The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PENILAIAN AKHIR ALTERNATIF UPDATED 19112020_1350

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norul Ashikin Abu Kasim, 2020-11-22 04:53:19

GARIS PANDUAN PENILAIAN AKHIR ALTERNATIF UPDATED 19112020_1350

GARIS PANDUAN PENILAIAN AKHIR ALTERNATIF UPDATED 19112020_1350

GARIS PANDUAN PENILAIAN AKHIR
ALTERNATIF (PAAT)

KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

EDISI 1
BERKUATKUASA NOVEMBER 2020

HAKCIPTA TERPELIHARA
CAWANGAN PEMBANGUNAN PENGAJIAN KPM
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA

1. PENDAHULUAN

Garis panduan ini menerangkan kaedah dan tatacara penilaian, pentaksiran serta
pelaksanaan peperiksaan akhir semester secara atas dalam talian (penilaian akhir
alternatif) bagi mencapai hasil pembelajaran (learning outcomes). Objektif utama garis
panduan ini adalah untuk memberi panduan dalam menjaga penilaian akhir alternatif
dengan memenuhi keperluan pensejajaran konstruktif berdasarkan Outcome-Based
Education (OBE), keperluan Standard Program yang dikeluarkan oleh MQA dan
keperluan badan profesional.

2. DEFINISI

2.1 Penilaian Akhir Alternatif (PAAT) ialah penggubahan kaedah peperiksaan akhir asal
secara bersemuka kepada satu bentuk kaedah yang digunakan untuk menilai
pengetahuan pelajar, kemahiran, dan pada akhir tempoh pengajaran yang ditetapkan,
seperti di akhir semester dan dilaksanakan secara dalam talian.

2.2 Ketua Unit Peperiksaan dan Persijilan BPT (KUPP BPT) merujuk kepada Ketua Unit
Peperiksaan dan Persijilan di Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.

2.3 Ketua Unit Peperiksaan dan Persijilan Kolej (KUPP K) merujuk kepada Ketua Unit
Peperiksaan dan Persijilan di Kolej Profesional MARA.

2.4 Pusat Tanggungjawab (PTj) merujuk kepada pusat yang mengendalikan PA yang
diselia dan dipantau oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Persijilan Kolej KUPP K. atau
Kolej Penggubal (KP) ialah kolej yang dilantik untuk menyelaras JSU dan penggubalan
item soalan PAAT.

2.5 Ketua Penolong Pengarah (KPP) merujuk kepada pegawai BPT yang
bertanggungjawab terhadap kursus.

2.6 Ketua Penggubal (KPG) ialah pensyarah yang bertanggungjawab menggubal
penilaian alternatif dan dimuatnaik ke platform dalam talian.

2.7 Subject Matter Expert (SME) ialah individu yang dilantik secara rasmi oleh BPT
sebagai pakar bidang khusus.

2.8 Ahli Jawatankuasa Penggubal (AJP) ialah komiti yang terdiri daripada KUPP BPT,
KUPP K, KPP, SME dan KPG.

2.9 Ujian Akhir Dalam Talian (UADT) ialah kaedah ujian standard yang mempunyai
ciri-ciri operasi mudah, cepat dan tepat dalam menguji prestasi penguasaan pelajar.

2.9.1 Kandungan UADT adalah terdiri dari dua (2) jenis soalan pelbagai pilihan iaitu:
a. Ujian item respon bebas:

i. Jawapan pendek
ii. Melengkapkan ayat
iii. Perkaitan

Contoh soalan:
Investors, lenders, and suppliers are examples of users of accounting
information provided by a business entity.

[1 markah]

b. Ujian item respon tetap:
i. Betul salah
ii. Padanan
iii. Pengelasan
iv. Aneka pilihan

Contoh soalan:
The basic accounting equation is Assets = Liabilities + ____________.

Income Owners’ Equity
Expenses Profit

[1 markah]

2.9.2 Kaedah pemarkahan UADT adalah objektif iaitu dibuat dengan tepat dan tidak
memerlukan pertimbangan-pertimbangan subjektif.

2.9.3 Kiraan masa bagi soalan UADT ialah 1 minit bagi soalan level kognitif aras C1
dan C2 dan 1.8 minit bagi soalan level kognitif aras C3 dan C4.

