Aina: Seorang guru kelas 3 Jentayu yang sangat berdedikasi.
Cikgu Badrul: Seorang guru sukan dan pelatih kepada pasukan Bola Sepak SMK Pasir
Gudang.
Aizat dan Dhiya: Murid-murid SMK Pasir Gudang yang sering terlibat dalam kesalahan
disiplin.

BABAK
BABAK 1
Hazim dan Ahmad merupakan rakan karib sejak kecil lagi. Hazim merupakan seorang yang
sangat aktif dalam bidang sukan terutamanya sukan Bola Sepak. Jadi tidak hairanlah jika
dirinya digilai ramai murid perempuan di sekolahnya tambahan lagi dengan rupa parasnya
yang agak kacak. Berbeza dari sahabatnya, Ahmad merupakan seorang murid yang pendiam
dan sederhana pencapaiannya dalam bidang akedamik dan kokurikulum.

Pada hari pertama permulaan sesi persekolahan yang baru, Hazim dan Ahmad bersama-
sama menolong cikgu Aina mengangkat barang di bilik guru.
Di bilik guru…
Hazim: Sedar tidak sedar kita sudah tingkatan 3, Ahmad. Sekejap betul masa berlalu.
Ahmad: Betul tu Hazim. Rasanya seperti baru sahaja semalam kita berkenalan.
Hazim: Harap-harap kita akrab sebegini sehingga ke hari tua hihi. Apa-apapun, kamu mahu
makan apa pada waktu rehat nanti, Ahmad?
Ahmad: Saya pun tidak pasti, Hazim. Tapi saya agak berminat dengan menu baharu yang
makcik Ros beritahu mahu perkenalkan pada sesi persekolahan baharu ini.
Hazim: Wah, macam menarik sahaja menu baharu itu. Saya pun mahu mencubanya!
Cikgu Aina: Kamu berdua berbual-bual sekarang ini, kamu sudah selesai mengangkat semua
kotak tersebut?
Hazim: Maaf cikgu, tumpuan kami hilang pula seketika. Mungkin disebabkan lapar rasanya.
Hehe
Cikgu Aina: Tak mengapa. Kamu berdua fokus dahulu bantu cikgu. Nanti waktu rehat, cikgu
akan belanja kamu berdua makan di kantin.
Ahmad: Wah, cikgu. Terima kasih cikgu!
Hazim: Baik cikgu. Kami akan selesaikan perkara ini sepantas kilat.

BABAK 2
Semasa semua murid kelas 3 Jentayu sedang menumpukan seluruh perhatian semasa kelas
Matematik cikgu Farah, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu kelas. Kelihatan cikgu Aina selaku
guru kelas tersebut bersama seorang murid baharu. Satu kelas riuh-rendah dengan
kedatangan murid baharu itu.
Hazim: Ahmad, tengok itu. Kita ada rakan sekelas yang baharu la.
Ahmad: Ye Hazim. Penampilan fizikalnya nampak seakan dia aktif dalam sukan. Betul tak
Hazim?
Hazim: Benar juga kata kamu. Makin berkobar-kobarlah saya mahu bersukan selepas ini.
*Murid baharu berdiri di hadapan kelas*
Adam: Selamat sejahtera semua. Nama saya Adam. Saya berasal daripada Ipoh, Perak dan
berpindah ke sini atas urusan keluarga. Salam berkenalan semua!
Cikgu Farah: Baik Adam. Salam perkenalan juga. Kamu boleh duduk di meja belakang Hazim
itu (Sambil menunjukkan jari). Kamu semua pula, sila buat latihan yang cikgu beri ya.
Semua murid: Baik cikgu!
*Hazim menoleh ke belakang*
Hazim: Hai Adam. Kamu main bola sepak tak?
Adam: Hai. Ya, saya main!
Hazim: Petang ini mari kita main bersama-sama di padang sekolah.
Adam: Menarik juga, jom!

BABAK 3
Masa silih berganti. Hubungan Adam dan Hazim kian akrab manakala Ahmad mula ditepikan.
Kemasukan Adam ke pasukan bola sepak SK Pasir Gudang merupakan penyebab dia
semakin rapat bersama Hazim selaku ketua pasukan tersebut.
Berdekatan waktu pulang dari sekolah, Hazim dan Adam berjalan sambal bersembang lalu
disapa oleh Ahmad.

Hazim: Hebat sekali hantaran lencong yang kamu berikan kepada pasukan lawan kelmarin,
Adam. Saya bangga ada ahli pasukan seperti kamu.
Adam: Malu saya menerima pujian itu sedangkan kamu yang banyak membuat jaringan.
Diharapkan pasukan kita dapat membawa nama sekolah dengan lebih jauh lagi.
Hazim: Betul itu. Saya pun berharap begitu.
Ahmad: Hai Hazim! Mahu ke gerai Mak Uda tak sepulang sekolah ini? Ada cerita menarik
saya tidak sabar mahu kongsikan bersama kamu!
Hazim: Maaf Ahmad, tapi sepulang sekolah ini saya mahu datang ke rumah Adam untuk
makan malam bersama keluarganya. Jadi kamu pulang dahulu ya.
Ahmad: Oh, tidak mengapalah begitu. Maaf menggangu perbualan kamu berdua.

