The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Kumpualn BSS(kumpulan 5) new

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d082334, 2021-06-19 10:49:14

CABARAN DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU

Tugasan Kumpualn BSS(kumpulan 5) new

BSS3073
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PEMBINAAN MODAL

INSAN

TUGASAN KUMPULAN
“CABARAN DUNIA KESUSASTERAAN MELAYU DI MALAYSIA”

PELAJAR NOMBOR MATRIK

SABRINA NATASHA BINTI ISMAIL D20181082330

NURSHAHIRA BINTI ABU KHALID D20181082332

SITI NURZAFIRAH BINTI IDRIS D20181082333

AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG AMAT D20181082334

KUMPULAN B

PENSYARAH DR ROHAYATI BINTI JUNAIDI

DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

PENSYARAH
BSS3073 KESUSASTERAAN MELAYU DALAM

PEMBINAAN MODAL INSAN FAKULTI
BAHASA DAN KOMUNIKASI(FBK)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS(UPSI)

SABRINA NATASHA BINTI ISMAIL
D20181082330

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN
KEPUJIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS(UPSI)

NOORSHAHIRAH BINTI ABU KHALID
D20181082332

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN
KEPUJIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS(UPSI)

SITI NURZAFIRAH BINTI IDRIS
D20181082333

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN
KEPUJIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS(UPSI)

AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG
AMAT
D20181082334

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN
KEPUJIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS(UPSI)

1.0 PENGENALAN

Dalam usaha memperkasakan kedudukan dan martabat warisan ilmu Melayu iaitu
Kesusasteraan Melayu di tanah Melayu terdapatnya rintangan yang juga disebut
sebagai cabaran dunia Kesusasteraan Melayu. Jika disebut mengenai kesusasteraan
Melayu, iainya dapat difahami sebagai keunikan yang pelbagai khususnya dari segi
warisan dan juga hasil-hasil penulisan yang sangat bernilai maknanya dan juga
penulisannya. Menurut, Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut
sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula
memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan
mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa
Sanskrita iaitu castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi
erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan.
Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang
terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Seterusnya Hashim
Awang juga menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya
adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian
iaitu su dan sastera. Dalam konteks cabaran dunia sastera, iainya dapat dikaitkan
dengan perkembangan dan juga penerimaan masyarakat khususnya di Malaysia
terhadap kesusasteraan Melayu. Dalam penerimaan tersebut, sudah pasti terdapatnya
beberapa kelompok yang mana menerima dan juga tidak menerima dengan
sepenuhnya dunia kesusasteraan Melayu ini.

Selain itu, dunia kesusasteraan Melayu juga saban hari semakin hilang di bawa
arus pemodenan perlulah disekat. Pemikiran negatif terhadap kesusasteraan Melayu
perlulah dikaji serta diteliti semula supaya negara dapat membangunkan insan melalui
pembacaan dan penghayatan karya yang dapat membentuk sahsiah diri, kepimpinan
serta pola fikir yang positif. Perkara ini secara tidak langsung mampu memupuk sikap
bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang memahami dan menerima adat serta
budaya pelbagai bangsa dalam pembentukan negara yang harmonis. Malah, ramai
yang tidak sedar bahawa kesusasteraan Melayu ini juga mampu menjadikan seseorang

itu warganegara yang memiliki sikap bertanggungjawab dan cinta akan negara
melalui pelbagai elemen patriotisme dan kepimpinan yang terdapat dalam karya.
Perkara ini disebabkan oleh pelbagai cabaran dan halangan perkembangan
kesusasteraan Melayu di Malaysia yang semakin giat menjadi tembok penghalang.

Dalam memahami definisi cabaran, cabaran dapat difahami sebagai halangan
ataupun sesuatu perkara yang akan mengganggu kepada sesuatu perkara. Dalam erti
kata yang lain, di dalam konteks perjuangan cabaran boleh ditakrifkan sebagai tugas
atau keadaan yang menuntut. Untuk mengatasi situasi yang mencabar, individu perlu
berusaha keras. Walaupun ini boleh menjadi sangat melelahkan, pada akhirnya
individu merasakan rasa pencapaian kerana dia dapat mengatasi kesukaran. menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil
mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya),
sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh
dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal
atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya
dengan sesebuah organisasi.

Namun, di dalam konteks cabaran kesusasteraan melayu, cabaran tersebut dapat
difahami sebagai satu perkara yang menjadi penghalang kepada perkembangan
sastera itu sendiri. Secara umumnya, kesusasteraan melayu itu juga merupakan satu
sumber ilmu yang mana dapat membantu membentuk pembangunan modal insan
yang baik ke atas seseorang individu itu. Justeru dengan itu, cabaran demi cabaran
merupakan salah satu perkara yang dapat menyekat kepada perkembangan dunia
Kesusasteraan Melayu itu sendiri. Oleh itu, langkah demi langkah perlu dirancang
agar iainya dapat membantu pejuang-pejuang sastera, pengiat-pengiat sastera dan
Kesusasteraan Melayu agar dapat memperkembangkan dan meningkatkan lagi
kedudukannya di dalam negara mahupun di mata globalisasi. Antara cabaran yang
dibincangkan di dalam kajian ini ialah kekurangan penawaran subjek sastera, peluang
pekerjaan yang Cliche, era teknologi maklumat, kurangnya minat terhadap
kesusasteraan melayu dan cabaran-cabaran yang lain.