2.10 Tugasan Dalam Talian (TDT) ialah satu bentuk penilaian yang mengukur kedalaman
pengetahuan pelajar dan mempunyai jawapan subjektif (tidak terlalu spesifik seperti
UADT).

2.10.1 Terdapat 2 ketegori soalan bagi TDT iaitu
a. Soalan respon terbuka iaitu soalan yang mempunyai pelbagai
kemungkinan jawapan yang betul.

Contoh soalan:
Jelaskan kaedah yang perlu dilakukan dalam menilai kualiti dan
kepuasanpelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

[10 markah]

b. Soalan respon terhad iaitu soalan yang menghadkan respons pelajar
dalam memberikan respon beserta sedikit huraian.

Contoh soalan:
Nyatakan jenis-jenis senggaraan peralatan latihan.

[8 markah]

2.10.2 TDT juga terpakai untuk aktiviti kerja bermula dari awal hingga akhir
untuk menghasilkan satu (1) set soalan prestasi.

Contoh soalan:
Anda dikehendaki menyediakan catatan dalam buku catatan pertama.
(Catatan urus niaga tunai dalam bentuk Jurnal Penerimaan Tunai dan
Jurnal Pembayaran Tunai tidak diterima).

[12 markah]

2.10.3 TDT harus dijalankan secara serentak dan dalam kawalan masa yang
bersesuaian dengan jumlah dan aras soalan yang diajukan. Jumlah masa
yang spesifik bagi TDT adalah berdasarkan penilaian SME pada kadar
nisbah masa 1:2.

2.10.4 Sekiranya TDT tidak dijalankan secara serentak, set soalan yang telah
diuji tidak boleh digunakan lagi. Set soalan berbeza hendaklah

disediakan.

2.10.5 Bagi setiap penggubalan penilaian TDT haruslah disertakan bersama
skema jawapan sebagai panduan pemarkahan.

2.11 Penilaian Bawa Pulang (PBP) ialah satu tugasan yang mengandungi elemen-elemen
seperti berikut:
1. Pelbagai pengtahuan dan kemahiran
2. Pengetahuan yang intensif dan krikitikal
3. Berkait dengan pengalaman
4. Kreativiti

Contoh soalan:
Media rangkaian sosial adalah salah satu saluran komunikasi berkesan.
Contoh media rangkaian sosial yang semakin luas penggunaanya ialah
facebook, twitter dan Instagram. Jika penggunaan media rangkaian sosial ini
disalah gunakan, ia akan menjejaskan prestasi kepentingan dan prestasi
kerja.

Sebagai pembantu eksekutif computer, anda ditugaskan untuk menyediakan
satu (1) Standard Operating Procedure (SOP) beserta satu video pendek bagi
penggunaan rangkaian media sosial. SOP yang disediakan hendaklah
berpandukan format yang ditetapkan dan mestilah merangkumi perkara
perkara berikut:

1. Tajuk SOP
2. Tujuan SOP dibangunkan
3. Masa penggunaan rangkaian media sosial
4. Tatacara penggunaan rangkaian media sosial
5. Tanggungjawab pengguna
6. Tarikh SOP berkuatkuasa

[30 markah]

2.11.1 Setiap PBP harus dinilai dengan mengunakan rubrik yang berstruktur, terperinci
dan jelas. Jadual rubrik ini hendahlah diedarkan kepada para pelajar supaya
pelajar tahu bagaiamana penilaian dibuat. Dalam contoh soalan di atas, terdapat
dua (2) rubrik yang perlu disediakan iaitu satu (1) rubrik bagi laporan dan satu (1)
rubrik bagi video yang disediakan pelajar.

2.11.2 Adalah tidak disarankan untuk memberi tugasan PBP yang boleh mendatangkan
risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar. Ini termasuklah meninggalkan
kediaman mereka, sama ada bagi tujuan melengkapkan tugasan tersebut,
mendapatkan data atau maklumat dan lain-lain aktiviti yang membahayakan
dalam situasi kritikal ini.

