The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKALAH ANYFLIP INI MERUPAKAN SALAH SATU KHURSUS UNIVERSITI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d082334, 2021-04-25 10:34:44

CABARAN DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU DI MALAYSIA

MAKALAH ANYFLIP INI MERUPAKAN SALAH SATU KHURSUS UNIVERSITI

Keywords: CABARAN DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU

BSS3073
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL

INSAN

TUGASAN KUMPULAN
“CABARAN DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU DI MALAYSIA”

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK

SABRINA NATASHA BINTI ISMAIL D20181082330

NOORSHAHIRAH BINTI ABU KHALID D20181082332

SITI NURZAFIRAH BINTI IDRIS D20181082333

AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG AMAT D20181082334

KUMPULAN KULIAH B

NAMA PENSYARAH DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI
PENSYARAH

BSS3073 KESUSASTERAAN MELAYU
DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI(FBK)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

DITULIS OLEH
SABRINA NATASHA BINTI ISMAIL
D20181082330
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)
NOORSHAHIRAH BINTI ABU KHALID
D20181082332
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

SITI NURZAFIRAH BINTI IDRIS
D20181082333
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG AMAT
D20181082334
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

1.0 PENGENALAN
Dalam usaha memperkasakan kedudukan dan martabat warisan ilmu Melayu iaitu
Kesusasteraan Melayu di tanah Melayu terdapatnya rintangan yang juga disebut
sebagai cabaran dunia Kesusasteraan Melayu. Jika disebut mengenai
kesusasteraan Melayu, iainya dapat difahami sebagai keunikan yang pelbagai
khususnya dari segi warisan dan juga hasil-hasil penulisan yang sangat bernilai
maknanya dan juga penulisannya. Menurut, Hashim Awang (1987) mengatakan
kesusasteraan itu adalah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia
mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera
tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi
atau daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan
mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa
Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi
erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan.
Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang
terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Seterusnya
Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui
puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada
dua bahagian iaitu su dan sastera. Dalam konteks cabaran dunia sastera, iainya
dapat dikaitkan dengan perkembangan dan juga penerimaan masyarakat
khususnya di Malaysia terhadap kesusasteraan Melayu. Dalam penerimaan
tersebut, sudah pasti terdapatnya beberapa kelompok yang mana menerima dan
juga tidak menerima dengan sepenuhnya dunia kesusasteraan Melayu ini.

Selain itu, dunia kesusasteraan Melayu juga saban hari semakin hilang di bawa
arus pemodenan perlulah disekat. Pemikiran negatif terhadap kesusasteraan
Melayu perlulah dikaji serta diteliti semula supaya negara dapat membangunkan
insan melalui pembacaan dan penghayatan karya yang dapat membentuk sahsiah
diri, kepimpinan serta pola fikir yang positif. Perkara ini secara tidak langsung
mampu memupuk sikap bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang
memahami dan menerima adat serta budaya pelbagai bangsa dalam pembentukan
negara yang harmonis. Malah, ramai yang tidak sedar bahawa kesusasteraan

Melayu ini juga mampu menjadikan seseorang itu warganegara yang memiliki
sikap bertanggungjawab dan cinta akan negara melalui pelbagai elemen
patriotisme dan kepimpinan yang terdapat dalam karya. Perkara ini disebabkan
oleh pelbagai cabaran dan halangan perkembangan kesusasteraan Melayu di
Malaysia yang semakin giat menjadi tembok penghalang.

2.0 PERBINCANGAN
Seterusnya, dalam perbincangan kali ini, penulis akan membincangkan serta
menghuraikan mengenai apakah cabaran-cabaran ataupun halangan-halangan
yang menjadi penghalang di dalam dunia sastera ini yang menyebabkan sedikit
sebanyak merundumkan penerimaan sastera di dalam negara mahupun di luar
negara. Antara cabaran yang sangat ketara di dalam dunia sastera ialah
kuranganya penawaran subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat institusi
pendidikan seperti sekolah menengah.

2.1 KEKURANGAN PENAWARAN SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU
DI SEKOLAH
Dewasa ini, cabaran dunia kesusasteraan Melayu ini sememangnya menjalar di
negara kita lebih-lebih lagi pada golongan muda. Sebaliknya, mereka
beranggapan kesusasteraan Melayu ini sebagai benda yang lama, klasik dan tidak
relevan dalam dunia yang serba canggih ini. Hal ini jika ditelusuri secara
terperinci cabaran dunia kesusasteraan Melayu ini bermula daripada peringkat
sekolah dimana kurangnya penawaran subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah.
Malahan terdapat banyak sekolah yang telah menggugurkan subjek ini di sekolah
berikutan kekurangan guru opsyen, tiada sambutan dan sebagainya. Kerajaan
sepatutnya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengkaji semula
keputusan untuk mewajibkan subjek kesusasteraan Melayu di sekolah. Bahkan
memetik Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025 menyatakan
bahawa peranan utama sastera adalah untuk membina nilai insaniah dalam
kehidupan manusia.

Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Pemilihan kata
yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah
membawa pembaca menikmati bahasa sastera dengan penuh penghayatan.

Sekolah mesti menjadi laman untuk menyuburkan ilmu sastera bahkan sekolah
merupakan medium segala khazanah ilmu. Lazimnya, subjek ini dapat membina
jati diri di kalangan generasi muda melalui penerapan nilai murni dan jalinan
cerita serta karya teks sastera yang dipenuhi dengan pengajaran yang baik.
Sebagai timbal balik daripada kurangnya penawaran subjek ini di sekolah
memang memberi cabaran dunia kesusasteraan Melayu di Malaysia atau lebih
tepat lagi di dalam kalangan masyarakat di Malaysia untuk memahami dan
mendekati kesusteraan Melayu itu sendiri.

Lanjutan daripada itu, terdapat juga mentaliti yang memandang rendah
dimana pelajar yang mengambil subjek ini adalah pelajar lemah yang terdiri
daripada pelajar kelas terkebelakang sehingga ia tidak diminati apa lagi menjadi
pilihan subjek kepada pelajar sekolah. Di era globalisasi ini masyarakat tidak lagi
melihat akan kepentingan mata pelajaran kesusasteraan Melayu yang mampu
membawa kecemerlangan diri, bangsa dan negara. Pelajar yang mengambil mata
pelajaran ini dihina terus dihina. Seolah-olah mereka tidak akan berjaya serta
tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Oleh itu, mentaliti memandang
rendah ini sememangnya membunuh kepada penawaran subjek ini secara meluas
di sekolah dan akhirnya memberi cabaran kepada dunia kesusasteraan Melayu di
sekolah mahupun Malaysia pada dewasa ini. Natijahnya, kita semua perlu
memandang di segenap sudut dalam memberi tanggapan kepada suatu perkara
supaya dapat menikmati manfaatnya melalui perkara tersebut.

Oleh itu, mentaliti memandang rendah ini sememangnya membunuh
kepada penawaran subjek ini secara meluas di sekolah dan akhirnya memberi
cabaran kepada dunia kesusasteraan Melayu di sekolah mahupun Malaysia pada
dewasa ini. Natijahnya, kita semua perlu memandang di segenap sudut dalam
memberi tanggapan kepada suatu perkara supaya dapat menikmati manfaatnya
melalui perkara tersebut. Momokan daripada mentaliti yang Bukan sahaja pada
peringkat pengajian tinggi sahaja yang terkena tempias negatif ini, malah pada
peringkat sekolah, pelajar yang berada dalam aliran sastera dimomokkan sebagai
pelajar yang lemah tidak berpontensi. Maka, untuk masa mendatang mentaliti
inilah yang seharusnya dihapuskan di Malaysia, supaya kesusasteraan Melayu

kekal relevan dimana dapat m memenuhi minat dan sifat inkuiri seseorang
individu, bukan secara paksaan bermula di peringkat persekolahan.

2.2 PELUANG PEKERJAAN YANG “CLICHE”
Generasi kita pada hari ini ramai yang memilih bidang pekerjaan yang gah
bahkan ada lebih suka bekerja sendiri dengan perniagaan sekali gus menganggap
pekerjaan disebalik kesusasteraan Melayu sebagai suatu yang cliche. Ada di
antara mereka, yang beranggapan bahawa peluang pekerjaan dalam bidang
kesusasteraan Melayu tidak begitu meluas dan lebih memandang kepada aliran
sains teknologi dan empayar perniagaan. Umpamanya, mereka atau pun golongan
muda serta pelajar pada hari ini lebih meminati kursus-kursus yang bersifat
praktikal serta industri yang memenuhi kehendak atau pasaran semasa. Namun
begitu, mereka perlu sedar bahawa, dunia hari ini sangat memerlukan sains sosial
termasuklah bidang kesusasteraan Melayu bagi menghadapi persaingan global
yang begitu terkehadapan mayapada ini seusai dengan revolusi dunia 4.0. Maka,
negara tidak boleh hanya fokus terhadap sains, teknologi, teknikal dan matematik
(STEM). Bahkan, ada juga ibu bapa yang mendorong anak-anak supaya menjurus
ke dalam bidang pengajian STEM disebabkan faktor peluang pekerjaan yang
lebih baik dan tangga gaji lumayan misalnya menjadi doktor perubatan.

Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa kesusasteraan Melayu ini
bukanlah di dalam ruang lingkup yang kecil. Pelbagai sektor mahupun majikan
yang memerlukan tenaga kerja yang berkelulusan kesusasteraan Melayu. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pengalaman serta pengetahuan yang luas graduan
kesusasteraan Melayu ini dalam bidang pengkaryaan mampu melahirkan sesuatu
kejayaan bagi sesebuah sektor. Menurut Seri Lanang Jaya bin Rohani dan Dahlia
Janan (2013), graduan di dalam bidang kesusasteraan Melayu pada hakikatnya
lebih senang memperolehi peluang pekerjaan disebabkan kurang persaingan jika
dibandingkan dengan bidang sains dan teknologi. Justeru, memang sukar untuk
graduan bidang ini menganggur selepas tamatnya pengajian. Walaubagaimana
pun, sangat penting bagi para pelajar dewasa ini untuk belajar bersungguh -
sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi kerana melalui pelajaran sudah tentu
banyak peluang pekerjaan yang akan menanti kelak.

Justeru, memang sukar untuk graduan bidang ini menganggur selepas
tamatnya pengajian. Namun demikian, ada juga pandangan di mana mengatakan
Peluang pekerjaan yang ditawarkan bagi pelajar aliran kesusasteraan Melayu
dikatakan amat terhad kalau dibandingkan tara dengan peluang pekerjaan yang
tersedia bagi pelajar aliran sains. Walhal, ia sangat bertentangan secara tidak
langsung penyataan dan pandangan sebegini yang mencetuskan dan membentuk
stereotaip yang memburukkan keadaan lagi yang membawa kepada cabaran dunia
kesusasteraan Melayu. Walaubagaimana pun, sangat penting bagi para pelajar
dewasa ini untuk belajar bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi
kerana melalui pelajaran sudah tentu banyak peluang pekerjaan yang akan
menanti kelak.

2.3 ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Umum mengetahui bahawa rata-rata mahasiswa yang mengikut pengajaran dan
pembelajaran dalam jurusan Kesusasteraan Melayu ini adalah dalam kalangan
Generasi Z (Gen Z). Menurut Tapscott (2008), generasi Z adalah golongan yang
dilahirkan pada tahun 1998 hingga 2009. Menurut Siti Mahani dan Nazlinda
Ismail (2015), Gen Z ini adalah Generasi teknologi kerana mereka telah mula
melayari internet dan web seiring dengan usia mereka sejak mereka masih belum
bercakap. Generasi Z telah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan
dunia laman sosial sejak kecil lagi jadi mereka membesar di dalam dunia yang
semuanya berhubung menerusi teknologi sejak dari awal lagi. Justeru itu, tuntutan
yang tidak dapat dinafikan adalah penerimaan mereka terhadap kaedah
pengajaran yang disampaikan. Di zaman era teknologi maklumat yang semakin
berkembang dengan pesat ini, kursus Kesusasteraan Melayu perlu diberi
penambahbaikan dan penyesuaian agar dapat memenuhi kehendak pasaran
semasa, lebih-lebih lagi pada zaman ledakan teknologi malumat ini. Setiap
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Kesusasteraan Melayu, perlu seiring dengan
pembelajaran abad ke-21 yang menerapkan pelbagai kaedah dan teknik mengikut
arus pemodenan semasa. Hal ini kerana, perkembangan sains dan tekonolgi ini
mempengaruhi pelbagai bidang ilmu termasuklah Kesusasteraan Melayu kerana
para pelajar lebih cenderung menggunakan teknologi terkini dalam segala urusan
harian mereka. Justeru ini, bidang kesusasteraan Melayu dari segi PdP perlu

diberi penambahbaikan dan penyesuaian seiring perkembangan teknologi pada
masa kini.

Menurut Mohamed Amin Embi (2016) daripada kajian SI adek dan
Grabinger (2013), tentang enam perwatakan Gen Z ini, iaitu kecenderungan
mereka terhadap wang, berminda global dalam konteks berkomunikasi,
berkemahiran dalam aplikasi teknologi, teknologi membawa keunikan dalam
proses pembelajaran mereka, mampu dalam tugasan berbilang dan belajar secara
visual. Komunikasi Gen Z banyak melibatkan media sosial dan pelbagai bentuk
kemahiran teknologi sekarang untuk tujuan berkomunikasi, berinteraksi atau
berhubung dengan orang lain. Penggunaan teknologi secara baik juga boleh
mendatangkan manfaat kepada Gen Z itu sendiri kerana melalaui teknolgi itu juga
mereka akan dapat melayari internet dengan mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan yang baru atau yang mereka tidak tahu. Jadi mereka tidak perlu lagi
pergi membeli dan mencari buku. Hal ini, menjimatkan masa mereka kerana
mereka dapat melalukan banyak aktiviti pada satu masa sahaja. Selalunya,
keakraban mereka dengan teknologi kebanyakannya melibatkan hubungan visual
yang menjadikan mereka sangat terpesona dengan apa sahaja teknik pembelajaran
yang mampu menarik deria penglihatan mereka secara optimum.