2.0 PERBINCANGAN

Seterusnya, dalam perbincangan ini, pengkaji akan membincangkan serta
menghuraikan mengenai apakah cabaran-cabaran ataupun halangan-halangan yang
menjadi penghalang di dalam dunia sastera ini yang menyebabkan sedikit sebanyak
merundumkan penerimaan sastera di dalam negara mahupun di luar negara. Antara
cabaran yang sangat ketara di dalam dunia Kesusasteraan Melayu ialah kekurangan
penawaran subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah, peluang pekerjaan yang ‘Cliche’,
era teknologi maklumat, kurangnya minat masyarakat terhadap Kesusasteraan Melayu,
graduan Kesusasteraan Melayu dengan pendidikan perlu mengajar di luar bidang
mereka dan budaya barat menghakis Kesusasteraan Melayu.

2.1 KEKURANGAN PENAWARAN SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU
DI SEKOLAH

Dewasa ini, cabaran dunia Kesusasteraan Melayu ini sememangnya menjalar di
negara kita lebih-lebih lagi di dalam kalangan golongan muda. Sebaliknya, mereka
beranggapan Kesusasteraan Melayu ini sebagai benda yang lama, klasik dan tidak
relevan untuk dipelajari dalam dunia yang serba canggih ini. Sementelahan itu, Ani
binti Hj. Omar (2011), menyatakan pelajar merupakan generasi pelapis yang penting
kerana merekalah yang bakal mewarisi negara. Tambahan lagi, sastera merupakan
subjek yang dapat membentuk keperibadian pelajar iaitu remaja. Sastera remaja
memainkan peranan penting sebagai fungsi di dalam pendidikan. Namun demikian,
subjek Kesusasteraan Melayu tidak lagi aktif ditawarkan sekolah-sekolah lalu
membawa cabaran kepada sastera untuk bertapak di negara kita dengan utuh. Subjek
Kesusasteraan Melayu merupakan subjek elektif pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan IIII dan IV. Malahan
terdapat banyak sekolah yang telah menggugurkan subjek ini di sekolah berikutan
kekurangan guru opsyen, tiada sambutan dan sebagainya.

Kerajaan sepatutnya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu
mengkaji semula keputusan untuk mewajibkan subjek Kesusasteraan Melayu di
sekolah. Sejajar dengan hal ini, keratan akhbar Sinar Harian Online bertarikh 7
Februari 2021 ada melaporkan dimana;

“Situasi yang berlaku ketika ini amat menyedihkan. apabila ada sekolah
tidak mengambil subjek Geografi dan Kesusasteraan Melayu mungkin
disebabkan kedua-dua subjek itu dianggap tidak memberi kepentingan
kepada pelajar. Natijahnya, ilmu kesusasteraan perlu dipelajari semua orang
kerana pelajar aliran Sains juga memerlukan ilmu itu dalam penghasilan
laporan kajian atau jika mereka mahu mengeluarkan karya berkaitan bidang
mereka jika melanjutkan pengajian atau selepas bekerja nanti.”

(Dipetik daripada: Sinar Harian, 7 Februari 2021)

Bahkan memetik Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016 - 2025
menyatakan bahawa peranan utama sastera adalah untuk membina nilai insaniah
dalam kehidupan manusia. Sastera ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa.
Pemilihan kata yang teliti, unsur bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun
indah membawa pembaca menikmati bahasa sastera dengan penuh penghayatan.
Sekolah mesti menjadi laman untuk menyuburkan ilmu sastera bahkan sekolah
merupakan medium segala khazanah ilmu. KPM sewajarnya perlu membuat penilaian
semula terhadap subjek ini di dalam peperiksaan SPM. Tamsilnya, membentuk
jawatankuasa yang turut disertai oleh guru pakar yang lama berkhidmat seperti guru
kesusasteraan berpengalaman. Aspek yang paling penting, jawatankuasa yang
dibentuk itu perlu melibatkan mereka yang benar-benar berpengalaman kerana
pengalaman mahal yang dimiliki boleh memberi garis panduan kepada KPM untuk
melakukan transformasi persis kata orang tua- tua "belayar bernakhoda, berjalan
dengan yang tua, berkata dengan yang pandai".

Disamping itu, subjek Kesusasteraan Melayu ini dapat membina jati diri di
kalangan generasi muda melalui penerapan nilai murni dan jalinan cerita serta karya
teks sastera yang dipenuhi dengan pengajaran yang baik. Sebagai timbal balik
daripada kurangnya penawaran subjek ini di sekolah sememangnya memberi cabaran
yang rencam dunia kesusasteraan Melayu di Malaysia atau lebih tepat lagi di dalam
kalangan masyarakat di Malaysia untuk memahami dan mendekati Kesusasteraan
Melayu itu sendiri. Ekoran daripada mentaliti negatif, perspektif ibu bapa juga
beranggapan bahawa Kesusasteraan Melayu hanyalah membuang masa dan bukan
sahaja tidak menggalakkan anak mereka mengambilnya, bahkan ada yang melarang
anak mereka membaca novel serta cerpen. Lanjutan daripada itu, merujuk keratan
akhbar Sinar Harian Online bertarikh 6 November 2017, Ahli Jawatankuasa Persatuan
Penulis Nasional Malaysia (PENA) menyatakan;

“Mentaliti yang memandang rendah dimana pelajar yang mengambil subjek
ini adalah pelajar lemah yang terdiri daripada pelajar kelas terbelakang
sehingga ia tidak diminati apa lagi menjadi pilihan subjek kepada pelajar
sekolah”.

(Dipetik daripada: Sinar Harian, 6 November 2017)

Justfikasinya, mentaliti memandang rendah ini sememangnya membunuh
kepada penawaran subjek ini secara meluas di sekolah dan akhirnya memberi cabaran
kepada dunia kesusasteraan Melayu di sekolah mahupun Malaysia pada dewasa ini.