2.11.3 Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam menggubal TDT berdasarkan

SLT persediaan pelajar:

a. 1 hari PBP : anggaran 5 -8 jam SLT

b. 2 jam PBP : anggaran 10 - 16 jam SLT

c. 3 jam PBP : anggaran 18 - 24 jam SLT

3. PENYELARASAN DAN PENGGUBALAN PENILAIAN AKHIR ALTERNATIF
(PAAT)

3.1. Semua dokumen yang berkaitan dengan proses PAAT adalah SULIT.

3.2. Semua pemilikan soalan PA yang telah diserahkan kepada AJP adalah HAK MILIK
AJP, tidak ada mana mana pihak yang boleh menggunakan atau mengadaptasi bentuk
atau kandungan PA tersebut. Hal ini selari dengan pengurusan dokumen terperingkat.

3.3. Setiap kaedah PAAT yang ingin digubal mestilah mewakili TIDAK KURANG 20%.dan
TIDAK MELEBIHI 30% wajaran.

3.4. PAAT haruslah dapat mengukur keseluruhan hasil pembelajaran kursus pelajar, dan
mengekalkan pemetaan CLO yang sama seperti yang telah ditetapkan dalam silibus
kursus.

3.5. Kaedah dan Pemberatan bagi setiap PAT mestilah mengikuti pemberatan yang telah
diluluskan oleh pihak BPT (rujuk lampiran 1).

3.6. Rekabentuk PAAT haruslah memenuhi syarat-syarat berikut:
i. PAAT harus menterjemahkan CLO sebagai penilaian awal yang telah dirancang.
ii. Markah wajaran/ pemberat bagi PAAT mestilah kekal/ sama seperti yang telah
ditetapkan dalam silibus kursus dan mengikut Program Standard MQA.
iii. Penilaian harus relevan dan berkaitan dengan pengetahuan khusus atau
kemahiran yang sedang dinilai, dalam masa yang sama memelihara tahap
taksonomi.
iv. kaedah PAAT yang digubal menyokong secara spesifik hasil pembelajaran kursus
(CLO) yang telah dipetakan kepada hasil pembelajaran program (PLO), seiring
dengan keperluan standard program serta badan-badan profesional (sekiranya
berkaitan.

3.7. Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan PAAT, set soalan yang telah digubal
perlu disemak oleh SME/ GC, KPP, KUPP K dan KUPP BPT.

3.8. Sekiranya proses pemeriksaan dijalankan secara dalam talian, PTj perlu memastikan
bahawa semua dokumen hanya boleh diakses oleh AJP. Penghantaran semua
dokumen dalam talian yang dikelaskan sebagai SULIT mesti menggunakan kata laluan

atau dengan jemputan. Pensyarah perlu memastikan aspek kerahsiaan diutamakan
untuk mengelakkan sebarang kebocoran soalan dan jawapan.

3.9. Sekiranya platform PAAT tidak dinyatakan di dalam silibus kursus, pengumuman
platform dalam talian yang akan digunakan WAJIB dimaklumkan kepada pelajar
sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh PAAT. Penentuan kaedah dan platform
PAAT adalah tertakluk kepada persetujuan di antara kesemua pensyarah dan pelajar
yang terlibat.

4. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN

Bahagian ini merangkumi tanggungjawab pelbagai pihak bagi memastikan PAAT yang
dijalankan menggambarkan tujuan utamanya bagi menilai pencapaian pelajar sejajar
dengan keperluan hasil pembelajaran.

4.1 Tanggungjawab Ketua Penggubal (KPG)

4.1.1 KPG perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat berkenaan capaian
internet setiap pelajar yang mendaftar sesuatu kursus.

4.1.2 KPG perlu mengadakan perbincangan dengan penggubal-penggubal lain
mengenai kaedah penilaian/ peperiksaan akhir secara dalam talian yang
bersesuaian dengan kemudahan capaian internet pelajar.

4.1.3 KPG bertanggungjawab untuk memaklumkan pilihan kaedah penilaian
kepada KUPP K dengan Borang Maklumat Kaedah Pelaksanaan Penilaian/
Peperiksaan Akhir (Lampiran C) berserta Jadual Spesifikasi Ujian
(Lampiran D) kepada pihak KUPP BPT untuk diserahkan kepada KPP

4.1.4 KPG akan mendapatkan cadangan soalan bagi menggubal PAAT dari
semua pensyarah yang mengajar kursus yang digubal dari semua IPMA
yang berkaitan.