BABAK 4
Latihan demi latihan, pertandingan demi pertandingan. Adam mula menyadari jurang besar
antara kemahirannya dengan Hazim dalam sukan Bola Sepak. Hati yang mulanya kagum
bertukar cemburu dan dengki melihat rakannya selangkah kehadapan. Adam kemudiannya
mula berpakat bersama murid-murid bermasalah SK Pasir Gudang, Aizat dan Dhiya.
Adam: Aku sungguh tidak puas hati dengan si Hazim itu. Setiap kali perlawanan Bola Sepak,
dia asyik mengambil peluang aku untuk membuat jariangan. Pada akhirnya dia sahaja yang
mendapat nama.
Aizat: Aku sudah lama tidak puas hati dengan Hazim itu kerana asyik menjadi perhatian
perempuan.
Dhiya: Kalau kamu semua begitu bencikan dia, apa kata kita berpakat membuat reputasinya
jatuh?
Adam: Bagus sekali idea kamu itu. Saya mahu kamu berdua kurung dia di stor sukan hujung
sekolah yang terpencil itu sebelum perlawanan akhir bermula nanti.

BABAK 5
Tinggal hanya 30 minit sebelum perlawanan akhir pasukan Bola Sepak SK Pasir Gudang.
Semua ahli pasukan bola sepak sekolah kini giat membuat persiapan.

Adam: Hazim, cikgu Badrul minta kamu datang sebentar ke stor sukan belakang bilik
pancaragam itu untuk menolongnya.
Hazim: Oh, baik saya datang sekarang.
*Setibanya di dalam stor sukan*
Hazim: Cikgu Badrul! Cikgu di mana! Saya harus tolong apa ya?
*Pintu stor tertutup*
Hazim cuba membuka pintu tersebut namun gagal.
Hazim: Tolong! Sesiapa di luar. Masih ada orang di dalam stor ini!
Aizat: Misi selesai! Mari kita bagi tahu Adam (Dicakap secara berbisik)
Dhiya: Jom beredar sebelum ada orang lain yang perasan.

BABAK 6
Kehilangan Hazim secara tiba-tiba membuatkan pasukan Bola Sepak SK Pasir Gudang
gelisah. Cikgu Badrul selaku penyelia mereka mencarinya di merata tempat. Ahmad yang
datang untuk memberikan sokongan terkejut mendengarkan khabar kehilangan sahabatnya.
Semasa mencari, Ahmad terjumpa sapu tangan Haziim yang terjatuh berdekatan dengan bilik
pancaragam.
Ahmad: Eh ini bukan ke sapu tangan Hazim? Bagaimana boleh berada di sini?
Lalu Ahmad bertanyakan murid-murid di bilik pancaragam tersebut. Setelah mendapat
maklumat yang diperlukan, dia bergegas ke stor sukan.
Ahmad: Ada sesiapa ke di sini?
Hazim: Ahmad ke tu?! Ahmad, tolong! Saya terkurung di sini!
Ahmad dengan pantas mengeluarkan Hazim dari stor sukan.
Hazim: Terima kasih Ahmad. Kamulah penyelamat saya.
Ahmad: Sudah, sekarang ini saya mahu kamu buat yang terbaik di padang nanti.
Hazim pun dapat menyertai perlawanan walaupun sedikit lewat.

BABAK 7

Setelah siasatan dibuat dengan bantuan murid bilik pancaragam tersebut, Dhiya dan Aizat
serta Adam berjaya dibuktikan kesalahannya.

Hazim: Tergamak kamu lakukan sebegini kepada saya, Adam? Saya tidak pernah sekalipun
merendahkan kamu. Malah saya turut memberikan sokongan agar kamu dapat menjadi lebih
hebat daripada saya dalam sukan ini.

Adam: Saya minta maaf, Hazim. Sikap dengki saya menyebabkan saya hilang pertimbangan
antara baik dan buruk.

Ahmad: Tidak mengapalah Hazim. Perkara sudah pun lepas. Kita buang yang keruh ambil
yang jernih. Tak begitu?

Hazim: Betul itu Ahmad. Saya juga mahu meminta maaf atas perbuatan saya mengetepikan
kamu setelah berjumpa dengan sahabat yang baharu. Saya pasti kamu terguris akan
perbuatan saya ini.

Ahmad: Ya saya maafkan kamu Hazim. Setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan.
Jadi tidak perlu difikirkan sangat.

Hazim: Wah, terima kasih Ahmad! Kamulah sahabat dunia akhirat saya!

Ahmad: Terharu pula saya mendengarnya. Sepulang sekolah, mari kita ke warung Pak Abu?

Hazim: Bernas juga idea itu. Jom!


Click to View FlipBook Version