SPSK PK 07/1
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH
43500 SEMENYIH
SELANGOR DARUL EHSAN
MINIT MESYUARAT AJK PIBG
BILANGAN 2 / TAHUN 2022
Tarikh : 14 Februari 2022
Masa : 09.15 malam
Tempat : Google Meet : http://meet.google.com/ckt-eoga-iwi
Kehadiran :
1. En Samsul Irwan bin Sanusi Ex Officio
2. En Mohd Faical bin Abdul Malik Yang Dipertua
3. En Mohd Ridwan bin Abd Razak Naib Yang Dipertua
4. Pn Nurul Fatehah binti Mokhtar Setiausaha Kehormat
5. Pn Siti Azura binti Othman Bendahari Kehormat
6. Pn Siti Norleha binti Rasid AJK Ibu Bapa
7. Pn Junaidah binti Ismail AJK Ibu Bapa
8. En Karulnizam bin Ab Jalil AJK Ibu Bapa
9. En Mazlan bin Ahmad AJK Ibu Bapa
10. En Walter anak Jimbau AJK Ibu Bapa
11. En Marzuki bin Bakar AJK Ibu Bapa
12. En Muhammad Azi bin Paring AJK Guru
13. Pn Rohaya binti Mohd Nor AJK Guru
14. Pn Aida Isabela binti Abdul Zalal AJK Guru
15. En Rajendran A/L Marappan AJK Guru
Turut Hadir PK Pentadbiran
1. Pn Marina binti Masban PK Hal Ehwal Murid
2. En Masran bin Khalil PK Kokurikulum
3. Pn Rafidah binti Umar
Tidak Hadir (Bersebab) AJK Guru
1. Cik Zalidah binti Yahya Juru Audit
2. Pn Saraswathy A/P Raman Survey AJK Ibu Bapa
3. Pn Vaidehi Ulaganathan
Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn Nurul Fatehah Mokhtar
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 En Mohd Faical bin Abdul Malik selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua
AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pengerusi turut mengalu-alukan
kehadiran En Samsul Irwan bin Sanusi, penasihat PIBG merangkap guru besar yang
bersama-sama dalam mesyuarat AJK PIBG buat kali pertama. Mesyuarat pada
malam ini merupakan rentetan daripada perjumpaan beliau bersama guru besar
1
SPSK PK 07/1
berkenaan beberapa perkara dan aktiviti yang perlu mendapat kata putus oleh
semua AJK PIBG bagi melancarkan perjalanan operasi sekolah.
Tindakan: Makluman
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
2.1 Minit mesyuarat bilangan 1/2021 dibentangkan oleh pengerusi dan dicadang
pengesahan serta sokongan seperti berikut:
Cadangan : En Mohd Ridwan bin Abd Razak
Sokongan : En Karulnizam bin Ab Jalil
3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN
4.1 Penyata Kewangan berakhir 31 Januari 2022 dibentangkan oleh Puan Siti Azura
binti Othman dan dicadang pengesahan serta sokongan seperti berikut:
Cadangan : En Karulnizam bin Ab Jalil
Sokongan : En Mohd Faical bin Abdul Malik
5. UCAPAN PENASIHAT – EN SAMSUL IRWAN BIN SANUSI
5.3 En Samsul Irwan memperkenalkan diri sebagai guru besar baharu SK Bandar
Sunway Semenyih dan telah melapor diri pada 15 Oktober 2021.
5.4 Antara program yang telah dilaksanakan pada tahun lepas iaitu Hari Kanak-Kanak
dan Sambutan Maulidur Rasul telah berjalan dengan lancar. Bagi tahun ini terdapat
beberapa program yang akan dijalankan pada waktu terdekat iaitu Majlis Anugerah
Kecemerlangan Murid dan Hari Graduasi Tahun 6.
5.5 En Samsul Irwan mencadangkan pihak sekolah dibantu Unit Kurikulum, Unit Hal
Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum membuat kertas kerja yang mempunyai objektif,
matlamat dan kepentingan dana kepada pihak sekolah. Pihak sekolah
menyediakan kertas cadangan dan keperluan program menggunakan kepala surat
dan nombor akaun PIBG untuk mencari dan menambah dana PIBG.
6. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH PUAN MARINA MASBAN
6.1 Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2021 (AKM 21) merupakan program
utama SK Bandar Sunway Semenyih bagi tahun 2021. Majlis ini adalah untuk
meghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum,
mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal
insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah satu institusi pendidikan yang
berwibawa serta merupakan salah satu medium untuk mengeratkan hubungan
antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
6.2 AKM 21 akan diadakan pada 23 Februari 2022 di Anjung semarak SK Bandar
Sunway Semenyih. Anugerah dibahagikan kepada 4 kategori anugerah iaitu
Anugerah Platinum, Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Tunas Harapan.