4.1.5 KPG dikehendaki memastikan soalan-soalan peperiksaan diselaraskan,
disaring dan dinilai oleh SME yang dilantik.

4.1.6 Penyelaras harus mengemukakan cadangan kaedah

penilaian/peperiksaan akhir dengan mengisi Borang Maklumat Kaedah

Pelaksanaan Penilaian/Peperiksaan Akhir (Lampiran C) berserta Jadual

Spesifikasi Ujian (Lampiran D) kepada pihak KUPI untuk diserahkan

kepada KPP.

4.1.7 Apa jua kaedah penilaian/peperiksaan akhir yang ditentukan harus
mematuhi Perkara 3

4.2 Tanggungjawab Subjek Matter Expert (SME)

4.2.1 Subject Matter Expert (SME) harus memastikan bahawa kaedah penilaian
dan soalan-soalan adalah bersesuaian dengan CLOs dan memenuhi tahap
taksonomi yang bersesuaian.

4.2.2 SME perlu bertanggungjawab memastikan set-set soalan memenuhi PLO,
tahap kognitif yang sama aras dan juga agihan markah.

4.2.3 SME perlu menyemak dan memastikan kaedah penilaian/peperiksaan akhir
yang dicadangkan oleh penggubal menepati kriteria pensejajaran konstruktif
serta keperluan lain yang berkaitan

4.3 Tanggungjawab Ketua Unit Peperiksaan & Persijilan (KUPP K)

4.3.1 Pengesahan bahawa kaedah dan soalan telah disaring (vetted) boleh direkod
menggunakan borang sedia ada yang dibangunkan oleh KUPP K.

4.3.2 Memastikan bahawa rekod pemeriksaan/penyederhanaan dan juga termasuk
pengesahan soalan yang bersesuaian dengan CLOs bersama skema
pemarkahan dan/atau rubrik.

4.3.3 Menghantar soalan yang telah disemak dan dipilh kepada KUPP BPT.

4.3.4 Memastikan semua borang yang berkenaan telah diisi.

4.4 Tanggungjawab Ketua Penolong Pengarah (KPP) BPT

4.4.1 Menyemak dan memastikan kaedah penilaian/peperiksaan akhir yang
dicadangkan oleh tenaga pengajar menepati kriteria pensejajaran konstruktif
serta keperluan lain yang berkaitan.

4.5 Tanggungjawab Ketua Unit Penilaian & Peperiksaan (KUPP) BPT
4.5.1 Menyelia dan menguruskan kaedah penilaian/peperiksaan akhir antara KUPP
K dan KPP K.

5. PROSEDUR DAN TATACARA PELAKSANAAN PENILAIAN AKHIR
ALTERNATIF (PAAT)

CARTA ALIR PROSES PENYELARASAN DAN PENGUBAHSUAIAN PEPERIKSAAN AKHIR
KEPADA

Tanggungjawab Aliran Kerja Proses kerja Tempoh
MULA
KUPP BPT 1.1 Mula

Ketua Penggubal 1.2 Memo penghantaran Garis Panduan Penilaian MA 3
Penggubal Akhir Alternatif Dalam Talian
KUPP Kolej 1.3
1.4 Perbincangan pengubahsuaian peperiksaan MA 3
KPP Kurikulum akhir kepada Penilaian Akhir Alternatif Dalam
Ketua Penggubal 1.5 Talian MA 3
Penggubal 1.6 Ya (rujuk Garis Panduan Penilaian Akhir Alternatif MA 3
QC Dalam Talian) MA 3 - 5
KUPP Kolej MA 6
KPP Kurikulum Penghantaran pengubahsuaian peperiksaan
akhir kepada Penilaian Akhir Alternatif Dalam
Talian untuk semakan BPT

Pengesahan pengubahsuaian peperiksaan akhir
kepada Penilaian Akhir Alternatif Dalam Talian
Sesi penggubalan soalan Penilaian Akhir
Alternatif
(pastikan soalan telah disemak oleh QC)
(soalan yang telah siap dihantar ke KPP K BPT
untuk semakan)

Semakan soalan oleh KPP Kurikulum BPT.

