The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 DPM 1B PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zahraa Nur, 2022-05-11 07:28:51

Budaya Tradisional Memupuk Kemajuan Negara

MPU21032 DPM 1B PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

February, 2022

BUDAYA TRADISIONAL
MEMUPUK KEMAJUAN

NEGARA

MPU21032 DPM 1B PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

NAMA PENSYARAH : PN. NORZIRA BINTI AHMAD

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

ISI KANDUNGAN

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
Peneraju sidang reduksi....................................................................... Error! Bookmark not defined.
Pengenalan .......................................................................................... Error! Bookmark not defined.
Budaya dan Adat Resam .................................................................... Error! Bookmark not defined.
Makanan Dan Minuman .................................................................................................................4-7
Pemakaian Mengikut Budaya ........................................................................................................8-11
Cara Hidup 4 kaum terbesar di Malaysia.....................................................................................12-16

Kesimpulan ................................................................................................................................. 17

Page 2

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

PENERAJU SIDANG REDAKSI

SITI NUR ZAHRAA’ BINTI KARIM THARSHINIVATHY A/P
AHMAD KANDIBAN
18DPM21F2002 18DPM21F2004

NUR SYAHIDAH MAISARAH NUR AINA NAZIRA BINTI
BINTI MOHD FAHMI SAMUEL MOHD NIZAM
18DPM21F2006 18DPM21F2008

AZRI HAZEQ BIN AZRIN
18DPM21F2044

Page 3

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

PENGENALAN

Malaysia merupakan negara yang aman damai walaupun hidup secara berbilang
kaum.Hal ini kerana masyarakat yang berbilang kaum ini wujud sejak dahulu lagi jadi ia

telah menjadi kebiasaan di dalam negara kita.Terdapat pelbagai budaya dan adat
resam,makanan dan minuman,pemakaian mengikut budaya dan cara hidup yang di

selalu di amalkan oleh budaya masing masing.Walaupun masyarakat kita
mengamalkan budaya yang berbeza namun kita tetap memahami antara satu sama
lain.Walaupun pada masa tertentu kita akan mempunyai persilisihan fahaman antara
satu sama lain pada masa yang tertentu.Antara kaum yang wujud di Malaysia ialah
Melayu,Cina, India dan banyak lagi.Tiga kaum ini merupakan kaum yang paling besar di
negara kita.Terdapat juga kaum yang berada di sabah & Sarawak antaranya ialah Iban,

kadazan dan banyak lagi

Page 4

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

BUDAYA DAN ADAT RESAM

KONSEP BUDAYA : Budaya ialah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, sikanp dan nilai

Adat Resam : Adat resam merupakan amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman
yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam ini juga ialah sesuatu
perkara yang diwarisi sejak turun temurun. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat
yang berbeza.
Budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan
oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga

menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat
budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih

baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai
budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

Page 5

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

Makanan dan Minuman Budaya:

1.Melayu

Makanan dan Minuman budaya melayu

Ketupat

Dibuat daripada beras atau pulut y ang dibungkus
dalam any aman daun kelapa dan direbus
dalam periuk sebelum dibuka dan dimakan bersama
lauk-pauk seperti rendang

Rendang

rendang disediakan semasa musim perayaan
seper� Aidilfitri, Aidiladha dan di majlis-majlis

keramaian mahupun kenduri

TehTarik Lemang Ai r Ba tuCa mp u r(ABC)

Teh tarik merujuk Lemang sering dihidangkan secara Ia merupakan sejenis minuman y ang diperbuat
kepada air teh bersusu y ang dicurah antara berlauk daripada ais y ang dimesin dan dicampur dengan
bahan-bahan seperti kacang,
dua koleh bagi meny ejukkanny adan bersama rendang atau serunding, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis,
menjadikan ia berbuih-buih seperti sirap dan sarsi serta air nisan.

Page 6

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

2.Cina

Makanan dan Minuman budaya Cina

Chee cheong fun Tieguanyin

Ia adalah gulungan lempeng nipis y ang dibuat ialah pelbagai teh oolong Cina
dari kepingan lebar shahe fen (mi beras), diisi yang
dengan udang, daging lembu, say ur-say uran berasal dari abad ke-19 di Anxi
atau bahan-bahan lain di wilayah Fujian

Teh Krisan Tang Yuan

adalah teh herbal terapi y ang terbuat dari sejenis makanan Cina y ang diperbuat daripada
bunga krisan/bunga kekwa tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan
(Chry santhemum morif olii) juga dikenal sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian
sebagai Ju Hua dalam istilah bahasa cina dimasak dan dihidangkan dalam air y ang mendidih

3.India

Page 7

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

Pemakaian Mengikut Budaya

1. Melayu

A. Baju kurung

• Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini
merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu.

• Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan
Malaysia yang dipakai oleh kakitangan di jabatan-jabatan
kerajaan dan juga kakitangan swasta. Baju kurung dijadikan
sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di
Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupun dimana
sahaja berada.

• Baju kurung ini juga dipakai oleh kaum Wanita terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri.

B. Baju melayu • Baju melayu ialah Pakaian tradisional dan kebangsaan
lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu
2. Cina baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi
dengan samping dan songkok.

• Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan
cekak musang. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian
harian terutama sekali untuk bersembahyang ke pejabat, majlis
formal, dan sebagai pakaian adat

• Baju melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia

A. Cheongsam

• Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian
mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan
tahun baru cina. Terdapat banyak jenis cheongsam, namun
asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh
sulaman benang emas dan sutera

Page 8

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

B. Changsan

• sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju
panjang. Seperti cheongsam juga, changshan selalunya dipakai
oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari Piyin Changshan
pada zaman dahulu.

C. Pakaian tradisional Cina Hanfu

• Istilah “Hanfu” berasal dari kaum Han yang mula
memakai pakaian ini. “Yifu” bermaksud baju dalam
bahasa mandarin atau bahasa cina. Lengannya kembang
dan leher mempunyai kolar yang selesa. Pakaian hanfu ini
juga menjadi pilihan ramai kaum untuk mencuba kerana
ia amat sopan sekali, malah ia turut direka secara moden.

D. Jubah Labuh

-Jubah labuh juga merupakan pakaian tradisional
cina bagi kaum lelaki. Mereka sering
menggayakannya ketika perayaan tahun baru
cina dan lain-lain lagi. Pakaian tradisional cina
ini dihasilkan dari fabrik sutera dan broked
bewarna terang. Ia juga dihiasi dengan benang emas dan perak. Selalunya, warna merah
menjadi pilihan warna bagi si pemakai jubah labuh ini.

Page 9

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

E. Pakaian Tradisional Cina Samfoo

sejenis baju dan seluar yang boleh dipakai oleh wanita dan lelaki dalam kehidupan
seharian. Pakaian tradisional cina ini berupa baju longgar dan seluar yang diperbuat
daripada kain lembut misalnya kain sutera.

3.India

A. Dhoti

-merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat
daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh
dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini
tidak berminat dengan pakaian tersebut.Dhoti diperbuat daripada
lembaran kain putih yang panjang.

Page 10

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

B.Sari

- Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia.
Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam
yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau
setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya
yang bersulam diletak di atasbahu kiri

4.Iban

-Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan
Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian
asas kaum Iban
-Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu
Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang
sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil
kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa
lengan.

Page 11

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

Cara Hidup Kaum :

1. Melayu

Kaum melayu merayakan 3 perayaan iaitu :
1. Hari Raya:
Di kalangan masyarakat yang beragama Islam, terdapat dua hari raya yang disambut pada setiap
tahun iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Sebelum tibanya Hari Raya Aidil Fitri yang
juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Sebelum menyambutnya selama sebulan sepanjang bulan
Ramadan.

Hari raya aidilfitri Hari raya aidiladha

2. Israk dan Mikraj:

Perayaan Israk dan Mikraj adalah salah satu perayaan yang
berunsurkan keagamaan. Sambutan dan majlis yang diadakan
berkonsepkan Islam.Kemeriahan tetap wujud biarpun perayaan yang
diadakan khusus untuk umat Islam sahaja.

3. Maulidur Rasul:

Maulidur Rasul atau dahulunya lebih dikenali sebagai Maulud Nabi adalah
hari memperingati keputeraan Nabi Muhammad mengikut takwim Islam
yang jatuh pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah yang bersamaan dengan
20 April 571 Masihi.

Page 12

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

2.Cina

1.Menyambut Tahun baru CIna

Perayaan Tahun Baharu Cina tidak pernah dilupai dan diraikan
meriah mengikut tradisi termasuk cara berpakaian, namun tidak
sehebat selalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
susulan pandemik COVID-19.

2.Digayakan pada majlis keraian

Koo Geok Suet, 53 mempunyai 18 helai baju kebaya nyonya lazimnya digayakan pada majlis keraian
dan tradisi itu akan terus dikekalkan mengelak lenyap ditelan zaman.