Secara total, penawaran subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah
banyak dipengaruhi oleh faktor tertentu. Oleh hal yang demikian, bidang
kesusasteraan kian dipinggirkan bak ditepian kali dan kurang mendapat sambutan
daripada pelajar di sekolah mahupun universiti. Hal ini bersangkut paut dengan
perkembangan sains dan teknologi yang mempengaruhi pelbagai bidang cakupan ilmu.
Para pelajar lebih terarah kepada penggunaan teknologi terkini dalam segala urusan.
Maka, kita semua perlu memandang di segenap sudut dalam memberi tanggapan
kepada suatu perkara supaya dapat menikmati manfaatnya melalui perkara tersebut
sekaligus dapat memberikan tempat Kesusasteraan Melayu di hati kalangan rakyat
Malaysia sebagai wahana yang tertinggi untuk dipelihara.

2.2 PELUANG PEKERJAAN YANG “CLICHE”

Kini, generasi baharu ramai yang memilih bidang pekerjaan yang gah bahkan ada
lebih suka bekerja sendiri dengan membina empayar perniagaan sekaligus
menganggap pekerjaan disebalik kesusasteraan Melayu sebagai suatu yang “cliche”.
Hal ini demikian kerana, golongan ini lebih terarah kepada sains dan teknologi yang
telah menjadi nadi kehidupan moden dan menyahut kemakmuran ekonomi. Dalam
waktu yang sama, ada diantara mereka yang beranggapan bahawa peluang pekerjaan
dalam bidang kesusasteraan Melayu tidak begitu meluas dan lebih memandang
kepada aliran sains teknologi. Umpamanya, mereka atau pun golongan muda serta
pelajar pada hari ini lebih meminati kursus-kursus yang bersifat praktikal serta
industri yang memenuhi kehendak atau pasaran semasa. Walakin begitu, menurut
keratan akhbar Berita Harian melaporkan;

“Sektor pekerjaan yang boleh diceburi lulusan sastera terhad dalam bidang
perguruan dan penulisan kreatif”.

(Dipetik daripada: Berita Harian 8 Januari 2008)

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali dan Madiawati Mamat. (2017)
kesusasteraan melalui program kesusasteraan yang ditawarkan di Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya dapat memenuhi kehendak dan pasaran semasa. Kehendak
dan pasaran semasa ini sudah tentu dilaksanakan mengikut peredaran zaman yang
sudah tentu juga mempunyai cabaran-cabaran dalam pelaksanaannya.

Namun begitu, mereka perlu sedar bahawa, dunia hari ini sangat memerlukan
sains sosial termasuklah bidang kesusasteraan Melayu bagi menghadapi persaingan
global yang begitu berkehadapan mayapada ini sesuai dengan revolusi dunia 4.0.
Maka, negara tidak boleh hanya fokus terhadap sains, teknologi, teknikal dan
matematik (STEM). Bahkan, ada juga ibu bapa yang mendorong anak-anak supaya
menjurus ke dalam bidang pengajian STEM disebabkan faktor peluang pekerjaan
yang lebih baik dan tangga gaji lumayan misalnya menjadi doktor perubatan. Menurut
Seri Lanang Jaya bin Rohani dan Dahlia Janan (2013), graduan di dalam bidang
kesusasteraan Melayu pada hakikatnya lebih senang memperoleh peluang pekerjaan
disebabkan kurang persaingan jika dibandingkan dengan bidang sains dan teknologi.
Dengan itu, para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan ilmu sastera, tetapi juga
maklumat sastera semasa dan sastera dalam siber yang terkini. Malahan mereka juga
berpeluang untuk berkarya di ruang siber. Kursus Penyuntingan Sastera, Sastera
Komersial dan Pengajaran E-Sastera dapat memenuhi keperluan semasa.

Tuntasnya, memang sukar untuk graduan bidang ini menganggur selepas
tamatnya bidang pengajian. Walau bagaimanapun, sangat penting para pelajar dewasa
ini untuk belajar bersungguh - sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi kerana
melalui pelajaran sudah tentu banyak peluang pekerjaan yang akan menanti kelak. Di
sebalik itu, bidang kesusasteraan perlu dimantapkan sejajar dengan perkembangan
teknologi kini. Rentetan senario itu, Kesusasteraan Melayu pasti boleh melahirkan
pelajar di pelbagai bidang kegiatan seni, selain menghasilkan petugas seni bagi
menyokong kegiatan seni seperti jurutera muzik atau penggiat filem bermutu di tanah
air kita agar kedudukan Kesusasteraan Melayu di Malaysia dapat dimartabatkan.
Akhirnya, cabaran dalam kesusasteraan Melayu untuk terus teguh di negara kita dapat
dikekang dan senantiasa menjadi relevan pada pandangan rakyat Malaysia khasnya.

2.3 ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Umum mengetahui bahawa rata-rata mahasiswa yang mengikut pengajaran dan
pembelajaran dalam jurusan Kesusasteraan Melayu ini adalah dalam kalangan
Generasi Z (Gen Z). Menurut Tapscott (2008), generasi Z adalah golongan yang
dilahirkan pada tahun 1998 hingga 2009. Menurut Siti Mahani dan Nazlinda Ismail
(2015), Gen Z ini adalah Generasi teknologi kerana mereka telah mula melayari
internet dan web seiring dengan usia mereka sejak mereka masih belum bercakap.
Generasi Z telah dibimbing dan digalakkan oleh ibu bapa menggunakan dunia laman
sosial sejak kecil lagi, sehingga menyebabkan mereka membesar di dalam dunia yang
semuanya berhubung dan bergantung dengan teknologi sejak dari awal lagi. Hal ini
disokong melalui petikan yang diambil daripada Harian Metro pada 26 April, 2021;

“Setiap generasi memiliki ciri dan sifat tersendiri yang umumnya
dipengaruhi lingkungan kehidupan mereka. Bagi Generasi Z, perkembangan
teknologi membuatkan golongan ini lebih banyak bergantung dengan gajet
dan aktiviti media sosial.”