1.7 Ada pembetulan? MA 3 - 5
Tidak
Ketua Penggubal Sesi muatnaik soalan di dalam dengan MA 7 &
KUPP Kolej 1.8 RW
menggunakan platform yang dipersetujui seperti:
KUPP Kolej 1.9  Socrative
 Google Forms
 Microsoft Forms & Teams

Minggu Penilaian Akhir Alternatif Dalam Talian EX

TAMAT Tamat

*MA = Minggu Akademik RW = Revision Week EX = Exam Week

6. GARIS MASA PENILAIAN AKHIR ALTERNATIF (PAAT)

ALIRAN PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB
KERJA

1.1 Memo penghantaran Garis Panduan Penilaian KUPP BPT
Akhir Alternatif Dalam Talian

Perbincangan dan penghantaran Ketua Penggubal
1.2 pengubahsuaian peperiksaan akhir kepada Penggubal

Penilaian Akhir Alternatif Dalam Talian KUPP Kolej

Pengesahan pengubahsuaian peperiksaan

1.4 akhir kepada Penilaian Akhir Alternatif Dalam KPP Kurikulum BPT
Talian

Sesi penggubalan soalan Penilaian Akhir Ketua Penggubal
Alternatif Penggubal
1.5 (pastikan soalan telah disemak oleh QC)

(soalan yang telah siap dihantar ke KPP K BPT KUPP Kolej
untuk semakan)

1.6 Tarikh akhir semakan soalan oleh KPP K KPP Kurikulum BPT

1.8 Sesi muatnaik soalan di dalam platform dalam KPP Kurikulum BPT
talian

1.9 Minggu Penilaian Akhir Alternatif Dalam Talian Pensyarah

NOVEMBER DISEMBER JANUARI
W3 W4
TARIKH 23 30 W5 W6 W7 RW EX
23 Nov 2020
7 14 21 28 4

24-25 Nov 2020

25-26 Nov 2020

27 Nov - 9 Dis 2020

18 Dis 2020
21-28 Dis 2020
4-8 Jan 2021

7. PENUTUP

8. LAMPIRAN

LAMPIRAN A

BORANG MAKLUMAT KAEDAH PELAKSANAAN PEPERIKSAAN AKHIR SECARA
DALAM TALIAN

BAHAGIAN A: MAKLUMAT KURSUS

NAMA KURSUS:

KOD KURSUS: Peperiksaan Dalam Talian (X)
JENIS PENILAIAN Tugasan Akhir Dalam Talian (X)
(Tandakan yang berkenaan) Lain-Lain ()

KOLEJ:

SEMESTER / SESI AKADEMIK:

BAHAGIAN B: MAKLUMAT PEPERIKSAAN AKHIR DALAM TALIAN

BIL PERKARA PERINCIAN

1. Hasil Pembelajaran Yang Diukur Explain the functions of database in Financial
Security.

2. Kaedah penilaian akhir Open Book Exam

3. Bentuk soalan Case Study (20%)

4. Tempoh peperiksaan 1 jam
5. Platform peperiksaan Google Form

6. Kaedah penyerahan jawapan (oleh pelajar)

BAHAGIAN C: MAKLUMAT TUGASAN AKHIR/ LAIN-LAIN DALAM TALIAN

BIL PERKARA PERINCIAN

1. Hasil Pembelajaran Yang Diukur Explain the functions of database in Financial
Security.

2. Bentuk soalan Laporan (20%)

3. Tempoh peperiksaan 11/12/2020 -13/12/2020 (3 Hari)
4. Platform peperiksaan Google Form

5. Kaedah penyerahan jawapan (oleh pelajar) Email

Tandatangan :
Penyelaras :
Nama dan Cop rasmi :
Tarikh :

LAMPIRAN B

SURAT AKUJANJI PELAJAR MENDUDUKI PEPERIKSAAN

KOLEJ PROFESIONAL MARA

Bahawasanya saya, ___________________________________________________________ No.

Kad Pengenalan: , dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji

bahawa saya akan berusaha sedaya upaya untuk sentiasa mematuhi segala undang-undang dan

peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan MARA selagi saya bergelar

pelajar institusi ini walaupun di mana saya berada.

Saya berjanji akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan dari semasa ke semasa yang
ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi MARA bagi menduduki ujian atau peperiksaan,
melaksanakan tugasan atau apa sahaja bentuk penilaiaan sama ada secara bersemuka atau tidak
bersemuka (dalam talian). Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya:

(i) Tidak akan menipu, cuba menipu, bertingkah laku yang boleh ditafsirkan sebagai menipu,
membolehkan orang lain menipu, meniru atau memberi tiru atau bersubahat bagi mana-
mana tujuan tersebut.