Rentetan daripada ciri-ciri perwatakan yang telah diberikan, maka
tuntutan terhadap teknologi maklumat tidak dapat dinafikan terhadap penerimaan
mereka dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh
seorang guru. Justeru itu, kaedah PdP yang akan dipilih dan digunakan haruslah
mempertimbangkan ciri-ciri Gen Z yang mesra dengan teknologi agar dapat
meningkatkan lagi keberkesanan dalam sesuatu PdP. Guru seharusnya mengubah
corak kaedah pengajaran yang lama kepada yang baru seiring dengan
pembelajaran abad ke-21 kini yang banyak menggunakan pelbagai kaedah
menarik terutamanya penggunaan teknologi. Sebagai contohnya, guru boleh
menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berunsurkan multimedia
kepada pelajar iaitu seperti pengunaan gambar bewarna, rakaman video menarik
yang dicipta sendiri atau diambil dari Youtube dan pengunaan Power Point
interaktif. Penggunaan teknologi dalam PdP ini dapat meningkatkan
keberkesanan PdP dalam bilik darjah kerana pelajar lebih seronok dan tidak

mudah bosan terhadap pengajaran yang telah disampaikan. Hal ini diperkukuhkan
lagi dengan pernyataan Emily Christina dalam tajuknya “Peranan & kepentinan
teknologi pendidikan dalam PdP” yang menyatakan bahawa teknologi amat
penting dalam pendidikan dalam PdP kerana dapat mengelakkan rasa bosan
pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar di samping ia juga boleh
menghiburkan pelajar. Penerapan teknologi dalam PdP Kesusasteraan Melayu
secara berkesan dapat mengatasi cabaran dunia kesusasteraan Melayu kini di
Malaysia.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa mengubah kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dengan menekankan unsur teknologi akan memberikan PdP
tersebut lebih berkesan. Hal ini, jelas dapat membendung masalah cabaran dunia
Kesusasteraan Melayu di Malaysia daripada terus kekal dan tiada jalan
penyelesaiannya. Jadi guru memainkan peranan penting setiap kali sesi PdP akan
dijalankan dalam menggunakan kaedah yang pelbagai untuk menarik perhatian
para pelajarnya. Jika, hal ini dilaksanakan oleh semua guru pasti tiada halangan
gen Z ini untuk terlibat dalam pembelajaran.

2.4 KURANGNYA MINAT MASYARAKAT TERHADAP KESUSASTERAAN
MELAYU
Kesusasteraan Melayu pada masa kini semakin mendapat perhatian kerana
kemerosotan pengambilannya sama ada di sekolah mahupun universiti di
Malaysia. Sekarang kita boleh lihat bahawa banyak sekolah sudah menutup dan
tidak mengambil lagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu kerana tiadanya
sambutan daripada para pelajar di sekolah tersebut. Menurut A. Razak Adam
(2013) dalam dapatan kajian beliau dalam “Penawaran Subjek Kesusasteraan
Melayu di Sekolah-Sekolah” mendapati berlaku penurunan yang ketara dari aspek
bilangan sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu serta bilangan
murid yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu.. Pada tahun 2002, terdapat
40 buah sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat
SPM namun pada tahun 2011 cuma terdapat 15 buah sekolah sahaja yang masih
menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu untuk calon SPM. Ini menunjukkan
berlaku penurunan sebanyak 64.5% dari segi bilangan sekolah yang menawarkan
subjek Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka dalam jangka masa 10 tahun. Hal

ini sama dengan pihak universiti dimana mereka telah menghadkan pengambilan
mahasiswa dalam jurusan Kesusasteraan Melayu. Hal ini kerana, pihak universiti
tidak mahu mengambil risiko ke atas lambakan graduan yang tidak mendapat
tempat dalam dunia pekerjaan dengan bidang yang telah mereka cerubi semasa
menuntut di universiti tersebut.

