The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54046439, 2021-08-23 12:54:36

BM 2 PT3

BM 2 PT3

BAHASA MELAYU 2 (02/2)

MASA MENJAWAB: 1 JAM

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU MAIMUNAH BTE ABDUL MELAN

BAHAGIAN A(KARANGAN RESPON TERHAD)
10 MARKAH

• 1 perenggan
• 50-80 patah perkataan
• Tulis tajuk (sekiranya diberikan dalam soalan)
• Tulis semua maklumat
• Sesuaikan maklumat/ pengolahan ayat/ bahasa mestilah tepat

dan menarik.

CONTOH SOALAN:
FAKTA

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan
pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Lambang Negara Malaysia
Jata – lambang Persekutuan Tanah Melayu – diperkenankan dan diwartakan oleh raja-raja
Melayu
Bunga raya – bunga kebangsaan – melambangkan perpaduan berbilang kaum
Jalur Gemilang – bendera kebangsaan – mengandungi 14 jalur merah dan putih
Rukun Negara – menggariskan lima prinsip – untuk mencapai perpaduan

CONTOH SOALAN:
CERITA

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan
pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Lawatan ke rumah orang-orang tua

Menyertai lawatan- kedatangan disambut mesra- taklimat
ringkas- melawat sekitar- menjamu selera- membuat
persembahan- gembira- pulang- berharap- menyertai
lawatan pada masa akan datang.

BAHAGIAN B(KARANGAN RESPON TERBUKA)
30 MARKAH

2 BENTUK SOALAN

• TERIKAT DENGAN TEMA (3 SOALAN DIBERI, JAWAB 1
SAHAJA)

• 2 SOALAN, PILIH 1 SAHAJA

BAHAGIAN B(KARANGAN RESPON TERBUKA)
30 MARKAH

• Lengkap- Pendahuluan/3 Isi/Penutup (5 perenggan)
• Pemerengganan Seimbang
• Pendahuluan: Cerita TEMA/ISU
• Perenggan Isi: Idea relevan, Huraian Jelas, contoh tepat

(kaitkan dengan TEMA)
• ISI (S+P)- Huraian- Contoh- Kesan- Peribahasa/ mutiara kata-

Penegas
• Olah ayat dengan baik ,saling berhubung kait antara ayat
• Perenggan Penutup: Kesimpulan, Cadangan, Harapan

PENDAHULUAN

Kemahiran Menulis

SP 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan menggunakan bahasa yang

menarik dan gramatis

- Ceritakan tentang TEMA

FRASA MEMULAKAN PENDAHULUAN

Sudah terang lagi bersuluh,

Pada era globalisasi ini, Dasawarsa ini, Pada zaman pascakemerdekaan ini,

Pada masa ini, Dalam meniti arus kemodenan ini,

Sejak akhir-akhir ini, Dewasa ini, Sejak negara menikmati arus kemerdekaan

Definisi
Pencemaran alam (TEMA) dapat didefinisikan sebagai ………
Pencemaran alam (TEMA) merupakan masalah yang begitu membimbangkan masyarakat di Malaysia yang akan
memberi kesan buruk kepada pembangunan negara.

Peribahasa
Peribahasa Melayu sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna jelas menunjukkan bahawa pencemaran
alam (TEMA) yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.
Peribahasa Melayu ada menyatakan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna. Peribahasa/Hal ini jelas
menunjukkan………….

Contoh
Contoh pencemaran alam (TEMA) ialah pecemaran tanah, air, udara dan bunyi.

Masa
Sejak zaman dahulu lagi, pencemaran alam telah berlaku dan telah menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa
sekarang, keadaan masih tidak berubah kerana pencemaran alam dilihat semakin meningkat dari semasa ke
semasa.

Tokoh
Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, beliau
ada menyatakan bahawa TEMA…..AGAR/SUPAYA/KERANA…….

Negara- maju/aman dan makmur- berdiri sama tinggi duduk sama rendah
Masyarakat- sejahtera/ harmoni/ terjamin
Remaja- modal insan yang unggul/ berminda kelas pertama/ pemuda harapan bangsa pemudi tiang
negara

Persoalan
Persoalan yang bermain-main/ berlegar-legar di minda sekarang ialah apakah KEHENDAK SOALAN?

Ayat Arahan
Oleh itu, KEHENDAK SOALAN akan dibincangkan dengan lebih terperinci untuk kebaikan bersama.