(ii) Tidak akan membawa bersama bahan-bahan rujukan selain yang dibenarkan dalam
sesuatu peperiksaan berkenaan.

(iii) Tidak akan mengambil gambar soalan dan buku jawapan serta kertas jawapan sama ada
yang belum atau sudah digunakan.

(iv) Tidak akan berhubung dengan calon atau pihak lain semasa peperiksaan berlangsung.

(v) Tidak akan mula menjawab soalan peperiksaan sebelum waktu yang ditetapkan atau
masih menulis selepas waktu peperiksaan tamat.

Saya sedar bahawa jika saya melanggar peraturan-peraturan yang telah disebutkan di atas dan
telah dibuktikan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA berhak mengambil sebarang tindakan yang
sewajarnya terhadap saya pada bila-bila masa sepanjang pengajian saya sebagaimana yang telah
diperuntukkan di dalam Buku Peraturan Kolej Profesional MARA.

(Tandatangan Pelajar)

Nama Pelajar :

No. Pelajar :

Pusat :

LAMPIRAN C

KAEDAH PENYELARASAN DAN PENGGUBALAN PENILAIAN AKHIR ALTERNATIF (PAAT)

PENILAIAN ASAL PENILAIAN ALTERNATIF

JENIS KAEDAH JENIS JUMLAH JUMLAH KAEDAH PENILAIAN JUMLAH JUMLAH
CLO PENILAIAN PENILAIAN PERATUS PENUH PERATUS PENUH
CLO 1 Kuiz Kuiz Dalam Talian ALTERNATIF
CLO 2 Tugasan PB ASAL 20% Tugasan Dalam Talian 20%
PB 20% 30% Ujian Akhir Dalam 20% 30%
CLO 3 Peperiksaan 30% Talian 30% 50%
Akhir 50% Tugasan Akhir Dalam 20%
PA 50% Talian 50%
30%
atau 50%
Tugasan Akhir Dalam 25%
Talian 1
Tugasan Akhir Dalam 25%
Talian 2
20%
atau
Tugasan Akhir Dalam 30%
Talian
Peperiksaan Bawa
Pulang

Situasi 2: PB = 60% dan PA = 40%

PENILAIAN ASAL PENILAIAN ALTERNATIF

JENIS KAEDAH JENIS JUMLAH JUMLAH KAEDAH PENILAIAN JUMLAH JUMLAH
CLO PENILAIAN PENUH PERATUS PENUH
CLO 1 Kuiz 1 PENILAIAN PERATUS Kuiz Dalam Talian 1 ALTERNATIF
CLO 2 Kuiz 2 15% Kuiz Dalam Talian 2 30%
Tugasan ASAL 15% Tugasan Dalam Talian 15% 30%
CLO 3 30% Ujian Akhir Dalam 15% 40%
Peperiksaan PB 15% Talian 30%
Akhir PB 15% 40% Tugasan Akhir Dalam 20% 40%
PB 30% Talian
20% 40%
PA 40% atau
Tugasan Akhir Dalam 20%
Talian 1
Tugasan Akhir Dalam 20%
Talian 2
20%
atau
Tugasan Akhir Dalam 20%
Talian
Peperiksaan Bawa
Pulang

Situasi 3: PB = 70% dan PA = 30%

PENILAIAN ASAL PENILAIAN ALTERNATIF

JENIS KAEDAH JENIS JUMLAH JUMLAH KAEDAH PENILAIAN JUMLAH JUMLAH
CLO PENILAIAN PENILAIAN PERATUS PENUH Kuiz Dalam Talian 1 PERATUS PENUH
ALTERNATIF
CLO 1 Kuiz 1 PB ASAL 30% 30%
CLO 2 Kuiz 2 PB 10% 40% 10% 40%
CLO 3 Kuiz 3 PB 10% 30% 30%
Tugasan PB 10% Kuiz Dalam Talian 2 20%
Peperiksaan 40%
Akhir Tugasan Dalam Talian 40%
PA 30% Ujian Akhir Dalam 30%
Talian
30%
atau
Tugasan Akhir Dalam 30%
Talian

atau
Peperiksaan Bawa
Pulang


Click to View FlipBook Version