(Dipetik daripada : Harian Metro, 26 April 2021)

Justeru itu, tuntutan yang tidak dapat dinafikan adalah penerimaan mereka
terhadap kaedah pengajaran yang disampaikan. Di zaman era teknologi maklumat
yang semakin berkembang dengan pesat ini, kursus Kesusasteraan Melayu perlu
diberi penambahbaikan dan penyesuaian agar dapat memenuhi kehendak pasaran
semasa, lebih-lebih lagi pada zaman ledakan teknologi maklumat ini. Setiap
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Kesusasteraan Melayu, perlu seiring dengan
pembelajaran abad ke 21 yang menerapkan pelbagai kaedah dan teknik mengikut arus
pemodenan semasa. Hal ini kerana, perkembangan sains dan teknologi ini
mempengaruhi pelbagai bidang ilmu termasuklah Kesusasteraan Melayu kerana para
pelajar lebih cenderung menggunakan teknologi terkini dalam segala urusan harian
mereka. Justeru ini, bidang kesusasteraan Melayu dari segi PdP perlu diberi
penambahbaikan dan penyesuaian seiring perkembangan teknologi pada masa kini.

Menurut Mohamed Amin Embi (2016) daripada kajian SI Adek dan Grabinger
(2013), tentang enam perwatakan Gen Z ini, iaitu kecenderungan mereka terhadap
wang, berminda global dalam konteks berkomunikasi, berkemahiran dalam aplikasi
teknologi, teknologi membawa keunikan dalam proses pembelajaran mereka, mampu
dalam tugasan berbilang dan belajar secara visual. Komunikasi Gen Z banyak

melibatkan media sosial dan pelbagai bentuk kemahiran teknologi sekarang untuk
tujuan berkomunikasi, berinteraksi atau berhubung dengan orang lain. Penggunaan
teknologi secara baik juga boleh mendatangkan manfaat kepada Gen Z itu sendiri
kerana melalui teknologi itu juga mereka akan dapat melayari internet dengan
mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang baru atau yang mereka tidak tahu. Jadi
mereka tidak perlu lagi pergi membeli dan mencari buku. Hal ini, menjimatkan masa
mereka kerana mereka dapat melalukan banyak aktiviti pada satu masa sahaja.
Selalunya, keakraban mereka dengan teknologi kebanyakannya melibatkan hubungan
visual yang menjadikan mereka sangat terpesona dengan apa sahaja teknik
pembelajaran yang mampu menarik deria penglihatan mereka secara optimum.
Rentetan daripada daripada ciri-ciri perwatakan yang telah diberikan, maka tuntutan
terhadap teknologi maklumat tidak dapat dinafikan terhadap penerimaan mereka
dalam kaedah pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh seorang guru.
Justeru itu, kaedah PdP yang akan dipilih dan digunakan haruslah mempertimbangkan
ciri-ciri Gen Z yang mesra dengan teknologi agar dapat meningkatkan lagi
keberkesanan dalam sesuatu PdP. Menurut petikan Berita Harian pada 24 Oktober,
2018 menyatakan :

“Guru perlu kreatif dan inovatif dalam menyampaikan ilmu Kesusasteraan
Melayu, terutama untuk mendepani pelajar yang terdiri daripada Generasi Z
masa ini”

(Dipetik daripada : Berita Harian, 24 Oktober 2018)

Justeru itu, guru seharusnya mengubah corak kaedah pengajaran yang lama
kepada yang baru seiring dengan pembelajaran abad ke 21 kini, dengan menggunakan
pelbagai kaedah menarik terutamanya penggunaan teknologi. Sebagai contohnya,
guru boleh menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berunsurkan
multimedia kepada pelajar iaitu seperti pengunaan gambar berwarna, rakaman video
menarik yang dicipta sendiri atau diambil dari Youtube dan penggunaan Power Point
interaktif. Penggunaan teknologi dalam PdP ini dapat meningkatkan keberkesanan
PdP dalam bilik darjah kerana pelajar lebih seronok dan tidak mudah bosan terhadap
pengajaran yang telah disampaikan. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan
Emily Christina dalam tajuknya “Peranan & kepentingan teknologi pendidikan dalam
PdP” yang menyatakan bahawa teknologi amat penting dalam pendidikan dalam PdP
kerana dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar
disamping ia juga boleh menghiburkan pelajar. Penerapan teknologi dalam PdP

Kesusasteraan Melayu secara berkesan dapat mengatasi cabaran dunia kesusasteraan
Melayu kini di Malaysia.

2.4 KURANGNYA MINAT MASYARAKAT TERHADAP KESUSASTERAAN
MELAYU

Kesusasteraan Melayu pada masa kini semakin mendapat perhatian kerana
kemerosotan pengambilannya sama ada di sekolah mahupun universiti di Malaysia.
Sekarang kita boleh lihat bahawa banyak sekolah sudah menutup dan tidak
mengambil lagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu kerana tiadanya sambutan
daripada para pelajar di sekolah tersebut. Menurut A. Razak Adam (2013) dalam
dapatan kajian beliau dalam “Penawaran Subjek Kesusasteraan Melayu di Sekolah-
Sekolah” mendapati berlaku penurunan yang ketara dari aspek bilangan sekolah yang
menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu serta bilangan murid yang mengambil
subjek Kesusasteraan Melayu.. Pada tahun 2002, terdapat 40 buah sekolah yang
menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat SPM namun pada tahun
2011 cuma terdapat 15 buah sekolah sahaja yang masih menawarkan subjek
Kesusasteraan Melayu untuk calon SPM. Ini menunjukkan berlaku penurunan
sebanyak 64.5% dari segi bilangan sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan
Melayu di negeri Melaka dalam jangka masa 10 tahun. Hal ini sama dengan pihak
universiti dimana mereka telah menghadkan pengambilan mahasiswa dalam jurusan
Kesusasteraan Melayu. Hal ini kerana, pihak universiti tidak mahu mengambil risiko
ke atas lambakan graduan yang tidak mendapat tempat dalam dunia pekerjaan dengan
bidang yang telah mereka cerubi semasa menuntut di universiti tersebut.

