MERENTAS ZAMAN Nurul Aida . Amalina Hasyiqin . Danial Fitri
Pengenalan Kedudukan Bangsa Melayu, Bumiputera dan kaum-kaum lain. Agama Persekutuan 02 Pemerintahan Beraja 12 Bahasa Kebangsaan 03 17 08 Kesimpulan 20 ISI KANDUNGAN
Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, unsur-unsur tradisi Perlembagaan Malaysia memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran politik, ekonomi, dan sosial. Perlembagaan ini memperkuat prinsip-prinsip seperti kesaksamaan, kebebasan beragama, perlindungan hak asasi manusia, dan pembangunan yang mampan. PENGENALAN 03 Terdapat beberapa unsur tradisi yang dibawa dalam perlembagaan Malaysia, seperti Bahasa Kebangsaan, Agama Persekutuan, Pemerintahan Beraja serta kedudukan bangsa Melayu, Bumiputera dan kaum-kaum lain. Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, unsur-unsur tradisi Perlembagaan Malaysia memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran politik, ekonomi, dan sosial. Perlembagaan ini memperkuat prinsip-prinsip seperti kesaksamaan, kebebasan beragama, perlindungan hak asasi manusia, dan lain-lain.
Satu Unsur dalam Perlembagaan K E B A N G S A A N B A H A S A 04
Kepentingan Bahasa Kebangsaan Termaktub dalam Perkara 152, bahawa bahasa kebangsaan menjadi syarat perpaduan kaum yang dibentuk selepas kemerdekaan Menjadi alat perantara yang boleh dikongsi dengan semua kaum, agar berupaya mencapai pelbagai matlamat secara maksimum dalam sektor ekonomi Berupaya mengekalkan bahasa asas oleh para pedagang ketika sebelum merdeka dan selepas merdeka https://klikweb.dbp.my/?p=20239 Nilai Ekonomi Bahasa Melayu sebagai bahasa Industri
UNSUR BAHASA DARI ASPEK POLITIK Ahli parlimen yang tidak menggunakan bahasa Kebangsaan dengan betul, menggunakan kata yang kasar dan kurang sopan semasa berbahas di Parlimen. Terdapat juga ahli parlimen yang tidak mahir menggunakan bahasa Melayu. “Bernama (2019, 29 November ) Melaporkan bahawa ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar melemparkan perkataan 'bodoh' kepada Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer kerana mencelah ketika beliau membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 atau Belanjawan 2020 pada 16 Okt lepas.” Perkara 152 pada Bahagian XII dalam perlembagaan persekutuan telah menggariskan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan terdapat syarat peruntukan Fasal (1) bahawa sekiranya pihak Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. Menurut Peraturan Mesyuarat Perkara 36(4), bahasa yang tidak sesuai di Parlimen adalah dengan penggunaan sesuatu bahasa, perkataan atau ungkapan yang kurang sopan (biadap) atau apa-apa pernyataan seksis oleh Ahli-ahli Dewan yang merupakan kesalahan Jelaslah kepentingan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan wajib digunakan dalam mana-mana acara rasmi termasuk sidang parlimen. Sekiranya, hendak berbahasa Inggeris, ahli parlimen hendaklah meminta izin daripada yang dipertua dewan terlebih dahulu. Tuntasnya, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam perlembagaan memberi kepentingan dalam menangani cabaran yang dihadapi dan memartabatkan lagi Bahasa Melayu dan tidak akan berlakunya pergaduhan di parlimen dan memesrakan hubungan satu sama lain
C a b a ra n d ala m etnik CABARAN BAHASA KEBANGSAAN Ekonomi perindustrian Perubahan Globalisasi Kelunturan Semangat Generasi Muda Penglibatkan organisasi Multinasional Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan yang meluas. Penggunaan bahasa inggeris menggantikan Kebergantungan terhadap ekonomi global. bahasa melayu. Bahasa Inggeris digunakan dalam pendidikan Sokongan ahli masyarakat menggunakan Ekonomi. bahasa kebangsaan.
