The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesyuarat AJK PIBG BIL 1 2021-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatdamia, 2022-02-14 00:21:29

minit mesyuarat AJK PIBG BIL 1 2021-converted

minit mesyuarat AJK PIBG BIL 1 2021-converted

SPSK PK 07/1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH

43500 SEMENYIH
SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT AJK PIBG
BILANGAN 1 / TAHUN 2021

Tarikh : 21 Ogos 2021
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Google Meet : http://meet.google.com/nvq-trpm-pnh

Kehadiran : Ex Officio
1. En Sabarudin bin Abu Bakar Yang Dipertua
2. En Mohd Faical bin Abdul Malik Naib Yang Dipertua
3. En Mohd Ridwan bin Abd Razak Setiausaha Kehormat
4. Pn Nurul Fatehah binti Mokhtar Bendahari Kehormat
5. Pn Siti Azura binti Othman AJK Ibu Bapa
6. En Walter anak Jimbau AJK Ibu Bapa
7. En Marzuki bin Bakar AJK Ibu Bapa
8. Pn Siti Norleha binti Rasid AJK Ibu Bapa
9. Pn Junaidah binti Ismail AJK Ibu Bapa
10. Pn Vaidehi Ulaganathan AJK Ibu Bapa
11. En Karulnizam bin Ab Jalil AJK Guru
12. En Muhammad Azi bin Paring AJK Guru
13. Pn Rohaya binti Mohd Noor AJK Guru
14. Cik Zalidah binti Yahya AJK Guru
15. Pn Aida Isabela binti Abdul Zalal AJK Guru
16. En Rajendran A/L Marappan AJK Guru
17. Pn Saraswathy A/P Raman Survey

Turut Hadir PK Pentadbiran
18. Pn Marina binti Masban PK Hal Ehwal Murid
19. En Masran bin Khalil PK Kokurikulum
20. Pn Rafidah binti Umar

Tidak Hadir (Bersebab) AJK Ibu Bapa
1. En Mazlan bin Ahmad

Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn Nurul Fatehah Mokhtar

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 En Mohd Faical bin Abdul Malek selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran
semua AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sesi 2021/2022. Beliau
mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik semula. Beliau turut
mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru yang menguruskan PDPR
sepanjang tempoh pandemik ini.

1

SPSK PK 07/1

1.2 Beliau memaklumkan bahawa setakat ini, PIBG peringkat daerah mahupun negeri
masih tiada pergerakan atau terlalu terhad program yang dijalankan disebabkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, peranan PIBG adalah sangat terhad
dalam tempoh ini kecuali dapat membantu pihak sekolah dalam hal kewangan
Tindakan: Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT – EN SABARUDIN BIN ABU BAKAR

2.3 En Sabarudin bin Abu Bakar mengalu-alukan kehadiran semua ahli baru bagi
mengukuhkan organisasi PIBG dan sekolah.

2.4 Pembukaan sekolah pada Bulan Oktober perlu menunggu makluman rasmi
daripada pihak KPM. Pihak sekolah sentiasa bersedia untuk pembukaan sekolah.

3. PENUBUHAN BIRO-BIRO DAN MENYEMAK PERLEMBAGAAN PIBG

3.1 Pengerusi membentangkan Perlembagaan PIBG Akta Pendidikan 1996 -
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa dan Guru)1998 [Sub
Peraturan 7(2)]

3.2 Semua ahli perlu mematuhi Perlembagaan PIBG. Sekiranya ada penambahan
perlembagaan yang difikirkan sesuai boleh diusulkan pada mesyuarat yang akan
datang.

3.3 Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan perlembagaan sedia ada.

3.4 Penubuhan Biro dibuat secara ‘ad hoc’. AJK akan dilantik sekiranya ada program
yang akan dijalankan. Ini adalah disebabkan kekangan PKP menyebabkan
program-program tidak dapat diadakan secara bersemuka.

4. PEMBENTANGAN KEWANGAN

4.1 Puan Siti Azura binti Othman selaku Bendahari membentangkan penyata
kewangan berakhir Julai 2021.

4.2 Baki bawa kehadapan pada bulan Januari adalah RM 20312.89 dan baki terakhir
pada Julai 2021 adalah RM 20025.64

4.3 Baki Sumbangan YB Pahang adalah sebanyak RM3567. Bendahari memaklumkan
bahawa sumbangan YB Pahang pada 28 November 2019 sebanyak RM10000
adalah hanya digunakan untuk penyelenggaraan sekolah sahaja (akaun
berasingan).

4.4 RM16458.64 adalah jumlah kewangan PIBG yang boleh digunakan. (Tidak
termasuk sumbangan YB Pahang)

4.5 Ahli mesyuarat bersetuju mengekalkan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM75
sekeluarga seperti yang telah dipersetujui sewaktu mesyuarat Agong. Pengerusi
meminta bendahari senaraikan jumlah sumbangan pada tahun ini.
Tindakan: Bendahari PIBG

4.6 Surat makluman mengekalkan kadar sumbangan tahunan PIBG perlu dihantar ke
JPN.

Tindakan: Setiausaha PIBG

2

SPSK PK 07/1

5. PERANCANGAN PIBG 2021

5.1 Mewujudkan Taskforce dan Bantuan Untuk Murid Cicir

5.1.1 Fokus kepada kecaknaan & ‘Figure’ murid-murid yang tercicir PDPR.
Bagaimana PIBG dapat memainkan peranan dan membantu murid yang
tercicir agar dapat menyertai PDPR.