Penurunan penawaran subjek atau kursus di sekolah dan universiti adalah
disebabkan oleh kurangnya minat para pelajar terhadap sastera itu sendiri dan juga
pandangan masyarakat terhadap Kesusasteraan Melayu kerana meletakkan sastera
sebagai sesuatu tidak mempunyai nilai yang penting pada masa kini. Menurut Lutfi
Ishak (2017), masyarakat memandang rendah sastera kerana sistem pendidikan
terpisah. Terdapat dua punca utama kelahiran mentaliti negatif sastera ini iaitu yang
pertama, amalan pendidikan sastera yang tidak menggambarkan amalan sastera
sebenar seperti terpancar dalam Peradaban Kepulauan Melayu-Indonesia dari abad
ke-16 hingga ke-20. Kedua, sistem pendidikan terpisah yakni memisahkan aliran

pendidikan pada peringkat menengah hingga ke universiti demi memenuhi keperluan
semasa negara. Manakala, kurangnya minat para pelajar pula terhadap Kesusasteraan
Melayu mungkin adalah disebabkan oleh kurang berminat membaca buku yang lama,
tebal, sudah lusuh yang menyukarkan mereka membaca buku tersebut dan mudah
bosan kerana warna bukunya yang hitam putih sahaja kerana sudah lama. Seterusnya,
penggunaan bahasa klasik yang penuh dengan diksi bahasa klasik seperti Bahasa Arab,
Bahasa Sanskrit dan Bahasa istana yang mengelirukan membuatkan mereka malas
dan tidak berminat membaca karya sastera. Selain itu, disebabkan penekanan
pendidikan terhadap sains dalam Kesusasteraan Melayu. Hal ini disokong oleh
pertikan akhbar Berita Harian, pada 28 November 2019 yang menyatakan;

“Berhubung isu generasi muda dikatakan kurang minat terhadap sastera,
Zurinah berkata, ia berpunca penekanan pendidikan terhadap sains yang
sastera dianggap sebagai tidak ‘mengenyangkan’ dan penggunaan bahasa-
bahasa lama yang mengelirukan serta susah dibaca.

(Dipetik daripada : Berita Harian, 28 November 2019)

Justeru itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam meningkatkan
minat masyarakat terutama pelajar terhadap Kesusasteraan Melayu. Sebagai
contohnya, seorang guru perlulah mengajar secara kreatif untuk menarik minat pelajar.
Menurut Mohd Khairul Anam Md Kahirudin (2018), warga pendidik wajar
mengaplikasi pelbagai teknik alternatif bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam
mata pelajaran berkenaan. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu perlu
dipersembahkan dengan gaya baharu dan menekankan kepada kaedah serta
pendekatan yang tidak membosankan pelajar. Pelbagai kaedah yang kreatif boleh
digunakan oleh para guru seperti bantuan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
menarik dan juga penggunaan teknologi seperti multimedia. Selain itu, ibu bapa juga
memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak untuk meminati sastera sejak
mereka kecil lagi. Hal ini kerana, anak yang kecil seperti kain putih yang hanya perlu
dicorakkan sahaja. Jadi ibu bapa perlulah mencorakkannya dengan keindahan sastera
itu sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa boleh bercakap secara berpantun atau selalu
menyanyikan puisi tradisional kepada anak-anak untuk menimbulkan kesan minat
mereka kepada sastera apabila mereka besar kelak. Kesimpulannya, semua pihak
perlulah berusaha dalam membentuk minat masyarakat sekarang terhadap
Kesusasteraan Melayu agar sastera tidak akan mati ditelan arus zaman.

2.5 GRADUAN KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN PENDIDIKAN
PERLU MENGAJAR DI LUAR BIDANG MEREKA

Falsafah Pendidikan Negara perlulah menjadi wadah dalam memastikan strategi dan
proses pendidikan sentiasa di reformasi berlandaskan peredaran semasa. Perkara ini
secara tidak langsung, mampu melahirkan guru yang berkemahiran dan
berpengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang yang hendak di ajar. Namun apa
yang pasti reformasi dalam sesuatu strategi telah mengundang kegelisahan bagi
sesetengah graduan pendidikan yang akan ditempatkan di sekolah. Perubahan demi
perubahan telah memadamkan semangat serta jiwa pengajar yang pernah ada dalam
diri graduan pendidikan. Soal penempatan dan penukaran opsyen sudah menjadi
kebiasaan bagi tenaga pengajar di sekolah. Perkara ini merupakan penganiayaan yang
berterusan kepada pendidik dan pelajar. Namun, apa yang menyedihkan lagi bagi
graduan yang berkelulusan Kesusasteraan Melayu dengan pendidikan. Semangat
mereka yang ingin menyebarkan ilmu melalui pengkaryaan sudah terhakis sedikit
demi sedikit. Perkara ini juga telah menjadi kebiasaan dan tidak dapat diselesaikan
hingga sekarang. Berdasarkan petikan yang diambil daripada akbar Sinar Harian 19
jun 2021;

“Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri,
Ghazali Taib berkata, kekurangan guru menyebabkan sesetengah sekolah
terpaksa menggunakan khidmat guru bukan opsyen lain untuk mengajar.”