ASPEK SOSIAL B a h a s a K e b a n g s a a n Peningkatan Komunikasi: Dengan memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Malaysia telah mencapai tahap kecekapan komunikasi dalam konteks sosial. Penggunaan bahasa Melayu yang meluas membolehkan individu dari pelbagai latar belakang etnik berkomunikasi secara efektif, baik dalam kehidupan harian, perniagaan, atau dalam perkhidmatan awam. Ini membantu mengatasi rintangan bahasa dan memupuk hubungan yang lebih baik antara pelbagai etnik di Malaysia. Pendidikan: Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ia digunakan sebagai bahasa pengantar dalam kebanyakan institusi pendidikan, dan kebolehan berbahasa Melayu menjadi keperluan asas dalam sistem pendidikan negara. Ini memastikan keseragaman pendidikan dan memupuk pemahaman bersama mengenai sejarah, budaya, dan nilainilai Malaysia. Penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai kesan yang signifikan bagi menghadapi cabaran hubungan etnik dalam aspek sosial masyarakat di negara ini.
AGAMA PERSEKUTUAN Perkara 3 Perlembagaa Malaysia yang mengistiharkan bahawa “Islam merupakan Agama bagi persekutuan”, iaitu agama rasmi negara. Tetapi agama lain masih boleh dianuti oleh penganut-penganut agama Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA 08
Perkara 3 pada Bahagian I dalam perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Isu penggunaan kalimah Allah demi kepentingan politik. Isu ini menyentuh sensitiviti agama kerana ahli politik tidak kisah memecahkan perpaduan rakyat sekiranya naratif buruk ini asalkan parti mereka mendapat kuasa selepas pilihan raya, Agama Persekutuan Isu ini ditayangkan pada 18 Mei 2023 di siaran Astro Awani dan diulas mengenai isu yang di akhbar Bernama. Isu ini terjadi selepas pihak kerajaan merampas lapan CD Pendidikan Bumiputera Sarawak yang mengandungi perkataan “Allah” yang digunakan untuk kegunaan peribadi. Kepentingan Agama Persekutuan Menjaga kesucian dan maruah agama Islam yang merupakan Agama Persekutuan di Malaysia. Agama Islam harus dihormati dan tidak diburuk-burukkan demi kepentingan meraih pengundi. Aspek Sosial
ASPEK SOSIAL Penetapan agama Islam sebagai agama persekutuan ini membantu dalam dalam menghadapi cabaran hubungan etnik di negara ini dari aspek sosial masyarakat. Antaranya: Penetapan agama Islam sebagai agama persekutuan dapat mendorong peningkatan pengetahuan dan penghayatan terhadap Islam dalam masyarakat Malaysia. Hal ini dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam tentang ajaran, nilai, dan praktik Islam di kalangan masyarakat bukan-Muslim. Peningkatan pengetahuan ini dapat mengurangi stereotip dan prasangka yang mungkin timbul dan memperkuat kesepahaman dan kesatuan dalam masyarakat yang berbilang agama. PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN PENGHAYATAN Penetapan agama Islam sebagai agama persekutuan memberikan penghargaan terhadap identiti agama dan budaya orang Melayu sebagai etnik majoriti di Malaysia. Ini juga memainkan peranan dalam memperkuat ikatan keagamaan dan menyokong pelaksanaan praktik agama Islam dalam masyarakat Melayu. Meskipun agama Islam ditetapkan sebagai agama persekutuan, Malaysia juga menghormati kebebasan beragama individu. Penetapan ini tidak mengecualikan hak individu untuk memeluk, mempraktikkan, dan mengamalkan agama-agama lain. Ini menghasilkan lingkungan yang menggalakkan toleransi, keberagaman, dan kesatuan dalam masyarakat Malaysia, di mana individu memiliki kebebasan untuk menjalankan kepercayaan agama mereka dengan aman dan tanpa diskriminasi. PEMELIHARAAN IDENTITI DAN KEPERCAYAAN KEBEBASAN BERAGAMA YANG DIJAMIN
Institusi pemerintahan beraja terus dikekalkan mengikut lunas-lunas perkembangan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Pemerintahan Beraja P ERL E M BAGAA N M ALAY S IA 12