5.1.2 En Mohd Ridwan bin Abd Razak mencadangkan pihak sekolah
mengenalpasti murid-murid yang memerlukan data internet. Terdapat
segelintir ibu bapa yang mengalami masalah kewangan dan tidak mampu
menyediakan data internet kepada anak-anak untuk mengikuti kelas secara
online. Beliau mencadangkan agar PIBG dapat memberi bantuan kewangan
untuk pembelian data internet kepada keluarga yang tidak berkemampuan.

5.1.3 Pn Marina binti Masban memaklumkan bahawa terdapat sistem pelaporan
yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan sekolah untuk memantau guru-guru menyediakan bahan pembelajaran
dan pengajaran. Guru perlu menghantar laporan pada setiap hari sebelum
jam 6 petang. Kehadiran murid direkod dalam sistem KPM dan juga data
studio sekolah.

5.1.4 Berdasarkan data tersebut, SK Bandar Sunway Semenyih tidak berada
dalam kategori keciciran yang teruk. Hampir 700 orang murid mencatatkan
kehadiran yang memuaskan sepanjang 3 minggu PDPR. Hanya terdapat
seorang murid cicir dari kelas 1 Garnit (tiada penyertaan PDPR direkodkan)
manakala 2 orang murid dari kelas 1 Akik hanya merekodkan kehadiran
sekali dalam kelas pdpr.

5.1.5 Pihak sekolah membuat analisis data cicir setiap minggu bermula Ogos.
Guru kelas telah menghubungi ibu bapa murid-murid tersebut dan alasan
yang diberi adalah kerana tiada talian internet kerana ekonomi keluarga
yang terkesan. Oleh itu beliau berharap PIBG dapat membantu murid
tersebut.

5.1.6 Pihak sekolah akan menyediakan senarai pendek nama murid yang tidak
hadir 4 kali dan ke atas untuk dibantu. Murid ini dikategorikan sebagai
hampir cicir dan perlu dipantau dan dibantu bagi elak cicir.

5.1.7 Pengerusi mencadangkan murid yang cicir diberikan handphone atau
kemudahan internet sekiranya perlu. PIBG perlu memantau penggunaan
kemudahan ini digunakan sebaiknya oleh murid.

5.1.8 Inisiatif pihak sekolah untuk menggalakkan penglibatan murid dalam PDPR
dengan menyediakan sijil digital kehadiran penuh dan memilih ikon murid
dari setiap kelas. Oleh itu semua ahli mesyuarat bersetuju untuk memberi
tambahan wang sebanyak RM500 untuk program Ikon Murid.

Tindakan: Makluman

5.2 Bantuan Kepada Ibu Bapa Yang Terjejas Akibat Pandemik

5.2.1 En Mohd Ridwan bin Abd Razak mencadangkan PIBG menyediakan
sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan keperluan kepada

3

SPSK PK 07/1

keluarga yang terjejas ekoran pandemik. Fokus adalah kepada keluarga yang
benar-benar terjejas.

5.2.2 Puan Marina binti Masban mencadangkan PIBG mewujudkan tabung Kita
Prihatin.

5.3 Anak Angkat PIBG

5.3.1 Encik Karulnizam bin Ab Jalil mencadangkan supaya murid yang tidak
berkemampuan diambil sebagai anak angkat PIBG. PIBG perlu memantau
dan mengambil berat keperluan anak angkat ini supaya tidak tercicir dalam
pembelajaran.

Tindakan: Makluman

5.4 Ceramah Online

5.4.1 Melibatkan sukarelawan / ibu bapa yang berkebolehan untuk membuat
aktiviti dan ceramah secara online bagi mengurangkan tekanan anak-anak.

Tindakan: Makluman

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi meminta agar guru kelas dapat menyebarluas dan memberi peringatan
kepada ibu bapa untuk menjelaskan sumbangan PIBG bermula September agar
sumber kewangan PIBG tidak terputus bagi persediaan pembukaan semula sekolah.
Tindakan: Guru Kelas

6.2 Puan Marina memaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Bulan
Kebangsaan pada 31 Ogos 2021 secara ‘live’ melalui saluran ‘Youtube’. Pelbagai
pertandingan akan dijalankan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan seperti
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan Pakaian Beragam,
Pertandingan Masakan dan sebagainya.

6.3 En Masran bin Khalil (PK Hal Ehwal Murid) memaklumkan Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) meminta maklumat murid yang kematian keluarga akibat covid untuk
sumbangan. Walaubagaimanapun setakat ini tiada kes kematian melibatkan murid
dan keluarga SK Bandar Sunway Semenyih.

6.4 Saringan Minda Sihat oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan
intervensi kepada murid yang berisiko.

6.5 27 orang murid telah menerima duit sumbangan Bantuan Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAMP) sebanyak RM100 dan seorang murid yang mempunyai kad
OKU telah menerima Elaun Murid Khas sebanyak RM150/bulan.

6.9 Puan Rafidah binti Umar (PK Kokurikulum) memaklumkan aktiviti kokurikulum akan
bermula pada 14 Ogos 2021 secara online. Beliau meminta jasa baik pihak PIBG
untuk menguar-uarkan kepada ibu bapa mengenai kepentingan kokurikulum bagi
pengisian markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) yang
diambil berdasarkan penglibatan dan kehadiran murid terutamanya murid-murid
tahun 6.

6.10 Pertandingan Kokurikulum hanya dijalankan secara online sahaja kerana terikat
dengan SOP negara ketika ini. Pertandingan dijalankan melalui penghantaran video.

4

SPSK PK 07/1

7 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG.. Majlis ditutup
dengan bacaan surah al-Asr dan Tasbih Kaffarah. Mesyuarat ditangguh jam 11.50
pagi.

Urus Setia
Mesyuarat AJK PIBG
SK Bandar Sunway Semenyih
Tarikh : 24 Ogos 2021

5


Click to View FlipBook Version