Penurunan penawaran subjek atau kursus di sekolah dan universiti adalah
disebabkan oleh kurangnya minat para pelajar terhadap sastera itu sendiri dan
juga pandangan masyarakat terhadap Kesusasteraan Melayu kerana meletakkan
sastera sebagai sesuatu tidak mempunyai nilai yang penting pada masa kini.
Menurut Lutfi Ishak (2017), masyarakat memandang rendah sastera kerana sistem
pendidikan terpisah. Terdapat dua punca utama kelahiran mentaliti negatif sastera
ini iaitu yang pertama, amalan pendidikan sastera yang tidak menggambarkan
amalan sastera sebenar seperti terpancar dalam Peradaban Kepulauan
Melayu-Indonesia dari abad ke-16 hingga ke-20. Kedua, sistem pendidikan
terpisah yakni memisahkan aliran pendidikan pada peringkat menengah hingga ke
Universiti demi memenuhi keperluan semasa negara. Manakala, kurangnya minat
para pelajar pula terhadap Kesusasteraan Melayu mungkin adalah disebabkan
oleh kurang berminat membaca buku yang lama, tebal, sudah lusuh yang
menyukarkan mereka membaca buku tersebut dan mudah bosan kerana warna
bukunya yang hitam putih sahaja kerana sudah lama. Seterusnya, penggunaan
bahasa klasik yang penuh dengan diksi bahasa klasik seperti Bahasa Arab, Bahasa
Sanskrit dan Bahasa istana yang mengelirukan membuatkan mereka malas dan
tidak berminat membaca karya sastera. Selain itu, Pendedahan masyarakat kepada
karya sastera yang amat kurang.

Justeru itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meningkatkan
minat masyarakat terutama pelajar terhadap Kesusasteraan Melayu. Sebagai
contohnya, seorang guru perlulah mengajar secara kreatif untuk menarik minat
pelajar. Menurut Mohd Khairul Anam Md Kahirudin (2018), warga pendidik
wajar mengaplikasi pelbagai teknik alternatif bagi meningkatkan penguasaan
pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu
perlu dipersembahkan dengan gaya baharu dan menekankan kepada kaedah serta
pendekatan yang tidak membosankan pelajar. Pelbagai kaedah yang kreatif boleh

digunakan oleh para guru seperti bantuan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
menarik dan juga penggunaan teknologi seperti multimedia. Selain itu, ibu bapa
juga memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak untuk meminati
sastera sejak mereka kecil lagi. Hal ini kerana, anak yang kecil seperti kain putih
yang hanya perlu dicorakkan sahaja. Jadi ibu bapa perlulah mencorakanya dengan
keindahan sastera itu sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa boleh bercakap secara
berpantun atau selalu menyanyikan puisi tradisional kepada anak-anak untuk
menimbulkan kesan minat mereka kepada sastera apabila mereka besar kelak.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah berusaha dalam membentuk minat
masyarakat sekarang terhadap Kesusasteraan Melayu agar sastera tidak akan mati
ditelan arus zaman.

Kesimpulannya, pelbagai sebab masyarakat kurang berminat dengan
Kesusasteraan Melayu ini perlulah dibendung dengan segera agar tidak terus
merebak dan berleluasa kepada orang lain juga. Hal ini kerana, sesetengah
masyarakat juga akan terpengaruh dengan orang lain seperti kawan-kawan
apabila kawanya mengatakan tidak menyukai Kesusasteraan Melayu atas
beberapa sebab jadi bila dia mendengar dia menganggap perkara tersebut adalah
benar dan mengikutinya. Jadi perkara ini sangatlah perlu diambil kira oleh semua
pihak. Jika, masalah ini dapat dibendung pasti ramai masyarakat akan menyukai,
berminat dan tertarik dengan Kesusasteraan Melayu.

2.5 GRADUAN KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN PENDIDIKAN
PERLU MENGAJAR DI LUAR BIDANG MEREKA
Falsafah Pendidikan Negara perlulah menjadi wadah dalam memastikan strategi
dan proses pendidikan sentiasa di reformasi berlandaskan peredaran semasa.
Perkara ini secara tidak langsung mampu melahirkan guru yang berkemahiran dan
berpengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang yang hendak di ajar. Namun apa
yang pasti reformasi dalam sesuatu strategi telah mengundang kegelisahan bagi
sesetengah graduan pendidikan yang akan ditempatkan di sekolah. Perubahan
demi perubahan telah memadamkan semangat serta jiwa pengajar yang pernah
ada dalam diri graduan pendidikan. Soal penempatan dan penukaran opsyen
sudah menjadi kebiasaan bagi tenaga pengajar di sekolah. Perkara ini merupakan
penganiyaan yang berterusan kepada pendidik dan pelajar. Namun, apa yang

menyedihkan lagi bagi graduan yang berkelulusan Kesusasteraan Melayu dengan
pendidikan. Semangat mereka yang ingin menyebarkan ilmu melalui pengkaryaan
sudah terhakis sedikit demi sedikit. Perkara ini juga telah menjadi kebiasaan dan
tidak dapat diselesaikan hingga sekarang.

