The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E FOLIO ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimansolihin2003, 2022-04-14 23:46:35

E FOLIO ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA

E FOLIO ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM INDIA

ETIKA DAN PERADABAN YANG
MENJADI AMALAN KAUM INDIA

DI MALAYSIA

E-FOLIO

NAMA PENSYARAH

ENCIK RASHIDAN BIN BAKRI

1

NAMA AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN YUSAINI PRAGLATHAN A/L GUNASEELAN
17DIB21F2058 17DIB21F2042

DINIE HARITH BIN ABDUL RAHIM MUHAMMAD AIMAN SOLIHIN BIN MOHD
17DIB21F2014 ADID

17DIB21F2018

2

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1 PENGENALAN KAUM INDIA 4
2 AGAMA KAUM INDIA 7
3 9
4 KEPERECAYAAN KEPADA DEWA 10
5 KONSEP KARMA DAN KELAHIRAN SEMULA 11
6 12
7 KITAB – KITAB VEDA 15
8 PERAYAAN KAUM INDIA DI MALAYSIA 18
9 PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA 21
10 24
11 ADAT RESAM KAUM INDIA 27
12 UPACARA VALAIKAAPPU 28
13 PANTANG LARANG KAUM INDIA 29
14 30
OBJEKTIF KAJIAN
CADANGAN
KESIMPULAN

SUMBER RUJUKAN

3

PENGENALAN
KAUM INDIA

4

PENGENALAN KAUM INDIA

1) Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu secara besar – besaran dari tahun 1840-
an .

2) Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke – 19 dan ke – 20 ,
Sebenarnya hubungan Semenanjung Tanah Melayu dan India telah berlaku lebih awal
lagi .

3) Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India .
4) Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang – ladang tebu dan kopi di Seberang

Perai .

5

INFO TAMBAHAN

1) Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910 , iaitu seramai 480000 Buruh
India telah berhijrah ke Tanah Melayu .

2) Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun 1911 hingga 1920 apabila
dianggarkan seramai 908800 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

3) 90% dari golongan penghijrahan terdiri daripada orang Tamil yang berasal daripada
Chennai , Telegu , Malayalam .

4) Kumpulan etnik penduduk India terbesar ialah Tamil yang terbentuk 80% daripada
keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%.

5) Orang Telegu ialah 7% .

6) Selain kelompok etnik di atas , orang Punjabi turut datang dan pada peringkat
awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan keretapi serta menjadi
pengawal keselamatan .

7) Populasi kaum India semakin meningkat tahun demi tahun . Jumlah populasi kaum
India pada tahun 2016 ialah 2, 210,000 . Ia menunjukkan peningkatan populasi kaum
di Malaysia .

8) Kaum India merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan
Cina .

6

AGAMA KAUM INDIA

1) Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti oleh kaum India .
2) Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi

masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhannya .
3) Sebagai balasan , Tuhan – Tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan

sebarang bencana , memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh
dalam sebarang peperangan .
4) Namun , ada juga kaum India yang menganut agama lain seperti Islam , Kristian , Sikh
dan Baha’ i.

7

INFO TAMBAHAN

- Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan diikuti Kristian dan Islam .
Terdapat juga komuniti Punjabi yang beragama Sikh . Jumlah Penduduk Hindu
mempunyai lebih kurang 1,904,578 atau 6.93% daripada jumlah penduduk Malaysia.

8

KEPERCAYAAN KEPADA DEWA

- Asas agama Hindu ialah Tuhan yang Satu .
- Namun , penjelamaan Dewa menjadikan agama Hindu sering dilihat beraliran politeisme

, walaupun tidak tepat .
- Konsep Ketuhanan merangkumi elemen Monoteisme ( Satu Tuhan ) , Politeisme (

Banyak Tuhan ) , Henoteisme ( Struktur Tuhan Mengikut Kekuasaan ) dan Panteisme (
Semua Benda Adalah Tuhan ) .

9

KONSEP KARMA DAN KELAHIRAN SEMULA

- Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi
oleh kelakuan mereka semasa dalam hayat terdahulu .

- Keperibadian dalam hayat yang sedang dilalui perlulah berbaik dan berbudi supaya
mereka berada dalam kasta yang baik dalam kehidupan yang akan datang .

- Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki selepas kelahiran semula ialah
Karma .

- Hukum – hukum Karma perlu dipatuhi untuk memastikan kebahagiaan , kemakmuran ,
dan usia yang panjang .

10

KITAB – KITAB VEDA

- Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu.
- Kitab – kitab ini mengandungi Riwayat Hidup , amalan – amalan politik , kebudayaan ,

tempat , pakaian , minuman dan sebagainya .
- Kitab- kitab ini juga mengandungi ramalan- ramalan tentang kedatangan seorang nabi .

11

PERAYAAN KAUM
INDIA DI MALAYSIA

12

DEEPAVALI

- Perayaan Deepavali merupakan sebuah perayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh
masyakat India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk dunia.