KEPENTINGAN PEMERINTAHAN BERAJA Neraca keseimbangan kesejahteraan rakyat Pemilihan raja-raja sebagai ketua negara merupakan hal yang telah termaktub dalam perlembagaan, bersandarkan kepada kelebihan yang perlu ada untuk memimpin sesebuah negara. Mengekalkan kedudukan raja-raja Melayu Memberi keputusan yang rasional berkenaan hal-hal politik negara, pentadbiran negara dan berkaitan kebajikan dan hak rakyat
by C A B A R A N : P E M E R I N T A H A N B E R A J A Timbul masyarakat Liberal dari parti-parti politik yang membangkitkan isu untuk menukar sistem monarki hingga menyebabkan pergaduhan kaum Pelbagai isu berbangkit menyebabkan kredibiliti pemerintahan beraja dipersoalkan dalam usaha menjaga kemaslahatan masyarakat tanpa mengira kaum
Stabiliti Politik dan Pelaburan: Pemerintahan Beraja memberikan stabiliti politik yang penting bagi negara Malaysia. Ini membantu mencipta iklim pelaburan yang menarik dan memberikan keyakinan kepada pelabur untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Stabiliti politik ini memberikan jaminan dan mengurangkan ketidakpastian politik yang boleh mempengaruhi iklim perniagaan. Pada akhirnya, ini dapat mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan memberi manfaat kepada semua komuniti etnik di negara ini. Pembangunan Ekonomi yang Saksama: Pemerintahan Beraja berkomitmen untuk memastikan pembangunan ekonomi yang adil dan seimbang di kalangan semua komuniti etnik. Ini melibatkan usaha untuk mengurangkan jurang ekonomi antara etnik dan meningkatkan akses kepada peluang ekonomi bagi semua golongan. Pemerintahan Beraja memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan pengagihan sumber, memberikan sokongan dan peluang kepada komuniti yang kurang berkembang ekonominya. Penetapan Pemerintahan Beraja sebagai unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan kesan dalam menghadapi cabaran hubungan etnik dari aspek ekonomi. ASPEK EKONOMI 03
Isu twitter sikap rakyat yang goyah dan bersifat liberalisme akan menggugat sistem pemerintahan beraja . PEMERINTAHAN BERAJA ASPEK SOSIAL Kepentingan Pemerintahan Beraja Isu ini terjadi di platform media sosial iaitu Twitter dimana terdapat individu yang menyinggung perasaan dengan menghentam dan memaki hamun Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Isu ini diperkatakan pada siaran Astro Awani dan pada keratan akhbar Berita Harian. Pada Bahagian II-Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Perkara 10 Perlembagaan Persukutuan menggariskan bahawa Parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap kebebasan bersuara melalui undang-undang jika mendapati sekatan tersebut perlu dibuat demi kepentingan keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam, atau prinsip moral. Menjamin kesejahteraan, ketenteraman awam dan keharmonian negara kerana mengikut perlembagaaan persekutuan yang digariskan pada perkara 10. Menjadi lambang perpaduan rakyat dan simbolik penyatuan rakyat dengan wujudnya pemerintahan yang stabil.
KED U D U KAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA 1 7
KEDUDUKAN ISTI M E W A ORANG M ELAYU DAN BU M IPUTERA Penegasan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk mempertahankan hak orang Melayu yang telah wujud sejak sebelum kedatangan British. Ruang dan peluang kaum Melayu bersaing dengan kaum lain. Mempunyai kelebihan dari segi pendidikan dan pekerjaan bagi penduduk melayu.
Cabaran Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Kejahilan masyarakat menentang perlembagaan dengan hanya melihat isu dan masalah sekarang yang berlaku dan memberi kesan kepada kesejahteraan sejagat. Timbul rasa ketidakadilan terhadap kaum bukan bumiputera berkenaan hak-hak kaum lain melalui hasutan dan kempen negatif dalam politik
Tuntasnya, Kepentingan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia mengikut konteks hubungan etnik ialah menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-undang. Unsur-unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan diantara kaum. Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak istimewa orang Melayu dan pemerintah beraja telah menjadi panduan untuk menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran. KESIMPULAN 20