SPSK PK 07/3
SMK PERIMBUN, KM 16, JALAN CHERAS, SELANGOR
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM SEKOLAH
BIL. 2. TAHUN 2021
Tarikh : 27 Februari 2021(Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)
Pengerusi : Pn Zainun binti Muda
Kehadiran: - Penolong Kanan Kokurikulum
1. Pn. Zainun bt Muda - Setiausaha Sukan
2. En. Nasarudin b Nasirai - Penolong Setiusaha Sukan 1
3. Pn. Zaidah bt Zainal - Penyelaras Tingkatan 6
4. Pn. Azlinda bt Rameli - Penyelaras Kelab / Persatuan
5. Pn. Umi Nadia bt Aziz - Pen. Penyelaras Kelab / Persatuan
6. Pn. Siti Khadijah bt M.Sharif - Penyelaras PBB
7. Pn. Wasilah bt Ismail - Penyelaras Kelab Permainan
8. Pn. Nor Hafizah bt Abdol Mohit - Penolong Penyelaras Kelab Permainan
9. En. Rozaini bin Abdul Rahim - Penyelaras Rumah Sukan
10. En. Abdul Halim b Abdul Wahab - Penolong Penyelaras Rumah Sukan
11. En. Saiful Anuar bin Abidin - Setiausaha Stok & Inventori
12. Pn. Che Rozaimah binti Che Rodi - Guru Data Kokurikulum
13. En. Alex Tan Siew - Penyelaras PAJSK
14. Pn. Nor Hafiza bt Mohd Kauli - Penolong Penyelaras PAJSK
15. Pn. Azeanifaizal bt Kamaruzaman - Penolong Setiausaha Kokurikulum
16. Pn. Ayunawati bt Nayan - Setiausaha Kokurikulum
17. Pn. Kamarezai bt Ismail
Tidak Hadir (Bersebab):
1. En. Ashabul Takim bin Mohd Idrus - Pen. Penyelaras PBB
2. Pn. Nur Farhana bt Mohd Poad - Penolong Setiausaha Sukan 2
3. Pn. Nurzaliza bt Muhamad Asri - Penolong Guru Data Kokurikulum
1
Agenda Mesyuarat
1.0 Perutusan Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum)
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli Jawatankuasa Induk
Kokurikulum dan mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir dalam
mesyuarat walaupun pada hari cuti.
1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat hari ini adalah untuk
membincangkan mengenai perlaksanaan aktiviti kokurikulum tahun 2021.
Tindakan: Makluman semua
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2021
2.1 Minit mesyuarat Bil 1/2021 Jawatankuasa Induk kokurikulum disahkan oleh
Pn. Wasilah Binti Ismail dan disokong sebulat suara.
Tindakan: Makluman semua
3.0 Perkara – perkara berbangkit
3.1 Mesyuarat J/K Unit (murid) diadakan sebanyak 3 kali termasuk Mesyuarat
Agung, mesyuarat J/K dan Mesyuarat Akhir Tahun. Mesyuarat Agung
masih belum dapat dijalankan.
3.2 Jumlah ahli bagi setiap unit akan dihadkan untuk memudahkan pengurusan
Pakej kelas untuk Kelab Persatuan, Sukan Permainan dan Unit Badan
Beruniform telah siap tetapi pendaftaran kokurikulum masih belum
dijalankan lagi kerana masih dalam tempoh PKP dan hanya murid SPM
2020 sahaja yang hadir ke sekolah. Pembelajaran secara bersemuka akan
bermula pada 5 April 2021.
3.3 Peningkatan bilangan mengikut gred A dan B pada tahun 2020 meningkat.
Peningkatan gred A seramai 53 orang dan gred B seramai 399 orang
berbanding tahun 2019. Ini adalah kerana peningkatan kehadiran dan
penyertaan kuiz atas talian sepanjang tempoh PKP.
3.4 Perancangan Strategik Kokurikulum 2021 – 2025 meningkatkan kehadiran.
Meningkatkan bilangan murid yang mendapat gred A dan B. Meningkatkan
penyertaan dan pencapaian murid di peringkat daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa.
