The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahilahhh, 2022-04-01 10:27:36

Perkembangan kanak-kanak

Perkembangan kanak-kanak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 2)

ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN– PENULISAN

(EDUP2083D)

Nama : SHAHILAH BINTI SHAH BUDDIN

No. K/P : 960222085328

Angka Giliran : 2021192380034

Program : Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)

Ambilan : OKTOBER 2021 (semester 2)

Nama Krusus : ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Nama Pensyarah (EDUP2083D)

: Puan Sharifah Hanim Syed Akbar

Tarikh Hantar : 1 April 2022

1.0 PENGENALAN
Pelbagai teori perkembangan kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh pelbagai

tokoh telah menjadi asas kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak masa kini.
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan
sejajar dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja
yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi, ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya
di ketika itu ataupun sebagai persediaan di masa yang akan datang.

Pelbagai teori perkembangan kanak-kanak telah dijadikan rujukan untuk membentuk
kurikulum, dasar dan juga program dalam pendidikan kanak-kanak di negara kita. Selain itu,
perkembangan pendidikan kanak-kanak di negara kita juga banyak dipengaruhi oleh teori-
teori perkembangan kanak-kanak seperti teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori
perkembangan psikososial Eric Ericson dan teori perkembangan fizikal Robert Havighurst.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN MENURUT TOKOH (PERBEZAAN INDIVIDU,
PEMBENTUKAN PERSONALITI, KONSEP KENDIRI)
Terdapat 2 teori yang akan saya kemukakan iaitu:

• Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
• Teori perkembangan fiikal oleh Robert Havighurst

2.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF - JEAN PIAGET

2.1.1 Pengenalan
Terdapat pelbagai teori yang telah diutarakan oleh pelbagai tokoh berkaitan dengan

perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, moral, fizikal dan kognitif. Dalam bidang
Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar
belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau
bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan
Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak,
tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan

ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran
berkembang di kalangan kanak-kanak.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk
memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses
pemikiran individu.

• Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau
genetik.

• Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran
untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka,
menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

• Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan
individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru
dan sebagainya.

• Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang
digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru
dialami.

Menurut Piaget (1960), semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara
positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Kita sentiasa cenderung untuk
memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa
kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau
keadaan yang tidak dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari
penyelesaian atau keseimbangan.

Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun
pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem
yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.
Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu
situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja
seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah
kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya, bayi membentuk skema
untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori
sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Dalam banyak situasi, skema-skema yang
dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contohnya, kanak-kanak yang telah
mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut

membentuk perkataan. Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan
masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi.

Ia melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi
berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan
pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada. Contohnya, dalam mengenal
huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan ‘d’ sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan. Melalui
pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini
dengan skema lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar
skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara
pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema
baru. Di dalam contoh tersebut, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan
membezakan ‘d’ daripada ‘b’.

2.1.2 EMPAT PERINGKAT PERKEMBANGAN MENURUT TEORI JEAN PIAGET

Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengamilasi dan mengakomodasi adalah
proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus
menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

a) Peringkat Sensori Motor (0 hingga 2 tahun)

Pada peringkat umur bayi, mereka belajar melalui interaksi deria dengan persekitarannya.
Sebagai contoh, bayi akan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan
menggigitnya. Di samping itu, mereka memerhatikan benda itu melalui penglihatan dan
pendengaran bunyi. Di peringkat umur dua tahun, bayi memperoleh kepercayaan tentang
pengekalan objek, iaitu objek itu akan terus wujud walaupun objek tersebut tidak dapat dilihat
dan disentuh. Selain itu, mereka dapat melakukan tindakan ulangan seperti menghisap ibu
jari. Pada peringkat ini juga, mereka mula meniru perlakuan yang tidak pernah mereka
lakukan sebelum ini. Mereka mempelajari perlakuan ini melalui pemerhatian terhadap orang
lain atau melalui objek yang dapat dilihat dan disentuhnya. Kesimpulannya, pembelajaran
kanak-kanak pada tahap ini bergantung kepada pengalaman sensori dan motor iaitu dengan
menggenggam, menghisap dan lain-lain.

b) Peringkat Praoperasi (2 hingga 7 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula berfikir secara lojik tetapi belum boleh menguasai
kebolehan memproses kemahiran berfikir mengikut peraturan-peraturan yang logik. Namun
begitu, kanak-kanak mula mempraktikkan kemahiran yang baru diperoleh dengan
menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik
melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Salah satu aktiviti pemikiran simbol
ialah lakonan drama yang menjadi pengalaman hidup. Berdasarkan pengalaman, kanak-
kanak pada peringkat ini suka bermain masak-masak, berlagak menjadi doktor, dan berlagak
sebagai penjual dan pembeli. Lakonan ini juga adalah permainan olok-olok. Penggunaan
bahasa kanak-kanak pada peringkat ini berkembang maju. Kanak-kanak masih belum mampu
membezakan antara benda bernyawa dan tidak bernyawa yang mana mereka percaya
bahawa benda tidak bernyawa seperti pokok boleh bercakap seperti manusia. Piaget
menyebut keadaan ini sebagai animisme.

Pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak mempunyai kesukaran
mengoperasi konsep, misalnya mereka tidak dapat mengira mengikut urutan dari satu hingga
sepuluh. Oleh itu, pada peringkat ini pengajaran kanak-kanak hendaklah sesuai dengan tahap
mereka.

c) Peringkat Operasi yang Konkrit (7 hingga 11 tahun)

Pada peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak lebih fleksibel, dapat berfikir melalui
peraturan lojik atau melakukan operasi mental dengan tersusun. Kanak-kanak hanya boleh
melaksanakan pemikiran lojik dalam keadaan yang konkrit atau menggunakan bahan
maujud.

d) Peringkat Operasi Formal (11 hingga 15 tahun)

Pada peringkat ini, mereka tidak lagi dikenali sebagai kanak-kanak tetapi remaja. Piaget
berpendapat mereka dapat berfikir secara lojik, termasuk pemikiran abstrak dan membuat
hipotesis. Mereka juga berupaya menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak dengan
penguasaan kebolehan penyelesaian masalah yang dikombinasikan pengetahuan,
pengalamnan dan kemahiran. Pendekatanpengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah
lisan yang lebih banyak. Pelajar di sekolah menengah digalakkan mendengar, membaca dan
berbincang, kemudian melakukan latihan.

2.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL - ROBERT HAVIGHURST

2.1.1 PENGENALAN
Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan

teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan
kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan
personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat
dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga
mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas
perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada
satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini
akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan
membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya.
Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :

• Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak (0-6 tahun)
• Peringkat Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)
• Peringkat Awal Remaja dan Remaja (12-18 tahun)

2.1.2 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL TEORI HAVIGHURST

a) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak (0-6 tahun)
Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini,
semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai
tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai
berjalan. Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan
menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan
berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk
bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau
tidak terhadap sesuatu. Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang
sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini

mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian
hari.Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal
lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga
pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan
perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan
memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca
juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak. Ketika kanak-kanak berumur
6 tahun, Kanak-kanak sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga
sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

b) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam
permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang.
Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak.
Jadi kanak-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang
baik. Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial
mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga
dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina
mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara
mar. Di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran
asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan
dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula
memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan
pada setiap individu.

c) Peringkat Awal Remaja dan Remaja (12-18 tahun)

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan
suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan
berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial
bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi
daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain

itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja
juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan
mereka pada dewasa kelak.

3.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENURUT PAKAR

Telah diadakan sesi temu bual bersama pakar mengenai peringkat perkembangan
kanak-kanak dan kaitannya dengan perbezaan individu, pembentukan personaliti serta
konsep kendiri kanak-kanak. Puan Marhamah Mohd Yusof dari Sekolah Menengah Sri Al
Amin Bangi merupakan seorang kaunselor yang mempunyai pengalaman sebanyak 10 tahun
dan merupakan lepasan Sarjana Pendidikan Bimbingan Kaunseling UKM. Dalam sesi temu
bual bersama beliau, pelbagai soalan telah diajukan dan meminta pendapat beliau mengenai
perkembangan kanak-kanak memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang tinggi
dalam mencorak kehidupan kanak-kanak sebagai seorang kanselor.

Untuk soalan yang pertama, soalan berkenaan bagaimana perbezaan individu dapat
mempengaruhi peringkat perkembangan seorang kanak-kanak. Menurut Puan Marhamah,
beliau menyatakan setiap individu dilahirkan dengan pelbagai potensi dan kebolehan yg
berbeza. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mampu mengembangkan potensi dalam diri
mereka secara maksima. Selain itu, turut diambil kira cara mereka dibesarkan oleh keluarga
dan latar belakang yg berbeza mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak termasuk
agama, budaya, bahasa, sosioekonomi dan sosial keluarga serta masyarakat yg melatari
kehidupan. Dari sini kita dapat lihat bahawa teori Jean Piaget meliputi segala aspek serta
sesuai dengan perkembangan kanak-kanak kerana mengikut peringkat umur serta
keupayaan mereka. Selain itu, teori fizikal oleh Havighurst juga termasuk kerana persekitaran
sekeliling dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-
kanak tidak berkembang selari dengan peringkat perkembangan kanak-kanak, Puan
Marhamah menyatakan akan menyebabkan ketidak seimbangan terhadap perkembangan
personality kanak-kanak. Ini kerana terdapat fasa perkembangan yg harus dilalui secara
natural dan biasa oleh setiap individu.