2
SPSK PK 07/1
6.3 Anugerah Platinum merupakan murid yang mencapai Tahap Penguasaan (TP) 6
bagi semua subjek Teras. Anugerah Emas ialah kombinasi pencapaian TP 4,5 dan
6 bagi semua subjek Teras. Anugerah Perak merupakan peningkatan prestasi dari
pencapaian pertengahan tahun 2021 (Peningkatan TP 3 dan 4 ke TP5 dan 6) dan
dibandingkan dengan pencapaian terkini.Tunas Harapan pula ialah murid yang
berada di kelas pemulihan dan berjaya melangkah keluar belajar di kelas perdana.
6.4 Seramai 182 murid akan menerima anugerah iaitiu Platinum (5 orang), Emas (58
orang), Perak (114 orang ) dan Tunas Harapan (5 orang). Anggaran perbelanjaan
untuk hadiah murid adalah sebanyak RM4550. Perbelanjaan untuk hiasan pentas,
banner, siaraya, jamuan murid dan sijil adalah sebanyak RM2392. Jumlah
keseluruhan berjumlah RM6942. Beliau memohon sumbangan dari PIBG dan
maklumkan tiada sebarang kutipan wang daripada murid.
6.5 Pengerusi memaklumkan kewangan PIBG adalah sangat rendah kerana COVID.
Namun program yang dirancang ini adalah sangat penting untuk memotivasikan
murid. Ahli mesyuarat bersetuju untuk meluluskan peruntukan kewangan bagi
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid tahun 2021 sebanyak RM6942
Tindakan: Bendahari
6.6 Puan Marina binti Masban membentangkan kertas kerja kedua iaitu Hari Graduasi
Tahun 6. Program Hari Graduasi Tahun 6 adalah satu program untuk meraikan
murid-murid tahun 6 pada hari terakhir mereka berada di SK Bandar Sunway
Semenyih. Objektif program ini adalah untuk meraikan dan memberi motivasi
kepada murid agar terus memberi keutamaan kepada akademik dan menghargai
institusi sekolah sebagai tempat menimba ilmu. Program ini juga bertujuan untuk
meneruskan visi sekolah penyayang yang meraikan kedatangan murid ke sekolah
dan meraikan perpisahan murid.
6.7 Majlis ini akan diadakan pada 25 Februari 2022 di Anjung Semarak, SK Bandar
Sunway Semenyih. Melibatkan 103 orang murid sahaja dan tiada sebarang kutipan
daripada murid memandangkan program dijalankan di kawasan sekolah dan secara
dalaman sahaja. Peruntukan kewangan melibatkan pembelian folder sijil,
cenderahati murid, photobooth dan makanan. Seramai 18 orang murid tahun 6 juga
akan menerima anugerah Platinum.
6.8 Jumlah peruntukan kewangan untuk Hari Graduasi Tahun 6 adalah sebanyak
RM1950. Beliau memohon pertimbangan AJK PIBG untuk mempertimbangkan
permohonan kewangan ini.
6.9 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju meluluskan peruntukan kewangan bagi
program Hari Graduasi Tahun 6 sebanyak RM1950
Tindakan: Bendahari
7. HAL-HAL LAIN
7.1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022 boleh mula diadakan pada 21 Mac sehingga
30 jun 2022. Pengerusi mencadangkan MAT diadakan pada bulan Mei selepas
Ramadhan.
7.2 Pengerusi meminta PIBG merancang strategi untuk menggalakkan ibu bapa
membayar sumbangan bagi tahun 2022 untuk menambah kewangan PIBG.
3
SPSK PK 07/1
Tindakan: makluman
7.3 Tandas tetamu lelaki dan perempuan telah dibaiki tetapi belum dibayar. 15 pam
tandas murid telah rosak dan perlu dibaiki segera. Pihak sekolah akan melihat sebut
harga untuk membeli barang bagi membaiki kerosakan tersebut.
Tindakan: Unit HEM
7.4 En Samsul Irwan maklumkan pihak sekolah dan PIBG sedang mengusahakan untuk
meminta sumbangan tong sampah besar yang telah rosak.
7.5 Sekolah menerima 3 orang guru baharu. Jumlah guru terkini adalah seramai 48
orang.
7.6 Fokus 2022 untuk menambah keceriaan sekolah. SK Bandar Sunway Semenyih
terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Kejelekitan dan
kerjasama dengan PIBG dan komuniti amat dititikberatkan.
7.7 Pembekal barangan ICT bersetuju untuk menerima bayaran secara berperingkat.
Barang tersebut telah dipasang. Nilai yang perlu dibayar kepada pembekal dan guru
ICT adalah sebanyak RM10000.
7.8 En Masran bin Khalil maklumkan pengimbas suhu tidak digalakkan untuk direkodkan
berdasarkan saranan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.
Walaubagaimanapun ahli mesyuarat bersetuju untuk meneruskan dan
menggalakkan murid untuk mengimbas suhu di pagar seperti biasa sebagai langkah
berjaga-jaga mengawal penularan COVID 19 di sekolah.
8 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG. Majlis ditutup
dengan bacaan surah al-Asr dan Tasbih Kaffarah. Mesyuarat ditangguh jam 10.25
malam.
Urus Setia
Mesyuarat AJK PIBG
SK Bandar Sunway Semenyih
Tarikh : 18 Februari 2022
4