(Dipetik daripada : Sinar Harian, 19 Jun 2021)

“Jika tidak terima tiada penempatan sebagai guru, jadi ambil sahaja apa
adanya”. Ayat ini sering melekat dibibir graduan Kesusasteraan Melayu. Kadangkala
dunia ini boleh dikatakan tidak adil bagi sesetengah pihak. Hal ini dikatakan demikian
kerana, dalam konteks dunia pendidikan seringkali dilihat bahawa guru bagi mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu diarahkan untuk mengajar mata pelajaran di luar
bidang mereka yang hanya terdapat di sekolah. Perkara ini, secara tidak langsung
menitiskan air mata redha dalam bersyukur oleh mereka. Penerimaan mereka dalam
sesuatu bidang yang lain memerlukan mereka perlu lebih bekerja keras. Namun, tiada
yang sedar bahawa keluhan di hati ini hanya mampu disampaikan kepada diri sendiri
bukan pimpinan di institusi tersebut. Disebabkan itu, lambakan graduan kesusasteraan
Melayu tidak diberikan peluang untuk mengajar mata pelajar yang mereka belajar di
universiti. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat.

Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah
kekurangan guru di negara ini. Namun apa yang boleh dilihat semula graduan
pendidikan hari ini terpaksa bersaing bagi mendapatkan penempatan. Guru-guru ini
terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbiran bagi
menggantikan tempat kekosongan guru tanpa memikirkan akibat pada masa akan
datang.

Di samping itu, kerajaan juga perlu mengkaji semula pencen bagi guru yang
telah lama berkhidmat di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, disebabkan
guru lama bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu terpaksa berpencen di usia emas
menjadikan graduan yang baru lahir ini tiada pilihan untuk mengajar bidang
kesusasteraan Melayu malah terpaksa akur dengan arahan pentadbiran untuk
mengajar mata pelajaran yang lain. Perkara ini juga turut dinayatakan oleh Mohd
Shani (2021), lambakan siswazah menganggur akibat daripada skim pencen umur 60
dan 65 tahun. Hal ini juga turut dinyatakan oleh Nor fariza Subri (2021), dalam
mendepani arus pendidikan sekarang graduan terpaksa menganggur kerana usia
pencen dinaikkan sehingga 60 tahun. Disebabkan itu, pihak sekolah perlu membuka
penambahan kelas bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu ini mengikut kelulusan
guru yang mendapat penempatan. Selain itu, pengguguran mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu secara tiba-tiba juga meranapkan lagi semangat graduan
kesusateraan Melayu yang ingin melahirkan lebih ramai modal insan melalui
pengkaryaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, alasan pihak pentadbiran bahawa
tiada guru hendak mengajar serta kesusasteraan Melayu tiada nilai di masa hadapan
menambahkan lagi duka lara graduan kesusasteraan Melayu dengan pendidikan.
Perkara ini juga mengikis usaha guru kesusasteraan Melayu melahirkan modal insan
yang berjiwa besar serta mampu berfikir di luar kotak.

Disebabkan itulah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlulah
mengkaji semula opsyen yang diperlukan di sekolah serta menyediakan penempatan
yang selayaknya bagi graduan yang baru ditempatkan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, lambakan opsyen ditempatkan di sesuatu sekolah menyebabkan pentadbiran
sekolah terpaksa menukar opsyen guru-guru mengikut keperluan sekolah. Selain itu,
kelulusan pendidikan seseorang graduan perlulah dilihat dahulu sebelum
menyerahkan penempatan bagi memastikan mereka dapat menguasai bidang yang

mereka ceburi. Perkara ini juga turut terdapat dalam petikan akhbar Sinar Harian 19
Jun 2021;

“Hasil kajian awal yang dibuat mendapati masalah kekangan guru dalam
sesuatu mata pelajaran di negeri ini dilihat antara faktor menyebabkan
ramai pelajar tidak mendapat keputusan A dalam peperiksaan”

(Dipetik daripada : Sinar Harian 19 Jun 2021)

Seterusnya, Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai
isu guru luar bidang ini. Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011)
iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai
latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar di
sekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang mereka pakar untuk menyampaikan
pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta dapat mencapai
matlamat dengan berkesan.

Jelaslah bahawa, bagi mengatasi cabaran kesusasteraan Melayu di Malaysia
semua pihak terutama KPM dan pentadbiran sekolah perlulah berganding bahu bagi
mewujudkan kelas bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Perkara ini dinyatakan
demikian kerana, apabila mata pelajaran ini wujud di sekolah secara tidak langsung
dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu berkaitan kesusasteraan Melayu kepada diri
setiap pelajar yang mempelajarinya. Bermula dengan pengenalan tentang
kesusasteraan Melayu seterusnya pelajar akan meneroka biodata pengarang, serta
elemen sastera yang merangkumi tema, watak, latar, plot, gaya bahasa, sudut
pandangan, nilai dan pengajaran sedikit sebanyak mampu mengangkat martabat dunia
kesusasteraan Melayu di Malaysia. Perkara ini juga jelas membuktikan bahawa, mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu bukanlah mata pelajaran yang ketinggalan zaman
namun pemikiran negatif pentadbiran sekolah yang memandang mata pelajaran ini
tidak mampu membawa pelajar ke persada yang lebih tinggi menyebabkan mata
pelajaran ini terus ditinggalkan. Oleh itu, pentadbiran sekolah perlulah memandang ke
hadapan berkaitan kepentingan kesusasteraan Melayu ini yang mampu membentuk
sahsiah pelajar melalui pembacaan, penghayatan dan pengkaryaan dalam
membangunkan modal insan. Maka, pembukaan kelas bagi mata pelajaran
Kesusateraan Melayu perlulah diwujudkan di setiap sekolah agar graduan dengan
pendidikan Kesusasteraan Melayu dapat menyampaikan ilmu dan kemahiran yang ada
kepada generasi baru.