3.5 Untuk Kebitaraan SMK Perimbun,sekolah telah memilih 3 unit iaitu :
i. Kadet Remaja Sekolah (KRS mempunyai guru pakar)
2
ii. Bola Baling (program pembangunan sekolah)
iii. Badminton (3 org pemain sekolah dari Akademi Badminton)
3.6 Terdapat 5 entiti yang digugurkan pada tahun 2021 iaitu Kelab Malaysiaku,
Konsumer & Koperasi, Kelab Bahasa Tamil, Kelab SPBT dan Silat Gayung
Patani, manakala 3 entiti ditambah iaitu Kelab Pencegah Jenayah
(Pengawas sekolah), Kelab Kerjaya (PRS) dan Kelab Rukunegara.
Tindakan: Makluman semua
4.0 Pendaftaran Kokurikulum, Mesyuarat Agung dan Perlaksanaan Aktiviti
Kokurikulum 2021
4.1 Pengerusi memaklumkan cadangan Tuan Syed Norzalman dari Pejabat
Pendidikan Daerah Hulu Langat supaya aktiviti kokurikulum dijalankan
secara dalam talian bermula pada bulan Mac ini mengikut perancangan. Ini
adalah kerana berkemungkinan pandemik akan berlarutan sehingga akhir
tahun. Pihak sekolah boleh memutuskan untuk meneruskan aktiviti dalam
talian atau menunggu maklumat dari pihak BSKK. (Bahagian Sukan dan
Ko-Kurikulum).
4.2 Pengerusi memaklumkan Jadual PdPR 2.0 sesi pagi akan bermula pukul
7.30 pagi hingga 3.00 petang, untuk sesi petang akan bermula seawal
11.00 pagi sehingga 6.00 petang. Jadual agak padat, kurang sesuai untuk
meneruskan aktiviti Kokurikulum semasa PdPR.
4.3 Puan Wasilah mencadangkan Aktiviti Kokurikulum dijalankan pada bulan
April, semasa sesi persekolahan secara bersemuka nanti kerana kekangan
guru mengawas peperiksaan SPM dan menanda kertas SPM.
4.4 AJK Kokurikulum sebulat suara bersetuju untuk mengadakan aktiviti
kokurikulum secara dalam talian bermula pada 21 April dan akan
dimulakan oleh UBER (Rujuk jadual aktiviti kokurikulum 2021).
4.5 Aktiviti kokurikulum secara dalam talian akan dilaksanakan menggunakan
Google Form, dimana “link” akan diberi melalui “group whatsapp” kelas.
Kehadiran murid akan diambil melalui data Google Form.
4.6 Pendaftaran Kokurikulum akan dilaksanakan pada bulan Mac (8-31 Mac
2021) dimana pendaftaran akan dilaksanakan secara dalam talian oleh
Guru Tingkatan mengikut pakej yang ditawarkan untuk kelas masing-
masing.
3
4.7 Mesyuarat Agung Unit Badan Beruniform (UBER), Kelab Persatuan
(KEPER), Sukan Permainan (SUPER) dan Rumah Sukan (RUSUK) akan
dibuat pada minggu pertama sebaik sesi persekolahan secara bersemuka
bermula.
4.8 AJK Kokurikulum bersetuju dengan cadangan Encik Alex supaya
pendaftaran kokurikulum dibuat dua kali sahaja iaitu pendaftaran untuk
Tingkatan 1 (sesi petang) dan Tingkatan 3 (sesi pagi), manakala untuk
tingkatan 2,4 dan 5 akan dikekalkan.
4.9 Encik Nasaruddin memaklumkan aktiviti Merentas Desa dan Kejohanan
Olahraga Tahunan diadakan di sekolah sahaja selepas aktiviti bersemuka
dibenarkan berikutan pandemik yang masih melanda.
4.10 SMK Perimbun akan terlibat sebagai pengerusi (tuan rumah) dalam 2
program daerah iaitu Perkhemahan PPIM Daerah dan Pertandingan
Warkah dan Lagu (cadangan Tarikh ialah pada bulan Ogos atau
September 2021).
Tindakan: AJK Kokurikulum,
Guru Tingkatan & Guru Penasihat
5.0 Hal-hal lain
5.1 Ketua guru penasihat setiap unit diminta menghantar perancangan aktiviti
tahun 2021 kepada penyelaras selewat-lewatnya pada 19 Mac 2021
(Jumaat). Guru penasihat diminta untuk merujuk jadual aktiviti induk (12
kali perjumpaan).
Tindakan: Guru Penasihat
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.10 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
____________________ _______________________
(Puan Ayunawati bt Nayan) (Puan Zainun bt Muda)
Pen. Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
4