- Kebiasaannya disambut pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November.
- Antara sebab mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang adalah sebagai

simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan
berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan
Dewa Krishnan.
- Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta
semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada
yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka
yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
- Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.

13

THAIPUSAM

- Perayaan bulan ‘ Thai ‘ untuk membersihkan diri menggunakan susu , madu dan bunga di
kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subraniam .

- Pada masa perayaan ini diadakan , Kavadi yang berisi buah – buahan , susu akan dibawa
pelbagai persembahan .

THAIPONGGAL

- Perayaan menuai dan ‘ masak padi baru ‘ serta ‘ memuja semangat padi ‘ .
- Masa yang amat baik untuk mengadakan perkahwinan dan upacara lain.
- Rumah akan dibersihkan dan dihiasi , ‘ ponggal ‘ pula akan dimasak dalam periuk baru

untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan disedekahkan kepada jiran tetangga .

14

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

1) SARI

- Sebidang Kain Berukuran 5 Hingga 6 Ela Panjang Dipadankan Dengan Kain Dalam
Yang Seakan Akan Kain Sari Tersebut.

- Kain Sari Dililit Pada Badan Dengan Bahagian Hujungnya Yang Bersulam Diletakkan Di
Atas Bahu Kiri, Kain Dalam Di Pakai Di Atas Atau Di Bawah Pusat Dan Berfungsi
Menyokong Kain Sari Tersebut Daripada Terlucut .

15

2) DHOTI

- Pakaian Ini Diperbuat Daripada Kain Yang Berwarna Putih.
- Kebanyakkan Dhoti Hanya Boleh Dilihat Di Hari Perkahwinan Sahaja Kerana Generasi

Muda Hari Ini Tidak Berminat Dengan Pakaian Tersebut.
- Dhoti Diperbuat Daripada Lembaran Kain Putih Yang Panjang.
- Kain Tersebut Dililit Di Bahagian Pinggang Dan Diikat Pada Celah Paha Dan Kemudian

Disangkutkan Pada Bahu. Kemudian Kain Tersebut Dihiasi Dengan Manik-Manik Kecil
Supaya Kelihatan Menarik.
- Ada Juga Dhoti Yang Berwarna Kuning Pudar Atau Kuning Susu.

16

3) PUNJABI

- Pakaian Salwar Kameez atau Baju Punjabi , juga popular di kalangan Wanita utara India .
- Terdiri daripada blaus Panjang yang dipadankan dengan seluar Panjang yang longgar

serta tudung kepala yang sesuai warnanya .
- Wanita India juga gemar memakai Dupatta di bahu mereka Ketika memakai Salwar

Kameez.

17

ADAT RESAM
KAUM INDIA

18

SEBELUM PERKAHWINAN

1) ADAKAN UPACARA IKAT JANJI ATAU NICCAYAM

 Wakil lelaki akan dating ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil
dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga bungaan, buah
buahan, cendana dan Kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

 Bakal pengantin lelaki seterusnya akan seterusnya melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.

 Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
 Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan

taambuulan maatruthal.

SEMASA PERKAHWINAN

 Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke dewan perkahwinan dengan meniris ‘panir’
(air mawar). Kemudian pengantin perempuan diringi oleh adik perempuan pengantin
lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan
memakai sari pertunangan pada hari perkahwinan.

 Sami meminta persetujuan ikhlas kepada kedua-dua pihak pengantin utnuk meneruskan
upacara perkahwinan.

 Pengantun lelaki mengikat ‘thali’ pada leher pengantin perempuan dan seterusnya
pengantin lelaki meletakkan ‘pothu’ pada dahi pengantin perempuan.

 Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru berkahwin.
 Selepas itu, pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan

manakala bagi pengantin lelaki, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai cincin
pada jari kaki pengantin lelaki.

19

 Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin
emas kedalamnya dan meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-
merta untuk mendapatkanya. Pengantin yang Berjaya mendapat cincin emas, akan
menyarungkan pada jari tangan suami atau isterinya.

SELEPAS PERKAHWINAN

 Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi kemrumah pengantin
lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka dishakn sebagai pasangan suami isteri.

 Mereka akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga buah pisang.
 Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan

selama tiga hari.
 Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan

mengadakan jamuan.
 Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan

kehidupan baru yang Bahagia.

20

UPACARA VALAIKAAPPU

UPACARA SEBELUM KELAHIRAN

● Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali
sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud
‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan
daripada kesukaran semasa bersalin.

● Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu
gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.

● Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat
perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

● Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai
ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.

● Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ‘ciir’
diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.

● Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan,
sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di
ruang tamu.

● Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi,
kuih muih, dan buah-buahan.

21

● Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan dan didudukkan di ruang tamu
● Seterusnya lampu minyak kuttu villaku dihidupkan sebagai memohon restu tuhan dan sebagai
memulakan upacara.
● Para tetamu akan menyapu kunyit pada tangan dan pipi ibu mengelilingkan beras di atas keala
sebanyak tiga kali. Akhirnya suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri .

22

UPACARA SELEPAS KELAHIRAN

- Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa yang penting dikalangan kaum India .
Setelah bayi itu dilahirkan , si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai
tentang kelahiran tersebut secara lisan atau melalui surat .

- Pada masa kini , banyak lagi alat komunikasi yang boleh digunakan . Selama enam belas
hari , bermula bayi dilahirkan , keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan
pada hari yang ke enam belas untuk merasmikan penamaan anak itu .

- Pada hari itu , rumah dan buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para
jemputan..

- Nama yang akan diberi kepada bayi itu , biasanya dipilih dengan teliti setelah merujuk
kepada takwim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya . Nama yang diberikan
kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut . Waktu
memberi nama , bayi itu dipangku oleh orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan
lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita . Saudara mara yang datang biasanya
menghadiahkan gelang tangan dan gelang kaki .

- Pada suatu hari yang sesuai (misalnya hari yang ketiga puluh ) bayi itu dibawa ke rumah
berhala di mana satu majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan.

23

PANTANG LARANG
KAUM INDIA

INFO

- Bahasa pantang larang ini terhasil daripada kepercayaan masyarakat dahulu kala
berdasarkan pengamatannya terhadap alam sekitar dan kejadian alam yang bersifat ‘sebab
dan akibat’.Jika Bahasa pantang larang tersebut dilanggar,seseorang individu itu
dikhuatiri akan menerima kecelakaan atau ditimpa perkara yang buruk.

24

PANTANG LARANG KETIKA BERKUNJUNG KE
RUMAH

 Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali berkunjung ke rumah
melakukan kerja seperti membasuh pinggan kerana dipercayai membawa sial.

PANTANG LARANG MERISIK

 Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan Ketika merisik tetapi Ketika
rombongan bakal pengantin perempuan,bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta
dianggap tidak sopan.

MEMBAWA BAYI PULANG KE RUMAH (UPACARA
AARATI) SIREH

 Dulang yang mengandungi serbuk kunyit,kapur sirih yang dicairkan,arang,sirih dan kapur
barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga arah
lawan jam.

 Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.Seterusnya para Cumanggali akan mencelupkan
ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak.Setelah ibu
dan anak masuk ke dalam rumah,isi dulang aarati dibuang.

25

MANDIAN SELEPAS BERSALIN

 Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air
suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba.Ia bertujuan untuk mengelak
penyakit sawan atau kuning.Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk
melembutkan kulit bayi.

 Selesai dimandikan,bayi ditonggegkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil
menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak.Setelah itu bayi diasapkan
dengan asap kemenyan,dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya
tidak dihinggapi ruam.Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi.

PANTANG LARANG KEMATIAN

 Gambar orang yang mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.
 Barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.
 Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda

penghormatan.
 Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir (vaaikkarisi)

26

OBJEKTIF KAJIAN

 Untuk memahami etika dan peradaban yang menjadi amalan kaum india di Malaysia .
 Untuk mengenali kebudayaan kaum di india di Malaysia,sama ada ianya masih dilakukan

oleh kaum india ataupun sudah ketinggalan zaman.

27

CADANGAN

1) Kaum india merupakan kaum Ketiga terbesar selepas Cina dan Melay,jadinya ketiga tiga
kaum ini perlulah memperbaiki kedudukan mereka bagi menyeimbangkan sosio
ekonomi.

2) Bagi mengembangkan lagi kebudayaan india, pihak atasan perlulah menitikberatkan
sejarah dan amalan setiap kaum di sekolah.Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
kefahaman tentang sejarah dan kaum di Malaysia.

28

KESIMPULAN

1) Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan didominasi
oleh tiga kelompok utama iaitu Melayu,Cina dan India.ketiga tiga rumpun bangs aini
beramal dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza.Kepelbagaian ini sebenarnya
tidak menghalang mereka untuk tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera,dibawah
satu kepimpinan meskipun berbeza dalam konteks kepercayaan dan budaya yang
diamalkan.

2) Kita harus belajar dari pengalaman dalam dekad-dekad yang lampau untuk
memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi kaum India.Masa depan kaum india adalah
bergantung kepada masyarakat India itu sendiri.Jika kaum India sendiri tidak menjaga
kebudayaan mereka,siapa lagi akan menerajui kebudayaan yang ditinggalkan oleh
nenek moyang mereka.

29

SUMBER RUJUKAN

- https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia
- http://kebudayaankaumindia.blogspot.com/p/adat-resam-kaum-india-thaali-

merupakan.html
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_orang_india
- https://selongkar10.blogspot.com/2011/10/9-jenis-perayaan-perayaan-yang-

disambut.html

30

TERIMA KASIH

31


Click to View FlipBook Version