2.6 BUDAYA BARAT MENGHAKIS KESUSASTERAAN MELAYU

Kata-kata keramat Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia” semakin samar-
samar kedengaran malah generasi hari ini langsung tidak mengendahkan kata-kata
keramat yang disampaikan. Saban hari, dunia menyaksikan orang Melayu semakin
hilang kemelayuannya kerana tenggelam dengan ledakan pengaruh barat. Era serba
canggih pada hari ini telah meranapkan lagi usaha bagi memperkenalkan
kesusasteraan Melayu kepada generasi baru. Malah menurut mantan Penasihat Sosio
Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim (2017), berkata orang Melayu
ketika ini sudah hilang roh budaya Melayu dan perlahan-lahan hilang jiwa
kemelayuan. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat sering beranggapan
bahawa kesusasteraan Melayu ini tidak mempunyai nilai yang tersendiri. Disebabkan
itulah, kesusasteraan Melayu semakin luntur untuk dipelajari dan diterapkan di dalam
diri. Apabila diteliti kembali kesusasteraan Melayu di Malaysia elemen penting yang
perlu dipelajri bagi membentuk kepibadian unggul. Hal ini turut dinyatakan oleh
Mana Sikana dalam petikan Sinar Harian, 15 November 2021, iaitu;

“Sesungguhnya tradisi warisan sastera klasik adalah akar tunjang bangsa
dan citra jati diri Melayu. Semuanya itu menjadi kebanggaan dan rujukan.
Para pendokong pascakolonialisme sering merujuk sejarah silam bangsa,
bagi mendapatkan inspirasi untuk membentuk kekuatan bangsa.Begitulah
sastera klasik sebagai tinggalan sejarah, khazanah dan legasi, yang masih
relevan dan signifikan dengan dunia kontemporari.”

(Dipetik daripada : Sinar Harian, 15 November 2021)

Malah, ada yang beranggapan bahawa kesusateraan Melayu ini merupakan
mata pelajaran yang kuno dan tidak sesuai dipraktikkan pada hari ini. Perkara ini
secara langsung telah memadam semangat kemelayuan yang wujud sejak zaman
berzaman.

Kehadiran pengaruh barat ke alam Melayu juga antara cabaran kesusasteraan
Melayu di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, kehadiran pengaruh barat
secara tidak langsung menghakis nilai-nilai yang terdapat dalam kesusateraan Melayu.
Pengaruh budaya Barat yang semakin hari, semakin kuat gelombangnya
menyebabkan karya-karya Melayu dipandang sepi. Menurut Mana Sikana (2020),
sastera Melayu klasik adalah suara bangsa Melayu pada suatu masa dahulu. Sejumlah
karya sastera yang telah berkembang pada suatu zaman silam, citra kebestarian dan
genius Melayu. Namun perkara ini semakin terhakis ekoran kehadiran media massa

dalam membawa agenda barat telah berjaya menghakis minat masyarakat dalam
kesusasteraan Melayu. Walaupun pelbagai kaedah serta usaha telah dijalankan namun
hasilnya tidaklah seperti sambutan masyarakat Melayu dalam dunia barat. Misalnya,
pengaruh Tik Tok, Youtube, cara berpakaian, percakapan serta banyak lagi
memperlihatkan penerimaan pengaruh barat lebih dinanti-nantikan. Bagi Generasi Z
pula pengaruh barat merupakan perkara baru yang mereka perlu belajar berbanding
kesusasteraan Melayu yang dianggap sebagai ketinggalan zaman serta hanya sesuai
digunakan oleh orang-orang terdahulu sahaja. Tanpa mereka sedar, kesusasteraan
Melayu inilah yang membawa mereka mengenal dunia realiti daripada fantasi.
Perkara ini juga bersependapat dengan Al Attas (1978),

“Pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran Barat di Tanah Melayu rata-rata tidak
mengambil kira peranan dan kepentingan Melayu. Dalam konteks ini, Al Attas
berpendapat bahawa pengenalan dan pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran yang
bersifat "Deislamization" itu bertujuan untuk menjarakkan dan kemudiannya
memutuskan masyarakat Melayu daripada semangat dan tradisi Melayu, yang
sebelumnya mendasari kebanyakan aspek kehidupan mereka.”

Perkara ini secara tidak langsung menjadikan kesusasteraan Melayu lemah dan
tiada nilai di negara Malaysia. Pengkaryaan sahaja tidak cukup menarik minat-minat
Generasi-Z memilih kesusasteraan Melayu sebagai bidang pembelajaran mereka.
Dewan Bahasa dan Pustaka serta pakar-pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu
perlulah berganding bahu memikirkan bagaimana mahu mencipta gelombang bagi
menarik minat Generasi-Z agar kesusasteraan Melayu tidak ketinggalan zaman.
Pembelajaran dan promosi melalui media perlulah diteruskan agar perkara ini
berterusan daripada zaman ke zaman. Pemilihan kaedah yang bersesuain dengan
peredaran zaman perlulah dititik beratkan bagi memastikan perkara ini terus disemat
dalam hati setiap insan. Jelaslah bahawa, pembangunan insan juga mampu dipupuk
melalui kesusasteraan Melayu apabila masyarakat dapat memahami serta menerima
adat budaya Melayu tanpa mengetepikan pelbagai bangsa yang lain seterusnya
menolak pemikiran barat dalam pembentukan negara yang harmonis.