“Jika tidak terima tiada penempatan sebagai guru, jadi ambil sahaja apa
adanya”. Ayat ini sering melekat dibibir graduan kesusasteraan Melayu. Kadang
kala dunia ini boleh dikatakan tidak adil bagi sesetengah pihak. Hal ini dikatakan
demikian kerana, dalam konteks dunia pendidikan seringkali dilihat bahawa guru
bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu diarahkan untuk mengajar mata
pelajaran di luar bidang mereka yang hanya terdapat di sekolah. Perkara ini,
secara tidak langsung menitiskan air mata redha dalam bersyukur oleh mereka.
Penerimaan mereka dalam sesuatu bidang yang lain memerlukan mereka lebih
bekerja keras. Namun, tiada yang sedar bahawa keluhan di hati ini hanya mampu
disampaikan kepada diri sendiri bukan pimpinan di institusi tersebut. Disebabkan
itu, lambakan graduan Kesusasteraan Melayu tidak diberikan peluang untuk
mengajar mata pelajar yang mereka belajar di Universiti. Penempatan mereka
mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Menurut mantan Menteri
Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat
kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan
guru di negara ini. Namun apa yang boleh dilihat semula graduan pendidikan hari
ini terpaksa bersaing bagi mendapatkan penempatan. Guru-guru ini terpaksa akur
dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbiran bagi menggantikan
tempat kekosongan guru tanpa memikirkan akibat pada masa akan datang.

Di samping itu, kerajaan juga perlu mengkaji semula pencen bagi guru
yang telah lama berkhidmat di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana,
disebabkan guru lama bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu terpaksa
berpencen di usia emas menjadikan graduan yang baru lahir ini tiada pilihan
untuk mengajar bidang kesusasteraan Melayu malah terpaksa akur dengan arahan
pentadbiran untuk mengajar mata pelajaran yang lain. Disebabkan itu, pihak
sekolah perlu membuka penambahan kelas bagi mata pelajaran kesusasteraan
Melayu ini mengikut kelulusan guru yang mendapat penempatan. Selain itu,
pengguguran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu secara tiba-tiba juga

meranapkan lagi semangat graduan kesusateraan Melayu yang ingin melahirkan
lebih ramai modal insan melalui pengkaryaan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
alasan pihak pentadbiran bahawa tiada guru hendak mengajar serta kesusasteraan
Melayu tiada nilai di masa hadapan menambahkan lagi duka lara graduan
kesusasteraan Melayu dengan pendidikan. Perkara ini juga mengikis usaha guru
kesusasteraan Melayu melahirkan modal insan yang berjiwa besar serta mampu
berfikir di luar kotak.

Disebabkan itulah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlulah
mengkaji semula opsyen yang diperlukan di sekolah serta menyediakan
penempatan yang selayaknya bagi graduan yang baru ditempatkan. Hal ini
dikatakan demikian kerana, lambakan opsyen ditempatkan di sesuatu sekolah
menyebabkan pentadbiran sekolah terpaksa menukar opsyen guru-guru mengikut
keperluan sekolah. Selain itu, kelulusan pendidikan seseorang graduan perlulah
dilihat bagi dahulu sebelum menyerahkan penempatan bagi memastikan mereka
dapat menguasai bidang yang mereka ceburi. Seterusnya, terdapat kajian dari luar
Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini. Berdasarkan
kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011) iaitu guru terutamanya yang
mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan
dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar di sekolah. Setiap guru perlu
mengajar bidang yang mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam
bidang tersebut dengan sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan
berkesan.

Tegaslah bahawa, bagi mengatasi cabaran kesusasteraan Melayu di
Malaysia semua pihak terutama KPM dan pentadbiran sekolah perlulah
berganding bahu bagi mewujudkan kelas bagi mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu. Perkara ini dinyatakan demikian kerana, apabila mata pelajaran ini
wujud di sekolah secara tidak langsung dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu
berkaitan kesusasteraan Melayu kepada diri setiap pelajar yang mempelajarinya.
Bermula dengan pengenalan tentang kesusasteraan Melayu seterusnya pelajar
akan meneroka biodata pengarang, serta elemen sastera yang merangkumi tema,
watak, latar, plot, gaya bahasa, sudut pandangan, nilai dan pengajaran sedikit
sebanyak mampu mengangkat martabat dunia kesusasteraan Melayu di Malaysia.