PENDAHULUAN

• 5 ayat yang gramatis

• Pilih mana-mana ayat gabungan mengikut kreativiti/ kemahiran berbahasa

• Contoh:

1. Masa dahulu Masa sekarang Contoh Pendapat tokoh Persoalan

2. Masa sekarang Definisi Contoh Pendapat tokoh Persoalan

3. Peribahasa Definisi Contoh Pendapat tokoh Ayat arahan

SOALAN:

1. Amalan gotong-royong harus dipraktikkan dan disuburkan pada hari ini, bukan sahaja oleh
masyarakat di luar bandar tetapi juga oleh masyarakat di bandar kerana banyak membawa
kebaikan.
Bincangkan.

Langkah 1:
Baca soalan dan analisis (Kenal pasti tema/isu dan kehendak soalan)

Tema/Isu: Amalan gotong-royong
Kehendak soalan: Kebaikan-kebaikan amalan gotong-royong kepada masyarakat di bandar dan
luar bandar.

PERENGGAN ISI

Kemahiran Menulis

SP 3.4.3 MENULIS PERENGGAN ISI DENGAN BAHASA YANG GRAMATIS SECARA

KRITIS DAN KREATIF

ISI SUBJEK + PREDIKAT (SIAPA+APA)

CONTOH SIAPA+ APA + bila + di mana + mengapa

APA- kata kunci di isi

HURAIAN Cerita CONTOH Mengapa + Bagaimana

KESAN Kesan isi

PERIBAHASA PERIBAHASA yang dinyatakan ada kaitan dengan ayat sebelumnya @
selepas

PENEGAS  ISI merupakan KEHENDAK SOALAN
 Tema
 Tindakan ISI merupakan KATA KUNCI yang

terbaik/berkesan/efektif KEHENDAK SOALAN

ISI

• ISI 1: Sebagai pembuka tirai perbincangan ini, memang tidak dapat dinafikan lagi cara utama/
dominan mengatasi pencemaran alam ialah

• ISI 2: Sebagai cetusan idea seterusnya, cara mengatasi pencemaran alam ialah
• ISI 3: Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan lagi, cara mengatasi pencemaran alam ialah

• ISI / PIHAK

• Individu
• Ibu bapa (mendidik/ menjadi suri teladan/ meluangkan masa)
• Masyarakat (melakukan…)
• Kerajaan (mengadakan kempen kesedaran…)
• Media massa (menyiarkan…. menyebar luas….)
• Sekolah

CONTOH

• Bagi membuktikan perkara ini, contoh ... yang boleh diketengahkan
ialah

• Contoh … yang dapat dibuktikan ialah
• Contoh …. yang lebih sahih dan nyata ialah
• Sebagai contohnya,
• CONTOH LAIN: Contoh lain yang dapat dibuktikan, Contoh lain,

Contoh lain yang lebih jelas,

HURAIAN

• Cerita tentang CONTOH
• Hal ini demikian kerana/ Umum mengetahui bahawa

KESAN

• Impak /implikasi/ kesan daripada keadaan/ situasi ini @ Kesannya,
• Secara tidak langsung

PERIBAHASA

• Keadaan ini dapat dikaitkan dengan peribahasa Melayu
• Keadaan ini persis peribahasa Melayu
• Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa
• ...bak/ bagai/ seperti/ persis….

PENEGAS

• Oleh hal yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa
• Sebagai intiha bagi situasi ini, dapatlah dikatakan bahawa
• Jelaslah bahawa

(KATA KUNCI- cara, langkah, usaha)
• terbaik (untuk isi 1)
• berkesan
• efektif
• Contoh:
• Oleh hal yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa tindakan ISI merupakan KATA KUNCI terbaik/berkesan/efektif ____
• Oleh hal yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa tindakan ibu bapa mendidik anak-anak mencintai alam sekitar sejak

kecil lagi merupakan cara terbaik bagi mengatasi pencemaran alam di Malaysia.
• Tema (Tidak nyatakan isi)
• Oleh hal yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa pencemaran alam perlu diatasi segera.
• Isi + Kehendak Soalan
• Oleh hal yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa ibu bapa mendidik anak-anak mencintai alam sekitar sejak kecil lagi

merupakan cara mengatasi pencemaran alam.

CONTOH PERENGGAN ISI

Sebagai pembuka tirai perbincangan ini, memang tidak dapat

dinafikan lagi cara utama mengatasi pencemaran alam ialah masyarakat

perlulah mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan. Hal ini

demikian kerana amalan kitar semula dapat mengurangkan bilangan

sampah. Bagi membuktikan perkara ini, contoh amalan kitar semula yang

boleh kita lakukan ialah kita perlulah membuang botol kaca, aluminium dan

kertas ke dalam tong kitar semula yang telah disediakan oleh kerajaan.