Sekiranya ketidak seimbangan itu berlaku akan merencatkan serba sedikit tahap
perkembangan kanak-kanak dan memberi kesan kepada personaliti sepanjang kanak-kanak
meniti usia. Walau bagaimana pun sekiranya individu tersebut diberikan sistem sokongan dan
perhatian yg lebih sewaktu peningkatan usia akhir kanak-kanak hingga awal remaja terutama
oleh ahli keluarga terdekat ia akan dapat membantu kanak-kanak untuk lebih berkeyakinan

dan mengatasi masalah ketidakseimbangan yg dialami semasa peringkat awal kanak-kanak.
Keyakinan itu juga membentuk konsep kendiri yg lbh baik. Walaupun knk2 tersebut
mengalami gangguan dan ketidakseimbangan pd peringkat awal ia mmpu diatasi sekiranya
sokongan padu dr mereka yg berkenaan dapat membantu dan memperbaiki kekurangan yg
dialami. Jadi untuk mengelakkan implikasi tersebut berlak, kita sebagai guru perlulah
memainkan peranan di sekolah untuk memberi keyakinan kepada kanak-kanak dan tidak
terus menerus menjatuhkan semangat mereka. Keluarga juga berperanan agar sinergi yang
baik dari semua pihak dapat membuahkan hasil yang positif dan tidak mengharapkan satu
pihak semata-mata. Sebagai golongan dewasa yg matang seharusnya kita berusaha utk
membantu mereka dan sentiasa menyokong walau ada ketikanya mereka bertindak kurang
bijak dan tidak berfikir panjang. Ini kerana mereka belum matang.

Hubungan di antara pembentukkan personaliti kanak-kanak dengan peringkat
perkembangan seorang kanak-kanak pula. Setiap individu tidak kira dewasa atau kanak-
kanak mempunyai personaliti tersendiri. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri
keperibadian individu dan mencirikan perbezaan antara setiap individu. Personaliti adalah
sifat yang ada pada individu seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, persepsi dan
memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan mental setiap insan.Manusia dibezakan menerusi
dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam
pembelajaran, kecerdasan dan bakat; manakala aspek personaliti meliputi watak, sifat,
penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi. Puan Marhamah menyatakan
pembentukan personaliti sangat berkait rapat dengan peringkat perkembangan kanak-kanak
kerana personaliti kanak-kanak sememangnya seiring dengan pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Personaliti terbentuk berdasarkan faktor yang dibincangkan diatas.
Contohnya kanak-kanak muslim akan terbentuk personalitinya sekiranya dibesarkan dalam
suasana yg islamik. Sama seperti konsep teori Jean Piaget di mana mempunyai skema,
asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi

Seterusnya, mengenai kaitannya konsep kendiri dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak. Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri.
Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang
rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri
boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia
menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat
dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan
perkara yang akan berlaku pada diri kita. Menurut Puan Marhamah, konsep kendiri mereka
iaitu kanak-kanak mula terbentuk seawal 2 tahun bergantung juga dgn sejauh mana keluarga
menggalakkan tahap keyakinan diri kanak2 dan seawal mungkin.

Dalam mengatasi masalah-masalah seperti stress psikologi, masalah pembelajaran
dan lain-lain. Puan Marhamah menyatakan strategi yang sering digunakan ialah strategi
intervensi. Intervensi membawa maksud merubah, membuka pemikiran, perasaan dan
tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya mereka boleh menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri mereka. Intervensi yang boleh digunakan untuk menangani
masalah stress adalah saringan DASS (depression, aniety dan stress survey) di mana stress
dapat dikenal pasti tahapnya dan boleh dirujuk kepada pihak yang berautoriti bagi
melaksanakan rawatan dan bantuan klinikal yang bersesuaian.

4.0 RUMUSAN

Setelah dianalisis, terdapat banyak teori-teori yang dikemukan oleh pelbagai tokoh
untuk mengulas peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Teori
Jean Piaget dan Teori Fizikal Havighurst dapat dikaitkan dengan perbezaan individu,
pembentukan personaliti serta konsep kendiri. Selain itu, hubungan tersebut dapat
mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak dalam mencorak kehidupan mereka.
Oleh itu, guru dan ibu bapa mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi
perkembangan seorang kanak-kanak. Dapat difahami secara jelas bahawa perkembangan
setiap kanak-kanak berlaku secara semula jadi akan tetapi orang dewasa boleh menjadi
pembimbing kepada mereka dalam meningkatkan tahap perkembangan mereka dari satu
peringkat ke peringkat seterusnya. Oleh yang demikian, setiap guru dan ibu bapa perlu
menguasai teori yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.

RUJUKAN

Azizi Yahaya (2010, Januari), Bab 2 : Teori-teori perkembangan. Diambil dari
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-
teori_Perkembangan

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. (n.d.). Retrieved from
http://prezi.com/uepcgwoue5_m/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget. 15 Mei
2019.

Pieget, Jean. 1999. Psikologi Anak The Psychology of the Child. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Havighurst, Robert J. tt. Society and Education Havighurst, Robert J. 1998. Educating Gifted

Children
Havighurst, Robert J. tt, Development Task and Education
Havighurst, Robert J. tt. Father of the Man: How Your Child Gets His Personality

LAMPIRAN

Marhamah Mohd Yusof
Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah sri. Al Amin Bangi


Click to View FlipBook Version