Perkara ini juga jelas membuktikan bahawa, mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu bukanlah mata pelajaran yang ketinggalan zaman namun pemikiran
negatif pentadbiran sekolah yang memandang mata pelajaran ini tidak mampu
membawa pelajar ke persada yang lebih tinggi menyebabkan mata pelajaran ini
terus ditinggalkan. Oleh itu, pentadbiran sekolah perlulah memandang ke hadapan
berkaitan kepentingan kesusasteraan Melayu ini yang mampu membentuk sahsiah
pelajar melalui pembacaan, penghayataan dan pengkaryaan dalam
membangunkan modal insan. Maka, pembukaan kelas bagi mata pelajaran
Kesusateraan Melayu perlulah diwujudkan di setiap sekolah agar graduan dengan
pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat menyampaikan ilmu dan kemahiran yang
ada kepada generasi baru.

2.6 BUDAYA BARAT MENGHAKIS KESUSASTERAAN MELAYU
Kata-kata keramat Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia” semakin
samar-samar kedengaran malah generasi hari ini langsung tidak mengendahkan
kata-kata keramat yang disampaikan. Saban hari, dunia menyaksikan orang
Melayu semakin hilang kemelayuannya kerana tengelam dengan ledakan
pengaruh barat. Era serba canggih pada hari ini telah meranapkan lagi usaha bagi
memperkenalkan kesusasteraan Melayu kepada generasi baru. Malah menurut
mantan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim (2017),
berkata orang Melayu ketika ini sudah hilang roh budaya Melayu dan
perlahan-lahan hilang jiwa kemelayuan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
masyarakat sering beranggapan bahawa kesusasteraan Melayu ini tidak
mempunyai nilai yang tersendiri. Disebabkan itulah, kesusasteraan Melayu
semakin luntur untuk dipelajari dan diterapkan di dalam diri. Hal ini dikatakan
demikian kerana, apabila diteliti kembali kesusasteraan Melayu di Malaysia sudah
dianggap tidak penting lagi. Malah, ada yang beranggapan bahawa kesusateraan
Melayu ini merupakan mata pelajaran yang kuno dan tidak sesuai dipraktikkan
pada hari ini. Perkara ini secara langsung telah memadam semangat kemelayuan
yang wujud sejak zaman berzaman.

Kehadiran pengaruh barat ke alam Melayu juga antara cabaran
kesusasteraan Melayu di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, kehadiran
pengaruh barat secara tidak langsung menghakis nilai-nilai yang terdapat dalam

kesusateraan Melayu. Pengaruh budaya Barat yang semakin hari, semakin kuat
gelombangnya menyebabkan karya-karya Melayu di pandang sepi. Kehebatan
media massa dalam membawa agenda barat telah berjaya menghakis minat
masyarakat dalam kesusasteraan Melayu. Walaupun pelbagai kaedah serta usaha
telah dijalankan namun hasilnya tidaklah seperti sambutan masyarakat Melayu
dalam dunia barat. Misalnya, pengaruh Tiktok, Youtube, cara berpakaian,
percakapan serta banyak lagi memperlihatkan penerimaan pengaruh barat lebih
dinanti-nantikan. Bagi Generasi Z pula pengaruh barat merupakan perkara baru
yang mereka perlu belajar berbanding kesusasteraan Melayu yang dianggap
sebagai ketinggalan zaman serta hanya sesuai digunakan oleh orang-orang
terdahulu sahaja. Perkara ini juga bersempendapat dengan Al Attas (1978),
pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran Barat di Tanah Melayu rata-rata tidak
mengambil kira peranan dan kepentingan Melayu. Dalam konteks ini, Al Attas
berpendapat bahawa pengenalan dan pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran yang
bersifat "Deislamization" itu bertujuan untuk menjarakkan dan kemudiannya
memutuskan masyarakat Melayu daripada semangat dan tradisi Melayu, yang
sebelumnya mendasari kebanyakan aspek kehidupan mereka.

