The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 30 aliya sofiyah, 2023-03-23 00:02:35

PERKARA-PERKARA YANG MEMANTAPKAN AKIDAH

PENDIDIKAN ISLAM

Keywords: AKIDAH

PERKARA-PERKARA YANG MEMANTAPKAN AKIDAH NAMA AHLI KUMPULAN: 1. NUR ‘ALIYA SOFIYAH BINTI SUKRI (D12SPT22F030) 2. NUR AISYA IWANI BINTI MOHD JOHARI (D12SPT22F013) 3. ALIS QISTINA BINTI CHE MAT ZAIDIN (D12SPT22F026) 4. MUHAMMAD ARHAM BIN GHAZALI (D12SPT22F019) NAMA PENSYARAH: HAFIZULLAH BIN SAMSUDIN TARIKH HANTAR: 23/3/2023


PENGENALAN Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya. Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama namaNya dan segala sifat sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab kitab, para rasul, hari khiamat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. TERJEMAHAH: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab Al quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad saw) dan juga kepada kitab kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur dan ingkar kepada Allah dan malaikat malaikatNya dan kitab kitabNya dan rasul rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh’’. (Surah Annisa : Ayat 136)


PERKARA YANG MEMANTAPKAN AQIDAH DARI SEGI: 1. LISAN * Membaca dan memahami al quran dan hadis Nabi * Berzikir, bertahlil, bertasbih dan berselawat * Bercakap benar * Nasihat menasihati ke arah kebenaran * Berdoa 2. PERBUATAN * Menunaikan ibadat sama ada fardu atau sunat * Menolong golongan yang memerlukan bantuan seperti anak,fakir miskin * Menuntut ilmu yang berfaedah * Beradap sopan dalam pergaulan * Melakukan kerja yang baik seperti berniaga,bertani 3. HATI * Sentiasa mengingati Allah s.w.t. * Yakin dengan pertolongan Allah * Ikhlas melakukan ibadat dana amal kebajikan * Sangka baik terhadap Allah * Bercita-cita tinggi dan bertawakal kepada Allah


PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AQIDAH DARI SEGI: 1. PERKATAAN *menghina islam seperti mencela Allah, Al quran dan Hadis *mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardu dan menolak kewajipan menutup aurat *bersumpah dengan selain nama Allah seperti bulan matahari *menyanyi lagu lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah *mengubah ayat al quran atau hadis 2. PERBUATAN *menyembah selain daripada Allah seperti berhala,pokok,syaitan dan lain lain *memakai lambing mana-mana agama seperti salib *menghina Al Quran seperti,mengoyak,memijak,mencampak *menyertai upacara agama lain seperti upacara penyembahan berhala dan penyucian dosa (babtis) di gereja *sujud selain daripada Allah seperti sujud kepada manusia,batu dan lain-lain 3. HATI *menyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri *percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain *berniat keluar daripada islam


KESIMPULAN Akidah islam merupakan akidah yang sejahtera dan akidah yang hanya diterima oleh Allah.Oleh yang demikian dalam usaha mencari ilmu berhubung akidah dan memantapkannya hendaklah manusia bersumberkan akidah yang sahih melalui Al quran dan sabda Nabi Muhammad S.A.W.Menyelami hakikat hubungan manusia dan Allah dalam akidah islam seharusnya menjadi diri manusia semakin bertakwa dalam erti kata semakin dekat beribadah kepada-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.


Click to View FlipBook Version