Secara tidak langsung alam sekitar akan kekal bersih dan masyarakat dapat

hidup dengan sihat persis peribahasa Melayu mencegah lebih baik daripada

merawat. Jelaslah bahawa, amalan kitar semula mampu melestarikan alam

sekitar dari terus tercemar. (100 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN ISI

Cara utama mengatasi pencemaran alam ialah masyarakat perlulah
mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan. Hal ini demikian
kerana amalan kitar semula dapat mengurangkan bilangan sampah. Contoh
amalan kitar semula yang boleh kita lakukan ialah kita perlulah membuang
botol kaca, aluminium dan kertas ke dalam tong kitar semula yang telah
disediakan oleh kerajaan. Kesannya, alam sekitar akan kekal bersih dan
masyarakat dapat hidup dengan sihat. Jelaslah bahawa, amalan kitar
semula mampu melestarikan alam sekitar dari terus tercemar.

(75 patah perkataan)- tiada PERIBAHASA

PERENGGAN PENUTUP

Kemahiran Menulis
SP 3.4.4 MENULIS PERENGGAN PENUTUP PENULISAN YANG LENGKAP SERTA

MENEPATI TEMA MENGGUNAKAN AYAT YANG GRAMATIS

Kesimpulan
Cadangan
Harapan

AYAT TEGAS

 Berdasarkan huraian berkaitan KEHENDAK SOALAN ternyatalah bahawa TEMA

 Berdasarkan huraian berkaitan KEHENDAK SOALAN ternyatalah bahawa
_________
_____PIHAK__________memainkan peranan yang penting bagi/dalam

(cara/langkah/usaha/peranan)

CADANGAN 1 & 2
Oleh itu, segala usaha yang sistematik dan pragmatik bagi APA PERLU BUAT perlulah dilakukan dengan segera
dan berterusan bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga. Jelas sekali, semua pihak khususnya SIAPA
haruslah bangun dari tidur yang lena dan berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi/agar _____(UNTUK
APA)

APA PERLU BUAT- menggalakkan/meningkat/memupuk/mengamalkan/mengambil berat/mengambil
serius/ melakukan/mengadakan/memanfaatkan

HARAPAN
Saya berharap agar____________________

AYAT KESIMPULAN/ Seru@ajakan
Sebagai kesimpulannya, SIAPA DAN SIAPA perlulah bersinergi bagi memastikan……….

CONTOH PERENGGAN PENUTUP

Berdasarkan huraian berkaitan cara-cara mengatasi pencemaran
alam ternyatalah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
menyelesaikan masalah pencemaran alam di Malaysia yang semakin
membimbangkan. Oleh itu, segala usaha yang sistematik dan pragmatik bagi
mengatasi pencemaran alam perlulah dilakukan dengan segera dan berterusan
bukanlah seperti melepaskan batuk di tangga. Jelas sekali, semua pihak
khususnya setiap anggota masyarakat haruslah bangun dari tidur yang lena dan
berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan masalah ini dapat
ditangani dengan bijak. Saya berharap agar masalah pencemaran alam ini tidak
lagi menjadi masalah kepada negara memandangkan negara kita sedang
membangun. Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlulah bersinergi bagi
memastikan masyarakat dapat menghirup udara yang segar dan sihat serta bebas
daripada penyakit berjangkit.

(115 patah perkataan)

CONTOH PERENGGAN PENUTUP

Berdasarkan huraian berkaitan cara-cara mengatasi pencemaran
alam ternyatalah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
menyelesaikan masalah pencemaran alam di Malaysia. Oleh itu, segala usaha
yang sistematik dan pragmatik bagi mengatasi pencemaran alam perlulah
dilakukan dengan segera dan berterusan bukanlah seperti melepaskan batuk di
tangga. Jelas sekali, semua pihak khususnya setiap anggota masyarakat
haruslah bangun dari tidur yang lena dan berganding bahu bagai aur dengan tebing
bagi memastikan masalah ini dapat ditangani dengan bijak. Saya berharap agar
masalah pencemaran alam ini tidak lagi menjadi masalah kepada negara. Sebagai
kesimpulannya, semua pihak perlulah bersinergi bagi memastikan masalah
pencemaran alam dapat diatasi dengan segera.

(100 patah perkataan)

Kemahiran Menulis

SP 3.4.5 MENULIS SESUATU PENULISAN DENGAN WACANA YANG LENGKAP
SERTA MENGGUNAKAN BAHASA YANG GRAMATIS DAN KREATIF

SOALAN
Bilangan kes dan kematian akibat daripada demam denggi di seluruh negara
meningkat dengan drastik.
Huraikan cara-cara untuk mencegah demam denggi di Malaysia.

Langkah 1:
Baca soalan dan analisis (Kenal pasti tema/isu dan kehendak soalan)

Tema/Isu:
Kehendak soalan:


Click to View FlipBook Version