Perkara ini secara tidak langsung menjadikan kesusasteraan Melayu lemah
dan tiada nilai di negara Malaysia. Pengkaryaan sahaja tidak cukup menarik
minat-minat Generasi-Z memilih kesusasteraan Melayu sebagai bidang
pebelajaran mereka. Dewan Bahasa dan Pustaka serta pakar-pakar dalam bidang
Kesusasteraan Melayu perlulah berganding bahu memikirkan bagaimana mahu
mencipta gelombang bagi menarik minat Generasi-Z agar kesusasteraan Melayu
tidak ketinggalan zaman. Pembelajaran dan promosi melalui media perlulah
diteruskan agar perkara ini berterusan daripada zaman ke zaman. Pemilihan
kaedah yang bersesuain dengan peredaran zaman perlulah dititik beratkan bagi
memastikan perkara ini terus disemat dalam hati setiap insan. Jelaslah bahawa,
pembangunan insan juga mampu dipupuk melalui kesusasteraan Melayu apabila
masyarakat dapat memahami serta menerima adat budaya Melayu tanpa
mengetepikan pelbagai bangsa yang lain seterusnya menolak pemikiran barat
dalam pembentukan negara yang harmonis.

3.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, untuk membangunkan dan memperkasakan kesusasteraan
Melayu, segala bentuk cabaran yang datang perlulah diambil berat dan
dititikberatkan dalam merancang langkah yang efektif dan proaktif agar dunia
sastera tidak tengelam ditelan oleh zaman yang kian membangun ke arah puncak
dunia. Gabungan tenaga pelbagai pihak yang memandang tinggi akan peradaban
sendiri amat diperlukan seperti yang direalisasikan oleh gabungan kerjasama
anatara pihak Universiti Fotani dan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam
mengorak langkah demi langkah dalam mendepani cabaran yang dihadapi oleh
dunia kesusateraan melayu. Di samping itu, rangkaian padu antara penulis,
khalayak, karya, badan kerajaan, badan bukan kerajaan, sumber dana, dan
peralatan canggih merupakan aspek dimana iainya akan membantu warisan
melayu ini mendapat tempat khususnya di dalam negara Malaysia sendiri.

Selain itu, kesedaran peranan media massa, jaringan komuniti bahasa dan
sastera, manfaat sastera teknologi tinggi, pendokumentasian pengajian Melayu
seluruh rantau, penciptaan persuratan baharu yang mencabar minda, dan
pengukuhan konsep dan kepustakaan ilmu kesusasteraan Melayu sentiasa
diperlukan agar iainya dapat melancarkan lagi langkah-langkah yang telah diatur
oleh pihak yang berkenaan seperti kerajaan dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk meningkatkan lagi darjat ataupun kedudukan kesusasteraan Melayu di mata
masyarakat. Kesusasteraan Melayu amat memerlukan transformasi yang lebih luas
sifatnya dan menuntut kesungguhan yang progresif dari pelbagai pihak dan negara
untuk meletakkan keutamaan kearah memartabatkan Kesusasteraan Melayu serta
memperkukuhkan kedudukannya di mata antarabangsa. Kesemuanya menuntut
penghayatan, komitmen dan pengorbanan yang mendepani dengan kemajuan serta
mengerakkan kebangkitan penggunaan bahasa Melayu, sekaligus menyahut
cabaran peradaban Melayu dalam dunia global abad ke-21.

BIBLIOGRAFI

A.Razak Adam. (2013, June 14). Dapatan Kajian Penawaran Subjek Kesusasteraan
Melayu Di Sekolah. Dimuat turun daripada
http://arazakadam.blogspot.com/2013/06/dapatan-kajian-penawaran-
subjek.html?m=1

Branginsky V.I. 1989 “Sistem Sastera Melayu Klasik dan Penilaiannya” dalam
Dewan Sastera, Oktober. Hlm: 42-51

Emily Christina. (2018). Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Dimuat turun
daripadahttp://emilychristinaedu3053.weebly.com/slt-1--peranan-dan-kepenting
an-teknologi-pendidikan-tp-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran- pdp.html

Kementerian Pendidikan. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Muhammad Lutfi Ishak. (2017, November 6). Sistem pendidikan terpisah punca
mentaliti negatif sastera. Berita Harian. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/11/347319/sistem-pendidika
n-terpisah-punca-mentaliti-negatif-sastera

Mohd Khairul Anam Md Khairudin. (2018, 0ctober 24). Perlu Kreatif Ajar

Kesusasteraan Melayu. Dimuat turun daripada

https://www.bharian.com.my/amp/berita/pendidikan/2018/10/489764/perlu-

kreatif-ajar-kesusasteraan-melayu.

Mohd. Zariat Abdul Rani. 2006. “Kehadiran Barat dan Kesannya Terhadap
Kesusasteraan Melayu” dalam Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Norazimah Zakaria. 2017. Kanon Melayu. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Mahani binti Muhazir dan Nazlinda binti Ismail. (2015). Generasi Kerja Baru
dan Cabarannya. Dimuat turun daripada
https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf


Click to View FlipBook Version