3. Mengekalkan tradisi unik

komuniti peranakan Cina mempunyai pelbagai tradisi yang unik, namun pada era moden ini mungkin
lambat-laun, ia turut menghakis amalan gaya hidup itu.Antara contohnya ialah mengamalkan
perkahwinan jiran untuk mengekalkan tradisi selain itu juga untuk memastikan anak-anak tidak
berpindah jauh daripada keluarga.Namun pada zaman sekarang amalan ini sudah kurang diamalkan
kerana ramai yang telah berhijrah.

Komuniti peranakan Cina di Kampung
Tirok, Kuala Terengganu masih
kekalkan pakaian kebaya nyonya dan
sarung kain pelikat.

Page 13

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

3.India

1. Perkahwinan masyarakat India, ada tiga
jenis perkahwinan dalam masyarakat India

-Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci
melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri
agar kekal hingga ke akhir hayat. Ada tiga jenis
perkahwinan dalam masyarakat India iaitu vaitikat
thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam.

2. Kematian umpama tidur sementara bagi masyarakat India

Bagi masyarakat India, diorang mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga
menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, walaupun jasad akan hancur, ia
akan kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di
kebumikan.

3. Upacara menanggalkan thaali dan upacara vaikkarasi dalam upacara
kematian

-Thaali vaangutal adalah upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah
kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh
ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

Page 14

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

4. Selain daripada dua upacara kematian tu, diorang juga ada upacara
kollic catti

-

Kollic catti ni bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tu diangkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat
pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati, orang yang
bertanggungjawab periuk tanah liat tu adalah anak atau bapa si mati.

5. Deepavali dan beberapa lagi perayaan lain masyarakat India

- merayakan perayaan seperti Deepavali, Thaipusam, dan Ponggal setiap tahun. Bagi
perayaan Deepavali, penganut Hindu akan mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil.

Page 15

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

4.Masyarakat Sabah Dan Sarawak (Kaum Iban)

A) Berperang

Masyarakat iban dahulu lazimnya keluar pergi berperang.
Mereka sangat terkenal dengan memenggal atau memburu
kepala juga dikenali sebagai ‘head hunter’. Tujuan untuk mereka
berperang ini adalah untuk mempertahankan kawasan sendiri
daripada dimasuk oleh musuh. Disamping itu juga, mereka turut
dapat memperluaskan kawasan jajahan mereka.

B) Mencacah badan

Amalan mencacah tubuh atau bertatu menjadi amalan bagi orang Iban.
Corak tatu di badannya mereka juga turut berbeza-beza. Perbezaan corak
tatu ini untuk membezakan pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak.
Gambar di atas merupakan corak tatu kaum Iban. Corak ini dikenali sebagai
bunga terung. Corak tatu mereka lebih berunsurkan flora dan fauna seperti
bunga terung, burung kenyalang, naga dan banyak lagi

C) Kraftangan dan Kemahiran

Selain daripada kebolehan memburu dan bercucuk tanam,
masyarakat Iban juga mahir dalam membuat kraftangan. Mereka
menghasilkan kraftangan atau hasil seni yang melambangkan identity
masyarakat itu sendiri. Antara kraftangan yang mereka hasilkan
adalah seperti tikar, raga, pasu dan sebagainya

Page 16

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

Kesimpulan

Perkara yang dapat disimpulkan disini ialah walaupun kita berbeza agama dan budaya
kita tetap mempunyai semangat bersepadu antara satu sama lain.Sifat ini haruslah ada
dalam setiap diri masyarakat.Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk
diamalkan kerana ianya merupakan satu warisan keluarga.Namun pada masa kini
ramai masyarakat kurang mengamalkan adat resam ini kerana lebih suka mengikut
cara moden dan barat.Oleh itu kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab
haruslah membangkitkan adat resam nenek moyang budaya masing-masing supaya ia
tidak lenyap di telan zaman kerana tiada orang lagi mengamalkan budaya
tersebut.Selain itu kita haruslah hidup memahami antara satu sama lain walaupun
berbilang kaum dan mempunyai budaya masing- masing supaya kita dapat memahami
dan menghormati antara satu sama lain.

Page 17

BUDAYA TRADISIONAL MEMUPUK KEMAJUAN NEGARA
– Feb 2022

Sumber rujukan
-http://kamikongsiilmu.blogspot.com/2015/12/budaya-
kaum-iban.html
-http://rafidah-
maribelajar.blogspot.com/2011/12/budaya-kaum-
melayu.html?m=1
-https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia
-https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina

Page 18


Click to View FlipBook Version