3.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, berikut merupakan antara cabaran-cabaran yang terdapat di
dalam dunia Kesusasteraan Melayu. Secara keseluruhannya, cabaran-cabaran tersebut
merupakan antara penghalang dan penyebab yang besar terhadap perkembangan
dunia kesusasteraan melayu. Terdapat juga cabaran-cabaran yang lain seperti
kurangnya program serta aktiviti yang melibatkan sastera, kurangnya penawaran
Kesusasteraan Melayu di peringkat pendidikan tinggi dan pelbagai cabaran yang lain.
Apapun cabaran yang melanda, pengkaji berharap akan muncul pelbagai langkah
untuk menjadi tulang belakang utama dalam mendepani cabaran dunia kesusasteraan
melayu.

Oleh kerana itu, para sasterawan negara, pihak kerajaan perlu mengambil
sebarang langkah untuk memperkembangkan lagi Kesusasteraan Melayu ini di dalam
negara Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Untuk membangunkan dan
memperkasakan Kesusasteraan Melayu, segala bentuk cabaran yang datang perlulah
diambil berat dan dititikberatkan dalam merancang langkah yang efektif dan proaktif
agar dunia sastera tidak tenggelam ditelan oleh zaman yang kian membangun ke arah
puncak dunia. Gabungan tenaga pelbagai pihak yang memandang tinggi akan
peradaban sendiri amat diperlukan seperti yang direalisasikan oleh gabungan
kerjasama antara pihak Universiti Fotani dan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam
mengorak langkah demi langkah dalam mendepani cabaran yang dihadapi oleh dunia
kesusateraan melayu. Di samping itu, rangkaian padu antara penulis, khalayak, karya,
badan kerajaan, badan bukan kerajaan, sumber dana, dan peralatan canggih
merupakan aspek dimana iainya akan membantu warisan melayu ini mendapat tempat
khususnya di dalam negara Malaysia sendiri.

Selain itu , pengkaji juga berharap bahawa akan ada kesedaran peranan media
massa, jaringan komuniti bahasa dan sastera, manfaat sastera teknologi tinggi,
pendokumentasian pengajian Melayu seluruh rantau, penciptaan persuratan baharu
yang mencabar minda, dan pengukuhan konsep dan kepustakaan ilmu kesusasteraan
Melayu sentiasa diperlukan agar ianya dapat melancarkan lagi langkah-langkah yang
telah diatur oleh pihak yang berkenaan seperti kerajaan dan juga Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk meningkatkan lagi darjat ataupun kedudukan Kesusasteraan Melayu di

mata masyarakat. Dalam pada itu juga, Kesusasteraan Melayu amat memerlukan
transformasi yang lebih luas sifatnya dan menuntut kesungguhan yang progresif dari
pelbagai pihak dan negara untuk meletakkan keutamaan ke arah memartabatkan
Kesusasteraan Melayu serta memperkukuhkan kedudukannya di dalam dan luar
negara. Kesemuanya menuntut penghayatan, komitmen dan pengorbanan yang
mendepani dengan kemajuan serta menggerakkan kebangkitan penggunaan bahasa
Melayu, sekaligus menyahut cabaran peradaban Melayu dalam dunia global abad ke-
21.

BIBLIOGRAFI

A.Razak Adam. (2013, June 14). Dapatan Kajian Penawaran Subjek Kesusasteraan
Melayu Di Sekolah. Dimuat turun daripada
http://arazakadam.blogspot.com/2013/06/dapatan-kajian-penawaran-
subjek.html?m=1

Branginsky V.I. (1989). Sistem Sastera Melayu Klasik dan Penilaiannya. Dewan
Sastera : Oktober. Hlm: 42-51

Emily Christina. (2018). Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Dimuat
turun daripada http://emilychristinaedu3053.weebly.com/slt-1--peranan-dan-
kepenting an-teknologi-pendidikan-tp-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-
pdp.html

Kementerian Pendidikan. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Muhammad Lutfi Ishak. (2017, November 6). Sistem pendidikan terpisah punca
mentaliti negatif sastera. Berita Harian. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/11/347319/sistem-
pendidika n-terpisah-punca-mentaliti-negatif-sastera

Mohd Khairul Anam Md Khairudin. (2018, 0ctober 24). Perlu Kreatif Ajar

Kesusasteraan Melayu. Dimuat turun daripada

https://www.bharian.com.my/amp/berita/pendidikan/2018/10/489764/perlu-

kreatif-ajar-kesusasteraan-melayu.

Mohd. Zariat Abdul Rani. (2006). Kehadiran Barat dan Kesannya Terhadap
Kesusasteraan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17.

Norazimah Zakaria. 2017. Kanon Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Afzan Mohamad Yusof. ( 28 November 2019). Sastera Tidak Akan Mati. Dimuat

turun daripada

https://www.bharian.com.my/amp/rencana/sastera/2019/11/632833/sastera-

tidak-akan-mati.

Nazmi Yaakub. (8 January 2008). Memperkasakan bahasa, Kesusasteraan Melayu.
Dimuat turun daripada: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/1761

Siti Mahani binti Muhazir dan Nazlinda binti Ismail. (2015). Generasi Kerja Baru
dan Cabarannya. Dimuat turun daripada
https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali dan Madiawati Mamat. (2017). Program
Kesusasteraan Melayu di Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya:
pelaksanaan dan cabaran. 16(1) , 20-30


Click to View FlipBook Version